..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Thursday, September 20, 2012

Cinta Dalam Cahaya


Tika kau bersinar
ku terpana
tika kau dipesisir 

ku berhenti
mendapatkan mu
Sukarnya ku redahi
payahnya ku tempuhi
Sukar itu lebih mudah
payah itu lebih ringan
dari membiar mu berlalu
di dalam gesersangan rekahan Tanah
kering
Membiar kau tiada manfaat
demi Ummat
Ilmu,
Berharga
Kitab ini
Berkunjung dalam mimpi indah ku
Bersinar dan bercahaya
minta ku genggam
minta ku bela
tika di pinggiran jalan
tika di jurang dalam
tika di dalam istana sepi
lalu....
kau ku pegang erat...
hanya dalam fantasi
kau Bersuara!

Cahaya Rindu "♥"



Asyik

Hakikat Cinta, suatu kata tentangnya,
sememangnya Cinta 
ia aneh!
Padahal manusia itu tiada di situ
sedang memerhati segenap ruang
sudah nyata

tiada siapa di sekitarnya
namun
cinta,
sentiasa mendesak
untuk bertemu
dia yang dicintai!

Ilmu, Aku, Buku & Cinta!



Yang Ku Suka

Manhaj Ilmu Fiqah dan Usul Fiqah



Penulis Ustaz Abdul Azib Hussain 
Harga 
: RM 30.00
Ilmu dan hukum-hukum fiqah lahir bersama kelahiran Islam kerana Islam merupakan himpunan akidah, akhlak, dan hukum-hakam amali (fiqah). Himpunan hukum fiqah ini terdiri daripada hukum-hukum Allah dan rasul-Nya, yang mana sumbernya ialah al-Quran dan as-Sunnah, iaitu fatwa-fatwa semasa Rasulullah SAW terhadap peristiwa, hukuman dalam perbalahan, dan jawapan terhadap pertanyaan.
Manhaj Ilmu Fiqah & Usul Fiqah ini diharapkan mampu melatih generasi hari ini agar dapat berfikir dengan lebih kritis dan tepat dalam menyelesaikan tuntutan umat Islam dalam setiap lapangan kehidupan seterusnya berkekalan merentasi zaman pada masa hadapan. Sesungguhnya ilmu fiqah dan usul fiqah umpama neraca yang memandu akal, menuntun fizikal, dan spiritual masyarakat kepada kebahagiaan hidup di dunia dan di Akhirat.

Al-Quran Mushaf al-Masar










Keistimewaan Al Quran Mushaf al Masar

RM70

1) Terdapat Kaedah al-Mubin iaitu kaedah menterjemah al-Quran berdasarkan perubahan perkataan dalam Bahasa Arab. 
2) Mashaf al-Masar ini mengandungi beberapa ciri lain, iaitu:
  • Terjemahan al-Quran yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia.
  • Terdapat tajuk dan sub tajuk dalam terjemahan tersebut bagi memudahkan pembaca memahami isi kandungan al-Quran
3) Warna latar yang berbeza pada setiap juz bagi memudahkan pembaca mengenal pasti bahawa mereka telah berpindah dari satu juz kepada juz yang baru.
4) Terjemahan al-Quran Mushaf al-Masar bermula dari kanan ke kiri. Ini lebih memudahkan pembaca.
5) Disediakan indeks perkataan terjemahan yang merupakan alat kepada sistem al-Mubin.
6) Disediakan indeks perkataan Bahasa Arab. Tidak terdapat dalam al-Quran yang diterbitkan di Malaysia.
7) Disediakan indeks perkara yang terkandung di dalam al-Quran dalam bagi memudahkan pengguna.
8) Disediakan ringkasan kepada kitab terkenal Imam an-Nawawi 'at-Tibyan' yang menjelaskan tentang fadhilat dan hukum berkaitan al-Quran
9) Disediakan tiga riben penanda.