..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Friday, April 29, 2011

Awas! Kita diperhatikan!

"...Berjalan tunduk bukan erti kau kalah..."
"....Marilah bermusafir laksankan tuntutan Jiwa..."

Siapa kita?

Sebelum memulakan pada penulisan yang mudah-mudahan ada sedikit manfaat ini, dengan izin Allah banyak manfaatnya, ingin saya nyatakan bahawa tiada apa yang ada pada manusia kerana manusia adalah si miskin dan si faqir, malah lebih dari itu, kerana itu pentingnya kita berhajat dan berharap hanya pada Dia, kerana Dia Maha kaya, ada segala-galanya. Kalau pun kita ingkar dengan suruhan dan laranganNya, Dia tidak rugi apa-apa, sebaliknya kita yang rugi kerana berlagak sombong dan tidak sedar diri dengan kedho’ifan diri yang penuh hina di hadapan Dia, moga-moga kita ni jadi orang yang sedar dan tahu akan kedho’ifan kita apabila berada di bumi Tuhan yang Maha kuasa ini, Subhanallah!

saya tidak mahu mengata pada orang lain…saya ingin tunding jari ke dalam diri saya. Kenapa kita selalu melihat apa yang manusia pandang, Nampak pada pandangan mata, cantik, handsome, manis, kacak, molek, rapi, kemas, bergaya dll sewaktu dengannya. Mungkin saya juga begitu. Tanpa kita sedar, Allah Taala tengah pandang kita seteliti-telitinya. Apa yang ada pada yang terzahir, ianya nafsu! Kita akan kalah pada pandangan iman kita nafsu menguasai dan merajai hati. kalau kita sedar dan hayati macam mana hidup para Ulama’ yang memperjuangkan agama & menghidupkan Ilmu ini, masyaAllah.. Hebat! Mereka hidup kerana Allah, memperjuangkan Ilmu Islam dan agama, meraka hidup atas dasar cinta, Cinta Tuhan! Sebab itu mereka sentiasa hidup, kerana hati mereka hidup, basah dan tidak gersang! tidak mahukah kita jadi seperti mereka, walaupun tidak sepenuhnya..sekadar termampu sudah memadai asalkan hasrat dan keinginan tu ada untuk kita menyambung perjuangan bertulis dan berlisan yang mereka (para Ulama’) tinggalkan, asal dari perjuangan Nabi Muhammad SAW- “Amirul Jihad” “A father”, segala Tuhan akan bagi jika keikhlasan itu jelas dan terbuku di hati.

Kadang-kadang saya takut untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat. Jangan salah faham, takut bukan kerana saya takut dikritik, ditegur, disaman (ada ke..? ) tetapi takut serta bimbang. Apa dan bagaimana. Bimbang dan takut dengan kalimah kata dan kalam ucapan/pendapat/pandangan yang dilontarkan itu menjadi penyebab timbulnya penyakit-penyakit hati dalam diri kita dan terutama dalam diri saya. Namun, kata ustaz syafie “…awak jangan mengalah pada semua tu, itu tipuan syaitan saje, awak jangan terpedaya dengan bisikan dia…” namun, ada benarnya kata ustaz. Asalkan apa saja perkara yang membawa kemaslahatan kepada umat Islam kita kena berani dan kuat, kerana benda betul ini selalunya tidak mendapat sambutan, jika segala kerana nafsu, dalam surah Yusuf ayat 53 ada menyebut mafhumnya bahawa nafsu ini (ammarah) hanya mengajak kepada keburukan/kefasadatan. Jadi benarlah! Kecuali bagi hati-hati yang inginkan kebaikan dan kemaslahatan umat bersama. Kita kena tegakkan apa yang perlu ditegakkan, walaupun ia pahit dan payah! Memang sukar untuk kita buat seperti mana kata-kata ini namun ini sebagai dorongan dalam diri kita, insyaAllah bernilai. Dalam surah al-Muzammil ayat 20, mafhumnya “..dan ingatlah apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya, dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani…”

Dengan adanya petunjuk dan hidayah Allah pada kita, kita disuruh berfikir apakah makna dan pengertian hidup yang sebenar, ia bukan sekadar kalimah dan sebutan. Ia mengandungi makna yang besar. Apakah hidup kita ini adalah tiket untuk kita menjadi ahli neraka (Moga2 semua terselamat darinya) atau hidup kita ini adalah tiket ke syurga (moga2 kita semua Berjaya ke sana). Hanya Allah yang tahu dan sebaik-baik ketetapan hanyalah dari Allah. Kita hamba Allah lagi hina ini hanya menuruti perintah Dia kerana Dia Tuan Besar, Hebat, apa yang ada pada seorang hamba dan manusia yang dho’if lagi lemah ini? Namun, jangan terlalu bersedih, kita akan jadi hebat dan gagah apabila pergantungan kita kepada Dia terlalu besar dan keberharapan kita pada Dia sahaja. Itu milik kita. Itu sahaja yang kita ada. Yang lain milik Tuhan. Ingatlah wahai diriku….diri pembaca…diri manusia yang sering berbuat dosa seperti saya…ingatlah!!! Ingatlah…jagalah hati kita…jagalah hati kita dengan baik, hati kita ini adalah tempat pandangan hakikat Tuhan, pandangan Rahmat Allah nanti, jika hati kotor dan berkarat, bagaimana Allah nak pandang? Kerana Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ada menyebut mengenai hati, “..hati adalah cermin, cermin yang dipenuhi habuk dan kotoran tidak akan mendapat pantulan cahaya hakikat Tuhan..” dalam kitab “Sirr al Asrar” pada awal syarahannya. masyaAllah, cuba kita fikir, kenapa akhlak manusia akhir zaman ini sangat2 rendah, ianya berpunca dari hati. Ingatlah, jagalah bisikan hati kita, meskipun manusia sekeliling, sahabat2 disebelah, ibu ayah, para guru tidak tahu dan dengar, namun ALLAH TAALA jualah yang Maha Mendengar dan Mengetahui apa yang ada dalam hati manusia, “The Best Scanner” Best Of The Best. Mudah-mudahan dengan ilmu kita yang ada sedikit ini boleh memberi manfaat yang banyak pada manusia lain, kerana semuanya dari Allah Taala, terasa diri ini jauh dari Tuhan, buatlah seperti apa yang dituntut, InsyaAllah Dia akan dekat dan pandang kita. Amin.

"Bahaya Ilmu adalah Sombong"

Wallahu’alam.

p/s : segalanya kembali Pada Allah Taala, masyaAllah.

maafkan saya.

No comments: