..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Monday, December 5, 2011

Jika Tulisan Itu Palsu


Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh!

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه ومقدار العظيم

Dengan Lafaz Nama Mu Ku mencoretkan sedikit kata buat insan yang bergelar hamba, hamba itu adalah diriku yang mana sering berdampingan dengan dosa, mudah-mudahan dosa yang ku lakukan samada sengaja atau tidak sengaja segera mendapat pengampunanMu Wahai Tuhan yang Maha Agung kekuasaanNya, Tuhan yang Maha Besar Kasih SayangNya, dengan rasa hina diri dan kerdilnya hamba mengharapkan Rahmat dan Redha serta SyurgaMu. Juga ampunan untuk kedua ibubapa Ku yang mendidik ku sehingga saat ini dapat mengungkapkan kalam suciMu dengan rahmatMu yang tidak pernah berhenti dari mengalir. Alhamdulillahi Rabb al-‘alaminn. Itulah sebesar-besar nikmatMu terhadap ku malah terhadap kedua Ibu Bapa Ku serta seluruh Mukmin dan Mukminat dulu, kini dan selamanya.

Untuk apakah menulis ilmu, mencoretkan kata, meriwayat peristiwa, menukil hikmah dalam tulisan dan melakar kalimah yang dapat difahami oleh manusia-mansuia yang berakal dan manusia-manusia yang diberi petunjuk dan taufiqNya? Subhanallah. Itu adalah nikmat kurniaan Allah yang selainnya nikmat-nikmat yang lain. Begitu pemurah dan penyayangnya Allah terhadap hamba-hambaNya yang masih dalam meneruskan perjalanan yang begitu panjang, destinasinya begitu jauh kerana perhentiannya belum diketahui jarak apakah sebuah perjalanan ini, hanya yang sudah pasti ia adalah sebuah hakikat kehidupan manusia tidak dapat tidak akan tetap menuju pada satu jalan iaitu, lorong kematian! Tidak ada seorang manusia pun yang tidak akan melalui lorong sunyi ini. ke mana kaki melangkah, sejauh mana jarak yang kau langkaukan mengembara mengeliligi dunia, setinggi mana kau terbang tinggi, seluas mana kau berjalan, selama mana kau hidup, semua manusia akan menuju ke sebuah lorong sunyi. Lorong yang manusia menjadikan lorong itu adalah kediaman rasmi dan kekal sebelum tibanya Hari Kebangkitan. Kematian adalah sesuatu yang sangat pasti.

Namun mengapa kita masih sempat ketawa gembira dalam keadaan diri yang begitu kotor dengan lumpur dosa dan kekotoran cinta dunia di dalam hati. Apakah kita benar-benar telah mendapat tiket berada di dalam liang lahad yang bertaraf VVIP di dalam sana, sehinggakan telah tersedia rapi sebuah singgahsana diraja yang indah demi melampias jasad manusia dan sinaran cahaya menerangi kita di dalam sana. Apakah di alam sana telah tersedianya shahib-shahib yang akan menemani malam-malam kita bila berada di dalamnya. Semua itu hanyalah angan-angan kosong jika kita masih ketawa dan bersuka-ria dalam waktu melakukan dosa. Derita yang bagaimanakah yang bakal dibawakan kepada kita. Apakah masih ada ruang untuk mansusia berasa selesa hidup dalam melalaikan diri kepada Allah, meringankan tuntutan dan suruhanNya demi melaksanakan tuntutan nafsu yang sering bergelojak. Sungguh! Jika kita masih dalam keadaan yang begitu, alangkah ruginya manusia-mansuia itu! Sungguh! Aku tidak berkata dusta. Di dalam sana ia begitu perit dan derita jika tiada amal perbuatan soleh yang dilakukan. Amal soleh dan baik adalah penolong dalam pedamping kita di dalam sana.

Apa yang kita tahu, di dalam kubur, tiada seorang pun manusia lain yang ada turut serta bersama kita di dalam sana, tiada ayah dan ibu yang menemani kita, kakak dan abang tidak sama sekali, apa lagi saudara mara, sahabat-sahabat serta insan yang lain. Mereka hanya menemani kita di kala nyawa kita masih dipinjamkan Allah, setelah itu mereka hanya menghantar kita ke kubur dan menemani kita dengan hanya menghantar lirikan mata dan hati yang sedih, selebihnya kita sendirian kita yang menanggung nasib sendiri di dalamnya. Apakah kita berani dan kuat? Adakah kita sanggup bertentang mata dengan mata dengan Para Petugas Penjaga Kubur Malaikat Mungkar dan Nakir yang amat begis dan berperwatakan garang yang tidak pernah dihadapi manusia semasa di dunia. Kuatkah kita dengan hentaman kuat besi panas sehingga jasad mansuia mencecah bumi ke lapisan ketujuh dalamnya terbenam ganas jika amal tidak mampu menjawab persoalan Malaikat.

Aku sebagai manusia yang menulis hari ini terasa begitu takut dan gentar dengan hukuman dan ancaman itu. Terada diri itu adalah aku. Terasa seperti hukuman itu mengena batang tubuhku pada masa saat ini. Kerana aku juga tidak banyak berbuat amal yang baik seperti pembaca. Tiada jasa yang besar demi Islam agama yang sempurna ini. Tidak ada banyak memberi manfaat pada umat Islam yang lain. Namun walau begitu, ku akan berusaha menuju ke arah kebaikan walau sedikit, aku tidak dapat berbuat banyak kebaikan kerana aku seorang yang kerdil dan lemah. Namun apa yang penting buatlah sesuatu amal dengan Ikhlas, dan bertepatan dengan kehendak Allah semampu kudrat yang dikurnia Allah. tidak usah lebih jika tidak mampu. Jangan kita beramal dengan banyaknya namun akhirnya ia seperti debu-debu yang berterbangan yang tiada berguna untuk kita di dalam sana, hanya sia-sia jika tiada Ikhlas dalam amal perbuatan. Sungguh derita setelah mengetahu amal kita selama hidup di dunia ini telah menjadi debu-debu, ia tidak dapat dibawa ke alam sana sebagai bekal menuju Akhirat. Allahu Akbar. Ruginya……

Aku selaku orang yang menulis, dan anda sebagai orang yang membaca, Ayuhlah kita berjalan dan beramal dengan merendahkan hati kita kepada Allah serta menghina diri hanya denganNya di malam sepi, rendahkanlah hati, mengakulah dosa-dosa kita dihadapan Allah, merayulah keampunan kepadaNya. Mintalah kepada Allah sebenar-benar ampunan dan moga diberi jalan dalam beramal dengan Ikhlas kepada Dia yang menyuruh melakukan amal ibadat. Berdoalah! Doakan ku juga agar hati menyentuh Ikhlas seperti kalian dalam beramal, Hanya demiNya. Setelah Allah memperkenankan doa kita, maka tiadalah Istilah kata amal Palsu iaitu TULISAN PALSU. Moga-moga Allah memperkenankannya, segalaNya kerana Allah. perbanyakkan amal, diterima atau tidak, Allah yang tentukan. Allah Akbar. Subhanallah!

p/s: Jom kita banyak-banyakkan membaca al-Quran, mengamalkan sunnah semampu kita. Dan banyakkan mengungkap استغفرالله العظيم, berselawat dan menyebut لا إله الا الله محمد رسول الله Sebanyak-banyaknya.

No comments: