Assalamu'alaikum Warahamatullah Wabarakatuh!
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
Bismillah ar-Rahman ar-Rahim
(Ilmu berharga seperti mutiara, Namun Ilmu itu lebih tinggi Nilai dan ketinggiannya)
Aku seperti ingin tersenyum pada dunia. Bahagia menyelubungi akan sebuah penemuan, ia begitu bermakna pada menyatakan kelebihan penemuan itu. Garapan pencarian dibuat membangkit semangat cinta dan kagum akan ketinggian ilmu dan betapa banyaknya Ilmu yang terbentang, sedang manusia yang malas mencari dan menjejaki barang yang telah ada. Adakalanya aku tidak begitu sedar betapa luas dan banyaknya ilmu yang dikurniakan Allah, sehingga aku seperti ingin menyelam dilubuk yang paling dasar, sehingga tangan tidak akan pernah mencapai demi untuk menyentuh keseluruhan Ilmu memang tidak akan selama-lamanya aku tidak mampu mencecah kesemua kurniaan itu. Ia bagai mutiara. Aku Menghargainya.
(Manuskrip Kitab, tulisan tangan Ulama' - Subhanallah, ia kurniaan Allah)
Ilmu Itu Luas, melebihi luasnya luasnya isi dunia, melebihi dalamnya dasar lautan, melebihi tingginya langit keseluruhannya. Jika direnungkan segala hikmahNya, begitu banyak kebaikan yang Allah kurniakan kepada hambaNya yang kadang-kala dan selalu sahaja manusia itu sendiri tidak mempedulikannya. Malah tidak berfikir mengenai alam dan kejadianNya. Manusia itu mungkin aku sendiri, yang mana bukan mudah untuk menjadi baik dan bukan payah untuk menjadi baik, segalanya atas kehendak dan keinginan kita, dengan diperkenankan Allah dan atas kehendak Allah semuanya.(Kitab Bughyah at-Tullab)
Jangan dikatakan ilmu sudah cukup, sehingga selamanya penuntut itu tidak akan menggapai kesemua ilmu-ilmu yang Allah hamparkan bertaburan di atas muka dunia ini, malah ia melebihi apa yang kita ketahui, melebihi kebanyakkan yang kita ketahui banyaknya, selamanya Ilmu tidak akan habis, betapa luasnya jalan itu sehingga manusia tidak cukup tenaga untuk melangkah dengan menggunakan kaki, malah dengan menggunakan apa-apa alatan sekalipun manusia tidak mampu jejaki semunya melebihi apa yang pernah diketahui selama di dunia.
Subhanallah! Demi Masa! itulah sebaik-baik penuntut! Jagalah masa kita dengan Ilmu, jangan jaga masa kita dengan perkara-perkara lagha dan leka dengan ketawa dunia yang palsu dan mungkar pada nazor Allah, pandangan Allah hanya pada senyuman bahagia terjadap kemenangan Islam dan Kecintaan kepadaNya yang Esa, itulah sebenar-benar senyuman indah di Dunia sehingga ke Syurga.
(Percikan Cinta menyinari alam dunia menuntut Ilmu)
Tiada siapa yang tahu apakah kediaman kita di Akhirat kelak, namun aku begitu sedih pada saat ini, biarlah Allah yang tentukan, kita pohonlah sebenar-benar rayuan kepadaNya demi meminta syurga dan rahmatNya.(Utamakan pandangan Allah, daripada pandangan manusia di sekeliling)
Subhanallah! Jika ingin mengelilingi sebuah lingkaran Ilmu, memerlukan sebuah kenderaan yang hebat supaya ilmu yang dicari itu dapat ditempatkan di akal dan dihati, jika tidak mempersiakan usaha menuntut, peganglah ilmu dengan hati yang bersih dan jernih. Allah hanya mengurniakan kebijaksanaan dan kehalusan dalam menghayati Agama Dia pada ati-hati yang jernih. Subhanallah! Hati begitu penting. Ilmu itu Cahaya. Cahaya Allah itu tidak akan dapat menerangi jalan pada hati-hati yang sering melakukan maksiat. Apa yang penting Ilmu adalah untuk beramal, moga-moga kita semua dapat mengamalkan ilmu yang dikurnia semaksima dan semampu-mampu yang dikurnia, aku begitu takut jika memikirkan tentang itu. Aku sedang berdiri atas dunia, ada batu-bata di atas bahuku dan kamu, juga mereka. Ia bukan mudah. Mohon segala petunjuk dan pertolongan Allah selamanya, bukan selainNya. Allah bersama kita. Jangan takut dan jangan sedih! Allah dalam hati kita semua! Subhanallah!
Jom kita Selalu beristighfar, ucap selawat dan banyakkan menyebut Lailahaillallah Muhammad Rasulullah! diri saya dan pembaca jom kita selalu baca Quran, ia adalah ubat yang paling mujarab menyembuhkan penyakit, Shohib dan teman yang paling memahami. Subhanallah. "Ala Bidzikrillah Totmainnul Qulubb..."
P/s: Subhanallah! Jom.. menyelam dan bermusafir bersama saya!
No comments:
Post a Comment