..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Wednesday, January 24, 2024

Imam As-Syafie

 Siri 1


Imam Syafie: Biografi dan Sejarah Lengkap Hidupnya


Biodata Imam Syafie🌟


Nama sebenar: Muhammd bin Idris bin al-Abbas, bin Usman, bin Syafi’ bin as-Saib bin Ubai.


Tempat lahir: Gaza, Palestin.


Tarikh dilahirkan: tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi. 


Keturunan: keturunan Quraisy dan nasab beliau bertembung dengan nasab Baginda Nabi SAW di jalur Abd Manaf.


Tarikh meninggal dunia: pada tahun 204 Hijrah pada malam jumaat dan dikebumikan selepas asar keesokkan harinya.

Tempat dimakamkan: Mesir

Pengasas: Mazhab Syafie

   


Sifat peribadi🌟


Beliau dikenali bukan sahaja kerana keilmuan yang ada pada dirinya, tetapi juga kekaguman orang ramai kepada akhlak dan peribadi yang cukup mempersonakan sepanjang beliau hidup.


1. Sangat waraq dan berintegriti


Sungguhpun berilmu namun beliau tidak sesekali mengeluarkan sesuatu pendapat tanpa sebarang ilmu dan pengetahuan.


Menurutnya menjawab “tidak tahu” adalah lebih baik daripada memberi pandangan yang silap.


2. Sangat menghormati guru


Walaupun sudah bergelar ulama yang hebat tetapi beliau mempunyai akhlak dan adab yang terpuji.


Terutamanya dalam menghormat dan menghargai guru-guru yang pernah mengajar beliau sungguhpun ilmu yang diajar itu sedikit sedikit. 


3. Bijak dan petah dalam berbicara


imam syafie

Digelar sebagai pakar debat. Beliau pernah berdebat dengan Muhammad bin Al-Hasan dan Imam Ahmad bin Hanbal.


Tujuan utama beliau adalah untuk mencapai kebenaran melalui perdebatan, tanpa mengira sama ada kebenaran itu akan memihak kepadanya atau kepada lawannya.


4. Berdisiplin


Pembahagian masa yang sistematik untuk keseimbangan berbakti kepada keluarga masyarakat, dan beribadat.


Latar belakang pendidikan

Imam Syafie dilahirkan dengan keistimewaan mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak dari kecil lagi. Ketika usianya sembilan tahun, beliau sudah hafaz Al-Quran.


Ketika umurnya dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muwatta, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru pula dengan Imam Malik ketika berusia dua belas tahun.


Imam Syafie lalu belajar dan mendalami bahasa serta kesusateraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.


Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.


Beliau sanggup bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq, dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu.


Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah seperti imu hadis, ilmu fikah, dan Al-Quran.


Dengan menjaga keutaamaan bagi mendalami ilmu pengetahuan dan disiplin, beliau telah membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian.


1/3 malam untuk berehat.

1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.

1/3 malam untuk beribadat.


Atas kegigihannya itu, beliau akhirnya muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada seluruh umat Islam


Guru-guru dan pendidik Imam Syafie🌟


Ramai sebenarnya guru-guru beliau yang memberi pengaruh yang kuat kepada dirinya.


Namun yang disebutkan ini hanya segelintar sahaja merangkumi mufti, kadi, ulama hadis dan ulama fikah. Antara guru beliau adalah seperti:


(Mekah)


Sufyan bin ‘Uyainah

Muslim bin Khalid Az-Zanji

Sa’id bin Salim Al-Qaddah

Daud bin Abd Rahman Al-‘Aththar.

Abdul Majid bin Abdul Aziz bin Abu Daud.

(Madinah)


Malik bin Anas

Ibrahim bin Sa’d Al-Ansari

Abdul Aziz Muhammad Ad-Darawardi

Ibrahim bin Yahya Al-Aslami

Muhammad bin Sa’id

Abdullah bin Nafi’ ash-Shaigh

(Yaman)


Muthraf bin Mazin

Hisyam bin Yusuf.

Umar bin Abi Salamah

Yahya bin Hasan

(Iraq)


Waki’ bin Al-Jarrah

Abu Usamah Hamad bin Usamah

Ismail bin ‘Aliah

Abdul Wahab bin Abdul Majid


Murid-murid Imam Syafie🌟


Seperti mana keilmuan dirinya yang tersebar meluas sehingga ke Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armena, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, dan Malaysia.


Anak muridnya juga lahir dari pelbagai golongan dari pelbagai negara yang namanya setanding Imam Syafie. Antara murid beliau yang terkenal adalah seperti:


(Mekah)


Abu Bakar Al-Humaidi.

Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad Al-‘Abbasi.

Abu Bakar Muhammad bin Idris.

Abu Al-Walid Musa bin Abu Al-Jarud.

(Baghdad)


Abu al-Hasan Ash-Shabbah Az-Za’farani.

Abu Ali Al-Husain bin Ali al-Karabisi.

Abu Tsaur Al-Kalbi

Abu Abdurrahman Ahmad bin Muhammad bin Yahya Al-Asy’ari.

Ahmad bin Hanbal.

(Mesir)


Harmalah bin Yahya Bin Harmalah.

Abu Ya’qub Yusuf bin Yahya Al-Buwaithi.

Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Muzani.

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam

Al-Rabi’ bin Sulaiman bin Daud Al-Jaizi.

Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi

Karya yang dihasilkan

Kitab Al-Risalah karangan Imam Syafie adalah kitab yang sangat popular di dunia.


Selain itu beliau juga menulis kitab lain yang membicarakan tentang hukum-hukum fikah seperti:


Ikhtilaf al-Hadits. Kitab ini ditulis oleh Imam Al-Syafie untuk membincangkan tentang kehujahan hadis ahad secara khusus. 

 Al-Hujjah. Kitab ini ditulis ketika beliau mengajar di Baghdad, Iraq.

 Al-Mabsuth. Kitab ini merupakan karya Imam Al-Syafie yang menghimpun beberapa tambahan dalam ilmu fiqh.

Al-Umm. Ini merupakan karya Imam Al-Syafie sewaktu beliau mengajar di Mesir. Kitab inilah yang membentangkan Qaul Jadid (pendapat baru) Imam Al-Syafie dalam ilmu fiqh.


Ahkam Al-Quran.

Abtal Al-Istihsan dan banyak lagi.


Sumber:

Irsyad Usul Fiqh Siri Ke-49: Maqasid Syariah Disisi Imam Syafi’e. Mufti Wilayah Persekutuan

Al-Kafi #952: Saat Kematian Imam Al-Syafi’e. Mufti Wilayah Persekutuan

Al-Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid. Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam


Link 🔗 https://taqwa.my/imam-syafie/

No comments: