..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432 Hijrah

Assalamua'alaikum warahmatullahi Wabarakatuh!

Salam Maal Hijrah! Salam kasih sayang kepada keluarga tercinta, sedara mara, guru-guru yang ku cintai , salam cuti semester sahabat-sahabat, teman-teman seperjuangan serta adik-adik ku di serata alam dan kepada seluruh Ummat manusia walau di mana antum berada. Entah bagaimana harus ku mulakan kata bicara ini, seperti telah habis kata ku untuk dicoretkan di sini namun tetap jua mahu ku curahkan kata yang bermanfaat untuk semua sebagai sedekah walau bukan dengan wang ringgit yang beribu namun ku punya kudrat hanya pada kata untuk diberikan walaupun ia agak sedikit manfaatnya, namun tetap ada! insyaAllah Taala!

Final Exam telah lama berlalu, sedar tak sedar kita sedang melangkah kaki ke semester seterusnya dan seterusnya sehingga tamat pengajian. Sangat pantas masa berlalu! jika manusia sedar masa sangat pantas meninggalkan kita, mereka akan cepat-cepat mengisi kekosongan waktu, kelapangan masa dengan perkara-perkara bermanfaat untuk diri sendiri, keluarga dan agama Islam kita! dan juga mengisi kekosongan dan kelapangan itu dengan sesuatu yang berilmu dan kebaikan serta mendatangkan faedah bagi kita, paling tidak ia ada! insyaAllah.

Masihkah kita ingat hari pertama kita meemasuki alam Universiti? bagaimana kita? apa matlamat kita? cari ilmu? keberkatan ilmu? untuk mengurangkan kejahilan yang ada pada diri? mahukan sijil? meraih kejayaan dan kebanggaan? semua itu perkara baik dan ada kurang baik dan harus bagi kita, namun satu persoalan; apa matlamat dan niat kita ketika itu dan sekarang, sudahkah kita jalankan dan tunaikan? tepuk dada tanya iman kerana orang selain diri sendiri tidak mampu menjawab persoalan itu. Setelah berlama-lama berada di sini (universiti) kita telah masak dengan hal dan keadaan di sini, lalu menjadikan kita lagho dan leka dengan kebebasan yang diberikan oleh mak ayah kita yang berada di kampung! alangkah menusia jika diberi peluang sangat sedikit yang menggunakan ia dengan sebaiknya.

inginku kongsi hal ini di sini...

Sering ku meneyendiri dan bertafakkur akan hal keadaan manusia sekeliling dan alam (kerana ini hobi ku). Setiap petang akan ku hadiri suatu hobi rasmi ku sebagai pemerhati setia gelagak dan gerak geri manusia di bawah pokok dalam kawasan Unisza (jika student perasan akan hal itu). Namun ku sedar, diri ku juga sedang diperhati! oleh malaikat maut dan Allah SWT, aku sedar akan hal itu! Dan setelah itu aku melihat mereka bermacam-macam gaya dan berbagai-bagai jenis kelakuan yang mereka kerjakan. Ada yang hendak ke cafe, bersiar-siar, berbual-bual di bawah pohon, naik motor, ada yang sedang berjogging! berseorangan, berduet dan berkumpulan, yang berseorangan itu lelaki, tapi yang agak anehnya jika yang berduet ni lelaki dan perempuan " adik beradik agaknya" getus hatiku. yang berkumpulan tu sudah tentu lelaki dan perempuan pun ada sama. Namun ada juga sehingga menyakitkan mata ku melihatnya, ianya suatu yang tidak dapat lari dari menjadi saksi kelak, pasangan "couples", kalau bab ni memang telah jemu untuk menulisnya namun ku tetap jua menulis dan menulis sehingga ia terhenti dengan sendri atas arahan Allah! dengan izinNya. Lalu aku hanya melihat gelagak mereka sambil mengimbau kembali "since" pertama kali menjejak kali ke sini ( Universiti Sultan Zainal Abidin - Kampus Kusza Gong Badak)

Bercerita mengenai exam yang dah berlalu, tahun Baru telah menjelma lagi! 1 Muharram 1432 Hijrah bersamaan 7 Disember 2010. Ia detik bersejarah, di mana ummah Islam telah berhijrah dari kota Mekah ke Kota Madinah, meninggalkan segala harta, keluarga, sahabat, saudara mara. Namun ini pada zaman Nabi Muhammad SAW, berbalik kepada zaman hidup kita, banyak perkara yang harus dimuhasabah semula sepanjang hidup kita setahun yang lalu (yang paling dekat), cuba kita tanya diri kita, selama hidup kita setahun lepas " kito banyak wat dosa ko pahalo" (banya ke arah berbuat dosa atau pahala), persoalan ini juga tanyalah diri sendiri dan jawablah kepada hati dan iman kita. Kalau kita punya diari dan mencatat segala-gala apa yang berlaku dan berlalu mungkin kita akan tahu apa dan berapa banyak peristiwa yang telah terjadi tanpa kita sedar dan tidak sedar. Namun apa-apa yang berlaku itu semua bukan atas kehendak kita dan ia diluar kuasa kita, kita cuma hamba yang tiada apa-apa kudrat besar untuk mengatur kejadian berkehendak dengan apa yang kita nak. Paling tidak kita muhasabah semula hidup kita bab solat, kata orang kelantan " tengok bab maye dulu baru kito tengok bab lain sebab bab maye la hok paling besar di sisi Allah nih" (muhasabah diri dalam baba solat dulu kerana solat itu sangat penting) " staro mano maye kito, awal ko lewat ko, cukup ke dop, maye berjemaah ko, single, maye masjid ( surau) ko, musollik"( sejauh mana pelaksanaan kita dalam menunaikan solat)

"kalu kito tengok kat musolla time awal-awal semester gak, meme agak kesie lah, x dop ore mano, sore duo kalu subuh! kalu maghrib nga isyok la kalu nok rama sikit pun, tapi pandai plop demo, kalu time exam ramai mari musolla, satu perkembangan yang agok baik lah kalu kito kiro, tapi x leh lah gitu, Solat jemaah ni x nati ko time exam baru nok semangat, kita solat jemaah sokmo-sokmo. Kalu kito tahu lah, solat jemaah nih bukan sajo-sajo benanyo, tapi untuk kekuatan jiwa ummah kita, kekuatan dalam persaudaraan kita sesamo Islam. Kerana kekuatan ummat Islam ni terletaok di situ ( di Masjid). Sebab kita ore Islam jadi segalanya kembali pada Allah, apo-apo yang kita buat kita keno mintok petunjuk DIA, sebab kita ni bukan pandai sangat nok menentukan jalan hidup sendiri, jadi sebab kita jahil kita keno mintak hidayah DIA dan petunjuk DIA. ni pun ambo kata ko ambo sendri etek ni. Maklumlah manusia ni keno saling berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran"


Jadi, bersama-samalah merealisasikan maal hijrah ini dengan menghayati maksud sebenar apa yang terkandung di dalamnya ke dalam hidup kita. Dan mungkin anda semua jauh lebih arif dari saya. Berhijrahlah hidup dan diri kita kepada yang baik dan berhijrah hidup dan diri kita yang baik kepada yang lebih baik. Rasulullah berhijrah sebab mencari kekuatan untuk menentang musuh, jadi kita pun kena macam tu jugak, berhijrah demi kebangkitan Islam yang mana hari ini ummat kita semakin teruk dan rosak disebabkan kalah dengan serangan virus 'maksiat' barat namun barat masih belum berjaya sepenuhnya. Ingat!! masih ada lagi remaja-remaja Islam, mujahidin-mijahidin yang sanggup berjuang sanggup mati demi ISLAM yang SUCI!mereka belum berjaya!! Hidup ISLAM!! takbir!!!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Salam maal hijrah!
~Islamiclover

No comments: