Ummu Sulaim bintu Milhan ialah ibu kepada
pembantu Rasulullah yakni Anas bin Malik. Dia adalah salah seorang penduduk
syurga yang digelar Ghumaisha’ seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis:
“Ketika aku masuk ke dalam syurga, aku
mendengar bunyi tapak kaki berjalan, maka aku pun terus bertanya: “Bunyi kaki
siapa itu?” Para penghuni syurga menjawab: “Itu adalah Ghumaisha’ bintu Milhan
(Ummu Sulaim), ibu Anas bin Malik.”
(Sahih
Muslim, no. 4494, Musnad Ahmad, no. 11808, no. 13026, no. 13327)
KEBIJAKSANAAN ISTERI SOLEHAH DALAM MENJAGA
KEBAJIKAN SUAMI
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dia
berkata: “Pada suatu ketika seorang putera Abu Talhah dan isterinya yang bernama
Ummu Sulaim, meninggal dunia. Kemudian Ummu Sulaim berkata kepada keluarganya:
“Janganlah kalian memberitahu musibah ini kepada Abu Talhah sehingga saya
sendiri yang akan memberitahukannya.” Tidak lama kemudian Abu Talhah tiba di
rumah. Seperti biasa, Ummu Sulaim menghidangkan makan malam untuk suaminya.
Lalu Abu Talhah makan dan minum dengan senangnya. Kemudian Ummu Sulaim mula
berhias lebih cantik daripada hari biasanya hingga Abu Talhah menggaulinya.
Setelah mengetahui bahawasanya Abu Talhah
telah merasa puas dan lega, maka Ummu Sulaim berkata: “Wahai Abu Talhah,
bagaimana menurut pendapat engkau apabila ada sekumpulan orang memberikan
pinjaman kepada suatu keluarga. Kemudian, ternyata pinjaman tersebut mereka
minta kembali. Apakah boleh keluarga itu menolak permintaannya?” Dengan mantap
Abu Talhah menjawab: “Tentu saja keluarga itu tidak boleh menolak permintaan
kumpulan itu.” Lalu Ummu Sulaim berkata: “Maka demikian dengan anak kita,
ketahuilah bahawasanya anak kita yang tercinta telah diminta oleh Zat yang
telah Mencipta dan Memilikinya. Oleh kerana itu relakanlah kematian putera kita
tersebut.” Betapa terkejut dan marahnya Abu Talhah mendengar informasi yang
disampaikan isterinya itu. Lalu dia pun berkata kepada isterinya: “Mengapa kamu
tidak memberitahu terlebih dahulu berita ini? Tetapi kamu memberitahukannya
kepadaku setelah aku menggaulimu?”
Keesokan harinya Abu Talhah pergi menemui
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk menceritakan kepada beliau
tentang apa yang telah terjadi pada keluarganya. Mendengar cerita sedih
tersebut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Semoga Allah memberkati kalian berdua dalam menjalani malam kalian
(persetubuhan).” Beberapa bulan kemudian, Ummu Sulaim mula
memperlihatkan tanda-tanda kehamilan. Suatu ketika Rasulullah sedang bermusafir
dan Ummu Sulaim turut serta dalam perjalanan tersebut. Biasanya, apabila
Rasulullah pulang dari bermusafir -setibanya di Madinah- maka beliau tidak
langsung masuk ke kampung. Tibanya dekat kota Madinah, Ummu Sulaim mula
merasakan saat-saat hendak melahirkan hingga Abu Talhah berhenti untuk
mendampinginya sementara Rasulullah telah pergi.
Abu Talhah berkata: “Ya Allah ya Tuhanku,
sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawasanya saya merasa senang keluar untuk
menyertai Rasul-Mu ketika beliau keluar. Begitu pula saya merasa senang masuk
untuk menyertainya, ketika beliau akan masuk (kota Madinah), tapi sekarang saya
terhenti seperti yang Engkau lihat.” Ummu Sulaim berkata: “Hai Abu Talhah, saya
sudah tidak tahan lagi. Marilah terus percepat perjalanan!” Akhirnya mereka
terus melanjutkan perjalanan. Ketika tiba di kota Madinah, maka Ummu Sulaim pun
melahirkan seorang anak laki-laki dengan selamat. Ummu Sulaim berkata kepada
Anas: “Hai Anas, janganlah ada seorang pun yang menyusui bayi ini hingga kamu
membawanya ke hadapan Rasulullah.”
Anas berkata: “Esok
harinya, saya membawa bayi tersebut kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam. Saya temui beliau yang pada ketika itu sedang memegang alat untuk
memberi tanda pada haiwan. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
melihat saya, beliau bersabda: “Hai Unais (nama panggilan Anas), apakah Ummu
Sulaim telah melahirkan?” Maka saya dengan senang hati menjawab pertanyaan
beliau: “Ya, dia telah melahirkan ya Rasulullah.” Kemudian beliau letakkan alat
untuk memberi tanda pada haiwan itu. Lalu saya pun membawa bayi itu ke hadapan
Rasulullah dan meletakkannya di atas pangkuan beliau. Kemudian Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam minta dibawakan kurma ajwah Madinah. Lalu beliau
lumatkan kurma tersebut dengan mulut beliau dan disuapkannya ke dalam mulut
bayi itu (tahnik). Maka bayi itu segera mengunyahnya. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Lihatlah, memang kaum Ansar itu sangat menyukai
kurma!” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengusap wajah bayi
itu dengan penuh kasih sayang serta memberinya nama Abdullah.”
(Sahih Muslim, no. 4496)
KEBERKATAN ATAS KESABARAN SUAMI ISTERI
Dalam riwayat yang lain, ketika Rasulullah
shallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan kepada Abu Talhah: “Semoga Allah
memberkati kalian berdua pada malam kalian itu (persetubuhan)”, maka beberapa
lama kemudian ada seorang dari kalangan Ansar berkata: “Aku melihat keduanya
(Abu Talhah dan Ummu Sulaim) memiliki sembilan anak yang semuanya telah hafal
Al-Quran.”
(Sahih Bukhari, no. 1218)
Rumaysa' binti Milhan
Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Rasulullah
s.a.w bersabda: Aku diperlihatkan ke dalam syurga, aku melihat isteri Abu
Talhah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah
Bilal
(HR Muslim: 4495)
Rumaysa' binti Milhan atau digelar juga
dengan panggilan Ummu Sulaym
Seorang hamba yang taat..
Seorang wanita yang mempunyai mahar yang
terbaik..
Seorang isteri yang bijaksana..
Seorang ibu mithali..
Seorang mujahadah yang tidak gentar..
kisah
1 : seorang hamba yang taat
beliau memeluk Islam selepas perjanjian
Aqabah pertama. Ketika beliau memeluk Islam, suami beliau, Malik bin Nadhr
tiada di rumah. Selepas pulang dari musafir, suaminya tidak menyukai ajaran
yang baru di anutinya. Suaminya malahan memarahinya kerana mengajar anak
mereka, Anas b. Malik (yang akhirnya menjadi perawi hadith) agama barunya itu.
Namun keutuhan Rumaysa' terhadap Islam tidak merubah pendiriannya, hinggalah
akhirnya suaminya mati sewaktu bermusafir dan mati sebagai seorang yang bukan
Islam.
kisah
2 : seorang wanita yang mempunyai mahar yang
terbaik
selang tidak lama selepas kematian
suaminya, Rumaysa' dipinang oleh Zayd ibn Sahl yang dikenali sebagai Abu
Talhah. Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk agama Islam, begitu yakin
bahawa Rumaysa' tidak akan menolaknya kerana Abu Talhah merupakan seorang yang
kaya dan antara lelaki yang tampan. Abu Talhah datang kerumahnya dan menyatakan
hasrat utk meminang Rumaysa'.
"Aku tidak akan mengahwinimu selagi
kamu tidak mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhanmu dan Muhammad itu RasulNya"
"Apakah yang menghalangmu daripada
berkahwin dengan ku Rumaysa'? Emas dan perak? aku boleh berikan apa sahaja yang
kau mahukan"
"Aku
bersumpah kepada mu Abu Talhah, aku bersumpah demi Tuhanku dan rasulNya, jika
kau menerima Islam sebagai agamamu, aku tidak memerlukan emas dan perak.
Cukuplah Islammu sebagai mahar ku"
"Tidakkah
kamu tahu Abu Talhah bahawa tuhan yang engkau sembah selain Allah itu diperbuat
dari tanah liat? Tidakkah kamu merasa diperbodoh2kan? Jika kamu sanggup
melepaskan perbuatan yang tidak masuk akal seperti ini, dan memeluk Islam, aku
akan berkahwin denganmu, tanpa sebarang emas dan perak"
Abu
Talhah pulang dan merenung kembali apa yang diperkatakan Rumaysa'. Akhirnya Abu
Talhah memeluk Islam dan berkahwin dengan Rumaysa'. Abu Talhah juga menjadi
antara sahabat yang teguh memperjuangkan Islam disamping Rasulullah S.A.W.
kisah 3 : Seorang isteri yang bijaksana..
Hasil
perkahwinan mereka dikurniakan cahayamata bernama Abu Umair. sewaktu Abu Talhah
bermusafir jauh, Abu Umair telah meninggal dunia. Rumaysa' telah menguruskan
mayat anaknya bersama penduduk kampung. Rumaysa' memberitahu juga kepada orang
ramai bahawa janganlah perihal itu diceritakan kepada suaminya, melainkan dari
dirinya sendiri.
selepas
Abu Talhah pulang, dalam keadaan penat, Rumaysa' melayan suaminya dengan baik,
menghidangkan makanan dan melayan suaminya makan. Abu Talhah bertanya kepada
Rumaysa',
"
Mengapa aku tidak melihat Abu Umair?"
"
Anak kita berada dalam keadaan aman sekarang"
Selepas
makan, Rumaysa' melayan suaminya dengan baik. Selepas hilang letih suaminya,
menjelang malam, suaminya bertanya lagi,
"Dimanakah
Abu Umair?"
"Suamiku,
sekiranya seseorang meminjamkan sesuatu kepada kita, jika dia mengkehendakinya
kembali, wajibkah kita memulangkannya kembali?"
"mestilah
perlu"
"Begitulah
dengan anak kita. Allah telah meminjamkan Abu Umair kepada kita dan Dia telah
mengambilnya kembali"
Mengerti
akan kata-kata isterinya, Abu Talhah sedih namun redha dengan pemergian
anaknya. Keesokannya, Abu Talhah berjumpa dengan Rasulullah dan menceritakan
perihal itu. Rasulullah kagum dengan ketabahan Ummu Sulaym dan mendoakan mereka
dikurniakan zuriat yang ramai. Akhirnya mereka dikurniakan 10 orang anak yang
masing2 merupakan ulama' yang terkenal.
kisah 4 : seorang mujahadah yang tidak gentar..
sewaktu peperangan Khandaq, Rasulullah terlihat akan Rumaysa' yang sedang sibuk merawat pahlawan yang cedera membawa belati di tangannya dan bertanya apakah yang dia ingin lakukan dengan belati itu. Rumaysa' menjawab :
"ini
untuk melawan, mereka yang melarikan diri"
Rumaysa'
dialah seorang isteri yang bijaksana dan tenang..
seorang
mujahadah yang berani dan berhikmah.
P/s : Inshaa Allah nama Puteri Sulong kami, :)