..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Sunday, October 23, 2011

Berkorban Cinta Demi Cinta


Suasana dalam perpustakaan begitu tenang dan lapang. Begitu asyik bila bersamanya. Tiba-tiba, aku diajukan persoalan berat!

“kak pernah tak jatuh cinta?”, Tanya adik Juniorku entah sejak bila berada di sebelah.

“what?!”, aku tersentak. Tetiba je soalan begini diajukan, di depan buku pulak tu.

“kenapa?”, tanyaku kembali. Berkerut-kerut fikiranku menterjemahkan maksud itu. Kerana padaku cinta itu banyak. Cinta buku kah, cinta Ilmu kah, cinta lelaki dengan wanita kah, atau apa-apa cinta selainnya. Namun aku seperti dapat mengagak soalannya, namun buat-buat tak faham.

“tak adalah, saja mahu tahu”, katanya.

“saja?, ada juga perkara begini rupanya, akak baru tahu ni”,. Kataku sedikit berlawak.

“iyalah, saja.. tak boleh ke kak?”, tanyanya seperti mendugaku.

“akak tak tahu boleh ke tak”, kataku seperti tiada jawapan.

“tak kan tak pernah kot kak”,

“kenapa ni, muka akak macam orang sedang jatuh cinta ke. Akak memang sedang dalam cinta ni”, kataku sambil menunjukkan buku lalu senyum. Memandangkan waktu yang agak tidak tepat, aku mengingatkan semula bahawa soal-soal begini susah untuk dibahaskan dalam waktu singkat malah memakan masa belajar demi menyelesaikan soal hati ‘adikku’ ini.

“maaf ganggu akak study, sorry..sorry..”,

“It’s Ok, Small matter je. Dah-dah baca buku molek-molek”.

Itulah kebiasaan soalan yang sering diajukan kepadaku. Aku sepertinya dapat mengagak sebab kenapa dan mengapa soalan itu diajukan. Mahu berkongsi rasa dan mahu mendengar pendapatku mengenai C.I.N.T.A. Itulah kebenaran dan realiti kehidupan sebagai manusia yang sedang meningkat dewasa. Aku sangat memahami perasaan dan hati adik-adik junior atau sahabat-sahabatku di sini. Kebanyakkan dan hampir keseluruhan pelajar-pelajar menerima rasa dan mendapat godaan dalam masa menuntut Ilmu. Aku tidak mampu mengutarakan pendapatku mengenai ini di sini, apa yang aku mampu sebutkan adalah, kata-kata syair dari sebuah kitab bertajuk “Taa’lim al- Muta’alllimi Thoriq at-Ta’allum” Kitab Karangan Syeikh Zamuji, yang diterjemahkan oleh Abdul Ghani Jabal Maraqy, yang berbunyi,

Bermula syair as-Syeikh al-Imam Burhanuddin shahib al-Hidayah,

“Dan siapa-siapa yang merasai dan mendapat sedap Ilmu dan beramal dengan dia, nescaya sedikitlah gemar akan barang yang ada pada tangan orang-orang”

Namun, bagiku inilah yang dikatakan cabaran dan dugaan semasa menuntut. Ia merupakan perkara salah satu antara berpuluh-puluh yang lain. Dan ku rasakan perkara ini adalah yang terutama. Aku hanya mengandaikannya. Kerana ku begitu jahil mengenai ini, tetapi pengalaman dari sahabat-sahabat sekeliling itulah yang memampukan aku sepertinya seorang pencatat juga dan berpengetahuan. Itu adalah Ilmu. Aku kira ilmu bukan hanya diperolehi di dalam kitab, tetapi di dalam mata dan hati orang-orang di sekelilingku. InsyaAllah aku tak akan siakan. Moga bermanfaat dan bernilai Ibadat.

P/s: Berkorban Demi Cinta. Ia jalan menuju Ilmu. Musafir Ilmu Dan Cinta tetap akan tabah. Dengan IzinNya. Segalanya Allah. Allah, dan Allah. Kumpulkan segala peristiwa kerana moga bermanfaat untuk di masa hadapan! Sekadar berseloroh mengenai isu semasa, serta popular pada pendengaranku. Maaf dipinta.

>> Musafir Ilmu juga ada pendapat yang tersendiri mengenai Cinta! Wallahu Taala ‘alam.

No comments: