..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Friday, August 19, 2011

Aku Dan Lelaki Ateis


Kisah perjalananku


Terlalu banyak yang ku temui sejak akhir-akhir ini, walaupun kadang-kadang aku bukan hanya menemui seseorang manusia seperti manusia-manusia yang biasa ku temui, namun aku juga menemui seseorang yang aku kira bukan mudah untuk melepaskannya hanya kerana beberapa faktor, namun siapakah aku untuk menghalang putaran bumi dan pergerakan alam. Segalanya telah tercatat dan tertulis, aku hanya seorang pejalan yang berhadapan dengan pertemuan yang akhirnya bertemu dengan perpisahan. Namun perpisahan yang terakhirku adalah kematian! Yang akan dihadapai oleh semua pejalan-pejalan yang pernah berjalan di muka bumi Allah ini. Aku anggapkan dan ku kira segalanya Ilmu, siapa dia, bagaimana dia, apa dia segalanya memberi suatu pengertian dan Ilmu. Tanpa mengira bahawa ia memberi konsep yang berbeza-beza. Aku begitu menyukai dan tertarik dengan sebuah kehidupan kerana itulah yang mengajar kita menjadi semakin matang dan berpengetahuan malah mengajar erti ‘Cinta’! terlalu sukar untukku membuat koreksi tentang cinta, ia bakal mengundang sejuta pertanyaan dan persoalan malah aku juga tidak mampu mengisahkan tentang sebuah cerita cinta panjang serta hebat. Namun lebih baik ku berdiam diri merenung dunia yang semakin hebat dengan tipu daya dan angin kencang telah menderau segala ombak badai keruntuhan peradaban manusia! Itu yang lebih membimbangkan jiwaku terhadap umat. Ku abaikan kisah cintaku demi Tuhan. Moga-moga bernilai ibadat.


Baru saja aku pulang ke kampung halamanku setelah selama seminggu aku berada di bumi barakah UniSZA. Aku telah menghayati seminggu Ramadhan ku di UniSZA dengan setekun-tekunnya. Alhamdulillah. Segala syukur ku hanya kepada Allah. Namun aku telah menyedari bahawa aku telah dapat merasai rasa cinta ku setelah berbulan-bulan tidak ku bertapak di sana dek kerana aku pelajar yang menjalani latihan Industri dan sekaligus cuti semester panjang selama lebih empat bulan benar-benar mengajar ku erti rindu sekaligus merasai bulan Ramadhan di kampung bersama keluargaku di Kelantan. Menurutku, sejak aku mula bergelar mahasisiwa 2 tahun lepas, baru kali ini aku berpeluang berpuasa bersama kelaurga sepenuhnya. Benarlah kata orang “Setelah berada berjauhan rindu akan bertandang di hati dan menjadi seorang yang merindui” itulah perasaan ku terhadap mu wahai bumi yang dimuliakan dan bumi yang ku begitu junjung tinggi disebabkan di situlah mengajar aku erti Ilmu syarak dan segala macam ilmu. UniSZA. AllahuKabira!


Namun aku ada sebuah kisah disebalik perjalanan pendek ku selama dua jam dari Kuala Terengganu menuju Bachok pada hari itu. Selama aku berada di dalam bas, aku mendapat teman selama 2 jam perjalanan! Dia berada disebelahku. Dia lelaki. Dia ialah ‘Mat Saleh’ yang berbangsa perancis. Bukan hanya dia seorang malah terdapat beberapa orang mat saleh dan ‘mek saleh’ yang lain juga namun yang lain-lainnya berbual sesama sendiri dengan loghat Francis nya yang aku langsung tak faham. Lelaki yang berada disebelahku itu bukan saja ‘mat saleh’ kerana itu tidaklah hairan dan pelik kerana sebelum ni aku pernah menyapa mereka-mereka yang berasal dari bangsa eropah lain seperti England dan Amerika. Namun kali ini aku agak tertarik dan menarik bagiku. Dia seorang ‘Ateis’! MasyaAllah. Dia kelihatannya seperti mahu menegurku. Namun aku terlebih dahulu menyapanya. Namanya ‘Omar Amra’ sepertinya tidak asing bagiku nama lelaki perancis ini.

“Nama saya Omar Amra” dalam bahasa Inggeris pekat. Aku hulurkan kertas ke tangannya supaya menulis namanya dengan jelas. Kerana sejak aku mula menaiki bas, kebetulan pula aku sentiasa memegang kertas dan pen, kerana membaca di dalam bas yang bising itu tidak akan mendatangkan faedah dan kebaikan melainkan kepalaku pening dan otakku pusing, pening dengan hilai-tawa dan suara-suara mereka yang agak tidak sopan. Aku sepertinya begitu tertarik dengan lelaki Ateis ini, kerana sebelum ini aku telah banyak membaca tentang manusia yang tidak mempercayai Tuhan seperti mereka sebelum ini dan aku merasa aku harus menyelidiki mengenai manusia yang ane h ini.Bagiku mereka aneh sekali! Dan alangkah aku tidak melepaskan peluang menemuramah lelaki asing ini sementara dia berada disebelahku walau pada hakikatnya aku begitu tidak aman dan tidak selesa dengan keadaan itu, akan tetapi aku harus bersikap profesional atau “Be professional” dan bersikap toleransi kerana itu hanyalah sebuah bas, bas itu bukanlah kemilikanku. Bas adalah hak awam. Yang mana kemilikan aku Cuma satu tempat duduk. Dan dia punya hak berada disebelahku kerana semua tempat duduk telah terpenuhi. Aku terpaksa merelakan. Ah!


“My Father’s muslim” aku begitu terkejut. “My Mother’s Christian” berkerut dahiku. “Saya sering melihat ayah saya membaca Qoran dan solat, dia juga berpuasa seperti kamu, saya tahu kamu tidak makan, tidak minum pada bukan Ramadhan ini kan” katanya dalam bahasa inggeris mudah.


“Owh, pengetahuan kamu begitu bagus tentang Islam” aku memujinya.


“Apa yang kamu tahu tentang Islam?, soalku.


Islam is a religion and I’m Unbeliever god and religion life. But I see something in Islam, I saw you as a muslimah, cover your head and your hair, your body also, but what I saw in Islam, women can’t get freedom like westerm women got it. And I saw muslimah in the forces by the Islamic law”


“Apa yang pentingnya mendapat kebebasan?”, Tanyaku.


“Kamu akan seronok jika dapat memakai dan berpakaian seperti kami tanpa perlunya memakai pakaian Islam” Katanya sambil menujukkan pada pakaianku. “Bila kamu dapat kebebasan, kamu akan dapat berenang, mandi pantai, snokelling, dan macam-macam”, Sambungnya.


“Adakah itu sesuatu yang baik, saya seperti tidak berminat” kataku mendatar. “Namun dalam Islam semua itu boleh diperolehi dengan baik, tanpa perlunya membuka aurat dan melanggar perintah Tuhan,saya juga pernah berenang seperti anda, itu bukanlah suatu kepelikan.” sambungku ringkas.


“what’s your study field at University?” soalnya,


I’m Islamic’s Law study or Sharia”. Jawabku sedikit berterus terang.


“Owh, I’m Law Study also” but until now I’m tralvelling and enjoy with my life, I also a writer.” Terangnya sedikit sebanyak menggunakan bahasa loghat inggeris susunan Perancis. Tekaanku sahaja.


MasyaAllah penulis ateis rupanya. Aku nak sangat jumpa kamu wahai pemuda aties yang tidak mempercayai Tuhan! Bisikku.


What’s your opinion about religion and god?” aku bertanya.


I’m Unbelliver man about religion and god!” bagi saya Tuhan itu tidak wujud dan alam ini seperti suatu ciptaan ‘Nature’ ia semula jadi”.


“kamu percaya tak kehidupan selepas mati?”aku menyoal.


“tidak saya tidak percaya”


“kenapa ?, aku menambah.


“kerana apabila selepas saya meninggal saya akan ditanam, lalu saya tetap berada di dalamnya, di dalam tanah dan di dalam bumi”, terangnya dengan bersungguh-sungguh sambil membuat gaya berada di dalam tanah dan mati. Dan dia tersenyum ringkas ke arahku.


“Actually, there were something that we have to know, we have to face a life after we are died. Kita akan dibangkitkan dan di soal” aku menerangkan kepadanya. Namun dia hanya ketawa dan tersenyum pada ku. Aku menyambung “kamu tahu, selepas kita mati kita akan dibangkitkan, dan Tuhan akan bertanya kepada kamu, apa nama Tuhanmu, so, you can’t answer it, you will be hurt because you don’t know about your god”, aku menjelaskan secara ringkas sahaja seperti bercakap dengan kanak-kanak.


“Namun saya tidak percaya semua itu” dia mengaku tenang.


Aku bertanya kenapa dan aku mahu “reason’ tapi penjelasan dia hanya menyatakan bahawa dia Cuma tidak percaya.


Astaghfirullahal Adzim, beginilah manusia ya Allah, apabila tidak mendapat hidayahMu. Aku mengucap syukur akan nikmat Islam yang aku perolehi.


“Ya Allah..Genggamlah hatiku hanya buatmu, jangan biar aku berpaling”, rintihku dalam hati.


“kamu pernah membaca al-Quran?”aku bertanya lagi.


“Yes, I had. Saya membaca terjemahan dalam bahasa perancis sahaja. Itu pun Cuma sedikit, lalu saya berasa bosan. I’m not expert Arabic. Also chinesse. So difficult matter to learn that language”


Aku ingin menunjukkan al Quran yang ku bawa ke mana-mana kepadanya, namun sayangnya al-Quran itu aku letakkan di dalam beg laptop, bukan di dalam beg sandangku jadi hasratku mati untuk menyatakan dan menerangkannya dalam bahasa Inggeris sedikit sebanyak. Aku terlalu berani berhujjah dengannya kerana pada pengamatannku dia tidak banyak pengetahuan tentang agama, jadi bila-bila masa sahaja dia sudi mendegar kata-kataku.


“Saya suka mendengar kata-kata kamu” pujinya. Aku hanya tersenyum ke laur tingkap.


“so, how your life style, I meant your social life. Are you get married or still single?”

Tanyaku sambil menunjukkan perempuan perancis dibelakang kami kerana aku menyangka perempuan perancis itu adalah teman wanitanya atau isterinya.


“Owh no! itu semua kawan-kawan saya, mereka kawan biasa saya, saya tidak akan berkahwin, untuk apa saya berkahwin, ia seperti sama saja, saya boleh juga mencintai, jatuh cinta dan meluahkan perasaan cinta kepadanya. Namun kamu muslim kena berkahwin kan, sama seperti ayah saya, namun bagi saya perkahwinan itu suatu kepayahan dan tidak wajar, ini hanya pendapat saya”dia menerangkan bahawa itu hanyalah pendapatnya supaya aku tidak tersinggung dengan kata-katanya.


Aku hanya membiarkan dia berhujjah sendiri tanpa menyangkal apa-apa pendapatnya mengenai perkahwinan dari sudut pemikiran dia dan pandangan dia terhadap perkahwinan dalam Islam. Dan aku banyak mendengar pendapat dia dari menyatakan pandanganku. Kerana keadaan dan situasiku yang kurang selesa serta tidak selamat untuk berbahas.


“Ternyata pandangan kita begitu berbeza” aku berkata kepadanya, lalu dia mengangguk faham.


“Islam telah menggariskan undang-undang mengenai apa-apa jua untuk penganutnya, sama seperti wanita menutup aurat. Ia bukan suatu kongkongan, malah ia suatu keselamatan dan meninggikan maruah dan martabat seseorang wanita itu sendiri. Begitu juga hal perkahwinan, perkahwinan adalah suatu ruang yang dengannya dapat mencipta ketamadunan, dengan perkahwinan dapat mencipta sesebuah ketamadunan, tanpa perkahwinan tamadun tidak akan bertahan, semua tamadun terhasil dengan adanya sesebuah perkahwinan” aku menjelaskan kepadanya mengenai wujudnya ketamadunan itu hasil dari perkahwinan.


Aku merujuk kepada agama Islam, juga kristian kerana dia seorang ateis lalu aku mendasarkan penerangannku menjurus kepada kefahamn dalam beragama dan tuntutan manusia kepada agama. Yang mana semua agama menyeru kepada perkahwinan. Aku sedikit sebanyak menyebut mengenai ‘Civilization’ atau ketamadunan memandangkan dia seorang penulis. Namun pada pengamatanku, dia seorang yang tidak terlalu ekstrem terhadap prinsip pegangan dia sebagai seorang atheis dan dia terlalu menghormati pendapat pelajar Islam seperti aku. Dia seorang yang tidak banyak berbual dan berbicara mengenai hakikat hidup sebagaimana yang gambarkan. dia lebih banyak bertanya kepada ku tentang kehidupan keseronokkan, hobi yang tidak mendatang faedah dan sebagainya.


“Bagi saya perkahwinan itu tidak perlu, kerana apabila saya jatuh cinta, lalu saya meluahkan kepadanya kemudian saya menjalinkan hubungan, apabila saya sudah tidak cinta saya akan meninggalkannya, begitu mudah dan untuk apa berkahwinan kerana perempuan-perempuan kami juga begitu” dia menerangkan setelah aku minta pandangannya mengenai perkahwinan.


“adakah kamu punya anak?” aku bertanya.


“Owh, tidak ada” dia menjawab.


“Kamu tidak inginkah mempunyai sebuah keluarga yang adanya isteri dan anak like your father n mother?, soal ku. “bukankah begitu lebih baik?”. Aku menduga


“Saya ada keluarga, my mom,my dad,and also I have my brother and my sister. Kesemua adik dan kakak saya adalah seperti saya. Mereka ateis! Tidak percaya wujudnya Tuhan. Malah semuanya ingin hidup bebas seperti apa yang telah ada hari ini” jelasnya sambil tersenyum.

Aku diam sahaja dan memandang keluar tingkap.


“Adakah awak pernah ‘Fall in love’ or mencintai?” dia menyoalku.


“Saya?”


Setelah lama aku berfikir dan aku menjawab “saya mungkin pernah jatuh cinta”, kataku ringkas.


“So, kamu sudah bagitahu dia?”


“Kenapa? Haruskah begitu?” aku menyoalnya kembali.


“Of course! When you’r got love, kamu mesti luahkan kepadanya supaya dia tahu, jika tidak kamu salah,”


“Ada ke macam tu, pelik sungguh pemikiran mat saleh ni” aku berdialog dalam hati. “suka hati je cakap aku salah, lempang kang” aku membebel dalam hati dalam loghat Kelantan.


“No!, for me, tidak perlu untuk saya meluahkan segala yang terbuku di hati selagi saya masih rasa selesa, dan bila saya meluahkan kepadanya tidak akan menjamin bahawa dia adalah akan menjadi suami saya kelak”


“why?


“Because, sesuatu kejadian semuanya ada dalam rancangan Tuhan untuk hambanya, a fate! Suatu takdir. Walaupun tanpa manusia berkehendakkan akan begitu Tuhan telah menyusunnyq dengan baik, namun suatu takdir boleh berubah dengan satu jalan, kamu tahu apa dia?, dia mengeleng-nglengkan kepalanya,


“Dengan doa, Do you know doa?” aku menyoalnya.


“Owh yeah! I already know about Doa,” sambil menunjukkan kedua tangannya.


Omar! dia tidak percaya akan adanya Tuhan namun sepertinya dia percaya bahawa Tuhan itu ada. Namun pada hakikatnya dia mengakui Tuhan itu ada secara tidak sedar dengan perbuatannya sebentar tadi, bisikku.


“Boleh saya katakan sesuatu” aku menyoalanya,


“Silakan”


“saya doakan kamu menemui suatu cahaya dalam hidup kamu yang memberi kamu suatu sinar yang menerangi hidup kamu,dengan izin Allah. aminn,”


Aku menambah “Mr. Omar, kamu tahu manusia atau muslim tidak akan menjadi yang terbaik, human can’t be touch the best place in their life, we can’t be the best person! tetapi manusia hanya boleh menjadi lebih baik dari hari ke hari, better day a day. Kamu faham kan?”


“Owh yeah? Saya baru tahu. Muslim boleh mencapai suatu kebaikan hari demi hari, saya baru pernah dengar. Dia menyatakan kegembiraannya akan hal ini. dia menyimpulkan kehairanan.


“Dan saya harap kamu akan mencapai suatu kebaikan hari ini hari demi hari, saya harap dengan perbualan dan perkongsian ini kamu menemui cahaya dan ianya lebih baik dari apa yang kamu ada, dan hari demi hari kamu akan lebih tahu bahawa Tuhan itu ada” aku menambah dan meyakinkan dia.


“Hahaha… yeah, I hope it, semoga kamu benar” dia tergelak.


“And, you know omar, I had met something better day a day and nowaday, throught al Quran I had. Saya harap awak juga boleh mendapat kebaikan darinya, erm bolehkah saya minta sesuatu pada kamu? tanya ku dalam bahasa asing itu. “Apa dia?”


“when u return at your home, please open al-Quran and recite it in your language and your understanding, but I’m not force you, only to suggest you to recite al Quran, I hope you enjoy about my suggestion”


“hah! alright, I’ll. Saya faham kehendak kamu, kamu memang tidak memaksa saya dan kamu hanya meminta saya supaya saya menemui suatu kebaikan, dan saya ingin melihat kebaikan itu” katanya seolah-olah mengerti.


“alhamdulilllah!” “Good! Kamu seorang ateis yang baik yang pernah saya jumpa” kataku. Walaupun pada hakikatnya aku tidak pernan berbicara sebegini dengan manusia yang berfikiran aties ini, yang aku pernah hadapi mereka Cuma di dalam sebuah buku, tidaklah secara berlisan tetapi secara bertulis. Jika sebelum ini aku berhadapan dengan pelancong erpoah yang beragama kristian dan buhhda. Mereka punya pandangan yang berbeza tentang Tuhan!


“Saya berharap kamu menjadi Muslim suatu hari nanti”


“Moga-moga kamu memahami maksud dan impian saya” kataku. Dia ketawa.


“dan saya harap kamu mengkhabarkan berita gembira kepada saya iaitu Muslim seperti bapa kamu” Dia menyebut lagi sekali “aminn” kerana aku telah menjelaskan kepadanya apabila sesuatu kebaikan diucapkan atau doa, kita mesti menyebutnya amin sebagai suatu pengharapan kepada Tuhan. Dan nampaknya dia menyebutnya ‘Amin’ beerti dia semakin mempercayai Tuhan.


“When we said ‘ameen’ kamu bukan hanya menyebutnya di bibir, malah meyakinkaknya di dalam hati, cuba kamu lakukan itu,” aku meminta.


“ameen”, sambil menunjukkan amin pada hatinya dengan tangan. Aku tergelak, namun aku tidak menampakkan kegembiraan aku dan gelak tawaku pada waktu itu, kerana aku masih sedar bahawa aku seorang muslimat, dan dia tetap seorang aties, lelaki berfikiran atheis! Suatu bangsa yang tidak pernah mempercayai Tuhan. Manusia seperti ini adalah seangkuh-angkuh manusia sehingga menafikan pencipta sehingga terciptanya ciptaan lalu dikatakan kejadian alam. Aneh!


“Mr. Omar, kamu ada buku panduan? Macam kami, Islam punya Kitab Suci al-Quran”, kataku sedikit menjelas.


“Owh no! we’re not! Kami tidak percaya buku-buku itu”, katanya. “Aku juga tidak mempercayai kitab Injil”


“Mr. Omar, your name so nice! do you know about ‘Umar al-Khattab?” soalku.


“Tidak, aku tidak kenal, siapakah dia? Dia pahlawankah?” Soalnya. Aku mengangguk malas. Macam mana aku nak jelaskan kepadanya sedangkan nama ‘Umar sahaja baru pertama kali didengari olehnya.


“Pernah kamu dengar nama Muhammad Bin Abdullah? He’s prophet Peace Be Upon Him (PBUH) ” jelasku.


“Tidak, aku tidak tahu” katanya sedikit terkilan.


“Ok, it’s ok”.


“Berapakah usia kamu”aku bertanya, kerana hanya pemuda yang bernama omar yang kelihatan agak berumur dari yang lain.


“saya ialah 38 tahun, kamu?


“saya ialah 22 tahun”


“usia seperti kamu seperti bayi bagi saya” katanya, dan aku hanya ketawa mengambil hatinya

.


Jelaslah padaku, bahawa lelaki yang aku sedang bercakap sekarang tidak banyak mengetahui tentang Islam dan orang-orang penting dalam Islam. Alhamdulillah aku tidak dipertemukan dengan manusia yang berfahaman atheis yang ektrem iaitu mereka mengetahui banyak tentang Islam malah cuba untuk merendahkan dan menghina Islam dengan penemuan-penemuan karut tentang Islam di dalam berbagai-bagai penulisan dan karangan di barat terutama di Perancis, kerana aku tidak punya ilmu yang luas sekiranya mereka menyoalku. Pada pendapatku juga bila orang atheis yang ekstrem berhadapan dengan Muslim yang agak cenderung menyebarkan fahaman Islam, dia akan cuba cari helah dan membina persoalan-persoalan berat pada muslim itu sendiri. Pada tekaanku pemuda ini bukan dalam kalangan mereka yang berada dalam gerakan freemasonary.


“Adakah kamu pernah minum?” Dia bertanyaku.


“Owh no! I’m not at all” kataku sambil mengeleng-ngeleng.


“Yes! I knew this is Ramadhan, you can’t eat and drink”, sambungnya.


“No! I’ll never and will not forever, insyaAllah, Allah’ willing, god willing” aku mengulang-ulang supaya dia faham Tuhan itu Allah, dan Allah itulah Tuhan. Aku sama sekali tidak ingin menyamakan antara panggilan Allah, god, lord dan lotus itu untuk Allah tetapi disebabkan dia adalah manusia yang tidak pernah tahu tentang Tuhan menjadikan aku terpaksa menyakinkan dia mengenai Tuhan dengan kalimah-kalimah itu.


“Owh you are good girl, kamu seorang gadis yang suci dan baik, aku melihat keindahan di dalam wanita Islam seperti kamu”


“Alhamdulillah, all praise to Allah! terlalu banyak keindahan yang ada dalam Islam, namun saya juga telah menemui keindahan yang paling indah di dalam kitab al-Quran”, kataku. Dia seperti kebingungan dan tidak memahami kata-kataku.


“saya melihat kamu seperti bertenaga, sedangkan kawan saya terlalu penat walaupun dia tidak berpuasa”, dia menunjukkan kawan perempuannya yang sedang tidur kepada ku. Aku tersenyum.


“Kadang-kadang orang yang berpuasa tidak akan merasa penat, jika mereka telah merasai kebaikan dan manis, sweet”. Aku menerang ringkas bersahaja tanpa perlunya kefahaman darinya.


Padaku bezanya mereka yang berfahaman ateis itu, adalah mereka yang hanya menganuti ateis kerana tidak percayakan Tuhan dan inginkan kebebasan dalam kehidupan tanpa adanya disiplin dan menurut perintah. Dan satu lagi golongan ateis yang tidak percayakan Tuhan malah merasakan dan terlalu yakin bahawa syaitan itulah Tuhan dan merasakan mereka sahaja yang betul. Lalu mereka menyebarkan fahaman-fahaman karut ke serata dunia yang dikenali sebagai kesatuan “Gerakan Freemasonary” dan banyak lagi fahaman-fahaman sesat yang telah menular ke serata dunia.


“Sesuatu kebaikan harus dicari. Sama juga seperti saya, saya mencari kebaikan dalam hidup saya, dan kebaikan itulah al Quran, Islam mengajar pengucapan yang baik-baik sahaja. Itulah keindahan yang ada dalam Islam”


“Saya menghormati pendapat kamu” katanya. Sepertinya dia masih berpegang dengan prinsip tiada Tuhannya itu.


Aku malas nak jelaskan dengan lebih lanjut mengenai al-Quran kepadanya. Kerana dia lebih gemar bercerita mengenai tujuan kedatangannya ke Malaysia dan aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan yang akal dijalani sebentar lagi. Aku meminta diri untuk berehat supaya dia tidak merasakan aku tidak menghiraukannya. Kerana aku sebenarnya berkeadaan yang tidak sihat dan demam pada hari itu dan aku rasa begitu penat. Mungkin juga banyak otakku berfikir dengan soalan-soalan begitu. tambahan pula terpaksa diterjemahkan ke dalam bahasa inggeris kepadanya. Bahasa asing! Dia mempersilakan aku berehat.


Setelah rombongan pelancong perancis yang berfahaman atheis itu sampai ke destinasi mereka, kali terkhir Omar Amra menyapaku, “Ok, nice to meet you, see you again, bye-bye” dia melambai-lambai tangannya. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.


Namun sukar untuk aku yakinkan kepada dia dengan begitu mendalam, kerana bahasa inggeris ku tidak begitu bagus dan tinggi. Aku akur dengan kekuranganku itu, namun aku tetap bersyukur dengan pertemuan itu, jauh di lubuk hati aku berharap dan berdoa semoga Mr. Omar Amra akan menjadi seorang Islam suatu masa nanti. Moga Allah membuka pintu hidayah kepadaNya. Amiin..” Bisikku.


Tamat.

6 comments:

zakiah said...

Subhanallah...pengalaman yang membawa makna..teruskan dakwahmu...moga Allah rahmati Mu...

mmm said...

Subhanallah..teruskan dakwah mu..

ijustread said...

well, i do feel enjoy reading your story regarding that atheist..
i can see you remember all the word that both of you talk about..
for a start, feel free to read from this site:

http://chooseislam.wordpress.com/category/20-soalan-tentang-islam/

at least you can have some idea to answer them back if they ask you..
my advise, their question will be in logic, so we answer back using logic thinking..

they hardly listen to Quran or Sunnah..

Musafir Ilmu Ah said...

Sahabtku, soleh_solehah:
Aminn... Syukur alhamdulillah, Segalanya dalam perhatian Allah SWT...MasyaAllah...

Musafir Ilmu Ah said...

ijustread:
Alhamdulillah, All the praise to Allah. Very special Thanks! Thanks a lot! It some knoelwdge! Have a nice day with Allah Bless!

Musafir Ilmu Ah said...

mmm:
MasyaAllah... InsyaAllah.. Subhanallah... Alhamdulillah.