..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Monday, August 23, 2010

Dari meja Editor_musafir_ilmu_cinta


::….SALAM RAMADHAN….::

Assalamualaikum. Ana Al-Faqiratu ila Allah Nor Asyikin Ab HAmid ingin mengucapkan Salam Ukhwah, salam muhibbah….Ramadhan Kereem ….Salam perjuangan salam kasih dan sayang kepada semua hamba Allah khususnya keluarga, ayah ibu di kampung ,abang – abang, kakak-kakak, adik-adik di tempat masing-masing dalam menimba ilmu Allah Taala serta mengharapkan rezeki dariNya , sahabat-sahabat seperjuangan insya’Allah memperjuangkan agama Allah SWT di muka Bumi Allah yang penuh keindahan serta keberkatan-Nya sempena di Bulan yang penuh keberkatan ini iaitu Ramadhan Al- Mubarak bulan Ibadat, bulan kerahmatan dan juga kerahmatan. Sesungguhnya tiada bulan yang lebih dicintai Rasulullah SAW melainkan bulan Ramadhan, Rasulullah sentiasa menanti-nanti akan kehadiran Ramadhan yang mulia ini kerana kita semua telah maaruf akan kelebihannya, maka ayuhlah wahai sahabat-sahabat, teman-teman, rakan taulan, saudara saudari kita sama-sama menghayati kelebihan bulan yang barakah ini, menjiwai akan kehalusan ketenangan yang dikurniakan Allah SWT kepada pemilik yang mencintai malam untuk beribadat kepada Allah, hamba yang tidur sedikit dikala malam, masya’Allah sesungguhnya dia adalah hamba yang beruntung! Kita sekarang pada Ramadhan hari yang ke-14 berpuasa Alhamdulillah syukur kita kepada-Nya kerana diberi Allah kekuatan dan ketabahan dalam menempuh dugaan dan cabaran semasa berpuasa, beribadat dan sebagainya sebagai seorang hamba, pelajar dan saudara sesama Islam, InsyaAllah khususnya sahabat-sahabat ana di UniSZA dan di serata alam, samada di USIM, UM, UIAM, UTM, UUM, UPSI, UKM, KUIN, KUIS, KIAS, dan semua yang menuntut ilmu di serata dunia dan sahabat-sahabat di perantauan samada di MESIR, MOROCCO, JORDAN dan sebagainyaa. Dan terlalu istimewa ana rasakan sahabat- sahabat ana di Pusat Pengajian Pondok Pasir Tumbuh (dirimu terlalu istimewa disisi ALLAH) Temuilah jalanmu wahai insan yang diredhai Allah. Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang mencintai apa yang dicintaiNYa, dan ingatlah hamba yang keluar menuntut Ilmu adalah berjihad disisi Allah Taala dan syahid/syahidah miliknya jika ajal menjemputnya dalam menuntut, betapa besarnya kurniaan Allah Taala kepada hambaNya yang berjuang Demi satu Tujuan ISLAM dan demi satu matlamat ALLAH TAALA. Mampukah kita? Ya Allah..terasa diri ini tidak mampu untuk menjadi hamba yang sempurna keimanannya, beribadah dengan sempurna..sungguh hina diri ini! namun Ya Allah, hati dan jiwa ini merintih sayu penuh ketakutan mengharap akan rahmatMu dan kasih sayang Mu, dan yang mengharapkan syurga dari Pencipta yang Maha Agung lagi berkuasa walau ku tahu tidak selayaknya tempatku di sana namun aku tidak mampu untuk menghadapi azab siksa Mu, Ya Allah, baru ku tahu dunia ini penuh kelekaan dan kehinaan jika melupaiMu, Firman Allah yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api Neraka”. Jadi, ayuhlah kita bangkit sebagai hamba yang gagah menjulang piala kemenangan yang telah digarap pada suatu masa dahulu, dan Insya’Allah pada hari ini , Islam bangkit dengan lebih berkuasa menentang musuh yang kian bongkah dengan kekuatannya yang menipu! Ayuh teman, bangun dari tempat tidurmu… berjalanlah…lihatlah…fikirlah..JALAN MEREBUT KEMBALI KGEMILANGAN ISLAM!

Meja editor musafir_ilmu_cinta said:
p/s : ana memohon sejuta kemaafan segala perkara yang menyakitkan dan segala kesilapan yang ana ‘have done to everyone who know me as a muslimah’ yang berhajat hanya kepada Allah, keampunan dan rahmat Allah Taala. Moga-moga kita selaku hamba INGAT Allah “bukratanwaashiila..”
Wallahu’alam….

No comments: