..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Saturday, January 30, 2010

..RenuNgkAnLAh..

Sampaikah Amlan kita lepada Allah

Imam Abdullah bin Al Mubarak lah.a telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz bin Jabal: "Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w."

Berkata Rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata. Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan 7 orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama.

Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu bekata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah: "Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas."

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:"Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takkabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takkabur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit pintu yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu: "Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (bangga dengan diri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima: "Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut: "Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku."

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkhah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000 orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:
"Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat sum'ah (ingin masyhur). aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namaya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak."

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya: "Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya dan aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu aku. Aku adalah Maha Mengetahui".

"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagiKu apa sahaja yang terlindung. PengetahuanKu atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuanKu atas apa yang bakal terjadi".

"PengetahuanKu atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKu ini menipu aku dengan amalnya ini?"
"Ia sebenarnya tidak menghendaki akan aku dengan amalan tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu. Oleh kerana itu maka aku turunkan ke atasnya akan laknatKu."
Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata, "Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami sekelian bagi mereka."
Dan semua yang di langit turut berkata, "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat".

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, "Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan ini?"

Sabda Rasulullah saw., "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan".

Muaz bertanya kembali, "Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal (hamba Allah bukan Rasul), bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dan bahaya tersebut?"

Bersabda Rasullullah, "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain".
"Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan (pecah belah) peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing api neraka jahanam".

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia".

Muaz berkata, "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?"

Jawab Rasulullah SAW., "Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar".

Wallahu'alam. ...

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
"Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu." (Riwayat Muslim)

Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar: 53)

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin (hati) yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman." (Surah Yunus: ayat 57).

Tuesday, January 26, 2010

..::: MasA itu kEhiDupaN :::..

Assalamu'alaikum...

Sahabatku..dalam kehidupan ini telah banyak mengajar kita erti kesabaran, dengan kesabaran terbitnya kemenangan, dengan kemenangan terbitnya kejayaan, dengam kejayaan terbitnya keunggulan dalam kehidupan kita sebagai seorang hamba Allah yang kerdil dihadapan-Nya. Pada hari-hari yang telah berlalu, telah banyak kita lakukan sesuatu di dalam kawalan kita mahupun di luar jangkaan kita, kerana kita manusia kita tidak dapat lari dari melakukan kesilapan, meskipun begitu, kesilapan yang kita lakukan haruslah kita tebus semula dengan pembetulan dan lakukanlah yang lebih baik dari itu..Moga-moga kita mendapata petunjuk. Asalkan manusia segera bertaubat akan kesalahan dan dosa yang dilakukan dengan IKHLAS, maka Allah akan mengampunkan kita, selagi kita masih bernyawa kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Pengasih dan Penyayang.. Selalu merahmati hamba-Nya. Alhamdulillah... Cuba kita renung kembali, erti sebuah kehidupan, masa sangat berharga dan tiada nilai kerana masa yang telah berlalu dalam kehidupan kita tidak boleh dibeli atau ddiperolehi dengan apa cara sekalipun, MASA ITU KEHIDUPAN, kehidupan yang telah berlalu tidak akan dapat dikembalikan semula. Inagtlah... betapa manusia dalam kerugian, apa yang telah kita lakukan selama kehidupan kita yang telah berlalu, berapa ramaikah kita membawa manusia dekat dengan Allah, berapa banyakkah sedekah kita pada jalan Allah, sabanyak manakah ilmu kita dan dengan ilmu itu kita mengajarkan kepada orang lain atau sekadar ilmu di dada..apakah yang telah kita amalkan dengan ilmu yang kita ada pada hari ini.. saya mengingatkan diri saya juga.. Sedarlah..jika itu semua masih lagi tidak dilakukan, lakukanlah! laksanakanlah! selagi Allah memberi peluang kepada kita, selagi kita masih bernyawa, selagi Allah memberi petunjuk kepada kita, so..bermakna kita masih sempat untuk melaksanakannya. Lihatlah..Allah SWT sentiasa memberi peluang kepada hamba-Nya untuk berbuat kebaikan demi kesejahteraan hamba-Nya.

Allah telah bersumpah dengan Masa dalam surah Al-Ashr..mefhumnya.." Demi masa, sesungguhnya manusia di dala kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesanlah dengan kebenaran, dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran.."

Sunday, January 24, 2010

..::: RiBa :::..

Assalamualaikum,

Buat pembaca yang saya hormati dan kasihi, hari ini saya ingin mengulas tentang satu bentuk jenayah dalam Islam dan sama sekali menyalahi hukum syara'. Namun, terdapat kekurangan dari segi pengolahan isi yang bakal saya kemukakan, ilmu ini saya dapat dari kelas ayat-ayat hukum bab riba yang bentangkan oleh al fadhil Dr Salleh, pensyarah UDM. Saya tidak dapat mengutip keseluruhan dari kata-kata mutiara darinya tapi hanya sedikit sebanyak dapatlah saya kongsi. wallahu'alam.

Maudho': Riba jenayah sosial bahaya

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah , mafhumnya.."

275. Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

276. Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

277. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.

279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

280. Dan jika orang Yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) Bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya Yang besar Yang kamu akan dapati kelak).

281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Riba dari konteks bahasa : Penambahan semata-mata (mutlak)
dari konteks syara' pula Riba adalah mengambil lebih pemberi pinjam daripada orang yang meminjam atas sebab berlaku penambahannya.
Di sini, sistem penambahan yang di maksudkan ialah penambahan yang ditetapkan pemberi pinjam iaitu dari segi istilahnya ialah faedah.

Dalam al-Qur'an, gambaran dan perumpamaan yang amat dahsyat ke atas manusia yang terlibat dengan riba, samada pemberi riba atau penerima riba. Hal ini sangat serius jika kita tahu apa hukumnya di dalam Islam. Dan amalan riba sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini, bahkan ia sukar untuk kita kesan konsep yang digunakan dalam sesebuah perniagaan. Sebenarnya, Jual beli dan riba adalah sama iaitu ingin memperolehi keuntungan tapi perbezaannya adalah jual beli mendapat keuntungan yang yanga adil di mana kadar kedapatan yang akan diperolehi tidak ditetapkan, apabila mengahsilkan keuntungan yang banyak, maka akan dapatlah hasil yang tinggi, jika keuntungan yang sedikit maka sedikitlah hasilnya. Kalau riba, untung atau rugi sama sahaja, kerana ia susah tetapkan kadar dan kadar keuntungan berlipat kali ganda, kerana inilah riba menjadi pilihan.

Dalam situasi masyarakat hari ini, riba sudah menjadi sebati dalam masyarakat yang kurang pengetahuan agama, kerana apa saya berkata sedemikian, contohnya; apabila kenaikan harga barangan seperti gula, beras,minyak masak, dll , maka terjadilah kekurangan barangan di pasaran kerana apa, kerana kebanyakkan peniaga menyorok barang tersebut, lalu menaikkan harga sesuka hati tidak mengikut harga sebenar yang ditetapkan oleh kerajaan. Kerana mereka tahu, pengguna tetap juga membeli barangan itu kerana ia adalah barangan keperluan masyarakat. Jadi, disebabkan bekalan makanan yang berkurangan menjadikan harga dinaikkan sesuka hati, lalu terjadilah riba. Inilah yang dikatakan riba ( الاحتكار ) dalam bahasa arabnya. Jadi, kita sedar bahawa urusniaga sebegini telah banyak berlaku di dalam masyarakat kita. adakah kita sedar, dosa yang telah mengundang kita.

Hukum mengamalkan Riba dalam Islam dan balasannya.

Dalam tafsiran mengenai hukum bagi orang yang terlibat dengan riba adalah sangat dahsyat. Na'udzubillah..
Allah Jalla wa'ala mengkhabarkan orang yang berurusan dengan riba, seperti lintah iaitu menghisao darah. Lintah menghisap darah tanpa disedari oleh mangsa. Dan orang yang mengamalkan riba mereka tidak akan dibangkitkan di hari Qiamat kelak, kecuali dalam keadaan terhuyung hayang dan seperti keadaan yang dirasuk syaitan, kemudian mereka rebah serta tidak mampu berjalan dengan baik,mahupun tidak tenang, ia dimaksudkan kerana mereka telah terkena sentuhan syaitan. Kenapa sedemikian? kerana mereka adalah golongan yang menghalalkan perkara haram, ada sesetengah mereka berkata, kenapa riba itu haram? kerana Allah SWT telah menolak riba kerana terdapat syubhah dan kekeliruan dalam urusan perniagaan kerana jual beli tukar ganti faedah yang dihalalkan Allah. Manakala riba pula melebihkan (memutuskan hubungan) daripada kepenatan orang yang berhutang atau dari dagingnya telah diharamkan Allah, sudah jelas ia tidak sama!

Adapun riba dikatakan mendapat keuntungan yang banyak serta berlipat kali ganda, dan serta merta boleh menjadikan kaya, namun harta itu tidak akan kekal. Harta riba akan cepat ditarik oleh Allah SWT secara perlahan-lahan atau juga sekaligus. Harta yang diperolehi daripada riba tidak akan mendapat berkat. Walaupun mereka nampaknya hidup senang tapi hati mereka sangat tidak tenang dan hidup selalu dalam keadaan gelisah. Dan mereka juga selalu merasakan tidak cukup terhadap harta yang mereka perolehi. inilah yang dikatakan tidak berkat serta haram mengamalknnya.

Dalam surah al-Maidah ayat 100, mafhumnya, ketahuilah, tidaklah sama benda buruk dan benda baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertaqwalah pada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung,!

Allah menjanjikan (janji buruk) kepada hambanya sekiranya mereka melakukan amalan riba tunggulah saat serangan Allah SWT kepada orang yang mengamalkan riba, Na'udzubillah...!!

setakat ini sahaja dahulu.. saya ada kelas siasah syar'ayyah..
Bittaufiq wannajah...
Assalamualaikum wwrahmatullahi wabarakatuh..

š





Saturday, January 23, 2010

..:: anTara dUa ciNta..::

Assalamualaikum...السلام عليكم صحابتى

haRi ini saya ingin berbicarakan lagi pasal ciNta..sebab saya tau..semua orang bermInat soal ni.. memang bEnarLah... x dinaFikan.. yang pErtama saya nk saHabat semua tAhu cinta kepada Allah SWT dulu...

CinTa ( kasih saYang_al Mahabbah_)
cinta ini aDalah luapan haTi atau keinginan yang amat saNgat untuk bertemu kekasihnYa.. cinta sebegini adalah teLah berlaku kepada Rasulullah sAW terhadap Allah SWT.. al mahabbah ini adalah kemantapan hatinya teguh tidak tidak akan berganjak sedikit pun untuk berpaling daRinya.. iNilah Rasulullah..utusan teRangung daRi-Nya..subhanaLLah..
dalam hadith ada menyebut yang bermaksud.." kecintaanmu kepada sesuatu dapat membuatmu buta dan tuli.." ( hadith riwayat Ahmad). Hadith ini umum bukan ditujukan kepada RAsulullah. Di sini saya sertakan satu syair arab yang menggambarkan kecintaan yang mantap dan teguh ( al mahabbah )..terjemahannya..
" aku merasa pelik terhadap diriku,
kerana aku mencintai mereka,
katanya setiap orang akan berlalu,
padahal mereka bersanding bersamamu,
mataku mencari-cari selalu,
padahal mereka tetap di tempatnya,
hatimu dirundung rindu,
padahal mereka ada di antara tulang rusuk,"

ada juga sesetengan org 'raso' yang orang yang dicintai lebih dekat dengan dirinya...emmm..pelikkan..? syairnya gini, lebih 'kure'...
" Wahai yg bersemayam di dalam rasa dan diriku,
engkau jauh dari penglihatan dan pandangan,
engkau adalah rohku, jika aku tak memandangmu,
dia lebih dekat denganku dari segala yang berdekatan,"

inilah kata-kata dari orang yang benar-benar dalam kecintaan..
tapi yang benar-benar dalm kecintaan terhadap Allah SWT, amat-amatlah beruntung kerana berjaya mendapat ciNTaNya..subhanallah...

Dan ini pulak bukTi cInta Saidina Umar terhadap RasuluLLah SAW.. suatu hari Saidina Umar berkata kepada Baginda SAW.." wahai Rasulullah! ... sesungguhnya Engkau leBih aku ciNtai dari segalanya, kecuAli terhadap diriku sendiri," Baginda berkata.." wahai Umar! tiDak hingga aku engKau leBih ciNtai dariPda dirimu senDiri ," Umar berkata," deMi dzat yang menGutuskanmu Engkau aku lebih ciNtai daripada diriku sendiRi." (H.R Bukhari, Ahmad & At Tabrani)

betapa agungnya cinta sahabat kepada Baginda, NAbi kita SAw... Bagaimana pula cinta kita kepada baginda SAW selaku ummatNya...adakah kita sanggup berkorban untukNya..berkorban untuk Islam, sanggupkah kita korbankan harta kita semata-mata untuk menegakkan perjuangan Islam yang ditinggalkan Nabi kita SAw..? sahabat2 lebih mengetahuinya... wallau'alamm...



Thursday, January 21, 2010

:::: dari meja Editor_musafir cinta_ilmu_:::::

Assaalamualaikum...
pengenalan diriku buat sahabat perjuangan semua.. Nama blogger ni_ islamiclover_ sekarang belajar dekat UniSZA..Dan sekarang saya masih di sini, menyelam sedalam yang mungkin ke dasar lautan ilmu yang penuh liku-likunya. Memang agak perit berjauhan dengan keluarga tercinta demi mengutip mutiara ilmu dan menginginkan sinarnya relaku berjauhan denganorang yang ku sayang terutama wan dan ayah.. yang banyak berkorban, tidak dapat saya jelaskan di sini pengorbanan mereka kerana pengorbanannya tidak dapat dirungkai dengan kata-kata. Semoga Allah merahmati, menyayangi, memuliakan wan dan ayahku yang ku cintai.. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa wan dan ayah..namun tetap jua ku sedaya upaya membahagiakan keduanya sebagai tanda cinta dan sayangku pada wan dan ayahku.. manusia yang paling ku sayangi dan cintai adalah wan dan ayah.. selainnyaa guru2 dan sahabat handai... sesungguhnya mereka amat bermakna buatku seumur hidupku..

::: CINTA PADA ALLAH :::

CINTA kepada Allah SWT adalah CINTA yang teragung. Firman Allah SWT." Wahai orang-orang yang beriman! Sesipa di antara kamu yang berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad) maka Allah mendatangkan suatu kaum yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia.." ( Al-Maidah: 54)

;;; CINTA ;;;

Salam perjuangan...kepada sahabat handaiku semua..andai hidup ini sukar untuk kau tempuhi.. gagahkanlah hati, teruskan perjuanganmu dalam menggapai mutiara yang berharga, ku tahu deritamu..kerana aku juga menusia biasa yang punya kelemahan...tapi..kerana cinta.. Ayuh kita lupkan kepahitan..kerana bahagia menanti kita sahabatku...

Bincang pasal cinta?
ape yang diakatakan CINTA!.. sebut saje cinta, ade saje perubahan wajah seseorang..mmm..cinta kat sape... cinta banyak pengkhususannya..taarifnya pun berbeza.. cintakan Allah, Rsaul, Islam, ilmu, buku, mak ayah, keluarga, guru, sahabat, kekasih..dll.. semua perkara mesti diikuti dengan cinta, jika tak pasti segalanya tidak berseri..katanya penyair arab zaman para tabi'in.. hari ni saya nak sebut pasal cinta yang selalu selalu dibincangkan di mana2 saje..

Cinta jika menurut Dr Hamka mengikut pembacaan saya 4 tahun lepas berbunyi.." CINTA itu suci..CINTA itu tidak buta, CINTA itu kepunyaan Tuhan, yang tidak suci dan buta adalah yang salah menggunakannya. CINTA mengajar kita lemah, tetapi membangkit kekuatan. CINTA bukan mengajar kita menghina diri tetapi menghembus kegagahan. CINTA bukan melemahkan qudrat tetapi membangkitkan semangat."

sungguh power kuasa cinta ni.. jelaslh di sini..cinta yang saya maksudkan adalah cinta manusia kepada kekasihnya.

:::: cintaKU :::::
saya juga mencintai sesuatu..ia menjadikan diriku seorang yang terisi..
di sini akan ku lontarkan kata-kata cintaku untuknya..
" butir bicaramu
menolak resah yang membungkam di jiwa
tutur nasihatmu
membangkit kembali semangat juangku
tika ombak pilu menghempas pantai hatiku
telah kau selami diri ini
telah kau temani perjalanan hidup ini
dengan pacaran kasihmu..setulus sinarmu..
tanpamu
hari-hari sepi membisu
tanpa dirimu
terasa suram hidupku
sesungguhnya..mencintaimu suatu anugerah buatku..
"buku"
Assalamualaikum wrth wbth... alhamduliilah.. hari ini kita masih lagi diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk melihat keindahan 'alam milik-Nya..Subhanallah... dan dapat lagi kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba kepada Allah.. moga2 kita ikhlas dalam mengerjakannya dan setiap perkara yang kita lakukan, hendaklah dengan sebaik-baiknya... kerana dalam hadith Nabi S.A.W ada mengatakan.." Allah menyukai apabila seseorang itu melakukan sesuatu dia mengelokkannya.." (H.R At-Tabrani)

Sebagai hamba Allah.. kita mesti sedar bahawa apa yang mendayangi kita berupa masalah adalah hikmah bagi kita..hikmah yang mana kita dapat menjadi manusia yang cekal..berani dalam menjalani kehidupan. Setiap masalah yang menimpa kita adalah ia akan mengajar kita untuk kuat dan tabah dalam kehidupan selaku hamba yang lemah. Manakan tidak, dengan masalah yang menimpa kita, serba sedikit dan terus melemahkan seseorang dalam menjalani kehidupan.. Hidup ini bukan semudah yang disangka sebenarnya..cuba kita bayangkan.. selama hidup ini, manusia punya saksi..saksi yang Benar, iaitu tentera Allah swt.. apa kita dapat lari dari pengadilan di akhirat nanti..? sape yang jadi saksi? tidak lain dan tidak bukan ia adalah tentera Allah, iaitu hari2 yg kita lalui, masa, batu, pokok, semua yang menyaksikan perlakuan kita dan saksi yang terbesar adalah tubuh badan kita sendiri yang menjadi saksi.. alangkah ruginya manusia ketika itu..( untuk keterangan yang lebih jelas mengenai saksi, bacalah buku_bertemu janji Tuhanmu_karangan Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat_)......

Untuk akhirnya..sama la kita renung kembali tujuan kita di sini (dunia).. maka, marilah kita hidup di dunia dengan sebaiknya.. Rasulullah SAW bersabda," Kasih kerana Allah, dan benci pun kerana Allah adalah antara seutama-utama 'amalan.." jadi utamakanlah pandangan Allah untuk mendapat tempat disisi-Nya..