..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Tuesday, August 9, 2011

Aku Hamba Berdosa

Disebalik hijaunya dedaun. Pepohon melambai-lambai riang bertiupnya angin. Luasnya dunia. Terbentangnya langit biru. Disebalik keindahan alam terdapat insan yang hidupnya penuh dosa. Insan yang bakal terhidangkan keperitan. Dia merintih sayu keseorangan. Berjalan meniti hari-hari penuh kesedaran hatinya jatuh ke tanah

Insan itu jahil. Insan itu rupanya telah tertipu, ditipu bisikan syaitan. Katanya ilmu itu penting demi Allah rupanya kamu meraih kehebatan diri. Bagimu begitu megah dan asyik akan manisnya kata mereka buatmu.

Katanya berbuat baik itu mesti, rupanya demi memenuhi akan sedap tuturan manusia

Katanya hidup ini kena berkorban jiwa dan tenaga, rupanya demi rakan taulan semata

Katanya buku itu CINTA, rupanya demi pujian sahabat dan teman

Katanya berjuang itu hanya kerana Allah rupanya terselit kepura-puraan

Menyimpul halus benang pandangan alam hanya padamu!


Bukankah kau tahu manusia itu kecil! Siapa mereka padamu? Kenapa deminya kamu sanggup berubah keikhlasan. Pengorbananmu tulus di bibir indah sedang pada hati bisa menghiris keterpaksaan. Lupakah kau sekali kamu tersilap selamanya kau akan rugi, untung sekali jika Allah berkehendakkan lain, untuk apa kau ke dunia, pentingkah langit pujian, kata mengangkat nista, letusan kata indah kerana jasa terus merubah engkau menjadi ujub. Rapuhnya perjuangan!


Kau tekad! Semua itu dari-Nya. Tuhan yang mengujimu namun itukah perintah Tuhan yang kamu tuturkan, berbuat demi manusia! Ah! Kamu insan rugi. Kamu insan tertipu, kamu sedarkah diri, saat kamu telah merasa kamu baik, itulah saat kamu adalah insan yang tidak baik

Jangan…

Jangan..wahai hati

Jangan sesekali menjamin nasib di depan Allah! Dia Yang Esa mengukur mu, bukan angan-angan kemuliaan pada benakmu, itu dusta! Ikhlasnya mu di mana Begitu nikmatkah sanjungan

Yang tidak membawamu kemana. Ia bakal menjemputmu ke Neraka!

Meragut hebat di alam angan-angan

Awas jika kau tersilap!



Allah…Aku begitu Takut!!

Kamu takut? Begitu sahaja kamu menyatakan rasa takutmu, takutmu itu seperti debu-debu yang berterbangan bila tidak merubah ia kepada taqwa

Takutkah kamu kepada Ku wahai pemilik hati sakit

sehingga engkau berbuat segala amal kerana insan yang lain sesama hamba

maka sediakanlah tempatmu di Neraka yang telah Ku sediakan!

berhajatkah kamu kepada Aku sehingga amalmu membangkit semangat juang tika di hadapan para manusia membakar raga kental merekahkan dataran sepi perjuangan

sayangnya.. Demi mata manusia! Juga manusia! Di mana demi Aku? Semua perintah bertulis dalam kalam suci al Furan dariKu. Begitukah ukuran ketakutanmu kepada Ku demi meraih redhaKu!! Itukah yang Ku redha akan amalmu?


Oh Allah…

Sungguh Aku telah begitu menginsafi diri ku yang hina ini

Kerana selama ini aku jahil ya Allah….Aku tidak tahu ya Allah…

Kamu telah tahu Wahai manusia!!!

Oh Allah… aku tahu, namun aku tidak faham tentang itu ya Allah..

Kamu telah faham!! Bahkan kamulah yang paling merasakan kamu insan yang cukup faham!!

Ya Allah.. Aku faham dengan kehendakMu, namun alangkah bodohnya aku tidak menghayati apa-apa jua ilmu yang telah Engkau bentangkan selama aku di dunia… sedangkan merasakan diriku adalah terbaik, bahkan mulia dan hebat….Selama aku sebagai penuntut!! Selama aku berjalan! Sungguh ya Allah aku merasa penat di dataran ini. Ampuni Aku ya Allah..

Ampuni aku ya Allah…!

Sedarlah kamu wahai Musafir!!! Sedarlah!



Aku tersedar dari tidur. Mataku pedih. Mataku bergenang air mata. Basah. “Ya Allah! rupanya aku bermimpi. Alhamdulillah! Allah menyedarkan dasar hati dan benak fikiranku”! aku menangis lagi, menginsafi dan mensyukuri akan segala apa yang telah terbentang. Aku tidak mahu buta lagi ya Allah, bisik hati kecil merayu.

Kata-kata telah terngiang-ngiang dibenakku.


“Jangan siakan umurmu wahai Musafir”


“Wahai anakku… carilah sesuatu di dunia ini kerana ingin mendapatkan redha Allah…semata-mata kerana hidayah dan petunjuk-Nya, jangan engkau merasakan kerana yang lain.. Nak.. Dunia ini bukan pentas mainan bagi orang-orang yang beriman, hidup mereka penuh kesedaran kepada pandangan Tuhan dan Rahmat-Nya yang tidak bisa diganti dengan apa adanya setiap perkara dan sesuatu yang pernah wujud di dunia ini”


“Wahai adikku, jangan kamu terlalu leka dengan apa yang ada di hadapanmu itu, ada sesuatu yang kamu tidak tahu disebalik apa yang kamu tidak Nampak pada mata zahirmu. Adikku yang ku kasihi dan sayangi.. Sesuatu disebalik yang kamu tidak nampak itulah hakikat kehidupan, carilah ia, hayati ia, supaya hati mu bisa tekun demi menuju Akhirat, cinta akan dunia akan segera beransur lenyap dalam hati mu”


P/s: Sesungguhnya amatlah rugi jika berjalan atas kapal kepalsuan, destinasinya bersalah arah,mereka ke sana sedang kamu ke sini, orang lain sampai ke destinasi sedangkan kamu semakin berjauhan menuju hakikat. Melambai sesat. Allahu Rabb! Pandulah kami!

(pukulan kata dituju khas buat diri sendiri)

No comments: