Dia Seorang manusia
Hanya seorang yang biasa
Hanya seorang pelajar dan penuntut
Sekadar pada percakapan
Sekadar pada pandangan
Sekadar pada luaran
Dia seorang insan yang lemah
Dia adalah insan yang ku temui telah lama
Dia adalah seorang insan yang mesti didampingi
Bagi ku…dia adalah pembawa haruman mekar bunga Syurga..
Bila ku melihat dia
Pasti ku terkesan pada hati dan jiwa
Bila ku melihat dia pasti ku rasa sedih dan hina
Bila ku melihat dia diri ku terbawa sama padanya
Bila ku melihat dia pasti aku akan terasa bahagia
Bila ku melihat dia aku akan tersenyum pada dunia
Bila ku melihat dia pasti ku tidak lupakan pada tempat kecintaan ku
Bila ku melihat dia aku pasti teringatkan solat ku
Bila ku melihat dia aku pasti teringatkan malam ku
Bila ku melihat dia aku pasti teringatkan TAHAJJUD ku
Bila ku melihat dia aku pasti teringatkan Subuh ku
Bila ku melihat dia aku ingat TUHAN ku
Kerana….
Dia insan mulia
Lebih amal dari berkata-kata
Rahmat dan petunjuk TUHAN ada bersamanya
Dia insan yang diberi cinta oleh Allah
Dia insan yang rendah diri
Dia insan berakhlak dan menghormati sesama
Dia insan yang tidak memandang dari sudut nafsu
Dia berfikiran dalam menusuk
Dia meneliti apa yang diungkapkan
Dia melihat dengan hati segala perkara
Dia melihat dengan pandangan Iman
Dia seorang yang sabar dan pasrah dengan ketentuan
Dia hanya insan biasa namun hatinya suci
Hatinya kental
Berharap hanya pada yang Esa
Menyedari hakikat hidup Cuma seketika
Sering mentadabbur ayat suci al Quran
Mengutamakan ibadat dan cinta
Tahajjudnya istiqamah
Malamnya sedikit
Tidurnya resah
Berjaganya cinta
Bagi ku
Dia sukar untuk ditemui
Insan sebaiknya
Dia punya status khalifah yang tidak punya pada yang lain
Jika ada Cuma pada sebilangan halus dan kecil
Aku bukan memuji
Bukti cinta hamba pada Tuhan adalah sepertinya
Allah menitipkan benih cinta padanya
Sebagaimana para ahli syurga
Doa ku padanya
Moga dirinya kekal dalam iman yang utuh
Bersama ku selamanya
Serta pada insan lain juga yang punya cinta sepertinya
Kerana ku tahu masih ramai yang punya cinta seutuhnya
Hanya tiada pertemuan unutk bersamanya
Namun ku bertuah bertemu dengannya
Membayangkan ku akan nikmat syurga
Bagi ku jauh dengan ku namun dekat dengannya
Aku hanya ingin mencium bau wangian syurga
Walau ianya sekadar angan-angan
Impian seorang hamba yang lemah lagi hina
Sering lupa dan leka
Siapakah dia
Namun hasrat ku padanya
Ingin ku bersamanya kekal dalam redha Tuhan
Sejalan mengiringi dan melalui hari-hari
Menuju redha Tuhan
Kerna bersamanya aku hanyut di dalam ‘Cinta Rabbi’
Membawa ku harap pada syurga milikNya selamanya.
~amin ~
Nukilan : Cahaya Rindu
~musafir Ilmu & Cinta ~
1 comment:
Alhamdulillah, syukur kepadaMu Ya Allah kepada mereka yang telah mendapat CintaMu...
Post a Comment