رجل من كوكب الأرض
A Man From The Earth
Kita sering melihat di dalam kaca televisyen berbagai-bagai jenis perkara yang luar biasa, terkandungnya pelbagai persoanaliti yang berubah-ubah, menjadi hidangan tatapan para si kecil, malah terkadang ibu bapa mendorong mereka untuk mengenali mereka dengan lebih dekat. Hari demi hari personaliti-personaliti tersebut melekat dan terus meresap dalam fikiran dan minda si anak kecil sehingga dewasa dan begitulah kedatangan generasi baru, hari demi hari, personaliti itulah yang diperkenalkan kepada si anak kecil, sehingga kewujudan para personaliti yang luar biasa itu berbagai-bagai jenis dan watak. Ceritanya ditokok tambah dan dibohongi dengan tingkah yang mengagungkan dan tidak perlu untuk berkerah tenaga untuk berbuat sesuatu. Personaliti yang dimaksudkan adalah seperti Superman! Mereka bercerita tentang kegagahan yang luar biasa, dan dia dengan mudah menjadi luar biasa. Itulah yang terkandung di dalam diri dan fikiran si kecil. Dan mereka itulah yang menjadi ikutan. Sedangkan ada lagi mereka yang sepatutnya menjadi ikutan iaitu Para Anbiya’!
Kenapa dunia sering membuat propaganda keyakinan terhadap sesuatu yang tidak wujud dan kebohongan yang membaluti kepercayaan. Jelaslah mereka sukakan angan-angan! Sesungguh sesuatu yang dibawa angan-angan manusia yang tidak bergerak, kerana hidupnya tidak di dalam realiti dan hakikat! Bukankah begitu? Alangkah hebatnya Umat jika tidak mengalami nasib yang sebegini. Nasib yang menimpa Umat adalah mereka diselubungi kebohongan dan kepalsuan dunia, sejarah diubah mengikut kepada kehendak nafsu dan diri, hikayat suci sudah bertukar kitab penipuan! Alangkah manusia jika buta maka gelaplah pandangan. Apa yang ada disebalik kebohongan? Di sebaliknya ada kebenaran. Kebenaran yang menceritakan suasana dunia adalah sedang berada di dalam kekejaman dan kezaliman. Punah! Musnah! Dengan rakusnya mereka menutup tirai kebenaran dan menyingkap tirai kepalsuan. Kepalsuan yang menggambarkan kebaikan diri, semangat juangnya teguh! Demi bangsa! Demi Bahasa! Pejuang kebenaran! Walau di luarnya Nampak wangi Sedangkan dalamannya busuk, tetap akan menusuk pada yang tajam derianya.
Alangkah hebatnya umat dengan mengenal siapa itu ‘Muhammad Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam’ Dia, Nabi kita. Dia sebaik-baik tauladan.
لقد كان فى رسول الله أسوة حسنة
Di dalam istilah bahasa, Us dari kalimah ‘Uswah’ adalah asas. Maka, akhlak Nabi adalah asas kebaikan. Ada pula yang mengatakan ‘Us’~asas itu adalah ketinggian dan kesenangan. Wallahu’alam. Nabi Muhammad saw tidaklah seorang yang luar biasa, kerana Nabi juga berjalan ke pasar, makan dengan tangan, berjalan dengan kaki, namun Baginda dilengkapi dengan akhlak yang baik yang tidak dapat ditandingi oleh manusia selain Baginda hebat dengan berakhlak, dengan akhlak mulia baginda sehingga mempengaruhi seluruh pelusuk dunia yang menjadi ingatan dan contoh yang baik dalam diri umat. Baginda tidak luar biasa seperti ‘Superman’ kerana kekuatan superman adalah kebohongan, manakala kekuatan kemuliaan hati dan akhlak Baginda tidak dapat disamakan nilainya dengan seluruh perkara yang ada di dalam dunia!
Di dalam surah al-Furqan Allah Taala berfirman,
وقالوا ما لهذا الرسول يأكل الطعام
ويمشى فى الأسواق لولا أنزل إليه ملك فيكون معه نذيرا (7)
“Dan mereka berkata, “mengapa Rasul (Muhammad) ini memakan makanan dari berjalan di pasar? Mengapa Malaikat tidak diturunkan kepadanya (agar Malaikat) itu memberikan peringatan bersama dia”
Mereka yakni orang kafir ingin mensyirikkan Baginda dengan mendatangkan soalan meragukan kenabian Baginda.
Orang kafir dan mereka yang memenangkan nafsu sering mencari silap dan kelemahan Baginda. Disebabkan itu maka lahirlah ‘Spiderman’ demi mengalihkan perhatian anak kecil kepada kisah kenabian kepada kidah kebohongan. Sungguh Malang.
Pemuda dari planet bumi, Baginda Rasulullah SAW adalah terbaik umat manusia. Dan kehidupan dan kehebatan Baginda tidak aka nada bandingannya dengan hamba-hamba dan umat manusia yang pernah wujud selama mana bumi berfungsi sebagai suatu tempat berehatnya mereka untuk menuju tempat abadi. Dunia begitu banyak kekalutan yang dibuat-buat, gempar pada hal-hal kepelikan yang tiada mendapat kebaikan untuk ke arah lebih baik. Propaganda dunia sering menghalang perhatian mansuia dalam memikirkan apa yang ada disebalik semua kekalutan dan kegoncangan bumi yang dibuat manusia itu.
Kenapa dunia selalu mengalihkan kebenaran dengan kepalsuan. Itulah kaum kafir, mereka ingin mengajak umat bersama-sama mereka di dalam kepalsuan dan ketenggelaman bersama para penghuni pemikira kejahilan dan para menusia yang mendapat jalan sesat. Awaslah kita wahai umat Islam, sekecil-kecil perkara mereka cuba membuka ruang sehinggalah sebesar-besar pekerjaan mereka sanggup mencipta kepalsuan dan kebohongan demi manafikan alam ini tidak ada pencipta malah ia suatu kejadian alam yang terbentuknya dengan sendiri tanpa adanya penciptanya. Sunnguh malang corak pemikiran kaum yang dijauhi dari petunjuk Allah.
Sebagai umat Islam yang terbilang, ayuh kita bangunkan minda dan pemikiran bangsa dan umat Islam dengan Ilmu dan amal supaya kita semua bijak menilai kebohongan dan kepalsuan yang tercipta rakus demi mengalih perhatian kepada kebenaran perjuangan Nabi Muhammad SAW dahulu, kini dan selamanya. Jika kita sedar kerana itulah perintah ‘membaca’ adalah suatu perintah pertama, supaya kamu tidak sesat akan beriman kepada Kebenaran yang telah datang lebih awal dari segala yang awal. Subhanallah! Shollu ‘ala Nabi.
1 comment:
:)
Post a Comment