Asslamaualikum
Suka saya mencoretkan kalam-kalam yang dengan izin Tuhan kita, ucapan yang tidak seberapa ini bisa mengundang kesedaran yang sebenar-benarnya pada kita, kerana hidayah dan kesedaran dari Allah untuk kita ini bukan payah jika Allah Taala inginkan, dan juga jika tidak kerana kehendakNya juga kita tidak menjadi Islam, Firman Allah Taala, Surah al-Kahfi:17
من يهد الله فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا
Sesiapa Yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka Dia lah Yang berjaya mendapat petunjuk dan sesiapa dan barangsiapa Yang disesatkannya maka Engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang Penolong Yang dapat menunjukkan (jalan Yang benar) kepadaNya.
Oleh itu, syukurlah kita kepada Allah dengan Petunjuk dan hidayahNya, kerana kita adalah hamba Allah yang terpilih mendapat petunjukNyaa, mudah-mudahan hidayah dan Taufiq yang Allah kurniakan pada kita hari ini akan berkekalan sehingga hujung nyawa menyaluti badan dan sehingga ke hembusan nyawa kita yang terakhir diakhiri dengan Kalimah suci “La ilahaillallah, Muahmmad Rasulullah “ itulah kata-kata keramat yang mencerminkan baik buruknya hayat kita sebagai hamba Tuhan, bukti kepatuhan kita pada suruhanNya, sejauh mana taqwanya kita kepada Dia, terletak di akhir kalam kita, jadi berdoalah kita pada Allah mudah-mudah menjadikan kita orang-orang yang sempat mengucapkan “La ilahaillallah”. Adapun doanya :
اللهم اجعل آجالنا آخر كلامنا قول لا إله إلا الله، محمد رسول الله
Mudah-mudahan dengan kita berdoa menunjukkan kita ada keinginan dan kemahuan untuk mati dalam keadaan husnul khatimah, minta dijauhkan dari mati dalam keadaan “su’ul Khatimah”. Kita mudah berbicara mengenai mati dalam keadaan baik, namun apakah amalan kita buat untuk mendapatkannya, kita tidak berusaha sebenar-benarnya unutk mendapatknnya, saya di sini takut untuk berbicara panjang, bimbang beradaan diri yang sentiasa bergelumang dengan kelekaan dan kelalaian kepada Dia, bagaimanakah kita? Kadang-kadang kita bukan mendekati kemaksiatan tetapi kemaksiatan yang mendekati kita, jadilah apabila keadaan begini berlaku, kekuatan dalam yang diperlukan, hakikat rasa bertuhan perlukan diperkuatkan, dengan amalan-amalan sunat supaya menambahkan kepanjangan akar, keutuhan akar supaya tidak mudah digembur apabila ditarik, kerana amalan-amalan sunat merupakan baja organic terbaik untuk menghasilkan keluaran yang bermutu, supaya tidak mudah dimakan ulat, kerana pertahanan yang kuat, ia adalah penjaga diri dari serangga yang merosakkan dalaman, mahupun luaran. Namun, ucapan tidak menggambarkan kepayahan, hanya amalan yang mampu menggambarkan kepayahan beramal. Ucapan adalah semudah-mudah perkara jika berbanding dengan perbuatan, ucapan memerlukan kepada akal, saraf, otak yang menterjemah apa yang terkandung di dalam hati, terjemahan harf bi harf, namun jika perbuataan, ia juga melalui akal, saraf, otak yang diterjemahkan melalui hati ditambah pula dengan pergerakan anggota badan, kompenan-kompenan berat, sistem saraf yang harus digunakan lebih luas dan kuat, kerana pergerakan anggota badan jika tidak dikuatkan dengan saraf, otak, anggota badan dan hati maka ia tidak akan berjalan. Kalau pun begitu, jika otak mengarahkan saraf supaya berfikir lalu hati berkeinginan melakukan sesuatu, jika hati terlalu berkeinginan tetapi anggota badan yang tidak digerakkan ianya sia-sia, usaha tidak ada! Itu hanyalah gambaran pada Pengucapan dan pengamalan! Semua akan gagah dengan kehenda Allah, berdoalah diikuti dengan berbuat, mudah-mudahan, kita akan tergolong dalam golongan yang mudah dalam melakukan amal ibadat (ibadat yang berilmu, kerana ibadat tanpa Ilmu adalah sia-sia, namun berilmu tanpa amal juga sia-sia, seperti pohon yang tidak berbuah, tiada manfaat).
Rasa janggal bila melontarkan kata-kata begini dan rasa segan, kerana belum tentu si penulis mampu berbuat seperti apa yang dikatakan, akan tetapi falsafah yang saya ambil, jika kita berpesan-pesan sesame saudara dengan menerbitkan sedalam-dalam keihklasan di hati, insyaAllah kita akan turut mengingatkan diri kita kembali, dan merujuk segala kepada Tuhan, kerana kita selaku manusia, sentiasa kenalah saling menginagtkan antara satu sama lain, janganlah kita memandang enteng pada manusia lain akan kehinaannya atas perbuatan dan perilakunya, kerana boleh jadi mereka lupa pada saat itu, tugas kitalah yang mengingatkannya semula dari kelupaan itu,dan apabila kita berada di dalam keluoaan itu, maka haruslah shabat2 yang lain mengingatkan semuala akan kelupaan kita itu, hiduplah kita dalam kehidupan yang disuruh Islam, janganlah berhidup dalam kehidupan yang ditegah syarak. Janganlah kita menganggap diri kita selalu dalam kekeadaan baik! Firman Allah Taala “Jangan mengaku kamu beriman jika kamu belum diuji..” jadi berwaspadalah kita, kerana hidup kita ini sentiasa akan diuji Allah taala mengenal pasti diri kita sejauh mana taqwanya kita kepada Allah Taala.
Kata-kata ulama’ dan ahli ilmu pada zaman silam sering kali membangkit kesedaran yang tinggi kepada kita akan hakikat hidup sebagai hamba dan khalifah kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya apa sahaja dunia yang kamu perolehinya, katanya Yahya Bin Muaz ar-Razi, dalam kitab “Ta’alim al-Muta’aallimi Toriqa al-Mu’allumi” oleh Syeikh Zamuji terjemahan oleh Abdul Ghani Jabal Maraqy. Pada muka surat 72.
“ Malam kamu panjang, jangan kamu pendekkannya dengan tidur. Siang kamu terang, jangan kamu keruhkan ia dengan dosa”.
p/s: kitab “Ta’alim al-Muta’aallimi Toriqa al-Mu’allumi” oleh Syeikh Zamuji terjemahan oleh Abdul Ghani Jabal Maraqy adalah kitab yang sangat berharga kerana ia merupakan hadiah dari ustazah Sakinah Bt Mohd Amin pada saya, saya sangat gembira akan hadiah ini. Ia menjadi rujukan saya apabila perasaan malas unutk menuntut ilmu itu bertandang, bahkan kitab ini juga sering dipinjam oleh kaki Ulat Buku (sahabat2 saya yang melihat kewujudan Kitab ini di atas rak buku saya). TERIMA KASIH USTAZAH, SAYA SAYANG USTAZAH, dunia & Akhirat.
No comments:
Post a Comment