..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Wednesday, January 24, 2024

Imam As-Syafie

 Siri 1


Imam Syafie: Biografi dan Sejarah Lengkap Hidupnya


Biodata Imam Syafie🌟


Nama sebenar: Muhammd bin Idris bin al-Abbas, bin Usman, bin Syafi’ bin as-Saib bin Ubai.


Tempat lahir: Gaza, Palestin.


Tarikh dilahirkan: tahun 150 Hijrah bersamaan 767 Masihi. 


Keturunan: keturunan Quraisy dan nasab beliau bertembung dengan nasab Baginda Nabi SAW di jalur Abd Manaf.


Tarikh meninggal dunia: pada tahun 204 Hijrah pada malam jumaat dan dikebumikan selepas asar keesokkan harinya.

Tempat dimakamkan: Mesir

Pengasas: Mazhab Syafie

   


Sifat peribadi🌟


Beliau dikenali bukan sahaja kerana keilmuan yang ada pada dirinya, tetapi juga kekaguman orang ramai kepada akhlak dan peribadi yang cukup mempersonakan sepanjang beliau hidup.


1. Sangat waraq dan berintegriti


Sungguhpun berilmu namun beliau tidak sesekali mengeluarkan sesuatu pendapat tanpa sebarang ilmu dan pengetahuan.


Menurutnya menjawab “tidak tahu” adalah lebih baik daripada memberi pandangan yang silap.


2. Sangat menghormati guru


Walaupun sudah bergelar ulama yang hebat tetapi beliau mempunyai akhlak dan adab yang terpuji.


Terutamanya dalam menghormat dan menghargai guru-guru yang pernah mengajar beliau sungguhpun ilmu yang diajar itu sedikit sedikit. 


3. Bijak dan petah dalam berbicara


imam syafie

Digelar sebagai pakar debat. Beliau pernah berdebat dengan Muhammad bin Al-Hasan dan Imam Ahmad bin Hanbal.


Tujuan utama beliau adalah untuk mencapai kebenaran melalui perdebatan, tanpa mengira sama ada kebenaran itu akan memihak kepadanya atau kepada lawannya.


4. Berdisiplin


Pembahagian masa yang sistematik untuk keseimbangan berbakti kepada keluarga masyarakat, dan beribadat.


Latar belakang pendidikan

Imam Syafie dilahirkan dengan keistimewaan mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak dari kecil lagi. Ketika usianya sembilan tahun, beliau sudah hafaz Al-Quran.


Ketika umurnya dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muwatta, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru pula dengan Imam Malik ketika berusia dua belas tahun.


Imam Syafie lalu belajar dan mendalami bahasa serta kesusateraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.


Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.


Beliau sanggup bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq, dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu.


Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah seperti imu hadis, ilmu fikah, dan Al-Quran.


Dengan menjaga keutaamaan bagi mendalami ilmu pengetahuan dan disiplin, beliau telah membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian.


1/3 malam untuk berehat.

1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan.

1/3 malam untuk beribadat.


Atas kegigihannya itu, beliau akhirnya muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada seluruh umat Islam


Guru-guru dan pendidik Imam Syafie🌟


Ramai sebenarnya guru-guru beliau yang memberi pengaruh yang kuat kepada dirinya.


Namun yang disebutkan ini hanya segelintar sahaja merangkumi mufti, kadi, ulama hadis dan ulama fikah. Antara guru beliau adalah seperti:


(Mekah)


Sufyan bin ‘Uyainah

Muslim bin Khalid Az-Zanji

Sa’id bin Salim Al-Qaddah

Daud bin Abd Rahman Al-‘Aththar.

Abdul Majid bin Abdul Aziz bin Abu Daud.

(Madinah)


Malik bin Anas

Ibrahim bin Sa’d Al-Ansari

Abdul Aziz Muhammad Ad-Darawardi

Ibrahim bin Yahya Al-Aslami

Muhammad bin Sa’id

Abdullah bin Nafi’ ash-Shaigh

(Yaman)


Muthraf bin Mazin

Hisyam bin Yusuf.

Umar bin Abi Salamah

Yahya bin Hasan

(Iraq)


Waki’ bin Al-Jarrah

Abu Usamah Hamad bin Usamah

Ismail bin ‘Aliah

Abdul Wahab bin Abdul Majid


Murid-murid Imam Syafie🌟


Seperti mana keilmuan dirinya yang tersebar meluas sehingga ke Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armena, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura, dan Malaysia.


Anak muridnya juga lahir dari pelbagai golongan dari pelbagai negara yang namanya setanding Imam Syafie. Antara murid beliau yang terkenal adalah seperti:


(Mekah)


Abu Bakar Al-Humaidi.

Abu Ishaq Ibrahim bin Muhammad Al-‘Abbasi.

Abu Bakar Muhammad bin Idris.

Abu Al-Walid Musa bin Abu Al-Jarud.

(Baghdad)


Abu al-Hasan Ash-Shabbah Az-Za’farani.

Abu Ali Al-Husain bin Ali al-Karabisi.

Abu Tsaur Al-Kalbi

Abu Abdurrahman Ahmad bin Muhammad bin Yahya Al-Asy’ari.

Ahmad bin Hanbal.

(Mesir)


Harmalah bin Yahya Bin Harmalah.

Abu Ya’qub Yusuf bin Yahya Al-Buwaithi.

Abu Ibrahim Ismail bin Yahya Al-Muzani.

Muhammad bin Abdullah bin Abdul Hakam

Al-Rabi’ bin Sulaiman bin Daud Al-Jaizi.

Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi

Karya yang dihasilkan

Kitab Al-Risalah karangan Imam Syafie adalah kitab yang sangat popular di dunia.


Selain itu beliau juga menulis kitab lain yang membicarakan tentang hukum-hukum fikah seperti:


Ikhtilaf al-Hadits. Kitab ini ditulis oleh Imam Al-Syafie untuk membincangkan tentang kehujahan hadis ahad secara khusus. 

 Al-Hujjah. Kitab ini ditulis ketika beliau mengajar di Baghdad, Iraq.

 Al-Mabsuth. Kitab ini merupakan karya Imam Al-Syafie yang menghimpun beberapa tambahan dalam ilmu fiqh.

Al-Umm. Ini merupakan karya Imam Al-Syafie sewaktu beliau mengajar di Mesir. Kitab inilah yang membentangkan Qaul Jadid (pendapat baru) Imam Al-Syafie dalam ilmu fiqh.


Ahkam Al-Quran.

Abtal Al-Istihsan dan banyak lagi.


Sumber:

Irsyad Usul Fiqh Siri Ke-49: Maqasid Syariah Disisi Imam Syafi’e. Mufti Wilayah Persekutuan

Al-Kafi #952: Saat Kematian Imam Al-Syafi’e. Mufti Wilayah Persekutuan

Al-Imam Al-Syafie fi Madzhabihil Qadim wal Jadid. Dr. Ahmad Nahrawi Abdus Salam


Link 🔗 https://taqwa.my/imam-syafie/

Thursday, January 11, 2024

Memahami Tujuan Menghafal Quran Dan Cara Menjaganya

 SYEIKH ABDUL MUHAIMIN


Memahami tujuan menghafaz Al-Quran dan cara menjaga hafazan



.

1. Apa tujuan menghafaz?

- Ada beza NIAT vs TUJUAN.

- Masalah utama masyarakat sekarang ialah tidak tahu tujuan ibadah.

- Setiap ibadah ada kelebihan tersendiri. 

- Maka sekali lagi, kenapanak susah-susah hafaz Quran?

- Kalau nak dapat syafaat, ibadah lain pun boleh. Nak mak ayah dapat pahala, boleh doakan jer. 

- Tujuan sebenar untuk menghafaz Al-Quran ialah untuk merebut ganjaran menjadi AHLULLAH (ahli Allah);

- Ibadah lain senang nak buat kecuali hafaz Al-Quran.

- Orang yang boleh muraja’ah (mengulangkaji hafazan/mengulang-ulang hafazannya) Al-Quran selama 2 jam setiap hari barulah boleh jadi Ahlullah!

- Ahlullah ni setiap hari dia akan baca Al-Quran.

- Untuk lancar hafazan, muraja’ah lah sekurang-kurangnya 3 juzuk.

- Muraja’ah bermaksud ulang balik hafazan tanpa melihat Al-Quran.

- Ada hadith sebut ramai orang munafiq ni terdiri daripada para huffaz (huffaz adalah kalimah plural kepada hafidz).

- Syeikh menyebut dia tak suka kalimah “al-hafidz” diletakkan selepas nama seseorang yang telah menghafaz 30 juzuk Al-Quran, atau gelaran “al-hafidz” diberikan kepada seseorang yang telah tamat hafazan mereka.

- Sebab apa? Ia boleh merosakkan hati si penghafaz. Julukan al-hafidz ni Allah sahaja yang tahu. Sejauh mana kelancaran dia menghafaz kalimah Allah tu hanya Allah yang tahu.

- Ia juga boleh melemahkan semangat si hafidz ni untuk muraja’ah Al-Quran. Syeikh beri contoh: “tak payah lah beriya-iya muraja’ah, orang pun dah panggil aku al-hafidz!” Sedangkan itu adalah tipu daya syaitan untuk mengeluarkan dia daripada menjadi Ahlullah!


2. Ada 7 Tingkat-tingkat akhlak.

* Akhlak dengan Allah dan Al-Quran

* Akhlak dengan Nabi, hadith dan sunnah

* Akhlak dengan ilmu dan ‘ulama

* Akhlak dengan mak ayah

* Akhlak dengan keluarga, kerabat dan jiran.

* Akhlak dengan masyarakat islam/mujtama’

* Akhlak dengan masyarakat bukan islam.


- para huffaz terutamanya sangat perlu menjaga akhlak dia dengan Allah dan Al-Quran;

- Macam mana nak jaga akhlak dengan Allah?

- Janganlah buat apa yang Allah dan Rasul tak suka!

- Bila nak buat sesuatu, tanya dulu - “Allah suka tak aku buat ni?”

Syeikh pesan untuk jaga hafazan, jagalah 5 perkara ini:

1. Banyak masa dengan Allah.

- selalu bercakap-cakap/munajat kepada Allah tentang apa jua hal.

- kalau susah nak hafaz, mengadu dengan Allah terus dan minta dengan Dia mudahkan.

- kalau buat dosa, terus itstighfar, taubat minta ampun, janji tak buat lagi.

- apa sahaja masalah, selalulah bercakap-cakap dengan Allah.

- tak ada masalah pun, selalu munajat dengan Allah.

- inilah akhlak ahlullah. 

- orang yang banyak masa dengan Allah, tak banyak masa untuk perkara-perkara lain.


2. Sucikan hati dari dendam, dengki hasad dan cinta dunia.

- biar hanya Allah sahaja ada dalam hati.

- selalu maafkan orang.

- maafkan semua orang.


3. Selalu berbincang dengan guru.

- minta pandangan guru.

- dengar nasihat guru.

- minta doa guru.


4. Qiamullayl.

- waktu qiam malam, boleh muraja’ah ayat (bawak dalam solat).

- masa qiam malam, boleh baca 4 maqra’/ separuh juzuk.

- muraja’ah yang lancar ialah satu juzuk dalam 15 min. Lalu Syeikh pun bacakanlah gaya muraja’ah yang lancar supaya boleh baca satu juzuk dalam 15 min. Masya Allah! TabarokAllah! Laaaajuuuu! 

- orang macam kita biasanya satu juzuk habis dalam 30 min. 


5. Jaga wirid (muraja’ah)

- orang yang dah hafaz 10 juzuk, sepatutnya muraja’ah satu juzuk sehari.

- orang yang dah hafaz 20 juzuk, muraja’ah 2 juzuk sehari.

- untuk yang dah khatam 30 juzuk, muraja’ah 3 juzuk sehari.

- Tabiat ini akan mengekalkan hafazan!

- Sebab itu kata Syeikh, umur yang elok untuk mula hafazan ialah masa 5 tahun dan target khatam hafazan waktu umur 10 tahun. Kenapa?

- Sebab waktu umur macam ni, hati masih bersih. Bila hafaz, terus lekat masuk dalam hati, tak hilang-hilang dah.

- Orang baligh susah lekat hafazan sebab hati kotor. Baca setakat lepas kat tekak jer, tak masuk dalam hati kata Syeikh!

- Sebab tu kena selalu check apa ada dalam hati kita kalau baca tapi tak hafaz-hafaz!

- Syeikh sebut sesuatu yang menggerunkan. Ada kemungkinan jika kita tak suka atau liat buat sesuatu ibadah, atau kita tak juga hafaz-hafaz Quran tu kerana Allah sudah benci dengan ibadah kita itu. Kerana kita buat bukan kerana dia.

- Atau kita baca Quran - ada ayat2 larangan dan perintah Allah, ada ayat melaknat orang yang meninggalkan perintah Allah/melakukan larangan Allah, tapi kita yang menghafaz/membaca ayat2 ni selamba dok buat yang Allah larang atau tak buat yang Allah suruh makanya ayat2 Al-Quran yang kita baca dan cuba hafaz ni melaknat kita. Sebab tulah tak hafaz2. 

- Tanda hati ada nifaq, ialah bila kita rasa berat nak muraja’ah, rasa berat nak baca Al-Quran.

- Sebab apa rasa berat? Sebab kita hafaz bukan nak jadi ahlullah tapi ada kepentingan-kepentingan lain, misalnya untuk dapat sanjungan, untuk dapat ganjaran materi. Kita buat ibadah hanya bila ada masalah sahaja, ini pun tanda hati ada nifaq. 

- Kalau hafaz Quran dengan masalah2 di atas, memang takkan ingat. 

- Ibadah macam ni langsung tak berbekas di hati. 


Sebagai penguat semangat, Syeikh memperincikan begini:


Satu page Al-Quran = ada 15 baris.

1 baris = 30-35 huruf.

Satu page = 30 x 15, 35 x 15 , lebih kurang 450-525 huruf. 

Katakanlah 500 huruf secara purata. 


1 huruf = 10 ganjaran.

[ tambahan dari saya yang membuat sedikit bacaan, ada hadith yang mengatakan ganjaran pahala membaca Al-Quran ni berbeza mengikut keadaan. Saya simpulkan secara ringkasnya sebagai berikut:


- baca dalam solat sambil berdiri = 100 ganjaran kebaikan.

- baca dalam solat sambil duduk = 50 ganjaran kebaikan.

- baca di luar solat dengan wudhu’ = 25 ganjaran kebaikan.

- baca di luar solat tanpa wudhu’ = 10 ganjaran kebaikan.

Wallahu ‘alam]


Jadi yang Syeikh illustrates ialah yang palimg sedikit ganjarannya untuk kita faham. Maka, 


Satu page = 500 x 10 = 5000 kebaikan.

Satu juzuk = 20 pages = 5000 x 20 = 100 000 kebaikan.

Para huffaz perlu punya target 3 juzuk sehari muraja’ah, maka kebaikannya Insya Allah sebanyak 300 000 kebaikan untuk maintain special membership dia dengan Allah. 


Bayangkan, satu page berapa minit sangat jer kita ambil masa, tu pun dah dapat 5000 kebaikan. Siapa agaknya nak bagi pada kita kebaikan sebegini banyak dalam masa beberapa minit? 

Sungguh tak logik di fikiran manusia kan? Tapi Allah yang Maha Penyayang tu sangat-sangat Pemurah nal bagi pada kita banyak kebaikan senang-senang jer. 


Muraja’ah satu juzuk selama setengah jam dah dapat gaji 100 000!!

Business MLM pun tak boleh lawan!!

Itu kira kita ambil transaction yang paling murah! Cuba ambil yang ada wudhu’ tengok. 


Satu page = 12 500

Satu juzuk = 250 000!


Para huffaz mesti aim yang paling tinggi!

Bacaan dalam solat sambil berdiri, katalah paling koman satu page jer.


Satu page dlm solat berdiri = 100 x 5000 = 500 000!

Satu rakaat dah setengah juta!

Bayangkan satu malam qiam dah jadi jutawan tersohor di akhirat hanya kerana dengan ketinggian Al-Quran! 


Masya Allah! TabarokAllah!

Maka memang layaklah para huffaz yang ikhlas dan sangat menjaga hafazan mereka menjadi Ahlullah!


Saya kira kita rakyat marhaen ni kenapa tak mahu ambil peluang ini?

Yang ada anak-anak tu usahakanlah supaya keluarga kita tak buta Al-Quran sekalipun tak mahu hafaz, celik Al-Quran pun cukuplah!!

Tengok dan nilai sendiri betapa Allah sayangkan kita. Cuma kita saja butakan mata hati kita tak mahu rebut peluang ni. 


Anak-anak ku, hadamkanlah kalam Syeikh Abdul Muhaimin ni.

Syeikh sebut dengan jelas, orang yang hatinya lalai dengan LAGU-LAGU dan perkara lain yang tiada faedah (samalah dengan DRAMA KOREA, KPOP, BOLLYWOOD, LAWAK JENAKA dan sebagainya), maka SUSAHLAH hatinya untuk menjaga hafazannya. 


Ahlullah ni depa tak dak masa nak spend buat perkara tak berfaedah nak. Wanai anak-anakku! Kita sudah tiada masa. Umur kita siapa yang tahu banyak mana lagikah yang tersisa. Mari lah mari anak-anakku, dipentas itu sudah lama kalian berdiri, tapi untuk kekal jadi juara, mesti mujahadah dan berusaha. 


Mudahan, layaklah kita semua menjadi Ahlullah. Aamiin.


Nota:

Lihat surah Fathir, ayat 29.


Ada lagi kalam Syeikh yang saya ingin kongsi, tapi cukuplah dulu yang ini. Ini pun dah cukup panjang untuk sama-sama kita hadam dan muhasabah serta ambil tindakan. Mudahan bermanfaat.Harap dapat menyentuh hati kepada pembaca text ni..


#Fromteacherwani

#PENASHOUBRAWI

#ALQURANDIHATI

#ALQURANPEDOMANHIDUP


Dimbil dari page : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid0N169bpdnrDAnc5doCSVF2yDaUAi1upLYNKJBi59X1LvFjwuXNsaXFK4r4Q96GD2bl&id=100003219993368&mibextid=Nif5oz

Wednesday, January 20, 2016

Ummu Sulaim: Isteri Solehah yang Bijaksana

Ummu Sulaim bintu Milhan ialah ibu kepada pembantu Rasulullah yakni Anas bin Malik. Dia adalah salah seorang penduduk syurga yang digelar Ghumaisha’ seperti yang telah disabdakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam sebuah hadis:

“Ketika aku masuk ke dalam syurga, aku mendengar bunyi tapak kaki berjalan, maka aku pun terus bertanya: “Bunyi kaki siapa itu?” Para penghuni syurga menjawab: “Itu adalah Ghumaisha’ bintu Milhan (Ummu Sulaim), ibu Anas bin Malik.”
(Sahih Muslim, no. 4494, Musnad Ahmad, no. 11808, no. 13026, no. 13327)

KEBIJAKSANAAN ISTERI SOLEHAH DALAM MENJAGA KEBAJIKAN SUAMI

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik, dia berkata: “Pada suatu ketika seorang putera Abu Talhah dan isterinya yang bernama Ummu Sulaim, meninggal dunia. Kemudian Ummu Sulaim berkata kepada keluarganya: “Janganlah kalian memberitahu musibah ini kepada Abu Talhah sehingga saya sendiri yang akan memberitahukannya.” Tidak lama kemudian Abu Talhah tiba di rumah. Seperti biasa, Ummu Sulaim menghidangkan makan malam untuk suaminya. Lalu Abu Talhah makan dan minum dengan senangnya. Kemudian Ummu Sulaim mula berhias lebih cantik daripada hari biasanya hingga Abu Talhah menggaulinya.

Setelah mengetahui bahawasanya Abu Talhah telah merasa puas dan lega, maka Ummu Sulaim berkata: “Wahai Abu Talhah, bagaimana menurut pendapat engkau apabila ada sekumpulan orang memberikan pinjaman kepada suatu keluarga. Kemudian, ternyata pinjaman tersebut mereka minta kembali. Apakah boleh keluarga itu menolak permintaannya?” Dengan mantap Abu Talhah menjawab: “Tentu saja keluarga itu tidak boleh menolak permintaan kumpulan itu.” Lalu Ummu Sulaim berkata: “Maka demikian dengan anak kita, ketahuilah bahawasanya anak kita yang tercinta telah diminta oleh Zat yang telah Mencipta dan Memilikinya. Oleh kerana itu relakanlah kematian putera kita tersebut.” Betapa terkejut dan marahnya Abu Talhah mendengar informasi yang disampaikan isterinya itu. Lalu dia pun berkata kepada isterinya: “Mengapa kamu tidak memberitahu terlebih dahulu berita ini? Tetapi kamu memberitahukannya kepadaku setelah aku menggaulimu?”

Keesokan harinya Abu Talhah pergi menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk menceritakan kepada beliau tentang apa yang telah terjadi pada keluarganya. Mendengar cerita sedih tersebut, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Semoga Allah memberkati kalian berdua dalam menjalani malam kalian (persetubuhan).” Beberapa bulan kemudian, Ummu Sulaim mula memperlihatkan tanda-tanda kehamilan. Suatu ketika Rasulullah sedang bermusafir dan Ummu Sulaim turut serta dalam perjalanan tersebut. Biasanya, apabila Rasulullah pulang dari bermusafir -setibanya di Madinah- maka beliau tidak langsung masuk ke kampung. Tibanya dekat kota Madinah, Ummu Sulaim mula merasakan saat-saat hendak melahirkan hingga Abu Talhah berhenti untuk mendampinginya sementara Rasulullah telah pergi.

Abu Talhah berkata: “Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau Maha Tahu bahawasanya saya merasa senang keluar untuk menyertai Rasul-Mu ketika beliau keluar. Begitu pula saya merasa senang masuk untuk menyertainya, ketika beliau akan masuk (kota Madinah), tapi sekarang saya terhenti seperti yang Engkau lihat.” Ummu Sulaim berkata: “Hai Abu Talhah, saya sudah tidak tahan lagi. Marilah terus percepat perjalanan!” Akhirnya mereka terus melanjutkan perjalanan. Ketika tiba di kota Madinah, maka Ummu Sulaim pun melahirkan seorang anak laki-laki dengan selamat. Ummu Sulaim berkata kepada Anas: “Hai Anas, janganlah ada seorang pun yang menyusui bayi ini hingga kamu membawanya ke hadapan Rasulullah.”

Anas berkata: “Esok harinya, saya membawa bayi tersebut kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Saya temui beliau yang pada ketika itu sedang memegang alat untuk memberi tanda pada haiwan. Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat saya, beliau bersabda: “Hai Unais (nama panggilan Anas), apakah Ummu Sulaim telah melahirkan?” Maka saya dengan senang hati menjawab pertanyaan beliau: “Ya, dia telah melahirkan ya Rasulullah.” Kemudian beliau letakkan alat untuk memberi tanda pada haiwan itu. Lalu saya pun membawa bayi itu ke hadapan Rasulullah dan meletakkannya di atas pangkuan beliau. Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam minta dibawakan kurma ajwah Madinah. Lalu beliau lumatkan kurma tersebut dengan mulut beliau dan disuapkannya ke dalam mulut bayi itu (tahnik). Maka bayi itu segera mengunyahnya. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Lihatlah, memang kaum Ansar itu sangat menyukai kurma!” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengusap wajah bayi itu dengan penuh kasih sayang serta memberinya nama Abdullah.”

(Sahih Muslim, no. 4496)

KEBERKATAN ATAS KESABARAN SUAMI ISTERI

Dalam riwayat yang lain, ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan kepada Abu Talhah: “Semoga Allah memberkati kalian berdua pada malam kalian itu (persetubuhan)”, maka beberapa lama kemudian ada seorang dari kalangan Ansar berkata: “Aku melihat keduanya (Abu Talhah dan Ummu Sulaim) memiliki sembilan anak yang semuanya telah hafal Al-Quran.”

(Sahih Bukhari, no. 1218)


Rumaysa' binti Milhan

Hadis Jabir bin Abdullah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku diperlihatkan ke dalam syurga, aku melihat isteri Abu Talhah. Kemudian aku mendengar hentakan orang berjalan, ternyata beliau adalah Bilal
(HR Muslim: 4495)
Rumaysa' binti Milhan atau digelar juga dengan panggilan Ummu Sulaym
Seorang hamba yang taat..
Seorang wanita yang mempunyai mahar yang terbaik..
Seorang isteri yang bijaksana..
Seorang ibu mithali..
Seorang mujahadah yang tidak gentar..

kisah 1 : seorang hamba yang taat
beliau memeluk Islam selepas perjanjian Aqabah pertama. Ketika beliau memeluk Islam, suami beliau, Malik bin Nadhr tiada di rumah. Selepas pulang dari musafir, suaminya tidak menyukai ajaran yang baru di anutinya. Suaminya malahan memarahinya kerana mengajar anak mereka, Anas b. Malik (yang akhirnya menjadi perawi hadith) agama barunya itu. Namun keutuhan Rumaysa' terhadap Islam tidak merubah pendiriannya, hinggalah akhirnya suaminya mati sewaktu bermusafir dan mati sebagai seorang yang bukan Islam.

kisah 2 : seorang wanita yang mempunyai mahar yang terbaik
selang tidak lama selepas kematian suaminya, Rumaysa' dipinang oleh Zayd ibn Sahl yang dikenali sebagai Abu Talhah. Abu Talhah yang ketika itu belum memeluk agama Islam, begitu yakin bahawa Rumaysa' tidak akan menolaknya kerana Abu Talhah merupakan seorang yang kaya dan antara lelaki yang tampan. Abu Talhah datang kerumahnya dan menyatakan hasrat utk meminang Rumaysa'.
"Aku tidak akan mengahwinimu selagi kamu tidak mengakui bahawa Allah itu adalah Tuhanmu dan Muhammad itu RasulNya"

"Apakah yang menghalangmu daripada berkahwin dengan ku Rumaysa'? Emas dan perak? aku boleh berikan apa sahaja yang kau mahukan"

"Aku bersumpah kepada mu Abu Talhah, aku bersumpah demi Tuhanku dan rasulNya, jika kau menerima Islam sebagai agamamu, aku tidak memerlukan emas dan perak. Cukuplah Islammu sebagai mahar ku"

"Tidakkah kamu tahu Abu Talhah bahawa tuhan yang engkau sembah selain Allah itu diperbuat dari tanah liat? Tidakkah kamu merasa diperbodoh2kan? Jika kamu sanggup melepaskan perbuatan yang tidak masuk akal seperti ini, dan memeluk Islam, aku akan berkahwin denganmu, tanpa sebarang emas dan perak"
Abu Talhah pulang dan merenung kembali apa yang diperkatakan Rumaysa'. Akhirnya Abu Talhah memeluk Islam dan berkahwin dengan Rumaysa'. Abu Talhah juga menjadi antara sahabat yang teguh memperjuangkan Islam disamping Rasulullah S.A.W.

kisah 3 : Seorang isteri yang bijaksana..
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan cahayamata bernama Abu Umair. sewaktu Abu Talhah bermusafir jauh, Abu Umair telah meninggal dunia. Rumaysa' telah menguruskan mayat anaknya bersama penduduk kampung. Rumaysa' memberitahu juga kepada orang ramai bahawa janganlah perihal itu diceritakan kepada suaminya, melainkan dari dirinya sendiri.

selepas Abu Talhah pulang, dalam keadaan penat, Rumaysa' melayan suaminya dengan baik, menghidangkan makanan dan melayan suaminya makan. Abu Talhah bertanya kepada Rumaysa',

" Mengapa aku tidak melihat Abu Umair?"

" Anak kita berada dalam keadaan aman sekarang"

Selepas makan, Rumaysa' melayan suaminya dengan baik. Selepas hilang letih suaminya, menjelang malam, suaminya bertanya lagi,

"Dimanakah Abu Umair?"

"Suamiku, sekiranya seseorang meminjamkan sesuatu kepada kita, jika dia mengkehendakinya kembali, wajibkah kita memulangkannya kembali?"

"mestilah perlu"

"Begitulah dengan anak kita. Allah telah meminjamkan Abu Umair kepada kita dan Dia telah mengambilnya kembali"

Mengerti akan kata-kata isterinya, Abu Talhah sedih namun redha dengan pemergian anaknya. Keesokannya, Abu Talhah berjumpa dengan Rasulullah dan menceritakan perihal itu. Rasulullah kagum dengan ketabahan Ummu Sulaym dan mendoakan mereka dikurniakan zuriat yang ramai. Akhirnya mereka dikurniakan 10 orang anak yang masing2 merupakan ulama' yang terkenal.

kisah 4 : seorang mujahadah yang tidak gentar..

sewaktu peperangan Khandaq, Rasulullah terlihat akan Rumaysa' yang sedang sibuk merawat pahlawan yang cedera membawa belati di tangannya dan bertanya apakah yang dia ingin lakukan dengan belati itu. Rumaysa' menjawab :

"ini untuk melawan, mereka yang melarikan diri"

Rumaysa' dialah seorang isteri yang bijaksana dan tenang..

seorang mujahadah yang berani dan berhikmah.


P/s : Inshaa Allah nama Puteri Sulong kami, :)

Friday, January 2, 2015

INGIN MENJADI ISTERI IDAMAN

Top of Form
Bottom of Form
Ingin Menjadi Isteri Idaman ..

.... panduan buat para isteri ..... "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah" (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata:"Aku mohon ampun kepada Allah.... itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)...."

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah, memburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan" QS. Al Hujurat: 11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya" HR. Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu) dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya" HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: " Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali" HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna...

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..."

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: " Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran". HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :"Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya" HR. Bukhary dalam An-Nikah



"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)...." Q. S. An Nissa 4.34

---------------------------------------------------------------------- "Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" Q. S. An Nuur 24:35

"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu."

Rasulullah saw bersabda, "Katakanlah, 'Aku beriman kepada Allah,' kemudian Istiqamahlah." H. R. Muslim 

Monday, September 15, 2014

WUSHUL KEPADA ALLAH

Agar seseorang dapat wushul ( sampai ) kepada Allah harus melakukan hal-hal berikut ini:

1. Bertaubat dari segala perkara yang haram dan makruh.
2. Mencari ilmu yang cukup untuk menjadi bekal.
3. Menjaga wudhu’ ( thoharoh )
4. Melaksanakan sholat fardhu tepat pada waktunya secara berjamaah.
5. Melazimi sholat dhuha 8 rokaat
6. Melazimi sholat awabin 6 rokaat antara magrib dan isya’.
7. Melazimi qiyamul lail
8. Melazimi sholat witir.
9. Berpuasa hari senin dan kamis.
10. Berpuasa ayyamul bidh ( tgl 13,14,15 ) setiap bulan dengan kalender hijriah.
11. Berpuasa pada hari-hari yang mulia ( seperti arofah dan asyuro’).
12. Membaca Al Qur’an dengan khusyuk dan tadabbur.
13. Memperbanyak istighfar dan sholawat kepada Rosul.
14. Melazimi dzikir pagi dan petang.

Sunday, September 14, 2014

TUJUAN TASAWUF IMAM NAWAWI

Saudaraku Yang Mulia, Aku Wasiatkan kepadamu tentang pengetahuan Hakikat Tasawuf, Apa itu Tasawuf dan apa manhaj dan dasarnya, dan siapa saja ahli Tasawuf yang benar.

TUJUAN TASAWWUF Oleh imam Nawawi

Usul Tasawuf itu ada Lima :
-Taqwa kepada Allah dalam kesunyian dan keramaian
-Mengikuti sunnah dalam Ucapan dan perbuatan
-Berpaling dari Makhluk baik mereka suka maupun mereka benci
-Ridha terhadap ketentuan Allah mendapat bagian sedikit maupun banyak
-Kembali kepada Allah baik dalam keadaan senang maupun dalam keadaan susah.
Taqwa kepada Allah dapat dicapai dengan sikap warak dan istiqamah. Mengikuti sunnah dapat dicapai dengan menjaga sunnah itu dan juga dengan berakhlak terpuji. Berpaling dari makhluk dapat di capai dengan sabar dan tawakkal. Ridha terhadap ketentuan Allah dapat di capai dengan sifat qina'ah (puas hati dan berpada dengan apa yang ada) dan juga dengan bersikap Tafwidh (menyerahkan segala-galanya kepada Allah).

Dan Usul dari semua yang lima ini adalah
-Semangat yang tinggi
-Menjaga kehormatan
-Khidmah yang baik
-Terlaksana nya kemauan yang kuat
-Mengagungkan nikmat.
*Orang yang tinggi niat nya maka tinggi pangkat nya
orang yang menjaga kehormatan Allah maka Allah menjaga kehormatan nya
orang yang baik khidmah nya maka ia mendapati kekaramatan nya
orang yang melaksanakan kemauan kuat nya maka senantiasa ada petunjuknya
orang yang mengagungkan nikmat maka ia akan mensyukuri, orang yang mensyukuri nikmat maka akan semakin bertambah nikmat.
 
Usul dari tanda-tanda nya ada lima :
-Menuntut Ilmu untuk melaksanakan perintah
-Menemani para guru dan suadara untuk menambah wawasan
-Meninggalkan keringanan dan penakwilan agar supaya terjaga
-Mengatur waktu dengan wirid agar senantiasa Hadir (di hadapan Allah)
-Mengekang jiwa dalam setiap sesuatu agar supaya keluar dari ajakan nafsu dan selamat dari kebinasaan.

Bahaya bagi penuntut ilmu adalah bergaul dengan anak muda (belum matang) umur, akal dan agama yang tidak kembali kepada asal dan tidak kembali kepada qaidah. Bahaya nya bergaul adalah, menipu dan selalu ingin tahu pribadi orang lain. Bahaya nya mengekang jiwa adalah bersikap mengasihani diri sendiri dengan menganggap baik perbuatan serta menetapi mengikuti keinginan hawa nafsu.

Allah berfirman :

وإن تعدل كل عدل لا يؤخذ منها

Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya (QS Al-an'am ayat 70)

Usul yang dapat mengobati penyakit Nafsu ada lima
* meringankan beban perut dengan sedikit makan dan minum
* berlindung pada Allah SWT dari segala hal yang mengganggu jiwa saat menghadap kepada-Nya.
* lari dari tempat-tempat yang kita khawatir dosa jika terjatuh ke dalamnya.
* melanggengkan istighfar serta shalawat kepada Nabi SAW, di siang dan malam hari.
* bersahabat dengan orang yang menunjukkan jalan pada Allah SWT.

Agar supaya Sampai kepada Allah Ta'ala
adalah dengan bertaubat dari segala perkara yang di larang dan di benci Oleh Allah, mencari Ilmu semampunya, senantiasa berada dalam keadaan suci, melaksanakan shalat Fardhu di awal waktu secara berjamaah, senantiasa shalat dhuha delapan rakaat, dan enam rakaat antara shalat magrib dan isya' (Shalat awwabin, shalat malam dan shalat witir), Puasa senin dan kamis, Puasa di hari-hari bidh, puasa di hari-hari fadhilah, membaca Al-qur'an dengan Khusyu' dan mentadabburi makna nya, perbanyak membaca istigfar, dan membaca shalawat ke atas junjungan Nabi shallahu alaihi wa sallam, dan senantiasa melazim kan baca dzikir-dzikir sunnah pagi dan petang.

Diambil dari page Facebook :Al Habib Zein Bin Sumaith ( Versi Indonesia )