Ingin
Menjadi Isteri Idaman ..
.... panduan
buat para isteri ..... "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik
perhiasan adalah wanita yang sholehah" (H. R. Muslim)
Untuk para
isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah
memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan
Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.
Isteri
memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut
untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan
berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi
isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita
semua. InsyaAllah.
1. Takwa
kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di
rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan
menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau
goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah,
jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.
Sesungguhnya
ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan
akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah
seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya,
ia berkata:"Aku mohon ampun kepada Allah.... itu terjadi kerana perbuatan
tanganku (kesalahanku)...."
Maka
hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya:
Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang
tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah,
memburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.
Allah
berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum
mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang
diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah
wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita
(yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan" QS.
Al Hujurat: 11
Keluar
menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi
mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah adalah
masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah
pasar-pasarnya" HR. Muslim
Membiarkan
suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka
wajah). Membiarkan supir (pemandu) dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa
kepentingan yang mendesak.
2. Berupaya
mengenal dan memahami suami.
Hendaknya
engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah
memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan
catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada
ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza
Wajalla).
3. Ketaatan
yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.
Sesungguhnya
hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya aku
boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan
isteri untuk sujud kepada suaminya" HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi,
dishahihkan oleh Al-Albany
Hak suami
yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan
baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda:
" Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak
yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada
suaminya hingga ia kembali" HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh
Al-Albany
Ketahuilah,
engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada
Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya
pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin
Allah).
4. Bersikap
qanaah (merasa cukup)
Kami
menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu
sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya
atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah,
adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna...
Salah
seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu
wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah
engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar
dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..."
5. Baik
dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak
menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan
baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah
isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak
berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.
6. Baik
dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan
ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk
menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat,
bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama
tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.
7. Menyertai
suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika
engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan
kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah
radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia..
Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan
bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya
dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang
dihadapi.
Seorangpun
tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah
merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih
hati ketika turun wahyu pada kali pertama: " Demi Allah, Allah tidak akan
menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi,
menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau
menolong setiap upaya menegakkan kebenaran". HR. Mutafaq alaihi, Bukhary
dan Muslim
8. Bersyukur
(berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan
keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau
tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya,
sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau
engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan
kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam
menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya
kepadamu.
9. Menyimpan
rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia
suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya.
Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh
siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku,
simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau
nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan
zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.
10.
Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan
adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian
wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang
perkara itu dalam sabdanya :"Janganlah seorang wanita bergaul dengan
wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan
suaminya melihatnya" HR. Bukhary dalam An-Nikah
"Kaum
lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana
mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka
wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika
suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)...." Q. S.
An Nissa 4.34
----------------------------------------------------------------------
"Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya
siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi
manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" Q. S. An Nuur 24:35
"Wahai
Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak
memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu."
Rasulullah
saw bersabda, "Katakanlah, 'Aku beriman kepada Allah,' kemudian
Istiqamahlah." H. R. Muslim