Aku dengan hina ini...memohon kepada-Mu
Ya Allah Aku hamba hina
di hadapanMu, aku menyerah
dalam apa-apa jua ketentuanMu,
aku terima dan aku redha
biarpun apa ujian dan
cubaanMu buatku terasa perit,
aku cinta untuk merasa, menagih kekuatan
hanya kepadaMu
supaya ku mengerti dan merasa
setiap cubaan dan dugaan
kurniaanMu kepadaku, itulah tanda CINTA-MU buatku...
Ya Allah TuhanKu..
aku tidak mahu berjauhan denganMu,
aku tidak mahu sedikit ada jarak antara kita, aku inginkan perhatian dan kasihMu buatku sebesar-besarnya
Ya Allah TuhanKu..
jangan kurangkan rasa cinta
dan jua rindu ini buatMu,
aku bahagia dalam rindu bertemuMu,
aku cinta apa yang Engkau kurniakan buatku... aku cinta merasa nikmatMu
begitu manis bila asyik pada mengenangkanMu
Lekakan aku dalam nikmat membaca KalamMu
Cinta menyebut kalam suciMu al-Quran al-Karim
wahai Allah Tuhanku
Lekakan aku dalam alunan cinta ayat-ayatMu milikMu
biarkan aku lemas di dalamnya.
Ya Allah Tuhanku yang Mulia.. Engkau Tuhanku, Jangan pernah biarkan aku merasa selain pertolongan dan pengharapan hanya buatMu, Jangan pernah biarkan aku perlukan selain dari Kalam Mukjizat al-Quran Suci MilikMu....Allahu Rabbi........Aku RINDU.....untuk dekat denganMU...
HambaMu yang Hina disisiMu Wahai Tuhan yang Mulia!