..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Sunday, September 11, 2011

Benarkah cinta itu sakit?

Benarkah cinta itu sakit?

أصح الحب مريض؟

Loving is hurt, is it true?



Terlalu banyak kata-kata cinta yang sering diungkapkan. Cinta, masih sering berucap tentangnya. Kerana cinta merupakan jiran terdekat kepada pemilik rumah yang tidak berpagar. Siapakah yang sedang dilamun cinta? Mengapa hanya lamunan? Bukankah ia sesuatu yang mesti dipenuhi akan perasaan itu? Adakah cinta suatu angan-angan. Saya tidak berupaya mencoretkan pengertian cinta, namun di sini saya bawakan sedikit-sebanyak bait-bait syair arab yang mengisahkan erti cinta pada mereka, dalam pelbagai keadaan dan situasi.


“Aku mencintai Abu Marwan kerana kurmanya

Ku tahu kelembutan akan berbuah kelembutan pula

Demi Allah aku tidak mencintai jika tiada kurma

Tidak lebih dekat dengan hamba dan orang merdeka”


“..aku merasa aneh terhadap diriku

Kerana aku mencintai mereka

Ku Tanya setiap orang yang berlalu

Padahal mereka bersanding bersama

Mataku mencari-cari selalu

Padahal mereka tetap di tempatnya

Hatiku dirundung rindu

Padahal mereka ada di antara tulang rusuk”


“Wahai yang bersemayam di dalam rasa dan diriku

Engkau jauh dari penglihatan dan pandangan

Engkau adalah rohku jika aku tidak memandangmu

Dia lebih dekat denganku dari segala yang berdekatan”


“Angan-angan dirimu ada di mataku

Ingatan tentang dirimu ada di mulutku

Tempat kembalimu ada di hatiku

Tapi kemanakah engkau hilang dariku”


Inilah antara bait-bait syair yang penuh makna dan erti dalam mengungkapkan kata-kata cinta. Mungkin kerana faktor iklim dan keadaan cuaca yang menjadikan orang yang berbangsa arab sentiasa dalam jiwa yang kuat dan mencengkam perasaan jika berada di dalam satu-satu situasi. Ini hanyalah andaian saya. Namun Rasulullah SAW juga ada berbicara mengenai cinta dalam hadith-Nya yang bermaksud,


“Kecintaanmu terhadap sesuatu dapat membuatmu buta dan tuli”

(H.R. Ahmad)


Mengenai hadith Nabi itu ia begitu benar!


Namun cinta yang suci bisa bertukar kepada cinta yang keji jika tidak diselami dengan air ketaqwaan. Kerana bagi saya cinta itu suatu hakikat kurniaan Allah kepada hamba, walau tidak mencintai sesama manusia, manusia dengan buku juga dinamakan cinta. Begitu juga jika cintakan sesuatu yang lain seperti bola sepak! Atau sebagainya.


Namun pernahkah anda jatuh cinta?


Mungkin tidak terlalu sukar pembaca ingin menjawabnya. Kerana saya agak berpendapat bahawa jatuh cinta itu amat mudah! Awas! Saya berpendapat begitu kerana saya pernah terbaca dalam sebuah buku, mengatakan ‘seseorang mudah jatuh cinta jika mereka tidak mengawal pandangan mata dan hati’ apabila melihat sesuatu dengan penuh perhatian dan penelitian mungkin ia akan menghasilkan cinta. Cinta hadir Cuma hanya menyapa, kadang-kadang sapaan itu sepi, mungkin juga berbalas kasih atau mungkin juga berbuah benih!


Namun ingatlah kita selaku pemilik jasad yang menjadi perhatian Para Malaikat ini, jangan sesekali diri dan hati terlalu asyik dengan perasan yang hadir itu! Kadang-kadang ia menjeratmu! Lalu menawanmu setelah cinta itu ditanam begitu dalam sehingga memutuskan akar jika mencabutnya. Ia bisa mematikan jasadkan dan jiwamu. Usahlah mencabutnya jika sudah ditanam dalam tanah yang elok dan segar, tetapi bajailah dan siramlah cinta itu dengan baja taqwa. Namun! Ingat! Jangan memasuki kawasan terlarang, jika cinta mengundangmu bakal menguatkan hasrat dan tekadmu berhajat kepadanya ‘si dia’ yang dihajatkan, maka tanyalah Pemilik Kurniaan itu, mintalah kebenaran demi memenuhi hasratmu itu dan semailah dengan sempurna mengikut aturan Pentadbir yang Maha Besar supaya benih-benih cinta bercambah dengan siraman suci Alla semakin subur dan tepat lalu menghasilkan bunga lalu berbuah dengan rendang. Maka terhasillah benih-benih baru! Yang bakal menjadi ‘Pemegang Tongkat sakti Pahlawan zama Gemilang’ yang beriman dan bertaqwa. Gah sebagai Pahlawan Islam yang digeruni musuh. Dia seorang mukmin malah mempunyai akal yang sihat, bijak dalam berkata-kata dan sopan dalam berkelakuan serta menghormati kepada siapa yang berhak. Juga bersikap adil iaitu meletakkan sesuatu pada tempatnya bahkan meletakkan agama setinggi-tingginya. Allahlah seadil-adil penentu, Itulah Rabbul ‘alamin. La tahzan!


Namun memang begitu yang dicita-citakan, tiada seorang manusia pun yang bercita-cita demi kebinasaannya atau keluarganya, malah semuanya inginkan kebaikan, namun mereka terkadang tidak memahami erti kebaikan pada diri sendiri keluarga atau kaum kerabat. Mereka tidak memahami kerana mereka tidak mempelajari. Namun terdapat ramai juga dalam kalangan yang belajar tetapi mereka tidak memahami dan ada juga yang memahami tetapi mereka tidak menghayati apa yang dipelajari. Susah untuk membayangkan keadaan sebegitu kerana di zaman yang mencabar keimanan dan kewibawaan sebagai pemakai pakaian agama ini terlalu banyak fitnah yang mengundang dan bakal mengundang umat Islam tambahan pula apabila berada dalam kelompok yang bertentangan dengan fitrahmu.


Saya pernah diberi nasihat sebegini orang seseorang yang saya hormati, bahkan sehingga sekarang saya masih mengingatinya dan memegang kemas,


“Kamu akan dapat mengetahui sejauh mana percakapan dan di mana benarnya ucapanmu itu jika kamu berada di dalam kelompok yang bertentangan dengan fikrahmu itu”


Namun atas dasar keyakinan dan kemantopan kepada apa yang dicintai itu dengan berlandaskan landasan halal, akan membolehkan dia menjadi penguat demi tidak tertegaknya benang yang basah akan tetapi demi meneguhkan jati diri sebagai seorang Islam yang sebenar dalam diri jika kita menghayati Ilmu itu dengan sebaiknya hanya dengan bertiketkan keikhlasan kerana-Nya, maka pintu kebenaran akan terbuka dan diraih pertolongan dari al-Mulk al-Kabir. Maha Suci Allah! Dialah tempat kita kembali. Dan Dialah sebenar-benar Penolong.


Mutu hati pada hari ini tidaklah sejernih mereka yang berada di zaman Rasulullah SAW, kerana cinta mereka terhadap Nabi tidak terkira menggunung dan melangit serta utuh, namun sangat tidak mustahil bagi sesiapa yang ingin mencapai kecintaan itu, hanya melalui penghayatann yang mendalam dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba dan sedar akan hakikat bertuhan. Dan segalanya bertunjangkan hanya kerana Allah, Demi Allah! Allah.


p/s: Cinta. Sering mengungkap mengenainya bakal mendekatkan diri kepada benar-benar mencintai, samada sesama hamba atau hamba kepada Tuhan atau Tuhan kepada hamba. Namun ia mungkin bisa menjadi serentak dan dalam satu masa! Ayuh! Jadikan ia benar-benar yang menghidapi penyakit cinta sejati. Jom bermusafir bersama saya!

2 comments:

ummu durrah said...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh ya ukhti..

Ingin bertanya, syair-syair arab itu di ambil dari mana? Sangat menarik.. masyaAllah

Orang arab jika berkasih sayang, mereka sangat bersungguh-sungguh menunjukkan perasaannya..

Jazakillahu khairan kathiran kerana menulis entry ini.. Rasa cinta itu nampak hidup, mekar berbunga.. :)

Musafir Ilmu Ah said...

Wa'alaikum assalam warahmatullahi Wabarakatuh..Ukhti..

Ia adalah dari sebuah kitab arab yang diterjemahkan ke dalam bahasa melayu karangan Ibnu Jauziyyah, kalau mahu merujuk ia, bertajuk
"Panduan Bercinta dan Memendam rindu"

Saya telah memiliki buku itu sejak setahun lalu, namun begitu sukar utnutk mengabiskannya serta menghadami tiap kata2 di dalam, kerana ia begitu indah dan sarat dengan ilmu... terutama cinta dari pelbagai sudut serta kedalaman cinta para sahabat. juga mengenai cinta hamba sesama hamba, malah cinta TUHAN KEPADA HAMBA.... :)

amin...insyaAllah moga ada mnafaat dan pengajaran dari kata2 yang sedikit ini.. Moga kita semua berada dalam pandangan RAHMATNYA..amin..

Jazakillahu Kherr..