
Ya Allah…
Aku telah jatuh cinta padanya
Dia manusia aku manusia
Bagaimana harus ku tempuhi akan perasaan ini
Aku tahu ia ternyata haram untuk diketengahkan
Bagaimana harus aku….
Ia menyiksa hati nan halus dan memeritkan
Namun, keperitan itu sanggup ku rasai
Ketakutan ku pada pintu neraka telah mematikan hasrat ku padanya
Kerana hasrat ku padaNya yang Maha Agung lebih besar dan bermakna…
Kerana hasrat ku pada Cintanya adalah abadi
Kerana ku percaya janjiNya
Aku tetap akan berdiam diri dan sabar
Berkat nikmat rasa
Kerana tawaran syurga lebih KU HAJATI…!!
~ musafir Ilmu & cinta
2 comments:
like this.
terima kasih.
Post a Comment