Aku, Buku & Cinta ... Aku mencintai Ilmu, tetapi tidak pantas bagi ku pada mencapai gelaran Pencinta Ilmu, namun tetap jua ku ingin menunututnya demi Redha-Nya Tuhan yang memiliki pada tiap-tiap sesuatu..supaya mendapat keberkatan Kerana Aku hanya berhajat kepada-Nya.. Jom Bermusafir Bersama saya! ~ Al Faqiratu illallah Taala Al Kabir
..:: Al-Quran:::..
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.
-al-'Asyiq
قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ
"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.
::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::
`::: HaDis :::
click to create your glitter text
Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."
~ Mutiara kata al Hikmah ~
" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."
Thursday, November 4, 2010
Subhanallah!
Assalamua’alaikum, warahmatullahi wabarakatuh.
Alhamdulillah. Saat ini, suka saya untuk berbicara mengenai kitab. Biasa la time-time cuti kat sini ( Unisza ) hati ini terlalu bahagia untuk ke ‘maktabah’ sebabnya ianya terlalu lapang dan agak sunyi sebab kalau hari-hari biasa tak adalah setenang itu. Cuma yang melemahkan sikit pasal maktabah ni, sebab ‘cool’ sangat, sangat tidak tahan. Hari-hari macam ni lah peluang harus direbut dengan pantasnya. Nak kongsi kat sini, apabila meninjau-ninjau kitab dalam maktabah ni (bahagian koleksi Arab) pada bahagian belakang sudut, saya terpandang sebuah kitab syair yang bertajuk “ Asy-Syauqiyyah” tulisan Akh Ahmad Syauqi, Beirut (nama penuh beliau rujuk pada kitab ni balik). Saya agak teruja isi kandungannya (saya terlalu teruja dengan kitab-kitab arab). Bukan sebuah kitab sahaja bahkan berjilid-jilid kitab hanya mengenai syairnya. Tulisannya yang padat yang penuh makna, Subhaaanallah! Allah Maha Kuasa yang menjadikan mereka-mereka orang yang tajam akal. Saya terpesona. Namun, segala keindahan yang ada pada kitab-kitab tulisan manusia tidak ada yang dapat menandingi Kitab Suci Al-Qur’an Kalamullah. Saya agak gemar juga membacanya time lapang, apabila datang ‘perasaan’ cinta terhadap kitab itu, walaupun agak tidak faham tapi jika dibaca berkali-kali dan selalu melalui perkataan yang sama, ia membantu memahami walaupun bukan secara keseluruhannya, tapi itu juga salah satu alternatif untuk mendapatkan ilmu. Wallahu’alam.
Semoga kita semua mendapat BarakahNya. Dan diredhai Allah Taala.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment