Aku, Buku & Cinta ... Aku mencintai Ilmu, tetapi tidak pantas bagi ku pada mencapai gelaran Pencinta Ilmu, namun tetap jua ku ingin menunututnya demi Redha-Nya Tuhan yang memiliki pada tiap-tiap sesuatu..supaya mendapat keberkatan Kerana Aku hanya berhajat kepada-Nya.. Jom Bermusafir Bersama saya! ~ Al Faqiratu illallah Taala Al Kabir
..:: Al-Quran:::..
Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.
-al-'Asyiq
قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ
"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.
::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::
`::: HaDis :::
click to create your glitter text
Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."
~ Mutiara kata al Hikmah ~
" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."
Monday, November 1, 2010
Pasangan Ilmu
Assalamualaikum wth wbth.
Baru saja berakhirnya kelas Usul Fiqh bagi semester 3 yang disyarahkan oleh Ustaz Dr Wan Yusof Wan Chik, Ketua Jabatan Syariah UniSZA, pensyarah kami selama 3 semester berturut-turut dan insyaAllah sehingga semester depan juga beliau juga pensyarah kami dalam 'madah' penting bagi jurusan Syariah. Dan diakhir kelas tersebut banyak amanat dan nasihat yang dicurahkan, ustaz Dr Wan juga menyarangkan mengambil iktibar dari kata-kata Ustaz Muhammad Bin Abdullah dan bagi menerangkan lebih detail lagi, ayuhlah kita sama-sama mendalamai dan memahami kata-kata ini dalam mengenal erti seorang pejuang agama dan Ilmu. Moga-moga kita diredhaiNya selama kita berhidup di muka bumi Allah Taala. Ia diambil dari slot 'Tanyalah ustaz TV9'... dengan lafaz Bismillah...mulakan membacanya...
Bicara Ilmu 10 – Tanyalah Ustaz “Pasangan Ilmu”
“Hebatnya Seseorang Kerana Ilmunya, hebatnya ilmu kerana amalnya, hebatnya amal kerana syumulnya”
- al-fakir Ila Rabbihi Penulis -
Hari ini, 12 Disember 09 merupakan hari kedua saya memenuhi program “Tanyalah Ustaz’ di TV9. Memang sejak balik dari Mekah, saya ada sedikit selsema, tetapi hari ini adalah hari yang agak kuat selsema ini. Tapi, dengan kasih sayang Allah, Alhamdulillah, program dapat disempurnakan dengan baik. Kesempatan ini, saya ingin berkongsi isi penting di dalam program “Tanyalah Ustaz” kali ini.
Tajuk kali ini ialah “Ilmu Yang Tidak Boleh Dipisahkan Pengajarannya”. Tetapi, jika tajuk ini ingin dituliskan di kaca television, maka sudah tentu ia panjang. Maka, tajuk ini diringkaskan kepada “Pasangan Ilmu”.
Ada 15 pasangan ilmu yang terpenting sekali.
1. Pengajian mengenai ilmu tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai amalan.
2. Pengajian mengenai amalan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai ikhlas
3. Pengajian mengenai ikhlas tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai hak.
4. Pengajian mengenai hak tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai ihsan.
5. Pengajian mengenai ihsan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai kemanusiaan.
6. Pengajian mengenai kemanusiaan tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai Amar Maaruf Nahi Mungkar.
7. Pengajian mengenai amar maaruf nahi mungkar tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai hikmah di dalam menegur.
8. Pengajian mengenai hikmah dalam menegur tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai sangka baik.
9. Pengajian mengenai sangka baik tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami tipu daya manusia.
10. Pengajian mengenai memahami tipu daya manusia tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai doa dan tawakkal
11. Pengajian mengenai doa dan tawakkal tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai usaha.
12. Pengajian mengenai usaha tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai sunnatullah.
13. Pengajian mengenai sunnatullah tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami dunia.
14. Pengajian mengenai memahami dunia tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai memahami akhirat.
15. Pengajian mengenai akhirat tidak boleh di pisahkan dengan pengajian mengenai keimanan.
Inilah pengajian yang tidak boleh dipisahkan.
Apakah kesimpulannya?. Walau apapun yang kita lalui, akhirnya, hidup ini membawa kita kepada beriman. Dengan kekuatan keimananlah, kita akan sentiasa dibantu di dalam mengharungi hidup di dunia ini, lebih-lebih lagi, di akhirat nanti.
“Ilmu Pelita Hati”
Al-fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment