Suatu kisah tentang manusia…..
Dalam kegelapan malam, hening. Tiada yang melekakan diri berjalan, meniti hari-hari gelap tika waktu maghrib bertandang.
Ku berjalan. Menuju ke sana. Hanya aku yang berada di situ tika itu. Gelap. Perlahan-lahan ku menuju matlamatku. Sedang ku leka menyusun langkahku perlahan.
Tanpa disedari ku melihat batang tubuhnya, seorang lelaki berjubah dan berserban putih. Dia sedang berjalan. Hampir kepada laluan ku ke sana. Sedangku berjalan. Ku melihat dia. Tiba-tiba ia menuju ke arahku. Bertentang arah! Aku melihat dia. Dari bawah. Dia semakin mendekatiku. Aku mengangkat Pandanganku kepadanya. Aku memandang wajahnya!
“Qin..Buka muka sebelah”, kata sahabat baikku lembut dan perlahan di bangku sebelah. Dia shohib si pemilik kitab di tangan-tangan. Aku kagum akan peribadinya. Kak hafizah Jaya, anak jati Sabah. Namun loghat Kelantannya sepertinya lebih faseh dariku!
Ah! Aku terlelap rupanya. MasyaAllah.. rupanya baru beberapa saat aku terlelap. Aku bermimpi. Ia terlalu singkat. Sehinggakan….Ah! aku malu sendiri. Rupanya aku masih di dalam kelas kitab al-Iqna’.
“Kenapa aku tertidur, sedangkan aku begitu asyik dengan pelajaran ini” bisik hatiku sendiri. Sepi.
Namun disebabkan cuaca diluar dingin dan dihujani renyai-renyai air, menyebabkan mataku sedikit agak mengantuk, tambahan pula Dewan Kuliah Utama begitu menggoda penuntut supaya melelapkan mata tika itu. Namun, aku kecundang juga. Agak jarang ku dapat mengantuk tika waktu begini. Kelas kitab begitu mengasyikkan.
Aku melihat Ustaz Halim bergegar-gegar menerangkan kefahaman kepada mahasiswa dan mahasiswi penuntut ilmu kitab yang digeruni itu. Ia agak sukar. Jika di UniSZA, kitab al-Iqna’ dijadikan silibus pelajar syariah Diploma semester 3 dan 4, dan dijadikan juga sebagai silibus pelajar STAM. Dan agak berlainan dengan kelas yang aku jalani sekarang. Ia adalah sebuah kelas tambahan. Demi mencari ilmu. Demi mengurangkan kejahilan diri. Demi mendekatkan diri kepada Tuhan. Demi menyedarkan diri, bahawa aku hamba yang jahil. Demi mendapat redhaNya!
Aku berharap,
Itulah cita-cita tinggiku! redhaNya. Aminn.
Tika malamnya, sedang ku leka mentelaah pelajaran di meja tulis. Ingatanku terimbas pada perkara itu tanpa disedari.
“aneh!..aku seperti mengenali wajahnya”, getus hatiku.
Lalu aku membiarkan peristiwa itu berlalu seperti air mengalir.
Namun ingatanku kepada perkara itu begitu kuat. Tidak pernah terkurang kejadiannya. Sepertiku menghafal. Sedangkan tidak Sama sekali!
P/s: Aku ingin jelaskan di sini, kitab sir al asrar, karangan Syeikh Abdul Qadir Jailani mengenai mimpi dalam bab Makna dan Rahsia mimpi pada terjemahannya yang tertulisnya, “Mimpi yang muncul antara awal tidur dan lelapnya tidur adalah mimpi yang benar dan bermakna. Mimpi seperti ini disertai Ilham dan petunjuk. Itulah mimpi yang menjadi citra pada mata hati”. Syeikh Abdul Qadri Jailani, Sirr al-Asrar terjemahan ‘Rahsia Segala Rahsia’, bab makna dan rahsia disebalik mimpi, h.243, cetakan synergy Media. Tiada Tahun.
“Segalanya Ilmu, Iman Dan amal”
Ianya seperti air!
No comments:
Post a Comment