..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Wednesday, November 23, 2011

Nota Cinta Buat Dia


Nota Cinta Buat Dia
Wahai Hamba Allah yang dicintai Tuhan..
Ku nukilkan suatu kata buatmu. Petang yang hening cuaca yang redup begini cukup membuat hatiku sayu dan sebak. Telah banyak helaian kertas lembut putih ku habiskan demi sebuah kesedihan ini. ia begitu mendalam. Aku berasa perit dan terseksa. Benarkah dia akan pergi dan meninggalkan aku yang tidak mungkin akan dapat berjauhan dengannya demi sebuah hasrat dan matlamat Ilmu dan Cinta! Aku ingin bersamanya. Begitu banyak masa ku bersama dalam misi pengembaraan dan musafir Ilmu dan cinta hanya bersamanya. Dia peneman setiaku selain dari makhluk yang lainnya buku. Bakal meninggalkanku. Aku seperti orang yang kehilangan cinta. Ia seolah meragut lembut jantungku, tanpa dapat melihat jelas namun tetap kehilangan. Segala ingatanku tentang bersama-sama suka dan duka mengembara merintis jalan cahaya sudah cukup bagiku menitiskan ribuan deraian air mata. Terasa syahdu menguasai diri dan cinta seolah bakal meninggalkanku. Aku seperti tidak dapat merelakan ia pergi. Aku mahu bersamanya. Aku mahu bersama mereka. merekalah pendorong cintaku ‘Aku, Buku dan Cinta’. Dia telah cukup membuatkan ku seperti meratap kepergian kasih dan kehilangan sirna cinta dalam cinta Ilahi dan cinta Ilmu. Aku bakal meninggalkannya dan dia juga bakal meninggalkan ku. Aku tidak mahu. Berkali-kali ku ulang kalimat itu. Aku tidak mahu. Dia telah membuatkan aku seiring dalam cintaNya. Begitu hebat cinta dan kuasa Allah. Aku seperti berada dalam alam yang selain dunia. Dan sehingga kini aku begitu sebak demi memikirkannya. Aku merasa kedalaman cinta ini pada manusia. benarlah kata orang bila tiada di sisi akan mula merasa berharga. Seolah ia adalah sebenar-benar cinta yang tidak pernah aku jalinkan. Aku asyik bersamanya dalam perkara yang sama. Aku senang berbicara perihal apa sahaja berkaitan Ilmu. Tidak pernah jemu dan kosong. Aku berasa terisi. Akal dan rohani. Aku sangat menghargai waktu bersama, aku telah mengenal erti cintaNya bersama. Aku mengenal erti sabar dan tabah dengan mereka. tenang bisa dirasai. Akankah aku merelakan ia pergi dariku akan hakikat cinta itu. Aku seolah telah hilang sebahagian jasad, lenyap akan sebahagian belahan hatiku terhadap dunia jika kehilangannya. Ia seperti melambai pergi dari hari ke hari sedang waktunya masih berbaki sepurnama namun aku telah merasa sesuatu yang bakal ku hilang. Ia berharga bagiku. Aku sering bersamanya dalam dunia Ilmu. Aku pernah berjalan dengannya dalam meniti usia menuntut. Aku bersamanya saat ku bertanya tentang Ilmu. Aku selalu bersamanya dalam majlis Ilmu dan selalu bersama. Mana mungkin bisa ku lepaskan permata dalam genggamanku. Mana mungkin bisa diamkan kehilangan buku cinta di tangan kananku. Ia sukar! Begitu sukar untuk ditelan namun ku tetap harus akur. Dia jauh! Beribu batu harus pulang. Begitu juga aku! Namun aku seperti tidak bisa menerima suratan ini. akankah aku akan bisa bersamanya selamanya. Hanya satu yang ku mahu bicarakan pada yang akhirnya, moga aku dan dia tidak dipisahkan Tuhan, moga takdir bisa mendekatkan jarak, malah berjodohan dengan orang yang dekat dengan ku dan dia. Moga apa sahaja keputusan dan jalan Allah itulah yang terbaik buat semua. Bersamanya dalam cinta tidak akan dilupakan di dalam lipatan sejarah hidupku dengannya. Hanya redha menjadi penawar dalam mengenal erti sabar. Subhanallah. Segalanya Ilmu dan Cinta!
Dari Hamba Allah yang berharap ampunan dan redhaNya
“Musafir Ilmu & Cinta"

Aku Tidak Punya Apa


Aku Tidak Punya Apa


Bersama Redha Maha Esa

Aku seorang hamba

Dinamakan hamba,

Penuh kekurangan dan hina diri

Yang berjalan penuh dengan percikan dosa

Berjalan menuju kematian

Membawa lumpur mengotorkan alam barzakh

Sedang di saat kematian

tiada tara sakitnya

Memikul berjuta-juta dosa

Tidak terhitung

Tidak berbilang

Akankah ada suatu masa

Sunyi dari membina bata-bata dosa

Lailahaillallah

Akan adakah hambaMu seperti ini

Tiada kuntuman cinta buatMu

Memekarkan sebutan namaMu setulusnya

Dengan berbekalkan hatiku yang kotor ini

Mampukah aku melakarkan sebuah Istana cinta tulus buatMu

Namun bukan hanya itu

Malah buat hamba yang tulus mencintaiMu

Jauh sekali dia buatku

Walau hanya dalam bayangan

jua kejutan mimpi

Terlalu jauh dari berdekatan

Aku begitu hina denganMu

Aku sangat lemah di hadapanMu

Jika ada hamba yang paling berdosa

Itulah aku

Diriku diselaputi dengan kotoran dosa

Allahu Akbar

Engkau lihatlah aku

Diri penuh dosa dan hina

Layakkah Insan berdosa seperti ku berada di hadapanMu

Berhakkah aku berada dalam pandanganMu Ya Allah

Adakah ruang untukku berada dalam rahmatMu ya Allah..

Aku tidak punya apa

Aku hanya ada dosa buatMu

Juga berbuat kelupaan padaMu

Itukah tiket untukku menuju kematian

Menjamin nasib aman di sana

Aku tidak punya apa untuk dibawa ya Allah

Hanya harap dan rahmatMu dengan nasib apa di sana

Bila ku berjalan

Engkau memandang

Itulah aku

Seorang hamba penuh dengan Dosa-dosa kehidupan!


P/s: Usah merasa berjauhan dengan Allah Taala. Dia sentiasa ingin mendengar rintihan dan sesalan hamba-hambaNya, Dia sentiasa merahmati hambaNya.

Friday, November 11, 2011

Akulah Hamba Penuh Dosa Itu


“…Akulah Hamba Penuh Dosa Itu….” 
Kaki melangkah lesu penuh penyesalan menuju ke sebuah jalan pulang, ia terbentang pada akhirnya namun tidak kelihatan pada awalnya. Lesu dan lemah kembali ke situ. Mengenangkan diri dipenuhi dosa noda. Meratap sedih dan pilu kepadaNya. Pulang penuh penyesalan. Hanya syukur yang melebihi luasnya dunia aku panjatkan buat Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang. Hamba itu Mengharap hanya ampunanNya semata. Tiada belaan manusia yang bisa membebaskan pedih, tiada cacian manusia yang bisa menolak nikmat, Hanya Allah kurniaan itu. Hanya hamba itu yang mencorak kain sendiri, hanya diri sendiri yang mencorak bunga kebidupan. Lakarlah ia wahai hamba biar ia penuh erti untuk kau persembahkan kepada Dia, Tuhan yang Esa. Dia selaku hamba tentu sahaja ingin melakar corak yang paling indah dan cantik buat Dia yang Esa. Dia mahu coraknya menggambarkan cinta padaNya, mempamerkan rasa cinta buatNya. Tidak untuk yang lain. Namun dia tewas dengan pengaruh dunia. Coraknya langsung bukan demiNya, bahkan dia tidak tahu corak yang dipersembahkan dulu, semalam dan hari ini adalah melakar sesuatu yang bakal dia tanggung kelak. Ia sangat buruk, malah tidak indah dipandang mataNya, apatah lagi untuk mengira malah tidak mendapat tempat demi meraih rahmatNya, apa yang dilakarkan hanyalah sebuah hiasan yang mungkin indah pada pandangan manusia dan sesama hamba, pada hamba, ia begitu elok dan baik serta indah, dia begitu takut, lakaran corak yang dipersembahkan ini langsung tiada nilai pandanganNya! Sedang dia ingin membuat lakaran itu demi meraih cintaNya. Ya Allah..Adakah dia melakar cintanya buatMU hanya demi hamba atau kerana Tuhannya, sama-sama menanggung dosa, sama-sama ingin meraih cinta yang satu, yang begitu sukar. Apakah dia begitu kebal dan kuat menahan diri dalam api jahannam itu? Jangan berdusta dalam beramal! 
 Sungguh! Aku begitu tidak sanggup Ya Tuhan yang Satu.. Aku tidak sanggup! Aku ingin berusaha mencorakkan lakaranku sebaiknya untukMu. Aku ingin mempersembahkan corakku dengan seindahnya lakaran. Supaya bisa menawan rahmatMu ke atas ku yang begitu hina dalam pandanganMu, supaya ku bisa meraih sedikit cintaMu buatku selaku hamba yang penuh dengan dosa Noda. Wahai Allah ya Kareem..Rahmat dan RedhaMu ku pohon... Ampunan Serta Kasih sayangMu itu yang ku dambakan. Hinakanku dalam rahmatMu, kerdilkanku dalam redhaMu. Aku hamba yang lemah dalam menolak hawa’, aku hamba yang lemah dalam menolak cinta dunia itu, aku hamba yang sering berbuat dosa, begitu banyak dosa yang telah diperbuat selama aku dikurniakan roh dan jasad. Maka ampunilah aku wahai Tuhan yang Memiliki ‘Arasy. Ku begitu menyedari dalam sebuah penyesalan yang menggunung ini bahawa hamba yang paling banyak berbuat dosa itulah Aku…!

Kapal Cinta! "Aku, Buku dan Cinta"


Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Aku merenung dunia. Terkadang ia sepi. Sunyi sekali. Sepertinya tiada perkataan yang bisa menjadikan manusia mengukirkan senyuman dan menjanjikan hidup tenang. Segala permainan dilihat bermakna. Kelak menghambat silam akan masa yang tertinggal.

Namun, bila ku merenung dunia, jelaslah! Ia sedang belayar! Belayar dalam pelayaran masa merentas benua Ilmu dengan sebuah kapal yang memuatkan sebilangan manusia yang berusaha untuk hidup dengan selamat dari sebuah kejahilan tentang kekejian dunia dan dustanya mengengelilingi.

Paling malangnya manusia masih dan tetap berada di satu tempat dan pada kedudukan yang sama tanpa rasa perlunya berganjak walau selangkah demi mencari pengetahuan dan nilai diri. Berbeza dan beruntunglah manusia yang diberi kesedaran dan petunjuk akan hakikat kehidupan itulah Jalan menuju ke sana!

Lalu dengan pantasnya manusia itu menjejakkan langkah menaiki sebuah kapal menuju ke dermaga Ilmu kelak akan tiba untuk mereka. derasnya manusia itu menyeluri perjalanan malam meredah kegelapan demi mengintai silau sinaran kebenaran dari yang Haq. Ya! Dengan Ilmu. Allah Maha Biajksana. Iqra’… Maka, bacalah! Wahai manusia. Tuhanmu memerintahkan mu supaya membaca! Ia menjernih hati-hati yang kelam. Ia penghibur hati-hati yang lipur. Ia sahabat pada shohib pada si pemilik buku di tangan-tangan.

Namun hamba sering angkuh pada Pencipta! Sombong akan jalan sinarmu. Kepayahan memudar hasrat. PetunjukMu benar. Maha Suci Engkau! Subhanallah! Dunia adalah jambatan merentas laluan ke Dunia seberang! Sungguhh! Itulah destinasi terakhir kita! Melalui jalan-jalan menuju ke sana sungguh payah dan mencabar status dan kehormatan sebagai seorang manusia. Sungguh! Jalan kita menuju ke sana bukan tanpa panduan. Tuhan telah membekalkan Kita dua perkara penting. Maha Suci Engkau! Subhanallah! Itulah al-Quran! Subhanallah! Itulah as-Sunnah! Peliharalah ia. Maka ia memeliharamu wahai insan yang disayangi Tuhan sekalian Alam. Alam ini hanya sebentar! Lebih sebentar jika kita banyak berkahyal! Lebih sekejap jika banyak berbuat dosa! Ya! Dosa! Dosa zahir dan batin! Sungguh banyak dosa mansuia! Itulah aku! Itulah kamu! Dan itulah mereka! yang bergelar manusia.

Manusia yang dimuliakan Allah Taala. Jangan kau hinakan diri dengan dosa. Cukuplah Allah telah memuliakan selepas mendapat penghinaan asal usul kita dari setititk mani. Dengannya manusia begitu rendah! Asal mansusia hanya setitik cecair. Jangan kau angkuh bersama perkakasan berharga di tanganmu, jangan kau bongkak dengan harta dilehermu. Jangan kau sombong dengan ketinggian Ilmu dalam dada mu. Segalanya dari kurniaan Allah yang Maha Kaya. Ia hanya sementara wahai insan yang dirahmati Tuhan.

Kapal cinta terus akan belayar, dan bila tiba masanya pelayaran kapal ini tetap jua akan berlabuh di sebuah dermaga akhir kita semua! Sebuah Perhentian yang Hakiki. Kematian dan Akhirat itulah PASTI!.