..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Sunday, October 27, 2013

Nur di Wajahnya!

 

Assalamu’alaikum warahmatullah Wabarakatuh! Sudah lama aku tidak memasukkan entri-entri baru ke dalam blog, walaupun sentiasa menulis dan hanya ‘save’ dalam laptop, ia hanya sebagai bacaan peribadi yang mungkin akan dimasukkan ke dalam blog usang ini kemudiannya sekadar perkongsian dengan harapan ianya bermanfaat untuk sesiapa yang membaca termasuk kepada penulis ini sendiri yang serba kekurangan dan dan banyak kelemahan. Moga-moga redha Allah bersama kita semua! 


Apa saja berkenaan tulisan, pasti tulisan itu adalah dari hati kerana tangan yang menulis dan yang menggerakkan papan kekunci ini tidak bersuara akan tetapi itulah suara hati. Terkadang bila tidak menulis terasa seperti lemas dalam air, bila tidak membaca seperti otak begitu lemah dalam berfikir, berat kepala seperti menanggung batu-bata yang tidak boleh dialihkan dan otak menjadi kaku untuk menulis. Doakan ku moga mendapat redhaNya!


Namun tulisanku begitu adalah mengenai satu kisah suatu masa yang telah lepas pada saat ini. Pada saat ini aku begitu mahu menukilkan satu kisah manusia di sekitar ku, dia mampu membuatkan aku bisa mencoretkan kata-kata untuknya. Demi Tuhanku, aku katakan dia insan pilihan Allah dalam pandanganku…..semuanya kerana C.I.N.T.A. Allahu Rabbana! Subhanallah…

Subuh yang hening kedinginan yang menyeliputi segenap ruang wajah yang terdedah kepada udara pagi yang sejuk dan tenang, setenang dongakan pandangan ke langit yang biru pada waktu fajar kadzib pdalam hati yang mengucap 


‘Subhanallah’..Subhanallah..Subhanallah”

…Allah Akbar….


Sedang kaki melangkah perlahan-lahan, dengan serendah-rendahnya hati merasa begitu hina selaku hamba yang banyak berbuat kesalahan dan kekhilafan. Hati tetap mengucap syukur Allah kerana masih diberi peluang menggunakan nikmat kaki menuju ke rumahNya, masih mengurniakan nikmat masa berkesempatan untuk berjalan, masih diberi peluang menjejaki seawal waktu pagi. Sebesar-besar syukur kerana masih diberi Allah nikmat yang terbesar bahawa ‘Aku Masih Islam dan sedang berjalan menuju ke arah rumahMu’ Alhamdulillah. Ya Allah, kekalkan aku selamanya di dalam Islam, matikan aku dalam agama suciMu”. Dan Alhamdulillah! Allah masih ingin meletakkan aku di sana!



Kaki melangkah sedikit laju dan mata terpandang ke depan. Subhanallah! Dia! Dia tetap selalu datang! Aku terasa aman dan tenang dengan pandangan samar-samar itu ke arahnya, walaupun jarak yang amat jauh dan hari masih gelap memandangkan waktu sebelum sebuh, masih sangat jauh, namun, jasad itu aku begitu kenali. Jauh dari sudut hatiku, aku telah merasa aura kecintaan terpancar darinya. Dengan melihat jasad di dalam kesamaran itu telah membuatkan aku telah tersenyum gembira. Aku telah gembira dengan hanya melihat jasadnya yang ditutupi kain putih itu. Suci! Subhanallah! Allah dan Malaikat bersamanya. Subhanallah! mungkin Malaikat rahmat sedang memayunginya tika berjalan menuju ke rumah Allah dan diberi keselamatan dalam berjalan ke rumahNya yang begitu tenang. Wajahnya juga tenang. Walaupun sejak tadi aku betul-betul tidak tahan dengan udara yang begitu dingin dan bisa membuatkan tanganku membeku, namun aku langsung terlupa dengan kesejukan itu malah berjalan menuju ke sana dengan senyum dan tidak sabar ingin sampai! Aku tahu tentang dia! Dan ada apa dengan dia!


Setelah selesai, dia telah berlalu dengan tenang berjalan menuju jalan pulang. Sebentar tadi dia menatap wajahku, aku menatap wajahnya, benarlah! Al-Quran Mukjizat Allah begitu agung, sinar Nur Kalam Allah telah melunakkan pandangan mataku terhadap wajahnya terus menusuk ke dalam mataku dengan begitu tenang. Itulah hamba Allah yang selalu mengalunkan bacaan al-Quran dan menghayati isinya. Dzikir pada lisan dan hati itulah hiburan baginya. Bicaraku dengannya banyak menyebut tentang Tuhan dan kematian, hatiku seperti dibasuh apabila mendengar katanya. Aku begitu rasakan bahawa dia sedang menuju maqam yang telah tinggi! Allah..siapalah aku bila bergandingan dengan dia! Aku memang telah kalah, dia berada dalam pandangan Allah, namun aku belum tentu dan mungkin masih tidak, aku juga berharap mendapat pandangan rahmat Allah dan kasihNya Allah. Itulah nikmatNya. Dialah hamba Allah yang aku merasakan kelainan terhadapnya akan apa yang dikurniakan Allah buatnya. Sungguh bermakna dia buatku demi mengambil iktibar dan pengajaran, hanya dengan memandang aku seperti telah menjelajahi segenap ruang hatinya! Aneh! Subhanallah!

……………


Waktu subuh datang lagi.. begitulah hari-hari seterusnya, dia datang lagi dan terus menjadi tetamu istimewa Allah SWT di kala waktu fajar belum menunjukkan sinar pada ufuknya. Pertemuan itu seperti pertemuan cinta! Aku tidak pernah merancang untuk bersamanya, namun hati terlebih dahulu berjanji setia untuk bersama dalam waktu itu. Selalu bertemu! Dia hanya keseorangan tanpa teman-teman sekeliling seperti ku, namun Allah lah teman setia dalam hatinya. Dan setiap kali pertemuan cinta itu, akulah hamba yang paling gembira bila melihat dia datang pada waktu itu, kerana dia juga memandang aku dan tersenyum!


p/s: seseorang yang saya maksudkan tidak pernah mengetahui akan kalam ini buat dia, pada aku dia Bidadari syurga di dunia ini! Aku tidak memujinya, namun memuji kebesaran Allah terhadap apa yang dikurniakan Allah buatnya sebagai hamba pilihanNya dan hamba yang mendapat rahmatNya. Nur al-Quran telah terpancar pada wajah hamba yang membaca serta mengamalkannya. Moga-moga kita semua menuju kepada yang lebih dekat kepada cinta Allah dari saat ini ke saat yang akan datang! Inshaa Allah…!


Shollu 'alan Nabi saw.

No comments: