..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Friday, April 29, 2011

Awas! Kita diperhatikan!

"...Berjalan tunduk bukan erti kau kalah..."
"....Marilah bermusafir laksankan tuntutan Jiwa..."

Siapa kita?

Sebelum memulakan pada penulisan yang mudah-mudahan ada sedikit manfaat ini, dengan izin Allah banyak manfaatnya, ingin saya nyatakan bahawa tiada apa yang ada pada manusia kerana manusia adalah si miskin dan si faqir, malah lebih dari itu, kerana itu pentingnya kita berhajat dan berharap hanya pada Dia, kerana Dia Maha kaya, ada segala-galanya. Kalau pun kita ingkar dengan suruhan dan laranganNya, Dia tidak rugi apa-apa, sebaliknya kita yang rugi kerana berlagak sombong dan tidak sedar diri dengan kedho’ifan diri yang penuh hina di hadapan Dia, moga-moga kita ni jadi orang yang sedar dan tahu akan kedho’ifan kita apabila berada di bumi Tuhan yang Maha kuasa ini, Subhanallah!

saya tidak mahu mengata pada orang lain…saya ingin tunding jari ke dalam diri saya. Kenapa kita selalu melihat apa yang manusia pandang, Nampak pada pandangan mata, cantik, handsome, manis, kacak, molek, rapi, kemas, bergaya dll sewaktu dengannya. Mungkin saya juga begitu. Tanpa kita sedar, Allah Taala tengah pandang kita seteliti-telitinya. Apa yang ada pada yang terzahir, ianya nafsu! Kita akan kalah pada pandangan iman kita nafsu menguasai dan merajai hati. kalau kita sedar dan hayati macam mana hidup para Ulama’ yang memperjuangkan agama & menghidupkan Ilmu ini, masyaAllah.. Hebat! Mereka hidup kerana Allah, memperjuangkan Ilmu Islam dan agama, meraka hidup atas dasar cinta, Cinta Tuhan! Sebab itu mereka sentiasa hidup, kerana hati mereka hidup, basah dan tidak gersang! tidak mahukah kita jadi seperti mereka, walaupun tidak sepenuhnya..sekadar termampu sudah memadai asalkan hasrat dan keinginan tu ada untuk kita menyambung perjuangan bertulis dan berlisan yang mereka (para Ulama’) tinggalkan, asal dari perjuangan Nabi Muhammad SAW- “Amirul Jihad” “A father”, segala Tuhan akan bagi jika keikhlasan itu jelas dan terbuku di hati.

Kadang-kadang saya takut untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat. Jangan salah faham, takut bukan kerana saya takut dikritik, ditegur, disaman (ada ke..? ) tetapi takut serta bimbang. Apa dan bagaimana. Bimbang dan takut dengan kalimah kata dan kalam ucapan/pendapat/pandangan yang dilontarkan itu menjadi penyebab timbulnya penyakit-penyakit hati dalam diri kita dan terutama dalam diri saya. Namun, kata ustaz syafie “…awak jangan mengalah pada semua tu, itu tipuan syaitan saje, awak jangan terpedaya dengan bisikan dia…” namun, ada benarnya kata ustaz. Asalkan apa saja perkara yang membawa kemaslahatan kepada umat Islam kita kena berani dan kuat, kerana benda betul ini selalunya tidak mendapat sambutan, jika segala kerana nafsu, dalam surah Yusuf ayat 53 ada menyebut mafhumnya bahawa nafsu ini (ammarah) hanya mengajak kepada keburukan/kefasadatan. Jadi benarlah! Kecuali bagi hati-hati yang inginkan kebaikan dan kemaslahatan umat bersama. Kita kena tegakkan apa yang perlu ditegakkan, walaupun ia pahit dan payah! Memang sukar untuk kita buat seperti mana kata-kata ini namun ini sebagai dorongan dalam diri kita, insyaAllah bernilai. Dalam surah al-Muzammil ayat 20, mafhumnya “..dan ingatlah apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya, dan mintalah ampun kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani…”

Dengan adanya petunjuk dan hidayah Allah pada kita, kita disuruh berfikir apakah makna dan pengertian hidup yang sebenar, ia bukan sekadar kalimah dan sebutan. Ia mengandungi makna yang besar. Apakah hidup kita ini adalah tiket untuk kita menjadi ahli neraka (Moga2 semua terselamat darinya) atau hidup kita ini adalah tiket ke syurga (moga2 kita semua Berjaya ke sana). Hanya Allah yang tahu dan sebaik-baik ketetapan hanyalah dari Allah. Kita hamba Allah lagi hina ini hanya menuruti perintah Dia kerana Dia Tuan Besar, Hebat, apa yang ada pada seorang hamba dan manusia yang dho’if lagi lemah ini? Namun, jangan terlalu bersedih, kita akan jadi hebat dan gagah apabila pergantungan kita kepada Dia terlalu besar dan keberharapan kita pada Dia sahaja. Itu milik kita. Itu sahaja yang kita ada. Yang lain milik Tuhan. Ingatlah wahai diriku….diri pembaca…diri manusia yang sering berbuat dosa seperti saya…ingatlah!!! Ingatlah…jagalah hati kita…jagalah hati kita dengan baik, hati kita ini adalah tempat pandangan hakikat Tuhan, pandangan Rahmat Allah nanti, jika hati kotor dan berkarat, bagaimana Allah nak pandang? Kerana Syeikh Abdul Qadir al-Jailani ada menyebut mengenai hati, “..hati adalah cermin, cermin yang dipenuhi habuk dan kotoran tidak akan mendapat pantulan cahaya hakikat Tuhan..” dalam kitab “Sirr al Asrar” pada awal syarahannya. masyaAllah, cuba kita fikir, kenapa akhlak manusia akhir zaman ini sangat2 rendah, ianya berpunca dari hati. Ingatlah, jagalah bisikan hati kita, meskipun manusia sekeliling, sahabat2 disebelah, ibu ayah, para guru tidak tahu dan dengar, namun ALLAH TAALA jualah yang Maha Mendengar dan Mengetahui apa yang ada dalam hati manusia, “The Best Scanner” Best Of The Best. Mudah-mudahan dengan ilmu kita yang ada sedikit ini boleh memberi manfaat yang banyak pada manusia lain, kerana semuanya dari Allah Taala, terasa diri ini jauh dari Tuhan, buatlah seperti apa yang dituntut, InsyaAllah Dia akan dekat dan pandang kita. Amin.

"Bahaya Ilmu adalah Sombong"

Wallahu’alam.

p/s : segalanya kembali Pada Allah Taala, masyaAllah.

maafkan saya.

Tuesday, April 26, 2011

10 sikap buruk manusia yang dicela Allah

"...MasyaAllah....Aku hanya memohon pada-Mu..."


Assalamualaiku, Salam Imtihan, salam Mahabbah salam Ukhuwwah Fillah...salam Rahmat Dari-Nya Pencipta SWT. Semoga hari-hari kita hadapi ia dengan tenang, moga2 dengan ketenangan itu mendatangkan hikmah bagi kita dari Dia. kerana ketenangan itu kejernihan hati, Wallahu'alam.. Selamat menghadapi Imtihan Nihaa'i pada semua sahbat2 ana khususnya UniSZA...dan tidak lupa apda semua sahabt2 ana tidak kira d'mana antum berada, semoga mendapat Taufiq Wannajah Minallah Taala. Amin.

SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian.

Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:

1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki

Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: 'Dengki itu memakan segala kebaikan' (riwayat Muslim).

5. Kedekut

Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan ke jalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.

7. Cintakan dunia

Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: "Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari."
(riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri

Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak

Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.

Sepuluh sikap yang dicela Allah ini, jika diamalkan, akan termasuk dalam kategori melakukan dosa besar.

Semoga kita semua adalah insan2 yang mendapat perhatian Allah supaya kita tidak terleka & terus dihumban ke dalam Neraka Allah Taala, wana'udzubillah..!

Di sini ana 'Musafir Ilmu & Cinta' sangat minta maaf pada berbuat kesalahan kecil mahupun besar, adapun ianya benar atau tidak, segala dalam perhatian DIA.
Wallahu'alam...
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=394.0

Thursday, April 14, 2011

Kisah Benar : Oleh Seorang Kristian

Pilgrimage to Islam
By Michael David Shapiro

I am ethnically a Russian Jew. My quest began when I was 19 years old. I was recovering from my stint with Scientology (yes I was brainwashed into it). My belief in God was uncertain. My goals in life were to be a rock star. I was living in my Pasadena apartment and working as a secretary. Funny, I know. One night I was walking to the kitchen, and encountered a dark fellow. I remembered asking him: "Can I keep this vodka in the fridge tonight?" We shook hands and went to sleep. After that point, my life changed drastically...

This dark fellow, a Muslim, was the first Muslim I had ever met. Extremely curious, I conversed with him about his faith. What's this stuff I hear about praying 5 times a day? And about Holy War? Who is this Mohammed guy? Our talks were accompanied by our Christian roommate, Wade. Together, we created "The Jewish, Christian, and Muslim dialogue sessions". In it, we discovered many differences, and many commonalities. My interest had then shifted from sex, drugs, and parties, to a massive search for the truth. A search that I had to complete. A search for God. And a search for how to follow him.

In my quest for the truth, I asked myself: "Ok let's start simple, how many God's do I think are out there?" I figured only one; knowing that a divided God is weaker than One God; figuring that if one God didn't agree with the other, there might be arguments and feuds. One God was my choice.


Once I opened up mind to the possibility of existence God, I analyzed both atheist and theist beliefs. The thing that directed me to the latter was the quote "Every design has a designer". With that in mind, eventually I woke up with certainty that God exists. I can't explain why, I just felt it somehow. This newfound excitement was accompanied by a sense of responsibility to follow the Creator. The world of religion was my next frontier. Then I asked myself, "Where do I start?" There are literally thousands of them. I need a way to narrow them down to a just a few. How do I accomplish such a task? "Find the ones that are monotheistic" entered my mind. "Hey that makes sense, since I believe in only One God."

Ok, then. This ruled out Buddhism and Hinduism, both being polytheistic faiths. The major religions I encountered that fell under the title of Monotheistic, where Judaism, Christianity, and Islam. Well since I'm a Jew, I started with Judaism. One God, some prophets, 10 commandments, Torah, Jewish souls...uh, what: "Jewish souls?" While doing research this idea was brought to my attention. The story goes, "if a person is born Jewish, then they have a Jewish soul, and they must follow Judaism." Hold on a sec...that's discrimination, isn't it? That's not universal. So God makes Jewish souls, and Christian souls, and Muslim souls, and Hindu souls? I thought all men are created equal? So because one is born into a religion that means by the decree of God he must remain in it...even if the person believes it to be false? Hmm...I don't agree with that. Another thing really bothered me...there is no strict concept of hell in Judaism...then why be good? Why not sin? If I don't have fear of strict punishment, then why should I be moral? Moving on, I discovered Christianity. Ok, one God, a father, a son, and a holy ghost...one more time: one God, a father, a son, and a holy ghost. Uhhh, please explain. How can all those things be one God? 1 + 1 + 1 = 3 right? So how can you say you believe in only one God?
Explanation after explanation, equation after equation, comparison after comparison, analogy after analogy, I couldn't grasp this concept. Ok let's keep looking here. Ok, next major doctrine: Jesus died for our sins and he did this because we all are polluted with "Original Sin". So, Jesus Christ, the "son of God", had to be murdered to save everyone from Hell and cure us of our sin "given" to us by Adam. Ok then, so are you saying that we are all born as sinners? And to sin is to do something wrong right? Then you're telling me that a one-year old baby is guilty of sin or doing something wrong? Ok that's strange, so based on the actions of one man, all of mankind must suffer? What's the moral of that story? Punish the whole group if one deviates? Why would God create such a rule? That's just not in agreement with my logic. So Jesus died because he "loves mankind". Hold on, it says in the Bible that Jesus said "father, why have you forsaken me?" So, apparently, Jesus didn't understand why he was being brutally murdered. But you just said he "volunteered" to be sacrificed. Anyway, I couldn't accept this belief. Ok, what's the next religion?

Islam. Islam means submission. The main beliefs are as follows: One God, worship God five times a day, give 2.5% annual charity, fast during Ramadan (to be closer to God and appreciate life...among other reasons) and finally journey to Mecca for Hajj if you are able financially. Ok, nothing hard to understand so far. There's nothing that conflicts with my logic here. The Qur'an is a book with all of these interesting miracles and timeless wisdom. Many scientific facts only discovered recently where proclaimed 1400 years ago in this book. Ok, Islam had passed my initial religious prerequisites. But I wanted to ask some deep questions about it. Is this religion universal? Yes, anyone can understand these basic beliefs...no analogy or equation are needed. Does it agree with science? Yes, dozens of verses in the Qur'an agree with modern science and technology.
As I sifted through the countless logical facts that I read through and researched, one thing took my attention the most. "Islam". The name of this religion. I noticed it is written many times in this Qur'an. However, recalling my prior studies, I didn't remember once seeing the word "Judaism" in the Old Testament or "Christianity" in the New Testament. This was BIG. Why couldn't I find the very name of the religions in those two books? Because, there is no name in these books! Thinking...I noticed that "Judaism" could be broken down to "Juda- ism" and "Christianity" could be respectively "Christ-ianity".

So who is Juda? Or Judah, rather. He was the tribe leader of the Hebrews when God revealed his message to mankind. So this religion was named after...a person. Ok let's look at who Christ is. He was the person who delivered the message of God to the Jews. So this religion was named after...a person. So in recollection, we can deduct that the names of these religions are people's proper names attached to "ism" and "ianity". Regardless of that fact, the very names of those religions are not mentioned in their scriptures. I thought that was very odd. If I went door to door selling a product, and I said "Would you like to buy this _______"? Wouldn't the logical question be: "What is this _____ called?" I would make no money off of a product without a name. Naming is the very basis which humans identify with objects, both physical and non-physical. If religion is supposed to be practiced and spread to every person on earth, shouldn't there be a NAME for it? Moreover, shouldn't the name be given to us from God Almighty? YES, my point exactly. The names "Christianity" and "Judaism" were not written in the Holy Scriptures. Humans named them, not God.

The notion that God would ordain a religion for mankind to follow with out a name is impossible for my mind to accept. At that point, both Christianity and Judaism lost their credibility as pure, logical, and complete religions, at least from my perspective. Islam is the ONLY of these religions to include the NAME of the religion in its scriptures. This is so huge for me. I realized I would follow Islam at that point. I then became a Muslim. I knew the truth. I was out of the darkness. I came into the light...
Michael's Website

________________________________________
MALAY TRANSLATION

"Aku dilahirkan sebagai seorang Yahudi Rusia. Perjuanganku bermula semasa aku berumur 19 tahun. Keyakinanku terhadap tuhan kerap berbolak-balik. Cita-citaku dalam hidup ini mulanya adalah nak menjadi seorang bintang rock. Aku tinggal di US dan bekerja sebagai setiausaha..... sungguh melucukan..

Suatu malam aku berjalan ke dapur, tiba-tiba ternampak satu lembaga hitam, rupanya kawan serumahku. Aku masih ingat bertanya dia "Boleh tak aku simpan vodka ini dalam peti ais?. Lepas tu kami bersalaman dan kembali ke bilik tidur. Selepas itu, kehidupan aku berubah secara tiba-tiba.

Kawan aku ini adalah seorang muslim. Dia adalah orang Islam yang pertama aku kenali. Oleh sebab terlampau kuat semangat ingin tahu aku pun bertanya kepada dia tentang Islam... Aku Tanya dia pasal sembahyang 5 waktu, perang jihad, siapa Muhammad?

Perbualan kami turut disertai bersama dengan seorang kawan Kristian kami bernama Wade. Jadi kami pun membentuk dialog antara agama Islam, Yahudi dan Kristian. Dalam sesi tersebut kami telah menemui banyak perbezaan dan persamaan.

Tanpa kusedari minatku telah bertukar daripada seks, dadah dan berpesta kepada pencarian mendalam kepada agama. Satu pencarian yang aku perlu lengkapkan. Pencarian kepada tuhan dan pencarian bagaimana untuk mengikuti perintah tuhan.

Dalam kesungguhanku mencari kebenaran, aku bertanya kepada diriku. Ok, kita mula cara mudah, ada berapa tuhan sebenarnya? Aku yakin ada satu je.. sebab kalau banyak tuhan akan jadi lemah sebab pasti berlaku perselisihan dan pergaduhan... Satu tuhan adalah keyakinanku, dan pilihanku.

Suatu ketika dulu aku buka mindaku kepada kemungkinan wujudnya tuhan. Aku analisa pandangan orang yang percaya dan tak percaya. Yang membuatkan aku menyebelahi orang yang percaya adalah ungkapan ‘setiap rekaan mesti ada perekanya'. Dengan keyakinan sedemikian dalam diriku akhirnya aku sedar dengan yakin bahwa tuhan itu wujud. Aku masa tu masih tak dapat menjelaskannya tetapi jauh dalam lubuk hatiku aku percaya.

Ketakjuban yang baru aku jumpa ni diikuti dengan rasa tanggungjawab terhadap Penciptaku. Dunia beragama kemudian menjadi tumpuanku.
Lepas tu aku bertanya pada diriku "Mana aku akan mula?" Secara lisan ada ribuan jenis kepercayaan. Aku perlu juruskan kepada hanya beberapa kepercayaan sahaja. Macam mana aku nak selesaikan masalah ini? Mula-mula cari yang percaya pada satu tuhan sahaja. Ini aku masukkan dalam kepala otakku. Tentu sekali ini logik sebab aku hanya percaya pada satu tuhan sahaja."

Ok, lepas tu.. "ini maknanya kita tolak agama Hindu dan Buddha sebab keduanya percaya pada banyak tuhan. Jadi tinggal 3 saja agama yang ada satu tuhan iaitu Islam, Yahudi dan Kristian.... Jadi oleh sebab aku ni Yahudi aku mula dengan Judaism (Ugama Yahudi) terdapat satu tuhan, beberapa Rasul, '10 Commandments', Taurat, jiwa Yahudi...apa,.. apa jiwa Yahudi?

Masa aku buat kajian perkara ini menghantui fikiranku. Ceritanya ‘Jika seseorang tu dilahirkan sebagai Yahudi dia ada jiwa Yahudi dan mereka mesti menganut Judaism (agama Yahudi)'.... tunggu jap..kalau macam tu ni dah jadi diskriminasi kan? Sedangkan agama itu patut universal (menyeluruh).

Jadi tuhan juga buat jiwa Yahudi, jiwa Kristian dan jiwa Muslim dan jiwa Hindu? Aku ingat semua manusia diciptakan sama sebagai manusia? Jadi kalau seseorang itu dilahirkan dalam sesuatu agama dengan ketentuan tuhan, maka dia mesti berada dalam agama tersebut walaupun akhirnya seseorang tu mendapati agamanya sesat?...hmmm aku tak percaya ..camtu zalim tuhan..ini mustahil.

Satu hal lagi yang peliknya dalam Judaism tak ada konsep neraka...yang ada syurga je...kalau macam tu kenapa nak buat baikkan? Kenapa hidup ni tak buat dosa je? kan elok? Kalau aku takde rasa takut dengan pembalasan atas kejahatan yang aku lakukan kenapa aku perlu berlaku baik dalam hidup?

Kita teruskan..Aku dapati Christianity (agama Kristian) ok, ada satu tuhan, seorang anak, seorang bapa dan roh suci...macam mana nak kata semua ni satu tuhan 1+1+1 =3 bukan satu? Jadi macam mana yang dikatakan percaya satu tuhan?

Penjelasan lepas penjelasan, persamaan lepas persamaan dan perbandingan lepas perbandingan, analogi lepas analogi.. aku tak dapat terima konsep ini... Ok kita tengok isu lain pula...

Jesus mati disebabkan dosa kita dan dia lakukan sedemikian sebab kita telah dipenuhi dengan ‘dosa asli'. Jadi, Jesus Christ anak tuhan perlu dikorbankan untuk menyelamatkan semua orang daripada neraka dan menyembuhkan kita daripada dosa yang diberikan kepada kita oleh Adam..

Ok, kalau begitu maknanya kamu mengatakan bahawa kita dilahirkan sebagai orang yang telah sedia berdosa? Dan untuk jadi orang yang berdosa seseorang itu perlu melakukan satu dosa baru boleh jadi begitukan? Jadi kamu beritahu aku yang bayi yang baru lahir telah melakukan kesalahan berdosa? Yang ni pelik.. takkan sebab kesalahan satu orang semua manusia kena pikul dosanya? Apakah maksud pegangan sebegini? Seksa semua orang walaupun satu orang melakukan kesalahan? Kenapa tuhan buat undang-undang macam tu? Tuhan tak zalim..mustahil... tak logik... aku tak percaya.

Jadi Jesus Christ mati kerana beliau ‘mengasihi manusia'.. Nanti dulu dalam Bible disebut Jesus berkata "Bapa, kenapa aku dibuat begini?" Bermakna Jesus tak faham kenapa dia dibunuh secara kejam.. Tetapi kamu kata dia secara sukarela dikorbankan.... Walau apapun aku tetap tak dapat terima kepercayaan begini. Ok, agama selanjutnya adalah Islam....

Islam bermaksud penyerahan diri. Kepercayaan umumnya adalah satu tuhan, solat 5 waktu sehari semalam, infaqkan 2.5% zakat tahunan kepada fakir miskin, berpuasa bulan Ramadan.. dan mengerjakan Haji sekali seumur hidup jika mampu. Ok, tak ada yang sukar untuk difahami.
Tak ada yang bercanggah dengan logik akalku. Al-Quran adalah kitab mukjizat. Banyak bukti saintifik telah diperolehi daripadanya sejak 1,400 tahun yang lalu.

Ok. Islam telah melepasi tapisan awalku tentang keagamaan.. Tetapi aku ingin bertanya beberapa soalan yang mendalam tentangnya.. Adakah Islam itu menyeluruh? Ya.. semua orang boleh faham kepercayaan yang asas ini. Tiada analogi atau persamaan yang diperlukan.. Adakah ianya selaras dengan Sains? Sudah tentu.. terdapat berdozen ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang Sains moden dan teknologi.
Semakin aku membuat kajian ke atas ratusan fakta logik yang aku baca dan buat kajian, satu perkara lagi mengetuk fikiranku...yang paling utama sekali Islam.. nama agama. Aku dapati ianya disebutkan banyak kali di dalam Al-Quran.

Walau bagaimanapun, mengingat semula kajianku yang lepas. Aku tak ingat pun melihat satu perkataan Judaism di dalam ‘Old Testament" atau Christianity di dalam ‘New Testament". Perkara ini amat besar dan mustahak. Kenapakah kita tak jumpa nama agama masing-masing dalam kitab berkenaan? Sebab... memang tidak ada nama agama dalam kitab tersebut ..Saya pun berfikir.. Judaism datang daripada perkataan "Juda" dan "ism" sementara Christinity daripada perkataan "Christ" dan " ianity"...
Jadi siapakah Juda ini? Dia adalah ketua kabilah Hebrew ketika tuhan menurunkan wahyu kepada manusia. Jadi agama ini dinamakan daripada nama seseorang.. Ok.. kita tengok pula siapakah Jesus Christ. Dia adalah orang yang menyampaikan risalah tuhan kepada golongan Yahudi. Jadi, kesimpulannya agama ini dinamakan dengan nama manusia.
Bercanggah dengan fakta, agama Judaism dan Christinity tidak ada disebutkan dalam kitab suci mereka.. Bagi aku ini sangat pelik.. aku tak boleh terima.

Kalaulah aku jual barang dari rumah ke rumah dan aku cakap pada tuan rumah "Tuan nak beli barangan (tiada nama)? Tentu sekali jawapan logik adalah "Apakah barangan (tiada nama) ini dipanggil?.. Pasti saya takkan dapat menjual walau satu produk pun yang tiada nama, bukan ?
Menamakan sesuatu adalah perkara asas manusia menentukan objek baik secara fizikal atau bukan fizikal. Kalau agama yang hendak dianuti dan disebar kepada manusia di atas mukabumi, tentu sekali ianya mesti ada nama.

Sudah tentu sekali nama agama adalah nama yang diberikan oleh tuhan yang maha Esa? Aku yakin macam tu... tepat sekali.. Nama Judaism dan Christianity tidak ditulis dalam kitab suci mereka, manusia yang ciptakannya bukan tuhan. Kenyataan yang tuhan menurunkan agama untuk manusia ikuti tanpa nama adalah mustahil pada pendapat aku... Tak masuk akal.

Pada hujah ini, Judaism dan Christianity dah hilang kredibiliti sebagai asli, logik dan menyeluruh sebagai sebuah agama daripada pandanganku. Islam adalah hanya satu agama yang ada nama agamanya tercatat dalam kitab suci,,,, ini sangat penting dan bermakna bagiku.

Aku kini menyedari aku wajib mengikuti Islam.......kemudian aku mengucap syahadah...aku bersyukur diketemukan dengan kebenaran. Dulu aku dalam kegelapan ..kini aku dalam cahaya kebenaran..

Allahu Akbar.......

Oleh Michael David Shapiro
Wallahualam.."

Monday, April 11, 2011

The Alchemist Of Happiness ~


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Salam sayang salam rindu salam cinta & selawat ke atas Junjungan besar Nabi Muhammad SAW – Allahumma Sholli ‘ala saiyyidina Muhammad wa’ala Alihi washohhbihi Ajma’ieen. Cuba kita kenangkan kembali jasa dan pengorbanan Rasulullah saw yang mana telah menyampaikan dakwah dan risalah Islam kepada kita, dulu kini dan selama-lamanya…Alhamdulillah! Banyak-banyakkan mengucapkan Selawat kepada Rasulullah SAW supaya cinta dan rindu kita pada baginda tidak akan berganti dengan cinta dan rindu kita kepada manusia biasa yang lemah dan mengundang maksiat. Minta dijauhkan~

Masya Allah! Alhamdulillah! Syukur yang tidak terkira pada Allah Taala kerana telah mengurniakan saya cinta begini. Saya rasakan saya adalah hamba yang paling bertuah keraan telah mendapat sesuatu yang saya impikan selama ini. Alhamdulillah.

Apa yang ingin saya katakan di sini bukanlah apa-apa yang mengundang dan membangkitkan perasaan atau berhubung dengan cinta manusia tetapi ianya berhubung dengan “Aku, Buku & Cinta” ~ saya memang tidak akan jemu untuk berbicara mengenainya, tidak akan bosan mengungkapkan perasaan saya padanya, bagaimana saya boleh jemu, kerana ia adalah teman saya dan cinta saya, seseorang yang mencintai seseorang tidak akan jemu menyebut dan berbicara mengenai orang yang dicintainya, seperti juga saya. Walaupun kurang mengenal dan tidak pandai berkata perihal cinta yang sering manusia jalinkan namun saya dapat mengenal erti cinta saya pada makhluk yang bernama Buku, iaitu sesuatu Ilmu. (lebih baik luah kata cinta kepada buku dari meluahkan cinta pada manusia). Semuanya datang dari Allah Taala, Anugerah Allah Taala. Pemberian Allah Taala, Allah jua berhak menarik dan mengmbilnya semula apabila tiba masanya nanti, apabila tiba saatnya kita kembali kepada tempat kembali, iaitu kembali kepada Tuhan selama-lamanya.

Kegembiraan saya belum lagi reda dan saya sentiasa tersenyum, kerana selama hampir dua tahun saya telah mencari dan mencari satu buku yang ditulis oleh Imam Al Ghazali dalam kitab Beliau yang bertajuk “ The Alchemist Of Happiness”. Tajuk yang arabnya “Kimiyya Sa’adah” atau dalam melayunya “kimia Kebahagiaan”. Saya hampir berputus asa untuk mendapatkan buku ini kerana saya terlalu ghairah untuk mengetahui akan iisi kandungan buku atau kitab atau book ini, rasa mahu menangis dan merantau demi mendapatkannya, namun apalah sangat kudrat ku yang ada sebagai seorang perempuan dan muslimat dan seorang pelajar yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Dan apa yang nak dikhabarkan di sini bahawa Buku “The Alchemist Of Happiness” itu telah pun berada dalam tangan saya! Satu tersenyum lebar pada dunia. Saya seperti berada dalam mimpi! Penuh fantasi! Sungguh! Allah Maha Penyayang dan maha Mengetahui! Sebak saya rasakan. Tuhan tahu saya begitu menginginkan buku itu. Kini ia berada dalam bahan bacaan saya. Saya tidak perlu rasa gusar dan resah lagi memikirkan buku itu. Saya akan segera menjelajahi segenap ruang isinya ~musafir Ilmu & Cinta~ fikran berjalan serata dunia tanpa perlu merasa keletihan kerana dikuatkan dengan cinta yang utuh serta setia. (jiwang pulak rasa, sedangkan ia hanyalah sebuah buku) namun semuanya kerana Allah, segala milik Allah, saya hanya meminjam, Allah Taala boleh ambik pada siapa yang Dia kehendaki, dan boleh beri pada siapa yang Dia kehendaki, saya tetap redha dan pasrah segala ketentuan~

Ucapan terima kasih tidak terhingga pada seseorang yang “menyumbangkan” bahan ilmu dan sumber yang begitu bermakna ini pada saya. Hanya Allah Taala sahaja yang mempu bayar padanya dan semoga segala kebaikannya itu bernilai ibadat dan rahmat Allah Taala dan segala keikhlasannya itu akan mendapat pandangan yang istimewa dari Allah Taala.
~ dunia semakin Tua ~
Ingatlah Allah Taala sedang melihat kita,
Wallahu’alam.. (,”)

p/s: tiba-tiba teringat kata-kata Dr Hamka,:
“ CINTA pada HARTA ertinya BAKHIL
CINTA pada PEREMPUAN ertinya ALAM
CINTA pada DIRI ertinya BIJAKSANA
CINTA pada MATI ertinya HIDUP
CINTA pada TUHAN ertinya TAQWA..”
Maka pilihlah CINTA mu itu...

Wednesday, April 6, 2011

Dugaan Dan Ujian Sebagai Seorang Penuntut


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!
Puji-pujian dan selawat ke atas junjungan besar Besar Nabi kita yang mulia Baginda Muhammad SAW, Alhamdulillah atas Nkmat terbesar Iman dan Islam melalui kemurahan-Nya dan kerahmatan-Nya terhadap hamba-Nya menjadikan kita sebagai hamba yang beriman hari ini, esok dan selama-lamanya- Insya Allah Taala.

Jam menunjukkan pukul 3.11 pagi, baru kali ini mata ku dapat bertahan dari lena rasa mengantuk kerana selalunya mata ku mudah mengalah pada tetamu yang sering berkunjung itu, entah mengapa ku rasakan semester ini cukup memenatkan dan ruang masa yang begitu sempit, ini bermakna segenap ruang masa kosong ku telah terisi dan diisi, insya Allah ianya diisi dengan pelbagai perkara yang bermanfaat untuk diri sendiri, agama mahupun umat Islam khususnya orang-orang sekeliling ku yang merupakan golongan penuntut dan pendamba cinta Allah (mudah-mudahan itu yang dicitakan). Seharusnya dan sememangnya manusia seperti ku perlu bersyukur, masya Allah....kerana apa yang ingin ku katakan Allah Taala telah memberi ku kebahagiaan~ sesuatu yang lain, tidak pernah ku impikan ia, namun ku telah dapat melebihi apa yang ku pinta, kerana sesungguhnya Allah jualah yang Maha Pemurah dan Mengetahui apa yang ku cintakan dan citakan.. kerana ianya sebagai penawar bagi ku dan sebagai bekalan untuk ku untuk meneruskan hari-hari sebagai Musafir Ilmu dan Cinta! Berada di bumi UniSZA tercinta bukan bosan bagi ku, tempat ku menuntut ilmu, setiap pepasir di tanah adalah berkat rahmat-Nya, bukan ia tersia bahkan berharga dalam melahirkan modal agama pembela Islam dan peneguh Iman untuk berjalan di hari-hari mendatang!

Wahai sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan ku...
...kata ku begini..." teruskan langkah-mu...dalam mencari ILMU...CINTA.... bukan untuk dihormati, bukan jua untuk dibangga-bangga, bukan jua untuk dimegahi akan kefaqihan, bukan untuk menjadi bijak, bukan untuk menjawab persoalan, bukan jua untuk mencipta nama, bukan untuk mendapat tempat, bukan untuk dipandang manusia, bukan untuk diberi ruang, bukan untuk disanjung.........tetapi... untuk dipandang Allah Taala..untuk merebut redha-Nya..berjalan di atas CINTA..kaki berdiri atas kekuatan tiang penegak oleh cinta yang gagah ,sehingga mampu meluruskan sepanjang perjalanan panjang dengan bersuluhkan cahaya CINTA ynag terang oleh kerana pantulan caahaya hakikat Tuhan! .....

Bercerita mengenai ilmu, ikhlaskah kita memburunya..?
Allah! masya Allah! sukar untuk ku meneruksan kata-kata ini demi menggambarkan kepayahan itu, payahkah ikhlas? Aku jua tidak mampu menjawab, namun Allah jua tempat kita meminta segala hajat... Berdoalah! kerana doa milik kita. Dan Allah yang berhak menunaikan atau tidak. Allah Taala tempat kita rujuk segala hal...Tetapkan Allah sebagai matlamat utama,segalanya jadi baik..Insya Allah!

Ingatlah! Allah Taala sedang memandang kita di saat ini...bolehkah kita sembunyikan dosa kita, maksiat kita pada DIA, takutlah Allah, nescaya kita akan selamat! insya Allah~

...:::: Penuntut Banyak Dugaan ::::...
Ada yang bertanya ku, bernarkah begitu?
Dugaan dalam menerima kerja-kerja seperti ku sekarang, tidak... dugaan untuk bersengkam mata demi menghalau tetamu yang tidka diundang itu..tidak..dugaan kerana mendapat banya 'assignment'..tidak..ujian kerana banyak kena baca buku, kena analisis buku by buku, bab by bab (kerja2 yang sering dibelanjankan oleh ustaz dr Wan yusuf kepada pelajar-pelajarnya- Syariah Sem4) ujian dari Allah...tidak.. ujian itu RINGAN! kenapa..? kerana ujian terbesar dalam menuntut ilmu ialah KITA SENTIASA DEKAT DENGAN MAKSIAT! Minta dijauhkan Allah Taala, kita tidka mahu, kita cakap tidak mahu kerana itu mulut! tetapi NAFSU kata apa..? itulah yang bahayanya kita sebagai penutut ILMU... ILMU itu MULIA kerana ia cahaya dari ALLAH..cahaya tidak akan bercampur dengan KEBATILAN DAN MAKSIAT! ingatlah kita..Saya menyeru pada diri sendiri dan diri sahabat di luar agar kita sama-sama menjaga diri dan hati dari melakukan maksiat dan jangan mendekati ia, La taqrabu Az zina innahu Faaahisyah!!!


...dugaan ini sesiapa sahaja akan menghadapinya..kerana kita manusia yang sentiasa diuji.. Namun bagi pelajar seperti sekarang yang mengamalkan sistem pembelajaran "Pentas" moden..tidak seperti zaman para ulama' pada puluhan abad yang lalu yang mengamalkan sistem 'liqa' ' dalam menuntut Ilmu, kerana jika mengikut keberkatan sudah tentulah "liqa" yang terbaik kerana kita mengelilingi Tok Guru tidak seperti sekarang yang mana guru berada di bawah, pelajar di atas kerana menggunakan sitem pentas dan dewan. Semua ini adalah sistem yang dicipta oleh barat, namun biarlah "jangan tolak semua"...kerana kita berada pada zaman yang darurat, la budda...kita akan mengikut apa yang ada pada hari ini yang penting...perintah syarak jangan diabaikan dan jangan dilanggar..tetapkan ALLAH TAALA di dalam hati..dan di hadapan....>>

Bagi penuntut yang ingin menjadi orang yang dipandang Allah, begitulah... Susah untuk diterangkan di sini kerana 'molek-molek' kita rujuklah kitab dan buku yang menjelaskan tentang ini...saranan pada hal ini adalah kita.."Pelita Penuntut"...masya Allah perbahasan dia cukup hebat~ Anda akan jadi persis cara dan gaya belajar Imam As Syafie Rahimahullahu Taala, mudah-mudahan hidup kita diberkati Allah..amin..

Mudah-mudahan kita semua tidak leka dengan permainan dunia yang ada di depan mata kita semua ini, kita jangan kejar dunia..kerana, orang-orang tua ada menyebut..." Dunia seperti lalang..dan Akhirat seperti padi..bila kita tanam padi, lalang akan tumbuh, dan tetapi beras tidak akan tumbuh jika tidak ditanam, dan lalang tetap akan tumbuh walau tidak ditanam...begitulah dunia dan akhirat..Akhirat tidak akan datang jika kita tidak cari tetapi jika kita mencari Akhirat..dunia tetap akan mendatangai hidup kita..." kata-kata ini telah dijelaskan secara detail oleh sahabat saya masa di Sekolah Maahad Yaakubiah, bachok suatu masa dahulu...before STAM, sungguh bermakna..

Akhir kata...... Siiiru 'ala barakatillah Taala.!!! amin..
Wassalam....

p/s: Salam Ukhuwwah Fillah!

Thursday, March 31, 2011

Syarahan Akademik, Jabatan Syariah, UniSZA.


Asalamua'alaikum, warhamatullahi Wabarakatuh!
Kepada-Nya lah kita kembali... Semoga kita semua tidak lupa akan asal usul kita, kita akan dikembalikan kepada tempat kita datang.. kita diperbuat dari tanah lalu kita pergi juga dikembalikan kepada tanah ( ditanam/dikebumi) moga-moga kita ingat 'sokmo'...

Alhamdulillah, selesai sudah satu program 'Syarahan Akademik' dekat DABS, UniSZA oleh Jemputan luar, Masya Allah...Mengalir air mata zahir dan air mata hatiku melihat beliau. Beliau mendapat 'karamah' dari Allah Taala, beliau adalah Al Fadhil Imam Syeikh Dr.Youssef Rek El-Bakhour Al-Hasani ~ Pensyarah Universiti Islam Lubnan dan Pensyarah Fiqh di Universiti Al-Azhar. Kata-kata beliau adalah dari hati dan akal. Masya Allah, Subhanallah. Terpegun ana baca teks yang beliau tulis, tajuk yang dikupas tadi adalah "Harmonizing Juristic Disagreement Toward The Unity Of Ummah" pada sesi 1st, pada sesi 2nd adalah "The Relationship Of Fiqh And Tasawwuf" dalam bahasa Arab. Hebat!! ~ Tahniah pada Jabatan Syariah UniSZA, Syariah Department, kerana telah menganjurkan Program2 Ilmiah dan diberkati Allah Taala, mudah-mudahan.. Alhamdulillah.

di sini ana nak sentuh sedikit mengenai satu hal, ramai yang terkilan dan sedih kerana ramai remaja-remaja terutama pelajar universiti itu sendiri (mahasiswa/i) yang kurang minat membaca dan mentalaah buku-buku ilmiah dan diniah dan kitab-kitab, juga pada program juga mendapat sambutan yang kurang dan tidak menggalakkan dari pelbagai pihak 'especially' pelajar itu sendiri. Bimbang juga akan kelemahan itu, kerana dunia hari ini bukan semakin lemah namun semakin gagah (pada yang batil) dan kita akan kuat hanya dengan Ilmu dan Islam, musuh-musuh Islam hanya akan takut pada Umat Islam pada mereka yang berilmu, apabila berilmu, kita akan lebih kuat dan meningkat kecintaan pada-Nya (Tuhan yang mengurniakan segala kelebihan dan kekurangan itu). Syaitan pun kata, "aku lebih gemar menggoda orang yang beribadah (abid) dari orang yang berilmu dan beramal. Wallahu'alam...

Wednesday, March 23, 2011

Dialog Rasulullah SAW Dengan Iblis Laknatullah


Allah SWT telah memerintahkan seorang Malaikat berjumpa Iblis supaya dia berjumpa dengan Rasulullah saw untuk memberitahu segala rahsianya; samada yang disukai mahupun yang dibencinya. Hikmatnya ialah untuk meninggikan darjat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai kepada umat manusia.

Maka Malaikat itu pun berjumpa Iblis dan berkata, "Hai Iblis! Bahawa Allah Yang Maha Mulia dan Maha Besar menyuruh engkau menghadap ke hadrat Rasullullah saw. Hendaklah engkau buka segala rahsia engkau dan apa-apa yang disoal oleh Rasulullah hendaklah engkau jawab dengan sebenar-benarnya. Jikalau engkau berdusta walau satu perkataan pun, nescaya akan diputuskan segala suku-suku anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat keras."

Demi mendengar sahaja kata Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan. Maka segeralah dia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai seorang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai; panjangnya seperti ekor lembu.

Iblis pun memberi salam, sehingga 3 kali tidak juga dijawab oleh Rasulullah saw.

Maka sembah Iblis (alaihi laknat), "Ya Rasulullah! Mengapa tuan hamba tidak mejawab salam hamba? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?"

Maka jawab Nabi dengan marah, "Hai Aduwullah seteru Allah! Kepada aku engkau menunjuk baikmu? Jangan engkau cuba hendak tipu aku sebagaimana engkau tipu Nabi Adam a.s sehingga keluar dari syurga, Habil mati teraniaya dibunuh Qabil dengan sebab hasutan engkau, Nabi Ayub engkau tiup dengan asap racun ketika dia sedang sujud sembahyang hingga dia sengsara beberapa lama, kisah Nabi Daud dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya kerana engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendita yang telah menanggung sengsara akibat hasutan engkau.

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wajalla, cuma salam engkau saja aku tidak hendak menjawabnya kerana diharamkan Allah. Maka aku kenal baik-baik engkaulah Iblis, raja segala iblis, syaitan dan jin yang menyamar diri. Apa kehendak engkau datang berjumpa aku?"

Sembah Iblis, "Ya Nabi Allah! Janganlah tuan hamba marah. Kerana tuan adalah Khatamul Anbiya maka tuan dapat kenal akan hamba. Kedatangan hamba adalah disuruh Allah untuk memberitahu segala tipu daya hamba terhadap umat tuan dari zaman Nabi Adam hingga akhir zaman.

Ya Nabi Allah! Setiap apa yang tuan tanya hamba sedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, tiadalah hamba berani sembunyikan."

Maka Iblis pun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata, "Ya Rasulullah! Sekiranya hamba berdusta barang sepatah pun nescaya hancur leburlah badan hamba menjadi abu."

Apabila mendengar sumpah Iblis itu, Nabi pun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah satu peluang aku untuk menyiasat segala perbuatannya agar didengar oleh sekelian sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai kepada sekelian umatku.



Soalan Nabi (1): "Hai Iblis! Siapakah sebesar-besar musuh engkau dan bagaimana aku terhadap engkau?"

Jawab Iblis: "Ya Nabi Allah! Tuanlah musuh hamba yang paling besar di antara segala musuh hamba di muka bumi ini."

Maka Nabi pun memandang muka Iblis, dan Iblis pun mengeletar kerana ketakutan.

Sambung Iblis, "Ya Khatamul Anbiya! Ada pun hamba dapat merupakan diri hamba seperti sekelian manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suara pun tidak salah sepertinya, kecuali diri tuan sahaja yang tidak dapat hamba tiru kerana ditegah oleh Allah. Kiranya hamba menyerupai diri tuan, maka terbakarlah diri hamba menjadi abu. Hamba cabutkan iktikad anak Adam supaya menjadi kafir kerana tuan berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam; begitu jugalah hamba berusaha menarik mereka kepada kafir, murtad atau munafik. Hamba akan tarik sekelian umat Islam dari jalan benar kepada jalan yang salah supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersama hamba."



Soalan Nabi (2): "Hai Iblis! Betapa perbuatanmu kepada makhluk Allah?"

Jawab Iblis: "Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pehanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Hamba goda segala manusia supaya meninggalkan sembahyang, leka dengan makan minum, berbuat durhaka, hamba lalaikan dengan harta benda daripada emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan haram.

Demikian juga ketika temasya yang bercampur lelaki perempuan. Di situ hamba lepaskan sebesar-besar godaan supaya hilang maruah dan minum arak. Apabila terminum arak itu maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu hamba hulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga kepada pekerjaan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari wang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri.

Apabila mereka teringat akan salah mereka lalu hendak bertaubat atau amal ibadat, hamba akan galang mereka supaya mereka menangguhkannya. Bertambah keras hamba goda supaya menambahkan maksiat dan mengambil isteri orang. Bila kena goda hatinya, datanglah rasa riak, takbur, megah, sombong dan melengahkan amalnya. Bila pada lidahnya, mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah hamba goda mereka setiap saat."



Soalan Nabi (3): "Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah dan berpenat melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambahkan laknat yang besar serta siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai kutuk Allah! Siapa yang menjadikan engkau? Siapa yang melanjutkan usia engkau? Siapa yang menerangkan mata engkau? Siapa yang memberi pendengaran engkau? Siapa yang memberi kekuatan anggota badan engkau?"

Jawab Iblis: "Sekelian itu adalah anugerah daripada Tuhan Yang Maha Besar juga. Tetapi hawa nafsu dan takbur menceburkan hamba menjadi sebesar-besar jahat. Tuan lebih tahu bahawa hamba telah beribu-ribu tahun menjadi ketua kepada sekelian Malaikat dan pangkat hamba telah dinaikkan dari satu langit ke satu langit yang tinggi. Kemudian hamba tinggal di dunia ini beribadat bersama sekelian Malaikat beberapa lama. Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka hamba pun membantah. Lalu Allah mencipta lelaki (Nabi Adam) lalu dititahkan sekelian Malaikat memberi hormat kepada lelaki itu, kecuali hamba yang ingkar.

Oleh itu Allah murka kepada hamba dan muka hamba yang cantik molek dan bercahaya itu bertukar menjadi keji dan hodoh. Hamba berasa sakit hati. Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikurniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah sekelian bidadari. Hamba bertambah dengki dan berdendam kepada mereka. Akhirnya dapat juga hamba tipu melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah Khuldi, lalu keduanya dihalau dari syurga ke dunia. Kedua mereka berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itu pun hamba masih tidak puas hati dan berbagai tipu daya hamba lakukan hingga Hari Kiamat. Sebelum tuan lahir ke dunia, hamba serta bala tentera hamba dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahsia serta tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadat serta balasan pahala dan syurga mereka. Kemudian hamba turun ke dunia, dan memberitahu manusia yang lain daripada apa yang sebenarnya hamba dapat, dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bidaah dan karut-marut.

Tetapi apabila tuan lahir sahaja ke dunia ini, maka hamba tidak dibenarkan oleh Allah untuk naik ke langit serta mencuri rahsia, kerana banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. Jika hamba berkeras juga hendak naik, maka Malaikat akan melontar dengan anak panah daripada api yang menyala. Sudah banyak bala tentera hamba yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu. Maka besarlah kesusahan hamba dan tentera hamba untuk menjalankan tugas hasutan."



Soalan Nabi (4): "Hai Iblis! Apakah yang pertama engkau tipu akan manusia?"

Jawab Iblis: "Pertama sekali hamba palingkan iktikadnya, imannya kepada kafir sama ada dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berjaya juga, hamba akan tarik dengan cara mengurangkan pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikut kemahuan jalan hamba"



Soalan Nabi (5): "Hai Iblis! Jika umatku sembahyang kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis: "Sebesar-besar kesusahan kepada hamba. Gementarlah badan hamba dan lemah tulang sendi hamba. Maka hamba kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda seorang manusia, pada setiap anggota badannya. Setengah-setengahnya datang pada setiap anggota badannya supaya malas sembahyang, was-was, terlupa bilangan rakaatnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat habis solat, hilangkan khusyuknya - matanya sentiasa menjeling ke kiri kanan, telinganya sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyi yang lain. Setengah Iblis duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya dia tidak kuasa sujud lama-lama, penat atau duduk tahiyat dan dalam hatinya sentiasa hendak cepat habis sembahyang, itu semua membawa kepada kurang pahala. Jika para Iblis itu tidak dapat menggoda manusia itu, maka hamba sendiri akan menghukum mereka dengan seberat-berat hukuman."



Soalan Nabi (6): "Jika umatku membaca Al-Quran kerana Allah, apalah rasa engkau?"

Jawab Iblis: "Jika mereka membaca Al-Quran kerana Allah, maka rasa terbakarlah tubuh hamba, putus-putus segala urat hamba lalu hamba lari daripadanya."



Soalan Nabi (7): "Jika umatku mengerjakan haji kerana Allah, bagaimana rasa engkau?"

Jawab Iblis: "Binasalah diri hamba, gugurlah daging dan tulang hamba kerana mereka telah mencukupkan rukun Islamnya."



Soalan Nabi (8): "Jika umatku berpuasa kerana Allah, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis: "Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya kepada hamba. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan sekelian Malaikat menyambut dengan kesukaan. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatatkan dosanya selama dia berpuasa. Yang menhancurkan hati hamba ialah segala isi langit dan bumi; yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam mendoakan keampunan orang yang berpuasa. Satu lagi kemuliaan orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya, serta dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami." "Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."



Soalan Nabi (9): "Hai Iblis! Bagaimana sekelian sahabatku kepada engkau?"

Jawab Iblis: "Sekelian sahabat tuan hamba juga adalah sebesar - besar seteru hamba. Tiada upaya hamba melawannya dan tiada satu tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Kerana tuan sendiri telah berkata yang, "Sekelian sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikut mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk."

Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersama tuan lagi, hamba tidak dapat hampir kepadanya, inikan pula setelah berdamping dengan tuan. Beliau begitu percaya atas kebenaran tuan hingga dia menjadi wazirul a'zam. Bahkan tuan sendiri telah mengatakan jika ditimbang sekelian isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Tambahan pula dia telah menjadi mertua tuan kerana tuan berkahwin dengan anaknya, Saiyidatina Aisyah yang juga banyak menghafaz Hadis tuan.

Saidina Umar Al-Khattab pula tidaklah berani hamba pandang akan wajahnya kerana dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan saksama. Jika hamba pandang wajahnya, maka gementarlah segala tulang sendi hamba kerana sangat takut. Ini kerana imannya sangat kuat apalagi tuan telah mengatakan, "JIKALAU adanya Nabi sesudah aku maka Umar boleh menggantikan aku", kerana dia adalah orang harapan tuan serta pandai membezakan antara kafir dan Islam hingga digelar 'Al-Faruq'.

Saidina Usman Al-Affan lagi hamba tidak boleh hampir, kerana lidahnya sentiasa bergerak membaca Al-Quran. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantu tuan sebanyak dua kali. Kerana taatnya, banyak Malaikat datang melawat dan memberi hormat kepadanya kerana Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga tuan mengatakan, "Barang siapa menulis Bismillahir rahmanir rahim pada kitab atau kertas-kertas dengan dakwat merah, nescaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid."

Saidina Ali Abi Talib pun itu hamba sangat takut kerana hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat bersopan, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka kerana dia sangat kuat beribadat serta beliau adalah budak pertama memeluk agama Islam dan tidak pernah menundukkan kepalanya kepada sebarang berhala. Digelar 'Ali Karamullahu Wajhahu' - dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga 'Harimau Allah' dan tuan sendiri berkata, "Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya." Tambahan pula dia menjadi menantu kepada tuan, lagilah hamba ngeri kepadanya."



Soalan Nabi (10): "Bagaimana tipu daya engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis: "Umat tuan itu ada tiga macam.

Yang pertama seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan iaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah serta meninggalkan laranganNya seperti kata Jibrail a.s, "Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat."

Yang kedua umat tuan seperti tanah iaitu orang yang sabar, syukur dan redha dengan kurniaan Allah. Berbuat amal soleh, tawakal dan kebajikan.

Yang ketiga umat tuan seperti Firaun; terlampau tamak dengan harta dunia serta dihilangkan amal akhirat. Maka hamba pun sukacita lalu masuk ke dalam badannya, hamba putarkan hatinya ke lautan derhaka dan hamba hela ke mana sahaja mengikut kehendak hamba. Jadi dia sentiasa bimbang kepada dunia dan tidak hendak menuntut ilmu, tiada masa beramal ibadat, tidak hendak mengeluarkan zakat, miskin hendak beribadat. Lalu hamba godanya minta kaya dulu, dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka dilupakan beramal, tidak berzakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umat tuan terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia sentiasa bimbang akan hartanya dan setengahnya asyik hendak merebut dunia harta, cakap besar sesama Islam, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk jalan maksiat, tempat judi dan perempuan lacur."



Soalan Nabi (11): "Siapa yang serupa dengan engkau?"

Jawab Iblis: "Orang yang meringankan syariat tuan hamba dan membenci orang belajar agama Islam."



Soalan Nabi (12): "Siapa yang mencahayakan muka engkau?"

Jawab Iblis: "Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu, pemungkir janji."



Soalan Nabi (13): "Apakah rahsia engkau kepada umatku?"

Jawab Iblis: "Jika seorang Islam pergi buang air besar serta tidak membaca doa pelindung syaitan, maka hamba gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sedari."



Soalan Nabi (14): "Jika umatku bersatu dengan isterinya, bagaimana hal engkau?"

Jawab Iblis: "Jika umat tuan hendak bersetubuh dengan isterinya serta membaca doa pelindung syaitan, maka larilah hamba dari mereka. Jika tidak hamba akan bersetubuh dahulu dengan isterinya, dan bercampurlah benih hamba dengan benih isterinya. Jika menjadi anak maka anak itu akan gemar kepada pekerjaan maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua kerana kealpaan ibu bapanya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, hamba yang dahulu makan daripadanya. Walaupun mereka makan, tiadalah rasa kenyang."



Soalan Nabi (15): "Dengan jalan apa boleh menolak tipu daya engkau?"

Jawab Iblis: "Jika dia berbuat dosa, maka dia kembali bertaubat kepada Allah, menangis kesal akan perbuatannya. Apabila marah segeralah mengambil air sembahyang, maka padamlah marahnya."



Soalan Nabi (16): "Siapakah orang yang paling engkau lebih suka?"

Jawab Iblis: "Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situ lah hamba mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu."



Soalan Nabi (17): "Hai Iblis! Siapakah saudara engkau?"

Jawab Iblis: "Orang yang tidur meniarap, orang yang matanya celik di waktu subuh tetapi menyambung tidur semula. Lalu hamba ulit dia lena hingga terbit fajar. Demikian jua pada waktu zohor, asar, maghrib dan isyak, hamba beratkan hatinya untuk solat."



Soalan Nabi (18): "Apakah jalan yang membinasakan diri engkau?"

Jawab Iblis: "Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Quran dan solat tengah malam."



Soalan Nabi (19): "Hai Iblis! Apakah yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis: "Orang yang duduk di dalam masjid serta beriktikaf di dalamnya"



Soalan Nabi (20): "Apa lagi yang memecahkan mata engkau?"

Jawab Iblis: "Orang yang taat kepada kedua ibubapanya, mendengar kata mereka, membantu makan pakai mereka selama mereka hidup, kerana tuan telah bersabda, 'Syurga itu di bawah tapak kaki ibu'"



Soalan Nabi (21): “Hai Iblis ! Apa pula yang dapat merantai engkau ?”

Jawab Iblis: “Iaitu orang yang berjual atau berniaga dengan betul timbangan, sukatan, ukuran dan tukarannya”.



Soalan Nabi (22):“Hai Iblis ! Apabila umatku memberi salam satu dengan lain, bagaimana keadaan engkau ?”

Jawab Iblis: “Apabila bertemu dua orang di tengah perjalanan memberi salam dan dijawab oleh rakannya, maka pecahlah dada hamba rasanya, maka hambapun meratap kerana keduanya mendapat keampunan apabila kedua-duanya berpisah untuk urusan masing-masing”



Soalan Nabi (23):“Hai Iblis ! Siapa pula sahabat yang paling hampir dengan engkau ?”

Jawab Iblis: “Iaitu orang yang meminum arak, tuak atu dadah kerana bahayanya telah jelas membawa pepecahan, perkelahian dan perceraian”.



Soalan Nabi (24):“Hai Iblis ! Siapa pula yang bersekutu dan bersekedudukan dengan engkau ?”

Jawab Iblis: “Iaitu apabila bertemu lelaki dengan perempuan muda, maka hamba duduk pada leher perempuan-perempuan muda itu , hamba hiaskan mukanya dengan jelingan dan senyuman yang menarik hati. Apabila dipandang belakangnya maka terpandang lehernya yang halus dengan pinggang dan punggung yang bergerak-gerak yang membangkitkan nafsu. Manakala di pandang depannya, hamba hiaskan dadanya dengan bergerak-gerak kedua kuntum yang melekat pada dadanya, lalu hamba panah pada jantung hati keduanya atau salah satu daripadanya hingga bergerak-gerak keinginan nafsu syahwatnya. Apabila orang tersebut tidak memelihara hatinya, nescaya tidak terpeliharalah farajnya (kemaluannya). Sesiapa yang tidak memelihara kemaluannya nescaya tiadalah terpelihara imannya”.



Soalan Nabi (25):“Hai Iblis ! Di mana tempat engkau diam ?”

Jawab Iblis: “Iaitu pada rumah-rumah berhala dan pada batu, kayu dsb. Apabila mereka menyembah selain daripada Allah, maka hamba cenderungkan hati mereka supaya bertambah yakin pada perbuatan yang syirik. Berapa ramai umat tuan yang telah hamba pesongkan masuk ke rumah berhala Majusi dan Hindu itu menunjukkan bertapa nipisnya iman mereka”.



Soalan Nabi (26):“Hai Iblis ! Di mana tempat perhimpunan engkau ?”

Jawab Iblis: “Iaitu tiap-tiap rumah wayang dan tempat menari dan seumpamanya seperti tempat percampuran di antara lelaki dan perempuan”.



Soalan Nabi (27):“Hai Iblis ! Aku lihat engkau mengintai-intai di dalam masjid, apakah yang engkau buat ?”

Jawab Iblis: “Hamba hendak mengacau dan merosakkan orang solat di situ, tetapi hamba sangat atkut kepada seorang yang sedang tidur di situ”.

Maka tanya nabi : “Kenapa engkau tidak takut kepada orang yang solat padahal dia dalam solat dan bermunajat kepada Allah SWT. Mengapa engkau takut kepada orang yang tidur di sebelahnya, padahal dia di dalam lai dan tidak memandanga suatu apapun (tidak sedar) ?”

Jawab Iblis: “Orang yang sedang solat itu bodoh dan jahil, jika hamba hendak rosakkan solatnya itu sangat mudah, tetapi orang yang tidur itu sangat alim. Hamba takut ketika hamba mengoda dan merosakkan solat orang jahil itu, kalau-kalau orang alim itu tersedar lalu menegur dan membetulkan solat si jahil tersebut”.



Soalan Nabi (28):“Hai Iblis ! Apakah puji-pujian engkau ?”

Jawab Iblis: “Iaitu suara orang yang menyanyi-yanyi dan berpantun seloka dan suara bunyi-bunyian (muzik) kecuali orang yang menyanyi, berpantun memuji-muji Allah seperti bernasyid dan berselawat”.



Soalan Nabi (29):“Hai Iblis ! Siapakah yang sekaum dengan engkau ?”

Jawab Iblis: “Iaitu orang yang menipu harta orang dan memakan harta anak yatim dan makan riba”.



Soalan Nabi (30):“Hai Iblis ! Dengan sebab apakah engkau gelapkan hati manusia ?”

Jawab Iblis: “Iaitu dengan sebab mereka makan dan minum dengan rezeki yang haram kerana mereka gelap mata (tidak nampak) pada mencari harta dengan cara yang halal dan mereka yang membanyakkan tidur meninggi hari sehingga terlepas solat Subuh serta mereka yang memenuhkan perutnya dengan kekenyangan”



Soalan Nabi (31):“Hai Iblis ! Siapa yang menyukai hati engkau ?”

Jawab Iblis: “Orang kaya yang bakhil dan orang yang tidak mengeluarkan zakat kepada orang yang dhaif tetapi zakatnya dihantar kepada orang lain padahal kaumnya miskin. Sesungguhnya bakhil itu adalah musuh Allah dan orang yang tidak mengeluarkan zakat itu akan dimasukkan ke dalam neraka yang paling bawah bersama-sama denganku”



Soalan Nabi (32):“ Hai Iblis ! Siapakah yang menyuburkan badan engkau ?”

Jawab Iblis: “Iaitu orang yang hasad dengki, orang yang tidak belajar etika dan ajaran Islam, segala perempuan yang jahat dan setiap perempuan yang mencabulkan dirinya serta menjualkan maruahnya”



Soalan Nabi (33):“Hai Iblis ! Jika mati seorang ulama’ bagaimana perasaan engkau ?”

Jawab Iblis: “Telah subur dan bertunaslah hasutan hamba dan pekerjaan hamba”

Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa berdukacita atas kematian seorang ulama’, maka dituliskan oleh Allah pahala baginya 1000 alim dan 1000 syuhada”.

Sabda Rasulullah SAW lagi : “Akan ada umatku yang menjauhkan dirinya daripada para ulama’ atau setiap orang yang benci kepada orang yang mengajar agama dan ulama’ akan mendapat 3 bala daripada Allah SWT ;

1. Diangkatkanberkat daripada rezekinya (prndapatannya)
2. Didatangkan kepada mereka seorang ketua @ pemerintah yang zalim
3. Dimatikan dalam keadaan tidak beriman



Soalan Nabi (34):“Hai Iblis ! Jika umatku solat berjemaah, bagaimana keadaan engakau ?”

Jawab Iblis: “Sesungguhnya mereka itu terlepas daripada tipudaya hamba”

Sabda Rasulullah SAW : “Hai sahabtku sekelian ! Barangsiapa solat berjemaah 5 waktu, maka ia akan dikurniakan 5 perkara :

1. Tidak ditimpa kemiskinan
2. Dilepaskan dari siksa kubur
3. Diserahkan kitab catatan di sebelah kanan
4. Melalui titian sirat pantas seperti kilat menyambar
5. Dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab



Sabda Rasulullah SAW lagi : “Adalah solat lelaki yang berjemaah itu terlebih baik daripada solat 40 tahun di rumahnya seorang diri, solat berjemaah itu mendapat 27 darjat dan seseorang yang solat berjemaah di rumahnya bersama anak dan isteri mendapat pahala haji dan umrah”



Soalan Nabi (35):“Hai Iblis ! Jika umatku membaca selawat ke atasku, bagaimana keadaan engkau?”

Jawab Iblis: “Muka hamba akan terbelah sebeb mereka ingat kepada tuanku”

Sabda Rasulullah SAW : “Barangsiapa yang membaca selawat ke atasku, para malaikat memintakan keampunan baginya dan dia adalah ahli Syurga”



Soalan Nabi (36): “Hai Iblis ! Jika umatku solat Hariraya ke masjid bagaimana hal engkau kerana Allah SWT telah berfirman : ”Hai sekelian Malaikat ! Saksikan olehmu bahawa sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa seluruh umat Muhammad, lelaki dan perempuan”.

Apabila selesai solat dan khutbah maka firman Allah SWT : “Hai umat Muhammad ! Pulanglah kamu ke rumah masing-masing, sesungguhnya Aku telah ampunkan dosa kamu yang lalu dan yang akan datang dan Aku gantikan dosa kamu itu dengan kebajikan”

Jawab Iblis:: “Ya Rasulullah ! Apabila umat tuan hamba pergi solat hariraya, maka hamba sangat dukacita dan menyesal. Maka hambapun bersorak, datanglah bala tentera hamba dan mereka berkata : “Hai raja kami ! Siapakah yang tuan murkakan ? Adakah ia dari langit atau bumi ? Arahkan kami sekelian pergi membinasakan apa yang di langit dan di bumi”

Maka sahut hamba : “Hai bala tenteraku ! Yang menyebabkan aku ini dukacita ilah kerana Allah SWT telah mengampuni umat Muhammad pada hari raya ini. Wahai sekelian tenteraku ! Apakah kamu tidak mengetahui bahawa Allah telah menerima puasa umat Muhammad ? Dan Allah sangat kasih dan sayang kepada mereka dengan rahmatnyanya diperkenannya segala doa mereka serta diampunkan segala kesalahannya”.

“Hai tenteraku ! Hendaklah kamu goda mereka itu supaya mereka malas untuk beribadah dan supaya bimbang dengan berjalan ke sana ke mari , asyik berjudi dan bersukaria masing-masing memuaskan hawa nafsu dengan mengerjakan pelbagai maksiat supaya datang kemurkaan Allah dan diturunkan bala ke atas mereka yang tentu akan menyenangkan hatiku”. Maka pergilah sekelian tentera Iblis mengacau umat Muhammad”.



Soalan Nabi (37):“Hai Iblis ! Jika umatku membaca doa akhir tahun bagaimana keadaan engkau ?”

Jawab Iblis: “Hamba telah bersusah-payah mengoda umat Muhammad sepanjang tahun, tiba-tiba mereka membaca doa dalam masa ayang sedikit sahaja, maka lemahlah hamba lalu hamba sapukan dengan tanah. Betapa celaka dan malangnya diriku dengan kerugian dan hambapun berpaling pergi”.



Soalan Nabi (38):“Hai Iblis ! Jika umatku membaca doa awal tahun bagaimana keadaan engkau ?”

Jawab Iblis: “Ya Nabi Allah ! Putuslah harapan hamba, kerana sesiapa yang membaca doa awal tahun ini Allah memerintahkan kepada dua malaikat supaya dibakar buku kesalahannya dan dituliskan kebajikan di dalamnya kerana orang itu membaca doa ini”



Soalan Nabi (39):“Hai Iblis ! Siapakah yang menyokong engkau ?”

Jawab Iblis: “Iaitu orang yang tidak bertaubat dan suka ketawa ketika berbuatdosa itu. Ya Nabi Allah ! Sesungguhnya telah hamba binasakan sekelian manusia dengan mengerjakan dosa daripada pelbagai maksiat, maka betapa sukanya hamba, tiba-tiba mereka itu mengucap La Illahillah dan istighfar maka binasalah hamba dengan sebab ucapannyanya itu”.

“Lagi satu keuntungan yang besar kepada hamba ialah orang tua dan kanak-kanak yang bersiul itulah anak buah hamba, kerana pada masa hamba dibuang ke dunia hamba mengembara dengan bersiul-siul dan orang yang bersiul itu penghibur Iblis Syaitan”.



Soalan Nabi (40): “Hai Iblis ! Sekarang apakah kesudahan ikhtiar engkau di atas umatku, kerana aku telah dibangkitkan ke dunia ini bagi menyelamtkan sekelian bani Adam daripada kafir kepada iman, dari gelap-gelita kepada terang-benderang”.

Jawab Iblis: “Maka Iblispun mengangkatkan kepalanya ke hadrat Allah katanya : “Ya Rabbi, demi kemuliaan Engkau, sentiasalah hamba akan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memarik sekelian anak Adam kepada berbagai-bagai jalan maksiat. Selama ada nyawa di dalam batang tubuh mereka itu, hamba jadikan pemuda-pemudi bercampur berkenalan supaya senanglah hamba mencelah di dalamnya”

Maka firman Allah SWT : “Hai Malaun (yang dilaknat - Iblis) ! Demi kebesaranKu dan ketinggianKu ! Bahawa Aku sentiasa sedia mengampuni dosa umat Muhammad selagi mereka itu meminta ampun kepadaKu”.

Maka kata Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah ! Bahawasanya hamba sangat hairan melihat dua macam hal sekelian hamba Allah.

1. Mereka itu mengaju kasih kepada Allah padahal mereka itu taat kepada hamba dengan berbuat maksiat
2. Mereka sangat marah kepada hamba tetapi mereka itu mengikut hasutanku. Maka datang firman Allah : “Hai Maaun ! Demi kemulaiaanKu dan kebesaranKu, Aku anugerahkan atas umat Muhammad dua kebahagiaan ;

* Kasih mereka kepadaKu, Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kerana perdayaan mereka
* Marah mereka kepada engkau (IBLIS) Aku jadikan kaffah (penebus dosa) bagi maksiat mereka kepadaKu”



Setelah itu Rasulullah SAWpun menghalau Iblis. Dia pergi dengan hati yang sangat duakcita kerana tipu dayanya telah diketahui oleh umat Muhammad SAW.

SEMOGA KITA SENTIASA MENGINSAFI SEGALA TIPUDAYA IBLIS INI DAN DIHARAP DAPAT MENYAMPAIKANNYA KEPADA SELURUH UMAT ISLAM DARI SEMASA KE SEMASA...............

SUMBER : http://tayibah.com/eIslam/RAsulullah_vs_iblis.html

Saturday, March 5, 2011

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

Surat Seorang Remaja Kepada Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib

----------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum Dato’ Seri.

Saya, Muhammad Muizzuddin bin Zaini. InsyaALLAH Julai nanti genaplah umur saya 19 tahun. Masih berbaki lebih kurang 2 tahun sebelum saya layak mengundi. Tetapi saya yakin dalam ruang demokrasi tidak pula mensyaratkan yang saya hendaklah berumur 21 tahun untuk melayakkan surat saya ini dibaca Dato’ Seri.

Dato’ Seri, saya ingin memperkenalkan diri sebagai remaja yang sangat ingin tahu. Keinginan saya ini menjadikan saya remaja yang tidak hanya terpaku di meja belajar semata. Saya mampu menonton berita hingga ke penghujungnya (tidak di bahagian Sukan semata).

Saya juga mampu membaca suratkhabar dari muka depan hingga ke muka akhir. Saya sering ‘singgah’ di laman-laman sesawang untuk melihat berita-berita yang tidak tersiar di media arus perdana. Saya juga remaja yang suka meladeni buku-buku yang tidak menjadi kegilaan kebanyakan remaja seusia saya.

Tidaklah pula saya katakan yang saya lebih tahu daripada Dato’ Seri, tidak. Saya cuma mahu tegaskan saya adalah remaja yang memerhati. Saya adalah remaja yang bukan kerjanya sehari-hari hanyalah makan, tidur, ‘menelan’ buku teks semata. Saya adalah remaja yang mengikuti rapat perkembangan-perkembangan semasa negara tercinta ini.

Izinkan saya Dato’ Seri untuk memberi pandangan saya. Pandangan seorang budak, seorang remaja. Mungkin Dato’ Seri fikir, apalah ada pada seorang remaja seperti saya. Justeru, suka untuk saya ingatkan pada Dato’ Seri yang InsyaALLAH kelak, kamilah yang akan membuang undi!

Dato’ Seri Najib yang saya hormati, memimpin sebuah negara bukanlah perkara yang mudah. Tidak pernah ia menjadi mudah, tidak boleh ia diambil mudah. Ia adalah persoalan besar dan penting. Persoalan yang diletakkan tinggi di dalam Islam. “Kepimpinan adalah amanah, celaan di dunia, dan penyesalan di akhirat”, begitu sabda Nabi SAW.

DASAR

Saya, yang tohor ilmu dan cetek pengalaman ini percaya bahawa setiap tindakan kita adalah bergantung kepada prinsip yang kita letakkan sebagai neraca asas. Bagi sesetengah orang, mereka meletakkan Demokrasi sebagai neraca asas mereka. Ada yang meletakkan kepentingan peribadi, atau kroni, atau Sosialisme, Liberalisme dan sebagainya. Bagi kita, seorang Muslim, neraca asas yang menjadi dasar pertimbangan kita tentulah ISLAM. Izinkan saya bertanya, apakah Asas Utama kepada setiap tindakan Dato’ Seri?

Apakah Islam? Atau Kepentingan diri, atau kroni, atau selainnya?

Maaf Dato’ Seri, kiranya jawapan Dato’ Seri bahawa asas bagi setiap tindakan Dato’ Seri adalah Islam (saya tak pasti jika Dato’ Seri akan memilih jawapan selainnya), maka saya ada beberapa soalan untuk Dato’ Seri.

Saya amat keliru dengan dasar Program Transformasi Ekonomi yang dibawa Dato’ Seri. Apakah ianya dirangka dengan neraca Islam atau selainnya. Justeru, saya mohon penjelasan Dato’ Seri.

Saban hari saya dan rakan-rakan menerima berita dari segenap pelusuk negara, sama ada dekat dengan kami atau jauh, remaja seusia kami yang MENGHILANG! Iya, ‘hilang’ nyawa kerana penggunaan dadah berlebihan atau kerana perlumbaan haram. ‘Hilang’ maruah dan harga diri kerana amalan penzinaan lewat pergaulan bebas. ‘Hilang’ akal kerana ketagihan ekstasi, pil khayal dan arak. ‘Hilang’ kewarasan hingga tergamak membunuh bayi kecil atau ditinggalkan di jalanan untuk menjadi habuan anjing dan hurungan semut. ‘Hilang’ kemampuan untuk menjadi barisan pelapis kepimpinan negara. ‘Hilang’ arah hinggakan nafsu ‘disembah’ sebagai Tuhan! HILANG Dato’ Seri, HILANG!

Saya begitu terkesan pada pesan Saiyidina Ali KWJ, “Lihatlah pada generasi muda, untuk menilai masa depan ummatnya”. Saya tergamam dan jadi takut Dato’ Seri, melihatkan rakan-rakan sebaya yang hanyut. Apakah sebegini hancur dan punahnya masa depan negara tercinta ini!?

PELAN TRANSFORMASI EKONOMI

Program Transformasi Ekonomi anjuran kerajaan pimpinan Dato’ Seri turut menggariskan perancangan untuk MENJADIKAN MALAYSIA SEBUAH HAB HIBURAN MALAM UNTUK MEMACU INDUSTRI PELANCONGAN. Di atas alasan untuk memperkasa industri pelancongan dan menarik pelancong juga kerajaan pimpinan Dato’ Seri merancang penubuhan kelab-kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan mempakejkan semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Kerajaan Dato’ Seri juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020. Penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012 akan menyusul. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

Maka menjelang 2014 negara kita akan memiliki sekurang-kurangnya 10 kelab malam di zon hiburan. Rancangannya adalah untuk menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudkan lebih kurang 5,000 pekerjaan baru menjelang 2020. Bagi mencapai hasrat itu, kerajaan Dato’ Seri akan merubah beberapa peraturan hiburan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan malam.

Dato’ Seri juga berhasrat melonggarkan lagi syarat-syarat untuk persembahan artis luar negara. Dan kami telahpun menyaksikan bagaimana seorang penyanyi gay membuat persembahan, memuaskan nafsu remaja-remaja muda dengan kebenaran daripada kerajaan Dato’ Seri.

Izinkan saya ulangi soalan saya Dato’ Seri, apakah Islam diletakkan sebagai neraca timbangan ketika Dato’ Seri merangka, membentang dan membahas idea ini? Ataupun Dato’ Seri punya pilihan lain yang Dato’ Seri lebih suka untuk diletakkan sebagai neraca timbangan?

Yang Amat Berhormat Dato’ Seri, apakah Dato’ Seri penuh sedar bahawa perancangan Dato’ Seri ini adalah perancangan ‘PEMUSNAHAN’ besar-besaran? Ini bukanlah pelan pembangunan ekonomi, ini adalah pelan ‘PEMUSNAHAN’ berskala besar yang akan menjadikan rakan-rakan seusia saya, remaja semuda saya atau lebih muda hancur musnah Akhlaknya, punah-ranah Sahsiahnya.

Iya, Dato’ Seri akan ‘menghancur’ dan ‘membunuh’ pemimpin masa depan, para cerdik pandai generasi akan datang dengan lambakan hiburan dan keseronokan melampau! Saya dan rakan-rakan bakal dihidang dengan acara memuas nafsu yang berterusan. Ini akan menatijahkan hanya satu Dato’ Seri, iaitu hilang upayanya kami untuk menduduki barisan kepimpinan negara suatu masa nanti. Atau apakah pada pandangan Dato’ Seri, yang kami akan menjadi lebih bijak dan pandai kiranya ‘menelan’ hiburan-hiburan ini?

IFF dan AURAT

Dato’ Seri, seolah-olah saya pernah mendengar Saiyidina Umar al-Khattab menegaskan, “Bahawa adalah kita, ummat yang dimuliakan Allah dengan Islam. Sesiapa yang mencari kemulian selain daripada Allah, maka akan dihina Allah”. Terasa-rasa seperti terdengar SA Umar bertitah demikian kerana ia begitu meresap masuk di hati ini.

Dato’ Seri, saya begitu kecewa dan terkesima jadinya waktu melihat Dato’ Seri dan isteri melangkah megah di Festival Fesyen Islam, Monte Carlo tempoh hari. Saya tak dapat mengawal hati untuk berteriak-teriak marah tatkala melihat gambar pakaian-pakaian yang diperaga atas nama “Kelembutan Islam” (Modesty of Islam) yang dinaungi oleh isteri Dato’ Seri dan pastinya dengan izin Dato’ Seri. Saya dan sahabat-sahabat terpinga-pinga dan tertanya-tanya apakah ini pemahaman Dato’ Seri dan isteri mengenai pemakaian di dalam Islam?

Saya dan rakan-rakan jadi jelak dan muak Dato’ Seri, maaflah. Waktu Dato’ Seri ‘bertempik’ berikrar untuk mempertahankan Islam dan Melayu, isteri Dato’ Seri tidak pernah berusaha untuk menyahut seruan suaminya sendiri. Isteri Dato’ Seri tidak pernah kelihatan menutup aurat dengan sempurna. Isteri Dato’ Seri berpeluk mesra dengan orang yang haram bersentuhan (bukan mahram) tanpa segan silu di khalayak ramai. Saya tertanya-tanya, apakah Dato’ Seri meredhai perbuatan isteri Dato’ Seri ini?

JUDI

Bukan sedikit kontroversi yang berlaku waktu Dato’ Seri mengumumkan pemberian lesen kepada syarikat-syarikat tertentu untuk mengurus perjudian sukan di Malaysia pertengahan 2010 lalu. Sukar untuk saya agak apakah harapan Dato’ Seri dengan pemberian lesen-lesen judi ini?

Apakah ini juga satu pelan meningkatkan ekonomi Malaysia? Apakah Dato’ Seri gembira dengan duit yang mencurah masuk, dalam masa yang sama kita melihat betapa hebatnya gejala buruk yang bakal timbul lewat perjudian?

Apakah Dato’ Seri meletakkan neraca BERKAT dan LA’NAT waktu mengemukakan cadangan ini? Apakah Dato’ Seri akan meredhai kiranya rakyat Malaysia memberi sesuap nasi kepada keluarga mereka dengan wang hasil judi yang mereka perolehi? Apakah budaya yang cuba dibentuk Dato’ Seri sebenarnya?

Apakah keputusan-keputusan ini ditimbang dengan neraca agama? Atau Dato’ Seri menggunakan neraca lain sebagai ganti?

KEMISKINAN dan HARGA NAIK

Dato’ Seri orang bangsawan. Keturunan bangsawan. Barangkali jika tidak jadi Perdana Menteri Malaysia pun Dato’ Seri tetap akan hidup senang-lenang mewarisi kekayaan. Menteri-menteri Dato’ Seri juga kaya raya.

Maka tidak kiralah jika hari ini minyak naik 10 sen, 20 sen, 50 sen atau RM 10 sekalipun, Dato’ Seri dan sekalian menteri tidak akan bersusah. Tidak perlu berjerih payah.

Tahukah Dato’ Seri, di celah-celah, ceruk-ceruk kampung atau kota, ada rakyat yang menderita lewat kebejatan ekonomi yang punah hasil ketirisan dan kelemahan pengurusan. Pengurusan yang tidak meletakkan Islam sebagai neraca dan Allah sebagai penilainya adalah pengurusan yang menghancur!

Dato’ Seri, saban hari saya melihat orang-orang miskin dan kesusahan. Tahukah Dato’ Seri, untuk menyekolahkan anak pun sudah membuatkan mereka terpaksa membanting tulang, berusaha keras, apatah lagi untuk menghantar mereka ke menara gading (yang PTPTN lebih menghimpit daripada membantu).

Kadang-kadang, apabila anak-anak yang bersekolah meminta wang lebih untuk buku rujukan tambahan, si ibu atau bapa terpaksa menghulur dalam titis air mata. Sudahlah hutang yuran persekolahan pun masih belum dilunas. Bukan sedikit keringat yang dicurah demi sesuap rezeki halal untuk anak-anak dan keluarga.

Kerajaan Dato’ Seri jangan terlalu bergantung kepada statistik dan kajian untuk menilai kemampuan rakyat. Selamilah sendiri penderitaan rakyat yang terseksa dan merana kerana sistem ekonomi yang menyiksa. Setiap kali harga minyak atau keperluan utama naik, meski sekadar 10 sen atau 20 sen, mengalirlah air mata rakyat yang menanggungnya.

Rakyat benar-benar tersiksa sekarang. Janji tinggal janji, janji tidak pernah dipenuhi. Janji itu dan ini sekadar untuk meraih undi. Waktu menang nanti kami rakyat sudah dilupai. Tinggal kami bermatian berusaha keras sendiri.

SUARA RAKYAT

Waktu rakyat turun ke jalanan berdemonstrasi untuk meluahkan rasa yang terbuku di hati dan berkongsi pedihnya kehidupan dengan Menteri-menteri yang berkuasa, Dato’ Seri menghantar pada kami ‘perusuh-perusuh’ yang membantai tulang lemah dan daging kurus kami. Kami dibelasah dan diinjak-injak umpama binatang korban, umpama tak punya maruah. Kami diherdik dan dicaci. Kami disimbah dengan air kimia yang saya yakin, Dato’ Seri sendiri tidak pernah rasai pedih dan peritnya.

Dan menteri-menteri Dato’ Seri tanpa rasa bersalah menggelarkan kami sebagai perusuh yang cuba menggugat keselamatan negara, beruk-beruk di jalanan yang cuba menarik perhatian.. kalaulah mereka yang menuduh melulu itu bisa memahami pedihnya hati ini.

Semuanya adalah kerana kami rakyat yang mahu berkongsi rasa dengan pimpinan negara. Sudahlah pilihanraya dijalankan dalam keadaan penuh keraguan dan ketidakadilan, ruang media yang disekat, tangan dan kaki kami rakyat diikat, maka ruang kecil untuk bersuara di jalanan inilah, ruang untuk kami menyampaikan rasa pada pemerintah dan pemimpin kami. Sekadar ruang kecil untuk kami bercerita dan berkongsi betapa peritnya kehidupan yang kami rakyat lalui.

Pernahkah Dato’ Seri pedulikan suara kami? Pernahkan selain daripada tarikh pilihanraya Dato’ Seri menjadi begitu cakna pada kami? Pernahkah waktu pandangan rakyat yang tidak menguntungkan Dato’ Seri diambil peduli? Pernahkah Dato’ Seri?

Dato’ Seri bertindak sungguh responsif setiap kali adanya himpunan-himpunan rakyat. Melalui Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Seri memastikan kami rakyat yang berhimpun tidak akan berjaya berhimpun dengan aman dan baik. Media di bawah kawalan Dato’ Seri juga menggunakan segala maklumat yang ada untuk memburuk-burukkan kami. Ulama’-ulama’ yang bernaung di bawah Dato’ Seri juga menggali hujah-hujah agama demi membuktikan tindakan kami bersuara adalah bercanggah pada sisi agama.

Dato’ Seri, saya sungguh kecewa dengan setiap tindakan ini. Bukankah perhimpunan anjuran Dato’ Seri pada setiap malam menunggu detik Kemerdekaan dan Awal Tahun Baru, ribuan malahan mungkin ratusan ribu rakyat termasuk golongan muda-mudi datang menyertai. Akhbar arus perdana jugalah yang melaporkan tangkapan demi tangkapan kerana berkhalwat, kerana dadah, kerana berkelakuan tidak sopan pada setiap kali sambutan-sambutan anjuran Dato’ Seri. Apakah pernah himpunan rakyat membantah ketidakadilan dan mahukan sedikit keadilan, pernah menjadi penyebab anak-anak muda ditangkap khalwat?

Dan pernahkah Ulama’-ulama’ muda yang bernaung di bawah Dato’ Seri itu menegur Dato’ Seri kerana program jamuan nafsu tersebut. Tetapi menegur himpunan rakyat yang bersuara sebagai Bughah (derhaka) dan menuju Maksiat!?

REFORMASI

Saya dan juga rakan-rakan adalah remaja muda yang punya sikap, punya pendirian. Kami berazam untuk mengubah keadaan ini Dato’ Seri. Kami berazam dan bertekad bahawa seluruh diri kami akan diperguna untuk memperbaiki keadaan punah ini.

Kaedah merubah itu 2 Dato’ Seri. Pertama, nasihat agar berubah. Kedua, kira gagal, UBAH sendiri. Nasihat sudah saya berikan. Pandangan sudah saya sampaikan. Rakyat lain juga begitu, isyarat sudah mereka sampaikan.

Jika sampai masanya untuk kami membuat pilihan, dan keadaan tidak lagi pulih, percayalah Dato’ Seri, kami sudah membuat pilihan sekarang untuk siapa yang layak menerima undi kami nanti.

Tidak cukup dengan itu, saya dan rakan-rakan, kami adalah remaja muda yang penuh tenaga dan kekuatan. Kami akan gerakkan massa suatu hari nanti agar pentadbiran, pengurusan, pemerintahan, kewangan dan sistem kehidupan yang meletakkan Islam, Keadilan, Kesejahteraan, Keamanan sebagai asas, akan beroleh tempat tertinggi di negara ini.

Dato’ Seri, saya tidak mengancam. Tidak pula mengugut. Saya mengingatkan. Kerana inilah tanggungjawab saya sebagai Mu’min. Bukankah sesama Mu’min itu bersaudara?

Dato’ Seri, mungkin surat ini akan sampai kepada pengetahuan Dato’ Seri, mungkin juga tidak. Kiranya ia sampai ke pengetahuan Dato’ Seri, saya dahulukan dengan permohonan maaf kerana mungkin ada kesilapan saya. Maklumlah, saya remaja muda, mungkin ada silap dan salah pada lenggok bahasanya. Saya juga berterima kasih, iyalah, orang sesibuk Dato’ Seri meluangkan masa untuk mengambil perhatian pada surat saya ini, itu adalah satu penghormatan buat remaja seperti saya.

Namun Dato’ Seri, kiranya ada pada surat ini ataupun tindakan-tindakan remaja muda seperti kami ini yang mungkin lantang menyatakan pendirian hingga mungkin Dato’ Seri terguris hati, kami tidak memohon maaf untuk itu. Kerana Dato’ Seri, INI MEMANG ADALAH PENCAK KAMI!

Sekian, terima kasih.

p/s - p/s : Salam alaik. Sila sebar-sebarkan untuk tatapan setiap remaja dan rakyat Malaysia yang inginkan perubahan. Demi ISLAM kita berjuang..!!


sumber http://nahdahmuslim.blogspot.com/2011/03/surat-seorang-remaja-kepada-perdana.html#ixzz1FpnxHyKR

Wednesday, February 23, 2011

Coretan Rahsia Seorang Hamba



Detik kehidupan berlalu
Meninggalkan insan yang masih disitu
Pergi tanpa rasa curiga
Berlalu bagaikan bertuipnya angin
Pergi tanpa kata
Berlalu meninggalkan manusia yang dalam kelekaan
Dibuai mimpi indah
Hiasan dunia
Sebak dirasakan

Masa meninggalkan manusia
Menusia yang masih dalam keseronokan
Mansuia yang masih dalam keasyikkan
Alangkah ruginya manusia
Tidur dikala musuhnya sedang mencari akal
Mencari ilham untuk melenakan musuhnya
Untuk melekakan ummat Muhammad
Untuk menghanyutkan hamba Allah SWt
Lena dengan apa,
lena kerana empuknya tilam dunia
tilam yang mampu membuat manusia tidur selama-lamanya
tanpa bangkit semula menjadi Hamba Tuhan
leka dengana apa,
leka dengan permainan dunia
yang boleh melupakan manusia sebagai Hamba Allah yang hina
yang boleh menghinakan ummat Muhammad sebagai ummat
yang terpilih
hanyut dengan apa
hanyut manusia dalam lautan yang menggunug kemewahan
hanyut dalam kenikmatan kurniaan Tuhan
nikmat yang sementara pemberian Tuhan
nikmat yang menghinakan manusia
sedanag Allah Maha pemurah
nikmat berubah Niqmah
mengurniaakan sejuta kelengkapan
namun apakah manusia menggunakan sebaiknya
apakah manusia berfikir nikmat itu adalah sebagai ujian
ujian kekuatan iman
ujian keutuhan khalifah
ujian ketahanan nafsu
lalu menusia lupa
Allah SWT sedang menguji kita
Kita adalah tontonan Allah
Kita adalah hamba yang sedang diuji
Diuji dengan kenikmatan dunia
Kemewahan ..Kekayaan..Kecintaan
Kemiskinan…Kesusahan!!

Apa yang manusia perbuat
Melainkan meruntuhkan matlamat sebenar seorang insan
Insan yang bergelar Hamba Allah
namun apakah ia kekal begitu
Sedang manusia adalah seorang khalifah
Khalifah pentadbir alam
Mampukah manusia
Memandu manusia ke jalan redhaNya
Persoalan bermain difikiran
Apa yang mereka cari dalam hidup ini
Apa yang mereka inginkan dalam hati mereka
Apakah matlamat mencari RedhaNya terhenti ditengah Kenikmatan ini
Setelah diperolehinya tanpa dipinta

Oh Tuhan
Allah Azzawajalla
Aku hanya memohon kepadaMu
Ampunilah kami..
Rahmatilah kami…Selamatkan kami…


~ musafir ilmu & cinta

Tuesday, February 22, 2011

Versi kelate "sedikit nasihat" (Hari ini lebih baik dari semalam)

Assalamu’alaikum, warahmatullahi wabarakatuh!
Selawat dan Salam kita pada Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam!

Hari ni segho nok nulih kut kelate. Lama doh tok balik kampong, perasae rindu tu kie menebal. Nulih blog kut bahasa & loghat sediri ni bulih jadi pengubat lah sedikit sebanyok, maklum sajolah, kalu duk kampung ni kita buleh jugak kecek & bual-bual nga oghe-oghe tua, makcik-makcik, saeng-saeng, jire tetangga, buke sene. Tapi to’ apolah sekso meta jah untuk kita tempuh hari-hari hok mendate nih, sebabnyo maghi sini (Universiti Sultan Zainal Abidin) buke mari main, mari cari ilmu. Ilmu-ilmu nih Tuhan Allah SWT suruh, buke setakat mok ayoh jah suruh tetapi Allah SWT dan Baginda RAsulullah SAW. Alangkah betapa cintanya kito pada Allah dan Rasul-Nya jika kita betul-betul ikut apa yang Allah Taala perintah dalam Al Qur’an iaitu Allah perintahkan supaya membaca ‘kama fi surah al-‘Alaq “ Iqra’” Bacalah! Dengan nama Tuhanmu, yang telah menciptakan, yang menciptakan manusia dari segumpal darah! kito di dunio ni buke untuk suko-suko, kita ada tanggungjawab dan amanah yang kita nok keno kita buat. So, demi menjalankan tugas dan amanah tu berpayoh-payohlah kamu di dunia nih, nanti di Akhirat kelak kamu bersene-lene. Tetapi ingatlah wahai penuntut ILMU, sukonyo saya mengatakan di sini sedikit mengenai ILMU & Ahli dia. Apa dia? Ilmu dengan amal meme tidak bulih dipisahkan. Itu yang nak dilontarkan (peringatan kepada diri sendiri juga). Sebabnya kita manusia nih, sering kali lupa…lupa..lupa..selepas lupa, leka, lalai, lagha..semua tu manusia supo kita buat. Setiap masa, bukan nak kata kokre lain, kata ko diri sendiri. Tetapi itulah hakikat Dia,

Sapo kita sebenar? Mari university ni wat gapo? Cari ilmu ? atau cari Cinta? Cinta sapo? Manusia atau Tuhan? Persoalan tu pun besar doh, apatah lagi persoalan lain yang kita buat terhadap apa yang Allah tegah? Mari ‘U’ jupa “pakwe” ore kelate sebut “gewe”. Aduhai… Bilakah semua ini nak berhenti sejenak Cuma. Pelajar leka, sibuk dengan urusan dunia. Sebab ana oyak gini adalah cerita dia. Kadang-kadang sering kali ana terlihat budok-budok pelajar, penuntut ilmu tidak beradab dengan ilmu, contohnya banyak, dalam kelas bukan lagi jadi majlis ilmu yang diberkati tetapi jadi majlis maksiat kepada Allah Taala. Nau’dzubillah! Majlis ilmu berkat dia sebab ia adalah majlis yang Islam tuntut dan ia dihadiri oleh para Malaikat, so, kita seboleh-bolehnya duduk dalam majlis itu dengan segala adab dan kemuliaan. Kita beruntung Allah Taala letak kita sebagai salah seorang dari penuntut Ilmu Allah, kita berpeluang untuk mati syahid di jalan-Nya sementara kita masih pada Jalan-Nya. Ada lagi, macam ana sering juga tengok,time-time maghrib oghe semua pakat gi masjid, musolla, surau atau yang sama waktu dengannya tetapi masih ramai lagi pelajar yang duk situ lagi, maksudnya..ado yang duk kecek ngan telefon, duk bual2 bawah pokok, masih berjalan2 lelaki perempuan, sedangkan azan sedang berkumandang. Lailahaillallah! Astaghfirullahal adzim. Cukuplah dosa kita yang kita Nampak jelas, tambah pulak dosa2 kering ni. Kita tidak sayang pada maso, waktu.. nak cerita pasal waktu ni panjang lebar pulak.

KENAPA dengan kita ‘actually’? ana kure pasti punca sebenar hal ini, kadang-kadang pening dan sedih mengenangkan semua ini. Sedih bakpo? Persoalan??? Sedih sebab mak ayah hantar kita ke sini (UNIVERSITI) (Allah Swt letak kita di sini) bukan kerana sia-sia, saje-saje….so, kita jangan jadikan semua itu sia-sia, saje-saje. Kita sebagai hamba Allah ambik beratlah soal “pandangan Allah” Ibadat kita, kita ingat kita siapa? Hidup tidak ada makna? Hidup nok enjoy? Bersuka-suka, ‘bergalok’ Siapa kata? Saeng-saeng kato? Kawan? “roommate” pensyarah kato? Jauh sekali.. Padahal diri sendiri (nafsu) hok kata gitu! Kita mari cari ilmu atas dasar sebab nak kan dunia, macam mano tuh?. Susah nak jelas di sini, tapi kena jugak menyedarkan insane dan memberi ingatan pada diri sendiri yang sering lupa nih. Cari ilmu atas dasar nok kejar pointer semata-mata! Alangkah RUGInya kita. Percaya dok? Rugi sangat2, padahal ISLAM ni mudah yah, lagu mano? Doh mari belajar, niatlah molek laluh, LillahiTaala. Bukan payah, x keno bayar pun, x kena denda pun, x rugi pun, tetapi kita hok untung. Setiap kali memulakan majlis ILMU tu, niat selaluh lillahiTaala, pahtu kejarlah nok kejar gak pointer tu,memang tu keje kita doh. sebab kita dituntut supaya mencari Ilmu, dan amal. Kita wat kijo biar semuanya kerana Allah Taal duluh, letak Allah Taala ddepe (di hadapan), Allah Taala tunjang segala amal. Allah! Betapa untungnya orang yang sering beniat suci kerana Allah Taala semata-mata. Benda keperluan jadi ibadat kalu niat kerana Allah Taala. Nak makan? Ibadat. Nak tidur Ibadat. Nak naik motor ibadat. Bual nga saeng ibadat. Nulih blog ni pun buleh jadi ibadat kalu niat nok suruh oghe faham dan ambik iktibar pada perkaro hok molek-molek, ambik hok mano molek dan betul sahajalah, hok tidak molek jangan ambik, buang jauh-jauh. Banyak lagilah hok bulih kita kira, tidak terkira banyaknya ibadat kita bulih wat tanpa sedar tetapi dengan niat KERANA ALLAH TAALA. Tapi tulah kita. Kalu kita meniatkan segala hidup kita dan amal kita kerana Allah! Nescaya sediktlah maksiat yang akan kita buat sehari-harian kita, sebab apo, habeh tu, cuba fikir sekejap, “terlintas di fikiran nak g dating, so, x kan lah berniat kerana Allah juga” akhirnya hasrat itu dibatalkan. Maksiat berkuranganlah! Banyak lagi benda buleh wi contoh tapi fikir2lah sendiri dan renungkan. Kita jangan memayahkan apa yang telah dipermudahkan Allah Taala. Allah Taala tahu doh kita setaro mana, so..hargailah kehidupan kita.

Akhir kata, yang mana yang baik datangnya dari Allah Taala, yang mana tidak baik datangnya dari diri sendiri tetapi hakikatnya semuanya Allah SWT, sesungguhnya Allah lah tempat kita kembali!

Wallahu’alam.

cahayarindu_89@yahoo.com
mausafir ilmu & cinta