
Assalamualaikum...
hari ini, 23 oktober 2010, sabtu, sebelum hari ini adanya semalam, sebelum semalam adanya hari-hari lalu... Dah lama masa berlalu. Masa berlalu meninggalkan kita. Sudah berapa lama masa meninggalkan kita? sudah berapa lama kita hidup di dunia ini? sedarkah kita...sedetik masa berlalu sedetik kehidupan kita pergi, setahun masa berlalu setahunlah kehidupan kita pergi..masa yang telah pergi tidak akan kembali. Apa yang telah kita lakukan dalam kehidupan kita selama hidup ini, tidak usah melangkau masa lalu terlalu lama, pada hari-hari lalu, apa yang telah kita perbuat? Dosa atau pahala..?? kebajikan atau kemaksiatan? Sedarkah kita, hidup kita hanya sebentar...ingatlah...MALAIKAT MAUT TETAMU YANG KERAP BERKUNJUNG
BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.
Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.
Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”
manusia lupa akan perkara yang nyata kerana ditutup oleh cinta dunia yang mengasyikkan..
wallahu'alam...
~ musafir ilmu & cinta
No comments:
Post a Comment