..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Sunday, January 24, 2010

..::: RiBa :::..

Assalamualaikum,

Buat pembaca yang saya hormati dan kasihi, hari ini saya ingin mengulas tentang satu bentuk jenayah dalam Islam dan sama sekali menyalahi hukum syara'. Namun, terdapat kekurangan dari segi pengolahan isi yang bakal saya kemukakan, ilmu ini saya dapat dari kelas ayat-ayat hukum bab riba yang bentangkan oleh al fadhil Dr Salleh, pensyarah UDM. Saya tidak dapat mengutip keseluruhan dari kata-kata mutiara darinya tapi hanya sedikit sebanyak dapatlah saya kongsi. wallahu'alam.

Maudho': Riba jenayah sosial bahaya

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah , mafhumnya.."

275. Orang-orang Yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang Yang dirasuk Syaitan Dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. oleh itu sesiapa Yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa Yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. dan sesiapa Yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

276. Allah susutkan (kebaikan harta Yang dijalankan Dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta Yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang kekal terus Dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.

277. Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mengerjakan sembahyang serta memberikan zakat, mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya sesuatu Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

278. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang Yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang Yang beriman.

279. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (dengan Yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.

280. Dan jika orang Yang berhutang itu sedang mengalami kesempitan hidup, maka berilah tempoh sehingga ia lapang hidupnya dan (sebaliknya) Bahawa kamu sedekahkan hutang itu (kepadanya) adalah lebih baik untuk kamu, kalau kamu mengetahui (pahalanya Yang besar Yang kamu akan dapati kelak).

281. Dan peliharalah diri kamu dari huru-hara hari (kiamat) Yang padanya kamu akan dikembalikan kepada Allah. kemudian akan disempurnakan balasan tiap-tiap seorang menurut apa Yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak dikurangkan balasannya sedikitpun.

Riba dari konteks bahasa : Penambahan semata-mata (mutlak)
dari konteks syara' pula Riba adalah mengambil lebih pemberi pinjam daripada orang yang meminjam atas sebab berlaku penambahannya.
Di sini, sistem penambahan yang di maksudkan ialah penambahan yang ditetapkan pemberi pinjam iaitu dari segi istilahnya ialah faedah.

Dalam al-Qur'an, gambaran dan perumpamaan yang amat dahsyat ke atas manusia yang terlibat dengan riba, samada pemberi riba atau penerima riba. Hal ini sangat serius jika kita tahu apa hukumnya di dalam Islam. Dan amalan riba sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat kita pada hari ini, bahkan ia sukar untuk kita kesan konsep yang digunakan dalam sesebuah perniagaan. Sebenarnya, Jual beli dan riba adalah sama iaitu ingin memperolehi keuntungan tapi perbezaannya adalah jual beli mendapat keuntungan yang yanga adil di mana kadar kedapatan yang akan diperolehi tidak ditetapkan, apabila mengahsilkan keuntungan yang banyak, maka akan dapatlah hasil yang tinggi, jika keuntungan yang sedikit maka sedikitlah hasilnya. Kalau riba, untung atau rugi sama sahaja, kerana ia susah tetapkan kadar dan kadar keuntungan berlipat kali ganda, kerana inilah riba menjadi pilihan.

Dalam situasi masyarakat hari ini, riba sudah menjadi sebati dalam masyarakat yang kurang pengetahuan agama, kerana apa saya berkata sedemikian, contohnya; apabila kenaikan harga barangan seperti gula, beras,minyak masak, dll , maka terjadilah kekurangan barangan di pasaran kerana apa, kerana kebanyakkan peniaga menyorok barang tersebut, lalu menaikkan harga sesuka hati tidak mengikut harga sebenar yang ditetapkan oleh kerajaan. Kerana mereka tahu, pengguna tetap juga membeli barangan itu kerana ia adalah barangan keperluan masyarakat. Jadi, disebabkan bekalan makanan yang berkurangan menjadikan harga dinaikkan sesuka hati, lalu terjadilah riba. Inilah yang dikatakan riba ( الاحتكار ) dalam bahasa arabnya. Jadi, kita sedar bahawa urusniaga sebegini telah banyak berlaku di dalam masyarakat kita. adakah kita sedar, dosa yang telah mengundang kita.

Hukum mengamalkan Riba dalam Islam dan balasannya.

Dalam tafsiran mengenai hukum bagi orang yang terlibat dengan riba adalah sangat dahsyat. Na'udzubillah..
Allah Jalla wa'ala mengkhabarkan orang yang berurusan dengan riba, seperti lintah iaitu menghisao darah. Lintah menghisap darah tanpa disedari oleh mangsa. Dan orang yang mengamalkan riba mereka tidak akan dibangkitkan di hari Qiamat kelak, kecuali dalam keadaan terhuyung hayang dan seperti keadaan yang dirasuk syaitan, kemudian mereka rebah serta tidak mampu berjalan dengan baik,mahupun tidak tenang, ia dimaksudkan kerana mereka telah terkena sentuhan syaitan. Kenapa sedemikian? kerana mereka adalah golongan yang menghalalkan perkara haram, ada sesetengah mereka berkata, kenapa riba itu haram? kerana Allah SWT telah menolak riba kerana terdapat syubhah dan kekeliruan dalam urusan perniagaan kerana jual beli tukar ganti faedah yang dihalalkan Allah. Manakala riba pula melebihkan (memutuskan hubungan) daripada kepenatan orang yang berhutang atau dari dagingnya telah diharamkan Allah, sudah jelas ia tidak sama!

Adapun riba dikatakan mendapat keuntungan yang banyak serta berlipat kali ganda, dan serta merta boleh menjadikan kaya, namun harta itu tidak akan kekal. Harta riba akan cepat ditarik oleh Allah SWT secara perlahan-lahan atau juga sekaligus. Harta yang diperolehi daripada riba tidak akan mendapat berkat. Walaupun mereka nampaknya hidup senang tapi hati mereka sangat tidak tenang dan hidup selalu dalam keadaan gelisah. Dan mereka juga selalu merasakan tidak cukup terhadap harta yang mereka perolehi. inilah yang dikatakan tidak berkat serta haram mengamalknnya.

Dalam surah al-Maidah ayat 100, mafhumnya, ketahuilah, tidaklah sama benda buruk dan benda baik, meskipun banyaknya keburukan itu menarik hatimu, maka bertaqwalah pada Allah wahai orang-orang yang mempunyai akal yang sihat, agar kamu beruntung,!

Allah menjanjikan (janji buruk) kepada hambanya sekiranya mereka melakukan amalan riba tunggulah saat serangan Allah SWT kepada orang yang mengamalkan riba, Na'udzubillah...!!

setakat ini sahaja dahulu.. saya ada kelas siasah syar'ayyah..
Bittaufiq wannajah...
Assalamualaikum wwrahmatullahi wabarakatuh..

š





No comments: