“…Akulah Hamba Penuh Dosa Itu….”
Kaki melangkah lesu penuh penyesalan menuju ke sebuah jalan pulang, ia terbentang pada akhirnya namun tidak kelihatan pada awalnya. Lesu dan lemah kembali ke situ. Mengenangkan diri dipenuhi dosa noda. Meratap sedih dan pilu kepadaNya. Pulang penuh penyesalan. Hanya syukur yang melebihi luasnya dunia aku panjatkan buat Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang. Hamba itu Mengharap hanya ampunanNya semata. Tiada belaan manusia yang bisa membebaskan pedih, tiada cacian manusia yang bisa menolak nikmat, Hanya Allah kurniaan itu. Hanya hamba itu yang mencorak kain sendiri, hanya diri sendiri yang mencorak bunga kebidupan. Lakarlah ia wahai hamba biar ia penuh erti untuk kau persembahkan kepada Dia, Tuhan yang Esa. Dia selaku hamba tentu sahaja ingin melakar corak yang paling indah dan cantik buat Dia yang Esa. Dia mahu coraknya menggambarkan cinta padaNya, mempamerkan rasa cinta buatNya. Tidak untuk yang lain. Namun dia tewas dengan pengaruh dunia. Coraknya langsung bukan demiNya, bahkan dia tidak tahu corak yang dipersembahkan dulu, semalam dan hari ini adalah melakar sesuatu yang bakal dia tanggung kelak. Ia sangat buruk, malah tidak indah dipandang mataNya, apatah lagi untuk mengira malah tidak mendapat tempat demi meraih rahmatNya, apa yang dilakarkan hanyalah sebuah hiasan yang mungkin indah pada pandangan manusia dan sesama hamba, pada hamba, ia begitu elok dan baik serta indah, dia begitu takut, lakaran corak yang dipersembahkan ini langsung tiada nilai pandanganNya! Sedang dia ingin membuat lakaran itu demi meraih cintaNya. Ya Allah..Adakah dia melakar cintanya buatMU hanya demi hamba atau kerana Tuhannya, sama-sama menanggung dosa, sama-sama ingin meraih cinta yang satu, yang begitu sukar. Apakah dia begitu kebal dan kuat menahan diri dalam api jahannam itu? Jangan berdusta dalam beramal!
Sungguh! Aku begitu tidak sanggup Ya Tuhan yang Satu.. Aku tidak sanggup! Aku ingin berusaha mencorakkan lakaranku sebaiknya untukMu. Aku ingin mempersembahkan corakku dengan seindahnya lakaran. Supaya bisa menawan rahmatMu ke atas ku yang begitu hina dalam pandanganMu, supaya ku bisa meraih sedikit cintaMu buatku selaku hamba yang penuh dengan dosa Noda. Wahai Allah ya Kareem..Rahmat dan RedhaMu ku pohon... Ampunan Serta Kasih sayangMu itu yang ku dambakan. Hinakanku dalam rahmatMu, kerdilkanku dalam redhaMu. Aku hamba yang lemah dalam menolak hawa’, aku hamba yang lemah dalam menolak cinta dunia itu, aku hamba yang sering berbuat dosa, begitu banyak dosa yang telah diperbuat selama aku dikurniakan roh dan jasad. Maka ampunilah aku wahai Tuhan yang Memiliki ‘Arasy. Ku begitu menyedari dalam sebuah penyesalan yang menggunung ini bahawa hamba yang paling banyak berbuat dosa itulah Aku…!
No comments:
Post a Comment