Pada sepuluh yang akhir bulan ramadan kita digalakkan beriktikaf di masjid supaya mendapat malam Lailatul-Qadar.
Mengikut pendapat Imam Syafie malam Lailatul-Qadar boleh ditemui pada sepuluh yang akhir, tetapi malam yang ganjil terlebih diharapkan. Malam yang terlebih diharapkan daripada sekelian malam ganjil ialah malam dua puluh satu dan malam dua puluh tiga bulan Ramadan.
Imam Gazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul-Qadar boleh diketahui dengan meneliti satu hari bulan jatuh pada hari apa? Sekiranya satu hari bulan pada hari ahad atau hari rabu maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh sembilan.
Sekiranya satu hari bulan hari isnin maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh satu.
Sekiranya satu hari bulan pada hari selasa atau jumaat maka malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh tujuh.
Sekiranya satu hari bulan pada hari khamis maka Lailatul-Qadar pada malam yang ke dua puluh lima.
Sekiranya satu hari bulan hari sabtu maka Lailatul-Qadar malam yang ke dua puluh tiga.
Berkata Syeikh Abu Hasan Syazili selama baligh aku, aku tiada luput malam Lailatul-Qadar dengan menguna kaedah (cara) ini
Lihat jadual dibawah ini:
No Awal bulan hari Lailatul-Qadar pada malam
1 Ahad 29
2 Isnin 21
3 Selasa 27
4 Rabu 29
5 Khamis 25
6 Jumat 27
7 Sabtu 23
Seorang yang dapat berbuat ibadat pada malam Lailatul-Qadar seolah-olah dia sentiasa beribadat selama lapan puluh tiga tahun. Orang yang menghidupkan malam Lailatul-Qadar diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.Diampunkan dosa disini ialah dosa-dosa kecil .Adapun dosa-dosa besar perlu kepada taubat Nasuha .Telah Ijma` Ulama` tidak akn diampunkan dosa-daosa beasar tanpa bertaubat .Ambillah peluan pada Ramadhan ini deng menitis air mata pada Allah dengan memohonkan keampunan padaNya, Mertabat yang paling tinggi menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan pelbagai ibadat sepanjang malam, seperti sembahyang, membaca Al-Quran dan berdo’a. Mertabat pertengahan menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan menghidup separuh malam dengan pelbagai ibadat.
Mertabat yang paling rendah menghidupkan malam Lailatul-Qadar dengan sembahyang isyak berjemaah, dan azam hendak sembahyang subuh berjemaah.
Fadilat malam Lailatul-Qadar tidak tertentu pada mereka yang mengetahuinya ya`ni yang tahu dapat malam lailatul qadar tetapi hasil fadilat malam Lailatul-Qadar bagi mereka yang menghidupkannya walaupun mereka itu tidak mengetahui malam itu malam Lailatul-Qadar.
Jika penentuan Lailatul Qadar dikekalkan sebagaimana hari yang rasullullah menjumapainya ,nescaya banyak jiwa-jiwa yang cuai ,tidak akan mengambil berat langsung untuk beribadat pada malam yang lain (selain dari malam yang telah ditentukan) .Dalam keadaan sekarang (di mana Lailatul qadar tidak diketahui penentuannya ) ramai yang ada keinginan untuk beribadat akan mendapat taufiq untuk berjaga beribadat ,dengan anggapan mungkin malam inilah malam Lailatul Qadar .
A`isyah rha berkata “ Ya rasullullah ! Beritahulah kepada saya sekiranya saya tahu malam lailatul qadar apakah doa yang sepatutnya saya pohon ? Baginda s.a.w bersabda
“Katakanlah : اَلَّلهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنيِّ “Ya Allah ,sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun dan Engkau sukakan pengampunan ,Maka ampunilah aku .”
Apabila berlaku Lalatul Qadar ,Allah taala akan memerintahkan Jibrail a.s supaya turun bersama satu kumpulan Malaikat .Bersama mereka terdapat bendera hijau .Dia akan memacak bendera itu di atas Ka`bah .Jibrail a.s mempunyai seratus sayap .Di antaranya terdapat dua sayap yang tidak dibuka kecuali pada malam itu sahaja .Lalu dia membuka keduanya pada malam itu sehingga keduanya akan menutup dari timur ke barat .
Kemudian pada malam tersebut Jibrail a.s akan mendorong malaikat-malaikat sehingga mereka pergi memberi salam kepada setiap orang yang sedang berdiri atau duduk , bersolat atau berzikir .
Malaikat –malaikat itu akan berjabat tangan dengan mereka dan akan mengaminkan doa-doa mereka sehingga terbit fajar .Apabila terbit fajar ,Jibrail a.s akan menyeru segala Malaikat , “Sekarang berangkatlah !” Malaikat-malaikat itu pun akan bertanya , “Wahai Jibrail apakah yang Allah taala telah lakukan terhadap keperluan-leperluan orang-orang yang beriman dari umat Muhammad s.a.w .” Dia akan menjawab , “Allah taala telah memerhatikan mereka pada malam ini lalu telah mengampunkan mereka kecuali empat jenis manusia . Maka bertanya sahabat kepada Nabi “Siapakah mereka ya rasullullah ?” Baginda bersabda , “Lelaki yang berterusan meminum arak , yang menderhakai kedua ibu bapanya ,yang memutuskan silaturrahim dan musyahin .” Sahabat bertanya lagi , “Siapakah musyahin itu ?” Baginda menjawab , “Dia adalah orang yang memutuskan perhubungan keluarga .” Maka sama-samalah kita panjatkan doa ,memohon kepada Allah supaya memberi taufiq pada kita , untuk berebut malam Lailtul Qadar ini .
Wallahualam .
Dikirim dalam BAHAN ILMIAH
No comments:
Post a Comment