..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Thursday, June 30, 2011

Coretan Sepi Buat Sahabat-Sahabat & Adik-Adik Yang Disayangi


Salam Sayang salam rindu buat semua, moga diri sahabat-sahabat dan adik-adik senantiasa berada di bawah naungan rahmat dan petunjuk Tuhan yang Esa disamping mendapat nikmat penghidupan semalam, hari ini dan moga-moga esok masih milik saya, kalian dan kita. Diri ini hanya seorang insan yang lemah dan kerdil dihadapan Tuhan. Tidak ada nilainya jika dibandingkan dengan sahabat-sahabat dan adik-adik semua, kerana nilaian Allah hanyalah ketaqwaan. Sebagai mana yang telah dijelaskan di dalam hadis Nabi Muhammad SAW,

“Allah Taala tidak memandang apa-apa yang ada pada diri kamu, tetapi Allah memandang apa yang ada dalam hati kamu”,

Disebabkan itulah diri ini merasakan terlalu hina dan kecil tika menghadapNya yang Esa, diri ini merasa berdosa tika menjalani kehidupan sebagai hamba, kerana terlalu banyak diri ini berbuat kesilapan dan dosa, sedangkan sahabat-sahabat dan adik-adik masih suci dan tidak banyak berbuat dosa, lantaran umur kalian masih muda dan banyak melakukan kebaikan, Alhamdulillah.. Moga-moga kalian di dalam rahmatNya. Tiada yang didambakan di dunia ini melainkan redha dan ampunan-Nya pada kita.

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi sekalian,

Hidup ini Cuma sementara, telah ramai orang-orang yang kita sayang telah meninggalkan kita. Termasuk saudara terdekat kita, tanpa kita menyangka mereka terlebih dahulu mendahului kematian kita, namun jangan kita lupa, esok atau lusa belum tentu milik kita wahai sahabat dan adik-adik ku. Allah sentiasa melihat akan segala tingkah laku kita. Bagaimana jika esok kita sudah tidak dapat melihat dunia, tidak dapat bersalam-salaman dengan ibu dan ayah kita, tidak dapat berjumpa dengan guru-guru dan sahabat-handai kita. Namun itu masih tidak mengapa, yang dikuatiri, apakah nasib kita di dalam sana, apakah kita masih ditemani manusia-manusia yang sering kita dampingi, masihkan kita dapat merasai kenikmatan yang kita selalu perolehi, dapat menikmati makanan enak yang sering terhidang, jangan terlalu bersangka baik dengan nasib sendiri. Jangan bersangka indah pada perkara yang bukan kamu usahakan untuk mendapat bahagia di sana. Apakah kita akan memperolehi sesuatu jika kita tidak berusaha mendapatkannya. Apakah kamu akan berada di puncak gunung jika tidak berusaha mendakinya. Siapakah yang sudi mengangkat mu ke sana. Melainkan hanya usaha dari kamu. Firman Allah SWT yang bermaksud,

“Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri mengubah nasib mereka”.

sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi sekalian,

Apakah yang menjadikan diri kita lemah, lemah dalam menjalani hidup sebagai seorang Islam, pertamanya adalah kerana hubungan kita sama Allah SWT, Allah lah segala-galanya. Apakah kamu mahu kebaikan sedangkan kamu tidak berdamping dengan pemilik gedung kebaikan, apakah kamu mahu kebahagiaan sedangkan kamu tidak meminta kepada pembekal kebahagiaan itu, kenapa kamu berharap kepada sesuatu yang tidak bisa memberi, bukankah itu sia-sia namanya.berharaplah pada Dia yang bisa memberi apa mahu mu, malah melebihi apa yang kamu ketahui.

Bukankah kita semua tahu solat itu penting, sahabat-sahabat dan adik-adik lebih tahu dari saya, bahawa solat itu boleh mencegah dari perkara keji dan mungkar, namun kenapa kita sekadar tahu di bibir dan di dalam kepala, namun di hati bagaimana. Apakah kita tunaikannya sebaik mungkin sekadar hamba yang hina.

Dan alangkah ruginya kita dengan meninggalkan solat atau mencuaikannya, sebagaimana dalam al Quran, yang bermaksud,

“Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam Neraka Saqar? Mereka menjawab: ‘kami tidaklah termasuk kumpulan orang-orang yang bersolat.” – Surah al-Muddaththir: 42-43.

Bagaimana dengan kita. Namun saya percaya, pembaca yang sudi membaca coretan ini adalah hamba yang tidak pernah lupa dan cuai tentang solat. Diingatkan kepada diri saya dan diri sahabat-sahabat serta diri adik-adik, celakalah orang –orang yang tidak menunaikan solat pada hidup yang singkat ini.

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi sekalian.

Di mana punca kelemahan kita umat Islam hari ini. Saya tahu sahabat-sahabat dan adik-adik semua telah pun mengetahuinya lebih dari saya seorang yang tidak banyak mengenal erti hidup, erti nilai ilmu dan erti sebuah perjuangan kerana diri saya seorang yang kurang gemar bergaul, disebabkan itu, saya kurang mengenal manusia, walau bagaimana pun, saya diberi kunci oleh Allah SWT supaya mengenal manusia dengan ilmu, walau tidak bergaul dengan mereka tetapi banyak karangan-karangan para ulama’ Islam, bapa kita yang suci hatinya mencoretkan perihal manusia melebihi apa yang kita ketahui selama ini. Bahkan saya telah jatuh cinta pada tulisannya. Apa yang diri ini ingin ingingatkan sahabat-sahabat dan adik-adik semua hanyalah sedikit iaitu, kita banyak lupa, kita banyak lupa diri, lupa diri kita adalah sebaik-baik umat, kita jangan merasa dan menghina diri dengan kemajuan material yang ada pada hari ini, sebagai mana yang disebut di dalam al Quran, mafhumnya,

“Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia, (supaya) kamu menyuruh berbuat maa’ruf dan melarang mungkar, serta beriman kepada Allah.” Surah ali-‘Imran: 110.

Kita umat yang kuat dik, janganlah kita mensia-siakan kekuatan yang kita ada, jangan malas-malas, jangan malas untuk menuntut ilmu, jangan sia-siakan kekuatan akal yang kita ada. Jangan sekali-kali mensia-siakan kekuatan akal, amal perbuatan yang kita mampu buat untuk Islam, kekuatan tenaga mahupun spiritual yang kita ada. Jika kita sia-siakan, siapa yang akan bertanggungajwab terhadap hidup kita, hidup anak-anak kita kelak, hidup umat Islam kelak, kalau tidak kita bertindak selaku umat yang kuat hari ini siapa? Kalau tidak di sini (UniSZA) kita cipta sejarah dan kemajuan untuk Islam di mana lagi? Kita ada kuasa kita guna dik. Kalau tidak sekarang kita bergabung tenaga selagi kita mampu bila adik-adik, sahabat-sahabat?selagi kita terasa lapang kita buatlah sesuatu, jangan terleka dengan keadan di sekitar kamu, jangan terpengaruh dengan suasana, mohon dan rayu ku pada diri ini dan juga diri adik-adik serta diri sahabat-sahabat. Tetapkan jati diri, bersikap mahal pada harga diri, Islam adalah terunggul jangan kita hinakan nama Islam disebabkan kelalaian kita. Musuh sentiasa mengintai-intai peluang merobohkan banguan dan melemakan keuatan umat Islam yang ada, sedangkan kita para bijak pandai yang selalu bersama para ilmuan (pensyarah-pensyarah UniSZA dan guru-guru disekitarnya) haruslah lebih berjaga-jaga ke atas musuh-musuh Islam.

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi sekalian,

Kenapa kita lemah, ingin ku katakan, sebagaimana kata Yusuf Qaradhawi dalam karangannya yang berbunyi, “gerakan-gerakan Islam yang ada bukanlah pemain tunggal dalam sejarah kehidupan kita sebagai umat Islam yang berjawatan khalifah di dunia, bukan juga hanya sebagai pameran terkuat yang memiliki pengaruh yang mengubah perjalanan sejarah umat, tetapi hanyalah sebahagian kecil dari arus atau gerakan yang ada.”

Sebaiknya, diri ku dan diri adik-adik jua diri sahabat-sahabat, hisablah diri kita, di mana keberadaan kita di saat ini. Kita akan dapat mengetahui kedudukan kita apabila menoleh ke belakang dan merenung (hisab) seperti mana di dalam hadis Nabi SAW,

“Orang yang berfikiran itu adalah orang yang menghisab dirinya.” HR Ahmad dan Tirmidzi.

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi Allah sekalian,

Umat kita banyak mengalami perpecahana dan perselisihan. Malangnya, tidak ramai yang berusaha merapatkan jurang perpecahan itu dan merungkaikan perselisihan yanga ada. Saya akui diri ini sering dianggap gemar menjauhi manusia, pada hakikatnya saya bukan begitu, Cuma diri ini tidak punya waktu untuk bersama selamanya malah saya sangat sayangkan sahabat-sahabat saya. Walau pun tidak banyak masa bersama, kalian mengajar saya erti hidup. Kalau pun tidak berceloteh panjang dan hanya sekadar perbualan pendek, banyak ilmu dan pengajaran dari kalian yang diri ini perolehi dari kalian hasil dari penghayatan dan ketelitian tingkah laku dan penggayaan hidup ini yang hanya sebentar. Maafkan diri ini atas pendekatan yang diambil.

Jangan kita bersangka orang yang tidak selalu bersama kita akan selalu melupai kita dan dilupai, dan begitulah sebaliknya. Dan jangan pula kita menyangka sahabat-sahabat yang selalu berdampingan dengan kita tidak mengingati kita dan sebaliknya, hakikat hidup bukanlah mudah, jalanilah hidup dengan sebaiknya dan janganlah terlalu banyak bersangka kerana di dalam al Quran, mafhumnya

“janganlah kamu banyak bersangka, sebahagian bersangka itu adalah dosa.” Surah al Hujurat.

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi Allah sekalian,

Diri ini menyeru sekalian, marilah kita bina kecemerlangan dalam diri, itulah yang dituntut Allah selamanya, cemerlang yang dimaksudkan adalah cemerlang dengan iman dan taqwa dalam diri, hayati hidup ini dengan tenang, jangan abaikan suatu pengajaran di hadapan kita kerana di sebalik semua kejadian dalam hidup kita ada hikmatnya yang tersembunyi, Allah mengajak kita berfikir, kerana berfikir adalah sumber kebijaksanaan.

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi Allah sekalian,

Sempena musim baru pengajian dan pembelajaran serta dalam misi pengembaraan ilmu kian bermula, ayuhlah kita bangunkan semula semangat mudamu, semangat juangmu dalam menegakkan agama Islam yang telah tertegak sejak sekian lama, dan telah menggapai kecemerlangan dalam mencipta tamadun yang unggul sehinggakan musuh-musuh Islam yang sentiasa iri dengan kecemerlangan Islam lebih berasa iri hari demi hari, namun itu adalah kelemahan mereka yang mempunyai hati-hati yang sakit, tetapi janganlah kita pula terikut-ikut dengan kesakitan yang mereka alami itu, kerana mereka adalah golongan yang bodoh sombong dan tidak mahu mengambil pengajaran yang ada di dalam al Quran, yang mana Allah Taala telah pun menceritakan sedikit sebanyak tentang keangkuhan mereka. Ingatlah diri kita tidak akan mendapat petunjuk tanpa cahaya dari tuhan. Alhamdulillah.

Sahabat-sahabat dan adik-adik yang dikasihi Allah sekalian,

Hanya ini sahaja dariku yang ingin coretkan pada saat ini, harapan besarku pada kalian, jagalah agama kita nescaya agama menjaga kita. Kerana agamalah diri kita mulia. Mulia di sisi Allah Swt. Carilah ilmu dengan sebenar-benarnya. Ikhlaskan niat dalam beramal. Hayati hidup ini dengan hati yang suci agar pandangan mu terhadap dunia bukan di dalam tapisan nafsu sebaliknya di dalam tapisan iman yang kental, jaga amalan wajib dan sunatmu, jangan biar surau itu sepi, suraulah tempat berakarnya diri kita pada Tuhan, binalah akar tunjang kepada Allah agar cengkamannya kuat, janganlah hidup berakar serabut yang mana gemburannya rapuh, serapuh tumbuhan di atas tanah yang gersang.

Wallahu’alam,

Hasil pena,

Al Faqiratu Ilallahi Taala al kabir akbar

Musafir Ilmu dan cinta

Akubukucinta.blogspot.com

No comments: