..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Wednesday, January 20, 2016

Ummu Sulaim: Isteri Solehah yang Bijaksana

Ummu Sulaim bintu Milhan ialah ibu kepada pembantu Rasulullah yakni Anas bin Malik. Dia adalah salah seorang penduduk syurga yang digelar Ghumaisha’ seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis:

“Ketika aku masuk ke dalam syurga, aku mendengar bunyi tapak kaki berjalan, maka aku pun terus bertanya: “Bunyi kaki siapa itu?” Para penghuni syurga menjawab: “Itu adalah Ghumaisha’ bintu Milhan (Ummu Sulaim), ibu Anas bin Malik.”
(Sahih Muslim, no. 4494, Musnad Ahmad, no. 11808, no. 13026, no. 13327)

KEBIJAKSANAAN ISTERI SOLEHAH DALAM MENJAGA KEBAJIKAN SUAMI

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dia berkata: “Pada suatu ketika seorang putera Abu Talhah dan isterinya yang bernama Ummu Sulaim, meninggal dunia. Kemudian Ummu Sulaim berkata kepada keluarganya: “Janganlah kalian memberitahu musibah ini kepada Abu Talhah sehingga saya sendiri yang akan memberitahukannya.” Tidak lama kemudian Abu Talhah tiba di rumah. Seperti biasa, Ummu Sulaim menghidangkan makan malam untuk suaminya. Lalu Abu Talhah makan dan minum dengan senangnya. Kemudian Ummu Sulaim mula berhias lebih cantik daripada hari biasanya hingga Abu Talhah menggaulinya.

Setelah mengetahui bahawasanya Abu Talhah telah merasa puas dan lega, maka Ummu Sulaim berkata: “Wahai Abu Talhah, bagaimana menurut pendapat engkau apabila ada sekumpulan orang memberikan pinjaman kepada suatu keluarga. Kemudian, ternyata pinjaman tersebut mereka minta kembali. Apakah boleh keluarga itu menolak permintaannya?” Dengan mantap Abu Talhah menjawab: “Tentu saja keluarga itu tidak boleh menolak permintaan kumpulan itu.” Lalu Ummu Sulaim berkata: “Maka demikian dengan anak kita, ketahuilah bahawasanya anak kita yang tercinta telah diminta oleh Zat yang telah Mencipta dan Memilikinya. Oleh kerana itu relakanlah kematian putera kita tersebut.” Betapa terkejut dan marahnya Abu Talhah mendengar informasi yang disampaikan isterinya itu. Lalu dia pun berkata kepada isterinya: “Mengapa kamu tidak memberitahu terlebih dahulu berita ini? Tetapi kamu memberitahukannya kepadaku setelah aku menggaulimu?”

Keesokan harinya Abu Talhah pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk menceritakan kepada beliau tentang apa yang telah terjadi pada keluarganya. Mendengar cerita sedih tersebut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Semoga Allah memberkati kalian berdua dalam menjalani malam kalian (persetubuhan).” Beberapa bulan kemudian, Ummu Sulaim mula memperlihatkan tanda-tanda kehamilan. Suatu ketika Rasulullah sedang bermusafir dan Ummu Sulaim turut serta dalam perjalanan tersebut. Biasanya, apabila Rasulullah pulang dari bermusafir -setibanya di Madinah- maka beliau tidak langsung masuk ke kampung. Tibanya dekat kota Madinah, Ummu Sulaim mula merasakan saat-saat hendak melahirkan hingga Abu Talhah berhenti untuk mendampinginya sementara Rasulullah telah pergi.

Abu Talhah berkata: “Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawasanya saya merasa senang keluar untuk menyertai Rasul-Mu ketika beliau keluar. Begitu pula saya merasa senang masuk untuk menyertainya, ketika beliau akan masuk (kota Madinah), tapi sekarang saya terhenti seperti yang Engkau lihat.” Ummu Sulaim berkata: “Hai Abu Talhah, saya sudah tidak tahan lagi. Marilah terus percepat perjalanan!” Akhirnya mereka terus melanjutkan perjalanan. Ketika tiba di kota Madinah, maka Ummu Sulaim pun melahirkan seorang anak laki-laki dengan selamat. Ummu Sulaim berkata kepada Anas: “Hai Anas, janganlah ada seorang pun yang menyusui bayi ini hingga kamu membawanya ke hadapan Rasulullah.”

Anas berkata: “Esok harinya, saya membawa bayi tersebut kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Saya temui beliau yang pada ketika itu sedang memegang alat untuk memberi tanda pada haiwan. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat saya, beliau bersabda: “Hai Unais (nama panggilan Anas), apakah Ummu Sulaim telah melahirkan?” Maka saya dengan senang hati menjawab pertanyaan beliau: “Ya, dia telah melahirkan ya Rasulullah.” Kemudian beliau letakkan alat untuk memberi tanda pada haiwan itu. Lalu saya pun membawa bayi itu ke hadapan Rasulullah dan meletakkannya di atas pangkuan beliau. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam minta dibawakan kurma ajwah Madinah. Lalu beliau lumatkan kurma tersebut dengan mulut beliau dan disuapkannya ke dalam mulut bayi itu (tahnik). Maka bayi itu segera mengunyahnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Lihatlah, memang kaum Ansar itu sangat menyukai kurma!” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengusap wajah bayi itu dengan penuh kasih sayang serta memberinya nama Abdullah.”

(Sahih Muslim, no. 4496)

KEBERKATAN ATAS KESABARAN SUAMI ISTERI

Dalam riwayat yang lain, ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan kepada Abu Talhah: “Semoga Allah memberkati kalian berdua pada malam kalian itu (persetubuhan)”, maka beberapa lama kemudian ada seorang dari kalangan Ansar berkata: “Aku melihat keduanya (Abu Talhah dan Ummu Sulaim) memiliki sembilan anak yang semuanya telah hafal Al-Quran.”

(Sahih Bukhari, no. 1218)


Rumaysa' binti Milhan

Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperlihatkan ke dalam syurga, aku melihat isteri Abu Talhah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah Bilal
(HR Muslim: 4495)
Rumaysa' binti Milhan atau digelar juga dengan panggilan Ummu Sulaym
Seorang hamba yang taat..
Seorang wanita yang mempunyai mahar yang terbaik..
Seorang isteri yang bijaksana..
Seorang ibu mithali..
Seorang mujahadah yang tidak gentar..

kisah 1 : seorang hamba yang taat
beliau memeluk Islam selepas perjanjian Aqabah pertama. Ketika beliau memeluk Islam, suami beliau, Malik bin Nadhr tiada di rumah. Selepas pulang dari musafir, suaminya tidak menyukai ajaran yang baru di anutinya. Suaminya malahan memarahinya kerana mengajar anak mereka, Anas b. Malik (yang akhirnya menjadi perawi hadith) agama barunya itu. Namun keutuhan Rumaysa' terhadap Islam tidak merubah pendiriannya, hinggalah akhirnya suaminya mati sewaktu bermusafir dan mati sebagai seorang yang bukan Islam.

kisah 2 : seorang wanita yang mempunyai mahar yang terbaik
selang tidak lama selepas kematian suaminya, Rumaysa' dipinang oleh Zayd ibn Sahl yang dikenali sebagai Abu Talhah. Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk agama Islam, begitu yakin bahawa Rumaysa' tidak akan menolaknya kerana Abu Talhah merupakan seorang yang kaya dan antara lelaki yang tampan. Abu Talhah datang kerumahnya dan menyatakan hasrat utk meminang Rumaysa'.
"Aku tidak akan mengahwinimu selagi kamu tidak mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhanmu dan Muhammad itu RasulNya"

"Apakah yang menghalangmu daripada berkahwin dengan ku Rumaysa'? Emas dan perak? aku boleh berikan apa sahaja yang kau mahukan"

"Aku bersumpah kepada mu Abu Talhah, aku bersumpah demi Tuhanku dan rasulNya, jika kau menerima Islam sebagai agamamu, aku tidak memerlukan emas dan perak. Cukuplah Islammu sebagai mahar ku"

"Tidakkah kamu tahu Abu Talhah bahawa tuhan yang engkau sembah selain Allah itu diperbuat dari tanah liat? Tidakkah kamu merasa diperbodoh2kan? Jika kamu sanggup melepaskan perbuatan yang tidak masuk akal seperti ini, dan memeluk Islam, aku akan berkahwin denganmu, tanpa sebarang emas dan perak"
Abu Talhah pulang dan merenung kembali apa yang diperkatakan Rumaysa'. Akhirnya Abu Talhah memeluk Islam dan berkahwin dengan Rumaysa'. Abu Talhah juga menjadi antara sahabat yang teguh memperjuangkan Islam disamping Rasulullah S.A.W.

kisah 3 : Seorang isteri yang bijaksana..
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahayamata bernama Abu Umair. sewaktu Abu Talhah bermusafir jauh, Abu Umair telah meninggal dunia. Rumaysa' telah menguruskan mayat anaknya bersama penduduk kampung. Rumaysa' memberitahu juga kepada orang ramai bahawa janganlah perihal itu diceritakan kepada suaminya, melainkan dari dirinya sendiri.

selepas Abu Talhah pulang, dalam keadaan penat, Rumaysa' melayan suaminya dengan baik, menghidangkan makanan dan melayan suaminya makan. Abu Talhah bertanya kepada Rumaysa',

" Mengapa aku tidak melihat Abu Umair?"

" Anak kita berada dalam keadaan aman sekarang"

Selepas makan, Rumaysa' melayan suaminya dengan baik. Selepas hilang letih suaminya, menjelang malam, suaminya bertanya lagi,

"Dimanakah Abu Umair?"

"Suamiku, sekiranya seseorang meminjamkan sesuatu kepada kita, jika dia mengkehendakinya kembali, wajibkah kita memulangkannya kembali?"

"mestilah perlu"

"Begitulah dengan anak kita. Allah telah meminjamkan Abu Umair kepada kita dan Dia telah mengambilnya kembali"

Mengerti akan kata-kata isterinya, Abu Talhah sedih namun redha dengan pemergian anaknya. Keesokannya, Abu Talhah berjumpa dengan Rasulullah dan menceritakan perihal itu. Rasulullah kagum dengan ketabahan Ummu Sulaym dan mendoakan mereka dikurniakan zuriat yang ramai. Akhirnya mereka dikurniakan 10 orang anak yang masing2 merupakan ulama' yang terkenal.

kisah 4 : seorang mujahadah yang tidak gentar..

sewaktu peperangan Khandaq, Rasulullah terlihat akan Rumaysa' yang sedang sibuk merawat pahlawan yang cedera membawa belati di tangannya dan bertanya apakah yang dia ingin lakukan dengan belati itu. Rumaysa' menjawab :

"ini untuk melawan, mereka yang melarikan diri"

Rumaysa' dialah seorang isteri yang bijaksana dan tenang..

seorang mujahadah yang berani dan berhikmah.


P/s : Inshaa Allah nama Puteri Sulong kami, :)