..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Thursday, June 30, 2011

Aku Berasal Dari sebuah Bangsal


Kaki melangkah menjejaki daratan, tidaklah terlalu panjang perjalanan yang dituntas. Pelbagai ragam manusia yang bisa dilihat, pelbagai bentuk binaan yang tidak terhitung. Terlalu cepat ia berdiri. Baru sahaja dirasakan semalam masih hanya sebuah bangsal. Tersergam usang menahan kudrat menampung teduhan manusia yang berada di dalamnya. Ia berasal dari rimba. Lalu dijadikan sebuah papan. Lalu berdirinya megah sebuah bangsal. Suatu masa dahulu Ia mengalir manfaat.menjadi payung hujan pelindung panas. Siang malam tiada beza. Setia menetap menjadi penunggu. Tampung apabila berlubang. Ganti apabila patah. Bukti sebuah cinta pada sebuah bangsal usang. Demi nyawa si anak kecil yang menjerit ketakutan pada ketirisan. Demi si anak kecil yang menjerit kemarahan pada kepanasan. Tika berteduh di dalamnya tiada bercahaya melainkan suluhan cahaya pelita. Usang. Tiada yang dapat menggantikan sesuatu dengan yang baru. Ia setia. Bersama pemiliknya meniti usia. Masa terus berlalu. Hari demi hari. Usia meningkat seiring kedua pemiliknya yang semakin senja. Si anak juga. Mereka semakin dewasa. Lanjutan usia orang tua bersama keutuhan bangsal yang didiami. Si anak kecil mula melangkah dewasa menuju gerbang kemajuan. Mencipta kejayaan. Membuah kecemerlangan. Janji seorang anak untuk kedua orang tua. Masa terus berlalu. Si anak beroleh kejayaan lalu membina kehidupan. Masa terus berlalu. Ibu ayah telah tiada. Pergi dari tempat persinggahan. Menuju ke tempat abadi. meninggalkan peninggalan. Kebun dan tanah menjadi rebutan. Si anak berpecah dan bertelingkah. Itulah dunia. Pusara orang tua berakar pepohon memayungi. Mengharap doa dan titisan suci air mata taubat si anak. Bacaan Quran didambakan. Yang ada hanya sebuah impian. Memiliki seorang anak yang bisa membahagiakan ibu ayah walau di mana keberadaan mereka. Mahupun bahagia di sana. Bangsal. Ia kekal begitu. Ia ditinggalkan. Sepi. tidak seperti suatu masa dahulu, alunan suci dilagukan. Damai. Memecah kesunyian malam. Sayu menyelubungi pelita hati. Terpahat dalam sanubari. Menyedari hakikat hidup tidaklah kekal. Alunan suci dilagukan. Merdu. Menjadi teman setia mengerjakan solat malam. Menambah kecintaan. Menusuk hati mengkobarkan jiwa memecah keheningan merasai kedinginan di kala waktu fajar. Menyejukkan hati dan mendamaikan jiwa. Semua itu tidak bisa terdengar dalam kehidupan si anak. Jauh sekali mengalun bacaan merdu kalam suci Tuhan. Dipegang tidak. Menjadi pameran bersama perhiasan mewah penuh kemegahan. Berharga bukan isi kalam mukjizat. Kulitnya berberkilau. Bercorak keemasan. Memori sebuah hantaran perkahwinan. Menjadi simpanan selamanya. Tanpa dijelajahi. Tanpa diperhalusi ucapan Tuhan. Tanpa mengingati pesanan yang Esa. Tanpa menjauhi larangan yang Empunya kemilikan. Bangsal itu. Ia masih di situ. Menanti saat untuk diroboh. Menukar desa dingin kepada kabus dan debu. Menukar bangsal kayu kepada binaan batu. Merubah adat kepada biadab. Menegaskan pendirian demi membina tamadun dan kemajuan pada yang buta hati. Peradaban hina dibina atas kemunduran yang suci. Binaan semakin meninggi. Mereka semakin rakus. Umat semakin hanyut. Mengejar kekayaan atas gadaian maruah. Lemas dalam permata kaca yang dilihatnya berharga. Harga diri menjadi taruhan. Demi mendiami sebuah istana. Kota mewah mahligai indah. Tampak mewah resah melanda. Harta bertimbun mengimpi sempurnaan. Kesempurnaan atas sebuah penghinaan. Kemajuan atas sebuah gadaian. Hari ini tidak akan dapat menyamai saat suatu masa dahulu. Ianya tinggal kenangan. Bangsal usang berganti banglo mewah. Kemewahan di atas kehancuran sebuah peradaban. Ia luput ditelan zaman. Usah dibina bangunan setinggi gunung jika tidak mahu menundukkan hati serendah rumput. Kata mereka itu suatu kemajuan. Kemajuan bersama rakusan nafsu pada dunia. Tuhan adalah tempat kembali. Namun, hanya ini ingin ku katakan. Di mana megahnya kemajuan. Engkau berasal dari sebuah bangsal.

No comments: