..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Monday, July 25, 2011

Cinta Mereka~Dia, Aku & Kamu

Assalamua’alaikum warahmatullah wabarakatuh.

Sengaja saya ingin berkongsi idea dan pendapat tentang pengalaman saya menjalani kisah cinta orang!

Saya baru saja selesai menjalani satu perjalanan mengenai cinta dan perjuangan seorang penuntut dalam menuntut ilmu dan sebagai seorang yang berdiri teguh sebagai hamba Tuhan yang sentiasa berada di atas garisan syarak. Seusainya saya berada di garisan penamat, saya menutup buku itu, saya berfikir sejenak, hampir kebanyakkan cerita mengisahkan tentang kepahitan di awalnya dan akhirnya mengisahkan kebahagiaan! Terkadang saya begitu cemburu dengan cerita-cerita begitu *(menurut penulis dari Indonesia cemburu itu normal dan perkara biasa –‘akas nya atau lawannya/antonimnya ~ iri hati – itu tidak elok dan salah satu penyakit hati) cemburu dengan jalan cerita dan perakhiran yang baik semuanya. Makna kata di sini, saya berasa tidak enak apabila terlalu banyak membaca novel cinta, setelah diamati barulah saya sedar akan diri ini tidak berapa menggemari kisah cinta orang, namun boleh juga sekali sekala membacanya sekadar penghibur setelah kepenatan membaca bacaan berat. Kerana bagi saya nilai bacaan itu bergantung kepada perkataan dan kalimah yang diungkapkan samada mengandungi kata-kata hikmah atau pun berupa ‘Spiritual’ kepada pembaca. Juga novel berunsurkan ‘Idealogi’ dan ‘Pemikiran’ menjadikan kita berfikir semakin ligat! Saya terpaksa akui kadang-kadang kurang elok jika banyak membaca berkenaan hanya cinta tambahan pula cinta itu mengenai cinta A.D.A.M dan H.A.W.A! namun jangan kira saya berpendapat sebegini menganggap saya seorang yang menjauhi apa yang dinamakan C.I.N.T.A, tidak sama sekali, saya sendiri digelar ‘Hantu Puitis’ oleh seseorang. Saya gemar membaca tentangnya, terutama buku karangan Ibn Jazimiyyah r.a, dan sebagainya (mungkin kerana saya hanya sukakan teori dalam hal-hal cinta)

Bagi saya, ucapan kata yang terbit dari lisan seseorang berdasarkan apa yang sering dibacanya dan sering diungkapkan mereka. Jika mereka suka bercakap soal cinta maka, dia sedang mengalaminya, dan apabila bercakap soal mati, maka dia sedang banyak mengingati dan membaca tentang kematian, namun “Segalanya ILMU”! ia sukar didapati. Saya mengambil teladan kata-kata Syeikh Abdul Qadir Jailani, Rahimahullahu Taala 'anhu “…apa yang ada dalam hati kamu, itulah apa yang telah kamu isi, kerana tidak akan ada perkara selain apa yang kamu isi….” Saya terkesan dan sedar akan hakikat ucapan kalam ini. saya gambarkan di sini, di dalam sebuah balang tidak akan terisinya air jus jika kamu mengisinya dengan air kosong, maka jika kamu mengisi teko dengan air tea, maka jangan diharap ia akan mengeluarkan air kopi susu bila menuangnya (kiasan saya kurang tepat)

Walaubagaimana pun, saya tidak berpendapat menyekat minat dalam menjelajahi alam penceritaan cinta di dalam mana-mana novel, asalkan ia berbentuk pengajaran dan tarbiah diri serta demi menguatkan jiwa-jiwa dalam mengenal erti kehidupan ini. kerana perkara cinta tidak pernah jauh dari kehidupan anda semua, mungkin termasuk diri saya yang masih jahil tentang ini. mungkin cinta yang saya maksudkan tidak punya di dalam kitab-kitab yang saya cintai, namun dengan izin-Nya biarlah cinta itu masih belum menyapa bayu sepi hati ini (jiwang pulak rasanya ~ )

Namun cinta itu sendiri luas pengertiannya, saya tidak pernah menafikan cinta, ianya hadir bukan dipinta! Saya tidak perlu menerangkan pengertian cinta kerana sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini lebih arif dan maa’ruf akan makna tersirat dan tersurat apa itu cinta. Saya hanya bisa melontarkan erti cinta seperti apa yang diperkatakan di dalam kitab, saya telah menemui satu hadith Nabi kita Muhammad Shallallahu’alaihi wasallam, iaitu cinta kepada Rasulullah SAW, yang mana Saidina ‘Umar Radhiallahu’anhu berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segalanya, kecuali terhadap diriku sendiri,” lalu Baginda berkata, “Wahai ‘Umar, tidak hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri,” ‘Umar berkata, “Demi dzat yang mengutuskanmu, engkau aku lebih cintai dari diriku sendiri,” – Riwayat Bukhari, Ahmad & Muslim) – Subhanallah! Begitu hebat cinta saidina ‘Umar kepada Baginda SAW.

Seperti juga cinta seseorang kepada Ibadat kerana telah mendapat kemanisan iman (Halawatul Iman) bukan mudah mencapai tahap itu, namun jika Allah menghendaki itulah kurniaan Allah kepada mu, dan dengan ketekadan kita juga Allah SWT mengasihi akan rayuan mu itu, moga-moga beroleh rahmat-Nya, walaupun ianya tidak mudah, jangan disangka kesusahan itu terus melenyapkan keinginan hamba-hamba yang kasih dan cintanya kepada Allah Jalla wa’ala! Seperti di dalam firman Allah SWT di dalam surah Yusuf, yang bermaksud,

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa Yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadaNya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang Yang tidak mengamalkan ilmunya".

Jika hamba yang tidak mencapai tahap halawatul Iman atau kemanisan iman sudah tentu Nabi Yusuf menerima ajakan maksiat yang menggodanya itu.

Saya teringat kata-kata guru saya semasa di sebuah Pondok, Apabila kamu menitipkan sebanyak mana cinta pada dunia, maka sebanyak itulah nilai cinta kepada Tuhan yang Esa telah lenyap… dan guru menambah “Apabila kamu lebih gemar mengutamakan urusan dunia mu lebih dari urusan Akhirat-mu maka, kamu ingatlah..itu adalah adalah menandakan kamu telah terpaut kepada C.I.N.T.A D.U.N.I.A maka AWASLAH wahai diriku selaku orang yang dekat dengan nasihat ini suatu masa dahulu. Aku takut serta bimbang!

Dan ada juga teringat-ingat akan sebuah syair arab, dan saya rasa ianya benar. Benar sekali! Ianya berbunyi “Apabila kamu telah merasa nikmat akan mempelajari sesuatu ilmu, kamu tidak akan gemar akan barang pada tangan-tangan orang” saya sangat percaya dan saya telah melaluinya! Allahu Akbar!

Moga kita semua berada dalam kecintaan yang seharusnya, namun manusia tetap manusia, kerana ia fitrah bagi seorang insan tetapi manusia bisa memilih tahap dan kedudukannya di sisi Allah nilai cinta di tingkatan mana dan aras berapa, terserah pada diri sendiri dan ketaqwaan kita akan tingginya angan-angan besarnya harapan dan melangitnya impian ingin berdekatan atau berjauhan, bermusuh atau berkasih-kasihan dengan TUHAN, dengan iringan DOA dan pengharapan yang sebesar-besarnya kepada-Nya Dia Pemilik Segala Sesuatu! Subhanallah!

P/s: Semester lalu, Dr. Wan Yusuf sempat berkata dalam Program anjuran PERISYA, “kamu sepatutnya mencinta ilmu, dan apabila kamu telah mencintai ilmu kamu akan mencintai ‘Ahli Ilmu’ itu sendiri. Renung-renungkanlah! (kata2 ini juga adalah perkataan Imam Syafi’e Rahimahullah Taala ‘anhu, dalam salah satu kitabnya)

Kadang-kadang membaca novel cinta menjadikan pembaca seorang yang berangan-angan! Alangkah saya tidak suka akan perkara itu. Moga ada manfaat dan nilainya di sisi Allah. Kata-kata saya ini mengundang pelbagai kegunaan, yang baik dijadikan pengajaran yang buruk lontarlah ia sederas-derasnya ke lautan dalam! Salam Rindu! Salam Di ambang Ramadhan al-Mubarak!

No comments: