العلم
The Knowledge
Adikku dengarlah kataku
Ilmu itu penting Dia menjagamu
Dia bukanlah menipumu dikala kamu memerlaukan teguran
Dialah sebai-baik sahabat
Adikku..dengarkanlah kata ku..
Dunia ini kejam
Dusta ada bersamanya
Dikau akan selamat dengan adanya Ilmu
Adikku yang aku sayangi kerana Allah..
Dengarlah kataku ini…
Ilmulah yang mampu membawamu mengenal Tuhan
Ilmulah yang membukamu ruang perjalanan
Ilmulah yang menyinari Jalanmu menuju Iman
Adikku…
Ilmu itu penting
Dunia ini tidak adil bagi orang-orang yang berdusta
Namun dengan Ilmu, dunia begitu adil dengan kebijaksanaan
Si Durjana tidak akan dapat menawan hati teguhmu dengan Ilmu yang kau miliki
Adikku…
Dengarlah nasihatku..
Kau tidak akan rugi menuntut ilmu
Dia bekalan akhiratmu
Jadikan ilmu sebagai sayap mu terbang meneuju syurga
Demi menggapai redha Tuhan
Adikku…
Aku bukan berkata dusta
Seperti kata Rasulullah,
Seluruh Isi bumi bertasbih kepada mu bila selangkah jejakmu mencari Ilmu
Dengan ikhlas dibawa bersama
Adikku
Rasulullah bersabda lagi, tuntutlah Ilmu dari buaian hingga liang lahad
Allah merahamtimu bila kau berada di dalam majlis Ilmu
Para malaikat bergembira bersama di dalamnya
Adikkku..
Seperti kata saidina Ali..
Carilah ilmu, dengannya kamu akan dijaga
Musuh tidak akan dapat mencakarmu dari luar
Kerana kekuatan dalamanmu itu mampu menghambat sikap angkuh mereka
Adikku…
Kata penyair arab
Bila sudah kau merasa akan sedap ilmu
Kau tidak akan merasa ingin melakukan maksiat
Cinta kau pada dunia kian surut
Adikku..
Dengan ilmu kau bisa merubah cinta
DenganNya menjadi bahagia
Ilmu membentengmu dari mungkar
Mencegahmu dari durhaka
Adikku...
Dengan ilmu kau mendapat cinta
Mengenal cinta Tuhan
Ilmu bukan kepunyaan manusia
Ilmu dari Tuhan..Dialah pemilik segalanya
Adikku..
Ajarlah dirimu supaya terbang tinggi
Itu citamu bukan anganmu
Cita untuk menuju kejayaan hakiki dicintai Tuhan
Itulah tanda pengharapan hamba hanya untukNya
Adikku…
Itu sahaja dariku
Akan ku coretkan lagi di lain waktu
Moga dikau hadamkan kata nasihat ini demi masa depan
Moga redha Allah mengiringi nafasmu
Amin,
Nukilan Suci,
Cahaya Rindu, Musafir Ilmu & Cinta
Bachok,
15 Ramadhan 1432H, 15 Ogos 2011
No comments:
Post a Comment