Baru kali ku rasakan mahu menulis perkara peristiwa, kerana buatku ia agak melucukan. Jika sebelumnya suka aku menulis tentang perihal falsafah dan agak berunsur sedikit nasihat, walau cuma hanya mungkin sedikit yang bermanfaat dan mungkin juga kurang nilainya, namun ku rasakan ia juga ilmu, dan mudah-mudah ia juga bernilai ibadat.
Sedikit perkongsian dan pengalaman sendiri dalam mencegah budaya couple di kalangan Mahasiswa dalam kampus ni. Cerita mengenai cegah Couple, agak melucukan. Dan peristiwa ini menjadikan aku begitu terkenangkan seseorang di saat ini, iaitu adikku kerana aku jalani perkara ini bersamanya. Ceritanya begini, kami telah melalui sebuah kawasan yang dipenuhi ‘couples’ yang tak pernah berfikir demi umat yang lain mahupun diri sendiri. Moga-moga esok adalah hari kesedaran mereka buat selama-lamanya. Kadang-kadang perkara ini harus dipandang serius dari pihak berwajib, kerana ia seolah-olah barah dalam mengotorkan suasana menuntut Ilmu yang bisa menyebabkan ajal akhlak menjemput. Pihak berwajib adalah sesiapa sahaja yang merasakan ia adalah wajib ditegah.
Peristiwa berlaku dalam satu malam. Aku baru sahaja pulang dari Surau Farabi setelah selesai mesyuarat, lalu aku berbincang dengan dua orang kakakku, seorang dari Sabah dan seorang dari Kelate mengenai kelas kitab telah berlaku Clash dengan kelas Tarannum pada hari Sabtu malam Ahad. Setelah selesai lalu aku kembali ke Surau Thoriq dan adiqku telah menunggu ku di sana. Juga menunggu makanan yang ku belikan untuknya di Café Halimatussaa’diah sepertinya adiqku itu macam ‘gewe’ gelap dan cerahku. Malam dan siang hanya dia (semacam jiwang je) Setelah aku tiba berdekatan denagn Surau Thoriq Ibn Ziyad, aku terpana dari jauh,
“Macam budak couple je..Aish! Tak kan lah dekat surau kot! Tak agak-agak langsung budak-budak ni, ikut dan je”, getusku dalam hati, malah terkeluar dari bibir kata-kata ini dalam lorat kelate laluh!. Dan bukan hanya diorang berdua, malah sana-sini ada belaka pasangan-pasangan ‘pelik’ itu. Bagiku mereka begitu. Diorang berbincang bawah cahaya lampu jalan, bawah pokok, bawah longkang. Semua bawah-bawah je.
Aku hanya mendekati mereka yang dekat dengan surau Thoriq. Waktu jam 11.30 malam. Aku berjalan agak ‘rush’ sikit kerana jam segitu agak lewat dah. Aku berlalu di hadapan diorang, lalu aku mengadiahkan senyuman dekat yang perempuan. Dan mengangguk! Aku berharap diorang akan faham maksud aku. Lalu aku masuk ke dalam Surau thoriq. Selepas bersembang dengan adiqku tadi, kami merancang untuk balik ke bilik Blok asrama masing-masing setelah seharian meninggalkan ‘patner’ masing-masing. Setelah keluar dari Surau Thoriq, kelihatannya masih ada lagi pasangan kekasih tadi yang tidak berganjak kedudukannya, malah makin mesra pulak. Alahai…. Sakit tayar gini gak.
“eiih, tadi ingatkan dah faham, tak pehe-pehe lagi rupanya”, kataku dalam hati.
“macam mana ni, kita nak serbu tak?”, tanyaku pada adiqku. Kataku sambil berpandangan.
“Nak la, tak leh biar ni,” kata adiqku semangat.
“semangat tu bagus dah! Jom lah…hehe, keseganan telah menguasai diriku, mana leh jalan ni,” kami memerhatikan mereka berdua dari jarak yang agak dekat, kerana memang couples tadi tengah dating dari jarak yang amat dekat dengan tangga surau. Agak ‘terasa’ jugak dengan keberanian diorang ni. Nasib baik tak ada penyumpit, kalau tak senang je nanti sumpit diorang. Dan kami hanya berpandangan dan memerhatikan sahaja.
“itulah kita, cakap je lebih, nak cegah payah juga kan”, kata adiqku.
“Jap eh..tak pe. kita tengok dulu, kalau-kalau diorang faham maksud kita tercegat dekat sini”, kataku.
“alahai bukan main lagi, pegang tudung pulak dah, macam tak care je kita dekat sini, diorang ingat kita tengah mesyuarat ke kat sini!”, kata adiqku sedikit melucukan.
“mesyuarat gapo, jap lagi kita mesyuarat sama dengan diorang pulak,” kataku.
“Bismillahirrahmanirrahim….JOM serbu!”, kataku semangat lalu meninggalkan adiqku yang masih teragak-agak.
“Assalamu’alaikum diq…”
“Wa’alaikum salam kak..”
“Diq…Sudah lewat ni, apa kata kalau bincang esok je, lagi pun agak tak manis kan duk kat sini, surau pulak tu..?”, kataku sambil menunjukkan surau lalu melihat jam pada lengan pada serta senyum. Pakej. Jam 11.40 malam.
“Iye-iye kak..sudah lewat pun”, kata pasangan itu rupanya menyedari keterlanjuran masa lalu bangun seperti sudah mengagak sasaranku untuk mereka.
“kalau nak bincang lagi sambung esok plak ye, minta maaf ye diq”, kataku agak bersopan mengalahkan bercakap dengan PM kot, demi tidak mahu menyakiti hati dan perasaan mereka.
“Ok kak.. tak pe-tak pe, kami faham”, kata mereka serentak, lalu mengucap terima kasih dan berlalu pergi mengikut haluan masing-masing.
“ok, sama-sama, tak de hal pun”, kataku. Lalu aku melihat pada adiqku di sebelah. Sambil berjalan seperti memang salah arah menuju jalan Pulang.
“sebenarnya kita nak ke mana ni?”, sudah makin jauh dari blok asrama kita.
“tak pe, kita pura-pura jalan je, nanti Nampak sangat pulak, jalan dulu terus, nanti kita corner semula”, kataku. Kami tergelak dan jalan lagi dah agak jauh corner semula kembali ke pangkal jalan.
Dari jauh kelihatan dua pasangan ‘couples’ lain turut beredar dan bersurai kerana mungkin bimbang menjadi ‘mangsa’ kami yang seterusnya. Baguslah kalau dah faham gak, tak adalah banyak sangat tugas, cukup saja satu sesi saja sudah memberi pengajaran tiga kes.
“Malu betol! Classmate sendiri rupanya”, kata diqku mengaduh malu dan mungkin segan.
“nak malu gapo, Kita cakap baik-baik je tadi, siap minta maaf lagi, kot-kotlah nak terasa hati, ok la tu, tak de ape-apelah”. Kataku.
“ok…….”, kata diqku seperti sudah lega hatinya.
Memang inilah hakikat dan kebenaran. Nak ‘Amar Maa’ruf Nahi Mungkar’ rakan sendiri itulah yang susah sebenarnya. Kerana mereka telah pun menangkap persepsi dan membaca fikiran kita, kita bukan nak judge diorang, namun seharusnya mereka kena maa’ruf dan telah tahu akan perkara ini bahawa benda ini salah. Apakah harus kita membiarkan perkara dosa begitu aktif berlegar-legar sekitar anak mata kita, redhakah kita dengan perkara ini.
Inilah susahnya nak menegur orang, seseorang harus terima baik kesannya dan berlapang dada walaupun perit. Dunia nikmat dipenuhi maksiat, dan kebaikan itulah perkara payah dan susah. Jalannya agak sukar, jika tidak menegur, seperti memberi gambaran bahawa kita meredhai kelakuan maksiat mereka, sedangkan pada hakikatnya TIDAK sama sekali. La Budda kena juga memberanikan diri. Allah jualah pemberi kekuatan dan kelemahan itu.
“baiklah, kita berpisah di sini sajalah, buat exam molek-molek tau, Allah lah yang mengurniakan segalanya”,
“InsyaAllah… Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh”
“Wa’alaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh, tata…! “. Ku melambai sesaat.
Sedangku melalui suatu jalan menuju ke Blok F, aku lagi sekali terserempak dengan ‘adik couple’ dan aku berhenti…..zappps! Aku break dengan agak perlahan.
“Assalamu’alaikum…maaf diq, sudah agak lewat ni”, kataku agak lembut sambil melihat jam dan tersenyum ke arah mereka.
“wa’alaikum salam, kak..owh! iye kak-iye kak…”, kata mereka mengulang-ulang.
“maaf tau… terima kasih”, kataku. Agak segan namun…..
“Ehh, tak pe…terima kasih juga kak…”, mereka berdua tersenyum lalu sambil berdiri dan berlalu pergi.
“alahai adik-adik..kesiannya! Moga-moga mereka sedar bahawa ianya menyalahi tuntutan syarak, ya Allah…pandulah kami”. Getus hatiku.
Padaku, mereka-mereka ini telah tahu perkara ini, tetapi kurang menyedari kelakuan itu mungkin pada mereka perkara itu tidak terlalu menyalahi dan tidak tertegah kerana seperti menjadi adat kebiasaan atau ‘uruf zaman dan ‘uruf setempat (jika dalam bahasa usul fiqh) tetapi mungkar tetap mungkar. Tidak ada dalil yang menghalalkan ia menjadi harus disebabkan ‘urufnya sebegitu. Cegahlah dengan sebaiknya!
Penyakit ‘Couples’ dalam dunia campus ni adalah satu-satunya isu yang berjaya membuatkan hati dan jiwa aku mengaduh dan ‘terkilan’ dengan tingkah diaorang. Dalam bab ni, aku memang begitu terkesan dan aku sangat sensitif demi mencegahnya. Kerana mereka ini boleh dikatakan ‘Melampau’ kerana kedudukan mereka ini adalah berada di tempat yang sangat dimuliakan Allah. Alam Ilmu, Alam Buruan. jadi, macam mana perkara seperti ini dikotori oleh perkara-perkara nafsu oleh penuntut yang kononnya datang ke Universiti demi menuntut Ilmu. Perkara ini amat bersalahan dengan syarak! Matlamat tercondong dan terpesong di tengah perjalanan. Malah perkara ini telah mengotori perkara mulia dengan perkara hina! Alangkah siapakah manusia yang rugi itu?
Inilah satu kesan yang harus ditanggung oleh umat Islam akibat dari penerimaan sistem barat dalam penyebaran Ilmu pengetahuan. Percampuran lelaki dan Perempuan akhirnya telah merendahkan martabat dan maruah seseorang di hadapan Allah SWT disebabkan kelemahan kita sendiri dalam menjaga batas-batas agama yang diketahui namun tidak disedari.
“Allahu Ya Karem , Allahu Akbar, Allahu Ya Ghafur, Allahu Ya Hamid, HambaMu telah melakukan dosa, besar dan kecil, sedar dan tidak sedar, maka ampunilah kami ya Allah..Tiada yang mampu mengampuni dosa melainkan Engkau..Engkaulah Pemberi Petunjuk Engkaulah Pemberi Taufiq, Hanya Engkau ya Allah…Ampunilah kami..Amin..”
p/s: teringat kata ayah, kalau kita tengok maksiat lalu kita biarkan sahaja, seperti juga kita meredhai kelakuan mereka. (sama juga tengok TV), baik tak payah tengok TV…takutnya ya Allah.
7 comments:
tahniah...anda kekuatan utk mncegah, kalo sy berada di situasi, hnya mmpu mmbenci dlm hati je, xde kekuatan utk bersuara...
den ase..jam tangan dieorang masuk air kot,,tak pun..time nak dating je..tibe2 mati..hehe..dan2 je mati time 2 kan..:)
Assalamualaikuma wbth;
anak Nogori: Macam kelakar je.. namun demi berbaik sangka, Mungkin saja. Kemudharatan di depan mata, sudah tidak dapat di sangka baik lagi, kerna itulah apa yang telah terzahir..Allah....
Amanmilda: ...Segalanya atas kehendak Allah, kadang2 rasa terlalu segan utk mencegah begitu, dan kadang2 diberi keberanian... Moga2 mereka ni sedar sebenar-benar kesedaran...amin...
Jazakumallahu Khaira...
SubhanaALLAH... semoha kekuatan antum semua sentiasa berada dalam jiwa masing dalam melaksanakan tugasan ini... semoga di permudahkan oleh ALLAH selalu :)
alhamdulillah...respek akk ats keberanian syikin utk cegah couple, nk jgk join skali waktu tu..lgpun sblm ni mampu mengutuk dr jauh, tp nk nahi mungkar tu ssh...keep it up kin...-k.badriah-
jangan respect kat saya kak... sy juga lemah ni... hanya waktu itu Allah Taala bagi kekuatan supaya menegur adik2 yg baru masuk dan meraka2 yg sedang dalam keasyikan.. MasyaAllah, sy begiu kasihankan mereka... :) InsyaAllah Taala...
Allahu Musta'an...
SegalaNya Allah SWT...
Alhamdulillah..
sm0ga Allah mmberkati usahamu..
~ sharing is caring..(^_~) ~
Post a Comment