..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Friday, October 29, 2010

+'...Sedih...'+


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selawat dan salam diucapkan ke atas junjungan besar Nabi kita, Muhammad SAW, Amirul Ummah, insan terpilih untuk menyampaikan dakwah yang merupakan nikmat terbesar yang diperolehi manusia dulu, kini dan selamanya…nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah. Bersyukur kita yang tidak terhingga kepada Allah Taala dengan kurniaan itu yang bukan dengan sebab manusia tetapi dengan petunjuk dan hidayah dari Allah SWT, moga-moga kita akan selalu selamanya mendapat petunjuk, hidayah dan redhaNya dalam hidup ini. Aminn. Alhamdulillah!

Saya masih berada di bumi UniSZA a.k.a UDM a.k.a KUSZA. Masih dalam pencarian mutiara yang tidak pernah dapat tanpa kesungguhan. Namun segalanya dari Allah. Suasana UniSZA agak suram dan sunyi kerana sudah ramai pelajar pulang ke tanah air masing-masing. Study kat rumah agaknya, tapi saya masih di sini. Di sini, satu perasaan aneh saya rasakan, disebabkan suasana dan bi’ah UniSZA saya teringatkan akan hal itu. Setiap masa kawasan UniSZA dipenuhi dan dibanjiri golongan yang mencari bahagia yang tiada jaminan (pada saya ia begitu). Tentulah ia mengenai cinta. Saya masih terfikir-fikir tentang cinta. Nah! Cinta. Semua manusia sensitif dengan kalimah itu. Apa yang menarik tentang cinta? Mungkin hanya manusia seperti saya yang masih kurang mengerti akan maksudnya ( cinta muslimin vs muslimat ). Maksud tersiratnya cinta sebelum kahwin. Sudah kerap kali diajukan soalan sebegini, haramkah? Tak boleh kah? Penat pulak ustaz ustazah nak jawab. Mereka masih tidak faham tentang hukumnya. Sedangkan mereka tahu hukumnya, namun menghalalkannya. Inilah yang dikatakan nafsu, nafsu menghalalkan yang haram demi mencapai hasrat. Dalam surah yusuf ayat 53 jelas menerangkan tentang nafsu, nafsu hanya mengajak kepada kejahatan. Kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Allah. Subhanallah! Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Sedih saya rasakan dengan keadaan dan situasi begini, sakit mata memandang. Bukan kerana cemburu tapi kerana kesian dan sedih dengan pencapaian yang dilakukan. Mereka semua sahabat saya. Apabila namanya sahabat, ia menjadi tanggunggajwab saya dan sahabat-sahabat yang lain untuk menegur sesame mereka. Malah jika dibiarkan makin besar kepala pula bahkan tempias dosa mereka turut kita semua mendapat sahamnya. Hidup ini bukan senang. Pengertian hidup bukan apa yang disangka. Saya tetap hairan, golongan couple bukan setakat dari golongan yang tidak tahu, malah yang tahu hukum haramnya juga turut berada di gelanggan yang sama Cuma berbeza corak permainannya, namun ia tetap sama. Matlamat tidak menghalalkan cara. Namun walaupun begitu keinginannya buatlah cara yang diperintah Allah. Allah Taala telah pun menetetapkan cara dan manhajnya. Ada rukhsohnya, bukan mengongkong, tapi menjaga. Sesungguhnya Allah yang lebih Tahu. Maha suci Engkau! Subhanallah! Terpesona dengan kebijaksanaan Allah. Allah telah atur segalanya untuk hambaNya.

Tetapi, dalam hati kecil saya berbisik halus.. saya tahu….mereka-mereka yang terlibat itu sedang diuji Allah SWT. Bagi mereka ia sangat berat apa yang mampu dibuat sedaya yang mungkin menolak dan menepis. Allah sedang melihat mereka dan saya juga tidak terlepas dengan ujian itu. Saya juga sedang berjuang menolak dan menepis! Alhamdulillah!! Allah juga sedang melihat saya, bagaimana hati saya berbisik, bagaimana corak memujuk hati supaya gagah mengharungi hidup ini. Saya tahu dan sahabat-sahabat perjuangan yang lain tahu mengenai ini, amat susah dalam menongkah arus deras seperti ini. C.I.N.T.A…ia nikmat jika dihayati mengikut nafsu, dan jika dihayati dengan cara halal juga nikmat. Hanya sabar dan redha yang mempu memberi semangat dan kekuatan itu. Semuanya dari Allah Taala. Subhanallah! Tiada kalam yang mampu diucapkan selain memujiNya, namun sebanyak tujuh lautan kalimah ini diluahkan juga tidak menyamai dengan kekuasaan yang Allah pamerkan di alam ini, apatah lagi di alam sana kelak. Ya Allah. Redhailah hambaMu ini.

- Musafir ilmu & cinta
- UniSZA, Gong Badak
- 28 Okt, 2010.

Tragedi Diana - Devotees

Hadirmu bersama kuntuman senyuman
Terlukis wajah si cantik rupawan
Kau jadi impian berjuta pria
Kau jadi idola pemuda
Namun kau pergi bersama tragedi
Kisahmu menyentuh menggamit hati
Kasih ditinggal bersama kenangan
Permaisuri kau insan sepi

Segala-gala ditakdirkan Tuhan
Pasti tidak sia-sia
Layar lara seorang puteri
Kembara sayu seorang ibu
Menghadiahkan jutaan iktibar
Telah melakar satu sempadan
Di hati seorang wanita
Yang bernama puteri

Oh Diana
Kau umpama kerdipan di malam gelita
Akhirnya terpendam dipagut derita
Dalam mencari erti cinta

Oh Tuhan
Benarlah tiada bahagia tanpa iman
Benarlah tiada kebahagiaan tanpa Islam di jiwa

Sesungguhnya harta, nama
pangkat dan juga rupa
Bukanlah jaminan kebahagiaan
Kebahagiaan pada keimanan

Lagu: Putra Aiman
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Saturday, October 23, 2010

Tetamu yang kerap melawat Manusia


Assalamualaikum...

hari ini, 23 oktober 2010, sabtu, sebelum hari ini adanya semalam, sebelum semalam adanya hari-hari lalu... Dah lama masa berlalu. Masa berlalu meninggalkan kita. Sudah berapa lama masa meninggalkan kita? sudah berapa lama kita hidup di dunia ini? sedarkah kita...sedetik masa berlalu sedetik kehidupan kita pergi, setahun masa berlalu setahunlah kehidupan kita pergi..masa yang telah pergi tidak akan kembali. Apa yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita selama hidup ini, tidak usah melangkau masa lalu terlalu lama, pada hari-hari lalu, apa yang telah kita perbuat? Dosa atau pahala..?? kebajikan atau kemaksiatan? Sedarkah kita, hidup kita hanya sebentar...ingatlah...MALAIKAT MAUT TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG
BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

manusia lupa akan perkara yang nyata kerana ditutup oleh cinta dunia yang mengasyikkan..
wallahu'alam...

~ musafir ilmu & cinta