..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq

قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ

" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::

click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Wednesday, March 27, 2013

Masa Itu

Hari-hari menuju ke hadapan

…………….
Saat tulisan ini dinukil, Ingatan ku hadir pada seseorang insan yang aku kira beliau amat dimuliakan Allah dan mudah-mudahan Allah Taala memberkahi setiap pekerjaannya dan merahmati sepanjang hidupnya, in sha Allah…

Hidup ku seperti semakin tenang dengan kehadiran rasa ‘Hidup Bersama Ilahi..”moga-moga hari yang mendatang hati menjadi lebih tenang… 
(dengan mengingati Allah itu hati-hati menjadi tenang)

Aku pernah bertanya kepada orang berilmu, apa yang ada pada kemuncak kesabaran?
Aku dijawab, “redha”

Adakah dikira tidak redha apabila menangis, namun redha pada kemuncaknya…
Semoga Allah memaafkan aku…
Jika membayangkan keperitan maka, peritlah natijahnya, hidup mesti berani. Berani untuk merasai sakit! Kerana apa yang aku pernah tahu, ada sebuah cerita, ada seorang sufi yang sedang mengaduh kesakitan, lalu seorang sufi Hasan al-Basri berkata,
“cinta ialah bersabar terhadap kesakitan dan keperitan yang dialami”
Namun ahli sufi (yang sedang dalam kesakitan) membalas,
“Cinta itu ialah menikmati kesakitan itu..”
Menikmati kesakitan itu mempunyai maqam cinta yang lebih tinggi
………………………………

Sebuah kehidupan itu amat bermakna pada tiap-tiap detik! Hari-hari berlalu itu adalah kehidupan yang pergi, maka kita makin menghampiri ke saat yang kita semua tidak tahu iaitu kematian!

Apa yang telah kita lakukan pada masa lalu dan saat ini? 
Hari ke hari kita melihat orang lain dan menilai orang lain? Namun beruntunglah bagi mereka yang melihat dan menilai diri sendiri iaitu mereka yang selalu bermuhasabah diri (menghitung baik dan buruk diri sendiri lalu memperbaiki dirinya dan menambah ilmu serta amalnya.

Cinta untuk menuntut Ilmu dan menyampaikan kepada saudara yang lain moga kekal dan makin bertambah, kerana bertambahnya amal, maka bertambahlah cinta kepad Allah SWT dan Rasulullah SAW. 

Moga bertemu di Akhirat dengan Rasulullah di Telaga Kauthar.
Nikmat yang paling besar di Akhirat ialah dapat Melihat Wajah ALLAH SWT yang Maha Agung!

Allah SWT punya Jalan terbaik buat HambaNya.