..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Friday, November 11, 2011

Kapal Cinta! "Aku, Buku dan Cinta"


Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh


Aku merenung dunia. Terkadang ia sepi. Sunyi sekali. Sepertinya tiada perkataan yang bisa menjadikan manusia mengukirkan senyuman dan menjanjikan hidup tenang. Segala permainan dilihat bermakna. Kelak menghambat silam akan masa yang tertinggal.

Namun, bila ku merenung dunia, jelaslah! Ia sedang belayar! Belayar dalam pelayaran masa merentas benua Ilmu dengan sebuah kapal yang memuatkan sebilangan manusia yang berusaha untuk hidup dengan selamat dari sebuah kejahilan tentang kekejian dunia dan dustanya mengengelilingi.

Paling malangnya manusia masih dan tetap berada di satu tempat dan pada kedudukan yang sama tanpa rasa perlunya berganjak walau selangkah demi mencari pengetahuan dan nilai diri. Berbeza dan beruntunglah manusia yang diberi kesedaran dan petunjuk akan hakikat kehidupan itulah Jalan menuju ke sana!

Lalu dengan pantasnya manusia itu menjejakkan langkah menaiki sebuah kapal menuju ke dermaga Ilmu kelak akan tiba untuk mereka. derasnya manusia itu menyeluri perjalanan malam meredah kegelapan demi mengintai silau sinaran kebenaran dari yang Haq. Ya! Dengan Ilmu. Allah Maha Biajksana. Iqra’… Maka, bacalah! Wahai manusia. Tuhanmu memerintahkan mu supaya membaca! Ia menjernih hati-hati yang kelam. Ia penghibur hati-hati yang lipur. Ia sahabat pada shohib pada si pemilik buku di tangan-tangan.

Namun hamba sering angkuh pada Pencipta! Sombong akan jalan sinarmu. Kepayahan memudar hasrat. PetunjukMu benar. Maha Suci Engkau! Subhanallah! Dunia adalah jambatan merentas laluan ke Dunia seberang! Sungguhh! Itulah destinasi terakhir kita! Melalui jalan-jalan menuju ke sana sungguh payah dan mencabar status dan kehormatan sebagai seorang manusia. Sungguh! Jalan kita menuju ke sana bukan tanpa panduan. Tuhan telah membekalkan Kita dua perkara penting. Maha Suci Engkau! Subhanallah! Itulah al-Quran! Subhanallah! Itulah as-Sunnah! Peliharalah ia. Maka ia memeliharamu wahai insan yang disayangi Tuhan sekalian Alam. Alam ini hanya sebentar! Lebih sebentar jika kita banyak berkahyal! Lebih sekejap jika banyak berbuat dosa! Ya! Dosa! Dosa zahir dan batin! Sungguh banyak dosa mansuia! Itulah aku! Itulah kamu! Dan itulah mereka! yang bergelar manusia.

Manusia yang dimuliakan Allah Taala. Jangan kau hinakan diri dengan dosa. Cukuplah Allah telah memuliakan selepas mendapat penghinaan asal usul kita dari setititk mani. Dengannya manusia begitu rendah! Asal mansusia hanya setitik cecair. Jangan kau angkuh bersama perkakasan berharga di tanganmu, jangan kau bongkak dengan harta dilehermu. Jangan kau sombong dengan ketinggian Ilmu dalam dada mu. Segalanya dari kurniaan Allah yang Maha Kaya. Ia hanya sementara wahai insan yang dirahmati Tuhan.

Kapal cinta terus akan belayar, dan bila tiba masanya pelayaran kapal ini tetap jua akan berlabuh di sebuah dermaga akhir kita semua! Sebuah Perhentian yang Hakiki. Kematian dan Akhirat itulah PASTI!.

No comments: