..::…. Aku Seperti Putus Cinta …::..
Langkahan pertamaku tanggal 13 April
kaki ku melangkah sepi
Menuju jalan redha milik-Mu
Kepulangan dari medan pengajian ilmu GC19
UniSZA
Bagai tiada kekuatan lagi untukku
Untuk menongkah langkahku seperti selalu
Ia pergi bersama kecintaanku yang baru sahaja berlalu
Meninggalkanku
Sedih dan sebak
Ia seperti meragut kekuatanku
Yang selama ini membuah bahagia
selama ini Ia berjalan beriringan cinta
akar tunjang kekuatan
kini hanya tinggal kenangan
ia telah terhenti
Oh Madah Kajian Teks Fiqh
Kau telah meninggalkanku
Ku rindukan kepayahanmu
Ku dambakan lautan pengetahuanmu
Ku harapkan hamparan padat tulisanmu
Menjadikan ku seorang yang teliti
ketulenan ilmu dan cinta di dalamnya
Berharga dan bernilai darjatmu
Terasa bermakna
melebihi tika dan waktu selesa
Hati ku sedih mengenangkan
Ia telah menemui penghujungnya pada bukan hakikat
Hati berduka akan perpisahan aku dan dikau
Hati tidak berbahagia akan penamatan keterpaksaan ini
Sungguh ku tidak dapat menahan sebak di dada
Menanggung kepayahan menerima hakikat
Harap kita ada pertemuan lagi
cinta Ilmu tetap menanti!
Kaki ku melangkah lagi Lesu!
Kerana hariku telah mula terasa kehilangan
Atas sebuah cinta nan setia
Meratib rindu dan bahagia
Cinta Tuhan
Kakiku terus melangkah
Menuju ke rumah indah-Mu
Musolla Toriq Ziyad
Destinasi wajib rayuan cinta dan harapan
Menagih kasih Tuhan yang tiada henti
Menyerah diri yang hina serta dosa
Harap Petunjuk Jalan Cahaya
Ku dambakan
Bukan kerana hina dunia
Namun Akhirat adalah segalanya
Ku dambakan cinta
Moga cintaku hanya padaNya
Agar bersemi mekar berakar
yang tiada gemburan debu menguasai
Ia rapuh dan gersang
Semudah itu cabutan dan tanggalan cinta
Tidak!
Ku mahukan
Kuatnya cinta bagai pepohon digunungan yang mendinginkan dunia
Hijauan dedaun hutan yang mampu meredakan kemarahannya
Dengan izin Tuhan aku mahu itu
Moga selamanya Dia taraf cintaku tertinggi dan mulia padaNya
Kerana itu bukan kudratku
Meniti hari-hari mendatang
Hanya harapan yang mengiringi
Jalan rahmatNya
Aku terus melangkah
Kekuatanku yang melayang bersama talian ilmu yang terpisah
Kembali berbunga mekar
Walau kehilangannya masih terasa
ia tetap memberi ku semangat baru
Namun semester akhir pada tahun dua bakal berakhir
Aku berada di titian terakhir semester empat
Akanku belajar menerima segala perpisahan yang tidak diundang ini
Namun
Harapanku mengertilah dikau wahai insan dan taulan
Mahuku cintaku itu dipulangkan
Pulang bersama jiwa ku yang telah kau bawa
Oleh madah kajian teks fiqh yang penuh hikmah
Dengan Kitab syarah Ibnu Qaseem al-Ghazzi
Hasyiah Baijuri Penawar hati ku
Matan Abi syuja’ rahimallahu ‘anhum
Mendorong hati mencari redh-Nya
Tuhan ku tetap mengetahui
Lebih mengerti apa yang ku rasa
Gagah langkahku meniti hari-hari menuntut ilmu
Ianya baja bukan racun berbisa
Mesti & pasti
Mencari
Di mana-mana ianya pasti berada
Kerana Segalanya Ilmu
Namun
ku perlukan teman Sepanjang perjalanan
tidak hari ini Malah
untuk selamanya
Dengannya
Bersama menuju cinta
Kekal abadi
Menuju jalan hidup bercahaya
Bersama cinta Ilahi!
Al Faqiratu Ilallahi Taala Al Kubra
~ musafir Ilmu & Cinta ~
2 comments:
huhu..akk btol2 cintakan buku ye?
Biasa saja..cuma kalau x de buku dan apa2 pengisian Ilmu, akk akan rasa kosong, tu saje, akk sendiri x leh terjemah apa yg terbuku d hati... :)
akk banyak ambik kata2 Nabi SAW, tuntutlah Ilmu walau ke negeri China, dan Hadis Nabi juga, menuntut Ilmu fardhu bagi ummat Islam.- Hadis Nabi.
Selain itu,ulama'2 islam selalu berpesan, supaya mencintai Ilmu, Ilmu itu cahaya... cahaya itu suci, tidak bercampur dengan perkara bayil, kita x mahu kebatilan, tetapi kita mahu yang "HAK" hak itu diperolwhi apabila kita mencari "dengan ILMU" kita tidak akan jahil. Kita x mahu alami tetapi supaya kejahilan tidak terlalu banyak mendampingi diri kita
Saidina Ali ra: ...tuntutlah ilmu, dengan Ilmu dia akan menjaga kamu.."
wallahu'alam
Post a Comment