Daripada Mutiara Kalam Al-'Alim Al-'Allamah Al-Muhaqqiq Ad-Daie' IlaAllah Sayyidil Habib Zein bin Sumaith Hafizohullahu Ta'ala :
"Sesungguhnya amalan zikir dan wirid selepas solat padanya terdapat faedah-faedah yang agung, manfaat-manfaat yang hebat dan kebaikan-kebaikan yang banyak. Maka dituntut keatas kita supaya tidak meninggalkannya atau menganggapnya sebagai amalan yang remeh dan mengambil mudah dari beramal dengannya atau menyibukkan diri dari mengamalkannya dengan syahwat, jenaka dan dunia yang fana'.
Adapun sesungguhnya syaitan itu sangat berminat untuk mengingatkan manusia tentang urusan-urusan dunia mereka selepas daripada solat supaya manusia akan segera bangun meninggalkan solat dan majlis tanpa sempat mereka menyempurnakan zikir dan wirid kepada kepada Allah Jalla wa 'Alaa. Maka berhati-hatilah kepada sesiapa yang gemar meninggalkan zikir dan wirid sesudah solat.
Zikir dan wirid selepas solat akan mendatangkan kebaikan dan kegembiraan serta ia juga mampu meluaskan rezeki kita, menghampirkan diri kita dengan Sang Pencipta, menunaikan hajat-hajat kita dan mempermudahkan keinginan-keinginan kita".
Diambil dari page Beliau.
Aku, Buku & Cinta ... Aku mencintai Ilmu, tetapi tidak pantas bagi ku pada mencapai gelaran Pencinta Ilmu, namun tetap jua ku ingin menunututnya demi Redha-Nya Tuhan yang memiliki pada tiap-tiap sesuatu..supaya mendapat keberkatan Kerana Aku hanya berhajat kepada-Nya.. Jom Bermusafir Bersama saya! ~ Al Faqiratu illallah Taala Al Kabir
..:: Al-Quran:::..
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.
-al-'Asyiq
قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ
"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.
::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::
`::: HaDis :::
click to create your glitter text
Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."
~ Mutiara kata al Hikmah ~
" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."
No comments:
Post a Comment