Surau
terasa sunyi dan tenang. Sebentar saja lagi akan berkumandangnya azan asar,
namun tidak ramai pelajar yang datang ke surau Thoriq pada waktu ini mungkin
kerana kelas masih sedang berlangsung, dan sebahagian yang lain sedang
menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih belum selesai dan tugasan-tugasan yang
masih belum boleh dihentikan buat seketika di maktabah, di bilik-bilik asrama
dan di rumah sewa masing-masing dan di mana-mana sahaja. Itulah UniSZA.
Waktu-waktu begini biasanya tidak ramai yang berkunjung kerana pada
kebiasaannya kelas akan tamat jam 5 petang dan seterusnya bagi yang kelas sesi
petang. Dan selepas jam 5, surau ini akan kembali dipenuhi oleh pelajar-pelajar
yang berbagai bidang ilmu untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim
secara berjemaah di sini setelah kelas tamat. Alhamdulilllah… Allah masih
memelihara kita semua.
“kak.. Jom kita gi ke kuliah maghrib ustaz Azhar malam ni!”, kata sahabat kecilku.
“Kat
mana? Bila? Jam berapa?”
“6.30
jap lagi, kita naik kereta, kawan saya drive!”
“InsyaAllah..insyaAllah..pasti
dan sudah tentu kak nak gi! Jom-jom!”.
“kakak
kembar berdua, saya dan 3 orang kawan saya”.
“ok2,
kemah2, syukran cik Jannah..syukran ajak kami!” senyuman melebar dilakarkan.
Pet!pet!
kedengaran hon berkali-kali ditekan, 3 orang sahabat telah ada dalam kereta
menghadiahkan senyuman kepada kami.
“kami
dah lama sampai la dik..”
“ok,
naik kak…sila-sila.. maaf kami terlewat sikit”
“tak
pe…”
Kereta
meluncur laju menuju ke destinasi dengan memuatkan kami berenam sebagai bakal
tetamu kuliah maghrib ustaz Azhar Idrus di Madrasah Pulau Ketam. Setibanya di
sana, sudah kedengaran azan maghrib dan Alhamdulillah surah yang dibacakan Imam
pada rakaat pertama begitu panjang sehingga memberi kesempatan kepada ramai
jemaah yang hadir mendapat rakaat pertama termasuk kami berenam.
Bila
berada di dalam madrasah itu, Subhanallah, begitu ramai jemaah muslimin dan
muslimat, muslimat sahaja sudah begitu ramai yang ditempatkan di tingkat atas,
muslimin pula usah dicerita, memang begitu ramai dan memenuhi seluruh ruang
madrasah yang memang telah sedia ada luas dan besar. Ramainya peminat ustaz
Azhar. Mereka-mereka pencinta Ilmu. Alhamdulillah.
Ya
Allah, aku begitu bersyukur dapat solat di sini. Dan setelah solat selesai,
tibalah majlis ilmu bermula, dengan menggunakan kitab “miftah al-Jannah atau
Anak Kunci Syurga, karangan Syeikh sambungan kepada Bab Solat – ‘Ii’tidal.
Aku
melihat jemaah-jemaah sekeliling, ternyata begitu ramai, aku terpegun dan diam
seketika kerana kuliah maghrib yang sesingkat itu mendapat tamu yang begitu
ramai sehingga ia benar-benar memenuhi ruang madrasah di tingkat atas itu. Aku
sangat-sangat bersyukur kerana Allah SWT telah meletakkan aku dan adikku berada
di dalam majlis ilmu ini, bukan sahaja jemaah yang berumur dan di kalangan
pakcik-pakcik dan mak cik-mak cik, akan tetapi sebahagian besar mereka yang
dahagakan dan cintakan Ilmu itu di kalangan muda-mudi dan anak-anak muda belia
remaja dan yang sama waktu dengannya. Bahkan kanak-kanak kecil, sedikit sudah
agak meningkat dewasa juga ada dan semua lapisan masyarakat juga telah turut
serta. Mereka masih begitu minat untuk mendengar ilmu. Aku tersenyum dan
gembira untuk perkara ini.
“Molek
la kalu gini gak..Allah …syukur Alhamdulillah, mudah-mudahan mereka-mereka ini
akan selalu dekat denganMu dan sentiasa ingin berada lebih dekat denganMu.. dan
aku juga ingin berada bersama mereka yang cintakanMu” bisik hati sebak dengan anugerah yang
tidak terkira ini.
Setelah
selesai menunaikan solat Isya’ dan solat ba’diyyah Isya’, jemaah bersurai.
Lantas aku terkenangkan suasana di tempatku, Kelantan, keadaan di sini
(Terengganu) hampir sama dengan tempatku di klate jika dalam bab majlis
ilmu, aku jadi sebak dan rindu untuk berada di dalam majlis ilmu yang
seterusnya.
Dengan
menghidupkan majlis ilmu yang seumpama ini, akan mendatangkan banyak manfaat
dan kebaikan daripadanya kerana jiwa dan rohani kita akan hidup dan terisi
bukan sahaja dapat mengisi masa lapang sesiapa sahaja tetapi membentuk jiwa dan
akhlak menjadi mulia dan terpelihara dengan Peliharaan Allah. itulah dia
pengertian sebenar tamadun. Ketinggian ilmu dan akhlak. Sedikit ku rangkakan,
ummat Islam yang berada di kampung-kampung dan di pondok-pondok usang itulah
yang lebih bertamadun dan terpelajar serta maju ke hadapan daripada umat yang
hidup di pinggir Bandar yang mana hidupnya penuh dengan kerendahan akhlak,
kurangnya Ilmu dan jiwa yang kosong, mereka itulah yang mundur ke belakang
sebenarnya. Semakin terkebelakang. Tidak bermanfaat untuk Islam malah menjadi
kemuncup yang sentiasa menyulitkan ummat yang lain meneruskan kehidupan sebagai
hamba Allah SWT. Allah Akbar!
P/s:
Jom kita semua sama-sama berada dan mencari majlis Ilmu.
No comments:
Post a Comment