..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Friday, January 2, 2015

INGIN MENJADI ISTERI IDAMAN

Top of Form
Bottom of Form
Ingin Menjadi Isteri Idaman ..

.... panduan buat para isteri ..... "Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang sholehah" (H. R. Muslim)

Untuk para isteri yang berhasrat menjadi penyejuk hati dan mata suaminya. Semoga Allah memelihara, membimbing dan melindungimu dalam naungan kasih sayang dan Rahmat-Nya untuk cintanya kepada? Allah SWT dan suami & anak2. Amin.

Isteri memegang peranan yang sangat penting dalam istana keluarganya. Maka ia dituntut untuk memahami peranan tersebut lalu mengaplikasikannya dalam kehidupan berkeluarga. Berikut ada beberapa petunjukt untuk mereka yang berhasrat menjadi isteri yang mendambakan keluarga bahagia. Semoga mendapat manfaat bagi kita semua. InsyaAllah.

1. Takwa kepada Allah dan menjauhi maksiat. Bila engkau ingin kesengsaraan bersarang di rumahmu dan bertunas, maka bermaksiatlah kepada Allah. Sesungguhnya kemaksiatan menghancurkan negeri dan menggoncang kerajaan. Oleh kerana itu jangan engkau goncangkan rumahmu dengan berbuat maksiat kepada Allah. Wahai hamba Allah, jagalah Allah maka Dia akan menjagamu beserta keluarga dan rumahmu.

Sesungguhnya ketaatan akan mengumpulkan hati dan mempersatukannya, sedangkan kemaksiatan akan mengoyak hati dan mencerai-beraikan keutuhannya. Kerana itulah, salah seorang wanita sholehah jika bersikap keras hati dan berpaling dari suaminya, ia berkata:"Aku mohon ampun kepada Allah.... itu terjadi kerana perbuatan tanganku (kesalahanku)...."

Maka hati-hatilah wahai saudariku muslimah dari berbuat maksiat, khususnya: Meninggalkan sholat atau mengakhirkannya atau menunaikannya dengan cara yang tidak benar. Duduk di majlis ghibah dan namimah, berbuat ria' dan sum'ah, memburuk-burukkan dan memperkecil-kecilkan orang lain.

Allah berfirman, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah suatu kaum mengolok-olokkan kaum yang lain (kerana) boleh jadi mereka (yang diolok-olokkan) lebih baik dari mereka (yang mengolok-olokkan) dan janganlah wanita-wanita (mengolok-olokkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang diperolok-olokkan) lebih baik dari wanita yang mengolok-olokkan" QS. Al Hujurat: 11

Keluar menuju pasar tanpa kepentingan yang sangat mendesak dan tanpa didampingi mahram. Rasulullah bersabda: "Negeri yang paling dicintai Allah adalah masjid- masjidnya dan negeri yang paling dibenci Allah adalah pasar-pasarnya" HR. Muslim

Membiarkan suami dalam kemaksiatannya. Tabarruj (pamir kecantikan) dan sufur (membuka wajah). Membiarkan supir (pemandu) dan pembantu masuk ke dalam rumah tanpa kepentingan yang mendesak.

2. Berupaya mengenal dan memahami suami.

Hendaknya engkau berupaya memahami suamimu. Apa apa yang ia sukai, berusahalah memenuhinya dan apa-apa yang ia benci, berupayalah untuk menjauhinya dengan catatan selama tidak dalam perkara maksiat kepada Allah kerana tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Al-Khalik (Allah 'Azza Wajalla).

3. Ketaatan yang nyata kepada suami dan bergaul dengan baik.

Sesungguhnya hak suami atas isterinya itu besar. Rasulullah bersabda: "Seandainya aku boleh memerintahkanku seseorang sujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan isteri untuk sujud kepada suaminya" HR. Imam Ahmad dan Tirmidzi, dishahihkan oleh Al-Albany

Hak suami yang pertama adalah ditaati dalam perkara yang bukan maksiat kepada Allah dan baik dalam bergaul dengannya serta tidak menderhakainya. Rasulullah bersabda: " Dua golongan yang sholatnya tidak akan melepasi kepalanya, iaitu budak yang lari dari tuannya hingga ia kembali dan isteri yang derhaka kepada suaminya hingga ia kembali" HR. Thabrani dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albany

Ketahuilah, engkau termasuk penduduk syurga dengan izin Allah, jika engkau bertakwa kepada Allah dan taat kepada suamimu. Dengan ketaatanmu pada suami dan baiknya pergaulanmu terhadapnya, engkau akan menjdai sebaik-baik wanita (dengan izin Allah).

4. Bersikap qanaah (merasa cukup)

Kami menginginkan wanita muslimah redha dengan apa yang diberikan untuknya baik itu sedikit ataupun banyak. Maka janganlah ia menuntut di luar kesanggupan suaminya atau meminta sesuatu yang tidak perlu. Renungkanlah wahai saudariku muslimah, adabnya wanita salaf radhiallahu 'anhunna...

Salah seorang dari mereka bila suaminya hendak keluar rumah ia mewasiatkan satu wasiat kepadanya. Apakah itu? Ia berkata pada suaminya:"Hati-hatilah engkau wahai suamiku dari penghasilan yang haram, kerana kami boleh bersabar dari rasa lapar namun kami tidak boleh bersabar dari api neraka..."

5. Baik dalam mengatur urusan rumah tangga, seperti mendidik anak-anak dan tidak menyerahkannya pada pembantu, menjaga kebersihan rumah dan menatanya dengan baik dan menyiapkan makan pada waktunya. Termasuk pengaturan yang baik adalah isteri membelanjakan harta suaminya pada tempatnya (dengan baik), maka ia tidak berlebih-lebihan dalam perhiasan dan alat-alat kecantikan.

6. Baik dalam bergaul dengan keluarga suami dan kerabat-kerabatnya, khususnya dengan ibu suami sebagai orang yang paling dekat dengannya. Wajib bagimu untuk menampakkan kecintaan kepadanya, bersikap lembut, menunjukkan rasa hormat, bersabar atas kekeliruannya dan engkau melaksanakan semua perintahnya selama tidak bermaksiat kepada Allah semampumu.

7. Menyertai suami dalam perasaannya dan turut merasakan dukacita dan kesedihannya. Jika engkau ingin hidup dalam hati suamimu, maka sertailah ia dalam dukacita dan kesedihannya. Renungkanlah wahai saudariku kedudukan Ummul Mukminin, Khadijah radhiallahu 'anha, dalam hati Rasulullah walaupun ia telah meninggal dunia.. Kecintaan beliau kepada Khadijah tetap bersemi sepanjang hidup beliau, kenangan bersama Khadijah tidak terkikis oleh panjangnya masa. Bahkan terus mengenangnya dan bertutur tentang keteguhannya dalam ujian, kesulitan dan musibah yang dihadapi.

Seorangpun tidak akan lupa perkataannya yang mashur#61006; ehingga menjadikan Rasulullah merasakan ketenangan setelah tergoncang dan merasa bahagia setelah bersedih hati ketika turun wahyu pada kali pertama: " Demi Allah, Allah tidak akan menghinakanmu selamanya. Kerana sungguh engkau menyambung silaturahmi, menanggung orang lemah, membantu mereka yang tiada daya upaya dan engkau menolong setiap upaya menegakkan kebenaran". HR. Mutafaq alaihi, Bukhary dan Muslim

8. Bersyukur (berterima kasih) kepada suami atas kebaikannya dan tidak melupakan keutamaannya. Wahai isteri yang mulia! Rasa terima kasih pada suami dapat kau tunjukkan dengan senyuman manis di wajahmu yang menimbulkan kesan di hatinya, sehingga terasa ringan baginya kesulitan yang dibebani dalam pekerjaannya. Atau engkau ungkapkan dengan kata-kata cinta yang memikat yang dapat menyegarkan kembali cintamu di hatinya. Atau memaafkan kesalahan dan kekurangannya dalam menunaikan hak-hakmu dengan membandingkan lautan keutamaan dan kebaikannya kepadamu.

9. Menyimpan rahsia suami dan menutupi kekurangannya (aibnya). Isteri adalah tempat rahsia suami dan orang yang paling dekat dengannya serta paling tahu kekhususannya. Bila menyebarkan rahsia merupakan sifat yang tercela untuk dilakukan oleh siapapun, maka dari sisi isteri lebih besar dan lebih hina lagi. Saudariku, simpanlah#61005; ahsia-rahsia suamimu, tutuplah aibnya dan jangan engkau nampakkan kecuali kerana masalah yang syariat seperti mengadukan perbuatan zalim kepada Hakim atau Mufti atau orang yang engkau harapkan nasihatnya.

10. Kecerdasan dan kecerdikan serta berhati-hati dari kesalahan. Termasuk kesalahan adalah: Seorang isteri menceritakan dan menggambarkan kecantikan sebahagian wanita yang dikenalnya kepada suaminya. Padahal Rasulullah telah melarang perkara itu dalam sabdanya :"Janganlah seorang wanita bergaul dengan wanita lain lalu mensifatkan wanita itu kepada suaminya sehingga seakan-akan suaminya melihatnya" HR. Bukhary dalam An-Nikah



"Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang sholeha, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka)...." Q. S. An Nissa 4.34

---------------------------------------------------------------------- "Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" Q. S. An Nuur 24:35

"Wahai Rasulullah, katakanlah kepadaku satu ungkapan tentang Islam, yang saya tidak memintanya kepada sesiapapun kecuali kepadamu."

Rasulullah saw bersabda, "Katakanlah, 'Aku beriman kepada Allah,' kemudian Istiqamahlah." H. R. Muslim 

Monday, September 15, 2014

WUSHUL KEPADA ALLAH

Agar seseorang dapat wushul ( sampai ) kepada Allah harus melakukan hal-hal berikut ini:

1. Bertaubat dari segala perkara yang haram dan makruh.
2. Mencari ilmu yang cukup untuk menjadi bekal.
3. Menjaga wudhu’ ( thoharoh )
4. Melaksanakan sholat fardhu tepat pada waktunya secara berjamaah.
5. Melazimi sholat dhuha 8 rokaat
6. Melazimi sholat awabin 6 rokaat antara magrib dan isya’.
7. Melazimi qiyamul lail
8. Melazimi sholat witir.
9. Berpuasa hari senin dan kamis.
10. Berpuasa ayyamul bidh ( tgl 13,14,15 ) setiap bulan dengan kalender hijriah.
11. Berpuasa pada hari-hari yang mulia ( seperti arofah dan asyuro’).
12. Membaca Al Qur’an dengan khusyuk dan tadabbur.
13. Memperbanyak istighfar dan sholawat kepada Rosul.
14. Melazimi dzikir pagi dan petang.

Sunday, September 14, 2014

TUJUAN TASAWUF IMAM NAWAWI

Saudaraku Yang Mulia, Aku Wasiatkan kepadamu tentang pengetahuan Hakikat Tasawuf, Apa itu Tasawuf dan apa manhaj dan dasarnya, dan siapa saja ahli Tasawuf yang benar.

TUJUAN TASAWWUF Oleh imam Nawawi

Usul Tasawuf itu ada Lima :
-Taqwa kepada Allah dalam kesunyian dan keramaian
-Mengikuti sunnah dalam Ucapan dan perbuatan
-Berpaling dari Makhluk baik mereka suka maupun mereka benci
-Ridha terhadap ketentuan Allah mendapat bagian sedikit maupun banyak
-Kembali kepada Allah baik dalam keadaan senang maupun dalam keadaan susah.
Taqwa kepada Allah dapat dicapai dengan sikap warak dan istiqamah. Mengikuti sunnah dapat dicapai dengan menjaga sunnah itu dan juga dengan berakhlak terpuji. Berpaling dari makhluk dapat di capai dengan sabar dan tawakkal. Ridha terhadap ketentuan Allah dapat di capai dengan sifat qina'ah (puas hati dan berpada dengan apa yang ada) dan juga dengan bersikap Tafwidh (menyerahkan segala-galanya kepada Allah).

Dan Usul dari semua yang lima ini adalah
-Semangat yang tinggi
-Menjaga kehormatan
-Khidmah yang baik
-Terlaksana nya kemauan yang kuat
-Mengagungkan nikmat.
*Orang yang tinggi niat nya maka tinggi pangkat nya
orang yang menjaga kehormatan Allah maka Allah menjaga kehormatan nya
orang yang baik khidmah nya maka ia mendapati kekaramatan nya
orang yang melaksanakan kemauan kuat nya maka senantiasa ada petunjuknya
orang yang mengagungkan nikmat maka ia akan mensyukuri, orang yang mensyukuri nikmat maka akan semakin bertambah nikmat.
 
Usul dari tanda-tanda nya ada lima :
-Menuntut Ilmu untuk melaksanakan perintah
-Menemani para guru dan suadara untuk menambah wawasan
-Meninggalkan keringanan dan penakwilan agar supaya terjaga
-Mengatur waktu dengan wirid agar senantiasa Hadir (di hadapan Allah)
-Mengekang jiwa dalam setiap sesuatu agar supaya keluar dari ajakan nafsu dan selamat dari kebinasaan.

Bahaya bagi penuntut ilmu adalah bergaul dengan anak muda (belum matang) umur, akal dan agama yang tidak kembali kepada asal dan tidak kembali kepada qaidah. Bahaya nya bergaul adalah, menipu dan selalu ingin tahu pribadi orang lain. Bahaya nya mengekang jiwa adalah bersikap mengasihani diri sendiri dengan menganggap baik perbuatan serta menetapi mengikuti keinginan hawa nafsu.

Allah berfirman :

وإن تعدل كل عدل لا يؤخذ منها

Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, niscaya tidak akan diterima itu daripadanya (QS Al-an'am ayat 70)

Usul yang dapat mengobati penyakit Nafsu ada lima
* meringankan beban perut dengan sedikit makan dan minum
* berlindung pada Allah SWT dari segala hal yang mengganggu jiwa saat menghadap kepada-Nya.
* lari dari tempat-tempat yang kita khawatir dosa jika terjatuh ke dalamnya.
* melanggengkan istighfar serta shalawat kepada Nabi SAW, di siang dan malam hari.
* bersahabat dengan orang yang menunjukkan jalan pada Allah SWT.

Agar supaya Sampai kepada Allah Ta'ala
adalah dengan bertaubat dari segala perkara yang di larang dan di benci Oleh Allah, mencari Ilmu semampunya, senantiasa berada dalam keadaan suci, melaksanakan shalat Fardhu di awal waktu secara berjamaah, senantiasa shalat dhuha delapan rakaat, dan enam rakaat antara shalat magrib dan isya' (Shalat awwabin, shalat malam dan shalat witir), Puasa senin dan kamis, Puasa di hari-hari bidh, puasa di hari-hari fadhilah, membaca Al-qur'an dengan Khusyu' dan mentadabburi makna nya, perbanyak membaca istigfar, dan membaca shalawat ke atas junjungan Nabi shallahu alaihi wa sallam, dan senantiasa melazim kan baca dzikir-dzikir sunnah pagi dan petang.

Diambil dari page Facebook :Al Habib Zein Bin Sumaith ( Versi Indonesia )

Saturday, August 30, 2014

10 PENYEBAB DOA TAK TERKABUL

• Engkau mengenali Allah, tetapi tidak menunaikan hak-Nya;
• Engkau membaca Al-Qur’an, tetapi tidak mengamalkan isinya;
• Engkau mengaku memusuhi iblis, tetapi suka mengikuti jejaknya;
• Engkau mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi meninggalkan sunahnya;
• Engkau ingin masuk surga, tetapi tidak pernah melakukan perbuatan yang membawanya ke situ;
• Engkau tidak mau masuk neraka, tetapi selalu berbuat pekerjaan yang mengarah ke sana;
• Engkau mengaku bahwa kematian itu hak, tetapi tidak pernah bersiap menghadapinya;
• Engkau selalu asyik meneliti aib orang lain, tetapi melupakan aib sendiri;
• Engkau makan rezeki Allah, tetapi tidak pernah mensyukuri-Nya, dan;
• Engkau sering mengantar jenazah ke kubur, tetapi tidak pernah menyadari bahwa engkau pun akan mengalami hal itu.


---------- Syaikh Ibrahim bin Adham r.a., seorang sufi dari Khurasan.
Engkau tidak perlu kecewa, sebaliknya mari kita berintrospeksi tentang diri kita masing-masing. Allah selalu memberi harapan-harapan indah bagi mereka yang mau berdoa kepada-Nya. Anas bin Malik r.a. berkata: ”Saya mendengar Rasulullah Saw. bersabda, Allah SWT berfirman, 'Wahai anak Adam, selama engkau berdoa dan berharap kepada Kami, Aku ampuni dosa-dosamu dan Aku tak peduli, wahai anak Adam, walaupun dosamu seluas langit, lalu engkau meminta ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuni. Wahai anak Adam, seandainya engkau datang kepada-Ku dengan membawa kesalahan seluas bumi lalu engkau menjumpai-Ku tanpa menyekutukan-Ku, maka Aku akan mendatangimu dengan ampunan seluas itu pula,’" (HR At-Tirmidzi).


SEBAHAGIAN DARI TANDA ZAHIR RASA CINTA


BEGINILAH CARA YANG BENAR DARI SEORANG SUAMI YANG MENCINTAI ISTRINYA

1. SUAMI selalu menggandeng tangan istrinya saat berjalan, jikapun satu tangan jg tak bisa menggandeng krn suatu hal, SUAMI selalu meminta istrinya yg menggandeng tangannya. Alasannya dia bertanggung jawab atas jalan istrinya supaya selalu aman.

2. SUAMI selalu mencium kening istrinya disaat-saat tertentu, sebelum & sepulang bekerja, sebelum dan sesudah tidur. Alasannya sebagai tanda bahwa dialah pelindung & penenang istrinya agar istrinya selalu merasa nyaman

3. SUAMI tidak pernah berteriak pd istrinya, alasannya suara yang keras dari suami utk istrinya adalah cambuk yang menyakitkan.

4. SUAMI tdk prnah mencela dan memaki istrinya sebesar apapun kesalahan yang diperbuat alasannya makian dan celaan bukan kata yang bijak mengajarkan kebenaran.

5. SUAMI selalu memeluk dan membelai istrinya jika istrinya berbuat salah, alasannya mulut dan perbuatan istri adalah tanggung jawab suami, bila istri sampai tidak terkontrol itu adalah salah suami, sebab itu dia selalu memeluk dan membelai istrinya sambil berkata "maafkan ayah, lain kali jangan kamu ulangi kesalahan itu lagi, jadilah istri yang beriman dan baik, salahkan ayah saja".

6. SUAMI selalu bangun sebelum dan berangkat tidur setelah istrinya, alasannya kewajibannyalah utk melindungi hidup istrinya dimulai saat bangun tidur dan sampai αƙαn tidur, itulah janji suami pd istrinya.

Semoga para lelaki Yang membaca Coretan Ini Dapat Mencintai Istrinya

Sepenuh Hati dan Bisa menerima Kekurangan Istrinya Aamiin
Pepatah mengatakan hati wanita akan luluh jika disiram dengan air dingin daripada menyiramnya dengan minyak panas, krn pada dasarnya mereka butuh perhatian dan kasih sayang.
 
Diambil dari page : Abu Nawas al-Majdub
 
 

DUNIA ITU

Apakah kamu mencari ketenangan di tempat yg fana' ( dunia )... sungguh sia-sia bagi orang yg ingin sesuatu yg tidak ada,

Berkata sebagian orang sholeh :
Barang siapa yg mencari sesuatu yg tidak di ciptakan membuat payah dirinya dan dia tidak di beri atau mendapatkan, maka di tanya, apa itu? Ketenangan, jawabnya. 


Maka dunia tempat payah dan cobaan sedangkan akherat tempat ketenangan dan kenyamanan,

Dunia bukanlah tempat tinggal
Akan tetapi perjalanan menuju ke negeri sendiri

Saturday, August 9, 2014

3 KESEMPATAN BUAT MU

Allah memberi 3 kesempatan di Dunia.
1. Kesempatan BERTAUBAT hanya di Dunia, di akhirat tdk ada lagi.
2. Kesempatan BERIBADAH hanya di Dunia, di Akhirat tdk ada lagi.
3. Kesempatan BERJUANG hanya di Dunia, di akhirat tdk ada lagi.

Gunakanlah kesempatan tersebut sebelum maut menjemput.


BERTAQWALAH!

Berkata Ahli Ilmu dan Ahli tahqiq :

Jika Kaum muslimin dalam perang Uhud kenyataan nya kalah perang di sebabkan menyelisih perintah Rasulullah shallahu alaihi wa sallam saat beliau memerintahkan kepada pasukan pemanah untuk tetap di atas Gunung dan jangan meninggalkan Posisi nya sampai pertempuran selesai, Namun mereka melanggar dan turun dari posisi mereka hal inilah merupakan sebab kekalahan kaum muslimin hingga 70 orang terbunuh dan 70 orang di tahan.
Lantas bagaimanakah Orang yang melanggar perintah Allah dalam Hidup nya, dan melanggar perintah Rasulullah, sedang Allah adalah Tuhan kita dan raja kita, dan rasulullah adalah panglima dan guru kita.

Maka sesungguhnya Orang yang melanggar dan durhaka kepada Allah dan rasulnya maka tiada baginya melainkan kebinasaan, Musibah, bencana, kekalahan dan kerugian sedang di akhirat nanti adalah Adzab, siksa dan Hisab perhitungan.

Oleh itu maka takutlah kepada Allah wahai Hamba-hamba Allah, sebab orang yang takut kepada Allah maka Allah akan melindunginya, mencintai nya dan meridhai nya, sedang orang yang melanggar perintah Allah dan bermaksiat maka Allah akan menyiksanya, memperhitungkan nya, dan menimpakan bencana kepada nya.

seorang Ulama Berkata : " Takutlah kepada Allah, bila taqwa berdampingan di hati seseorang maka ia akan sampai kepada Allah,
Jawara itu bukan jagoan di jalanan, melainkan Orang yang taqwa kepada Allah itulah jawara dan jagoan sebenarnya.

Berkata imam Alhaddad : Barangsiapa yang menyia-nyiakan taqwa dan melalaikan nya, Maka balasan bermacam-macam penyesalan akan menimpanya. 



BANGUN MALAM

Renungi Faidah ini wahai saudara dan saudariku. perhatikan keadaan mu, berada di posisi apakah dirimu.

Bersihkan hatimu dari kerendahan dan kehinaan. Semuga Allah mengangkat derajatmu, memuliakammu dengan cinta, kebaikan dan keindahan.

Barangsiapa yang jiwanya mulia maka kehinaan hilang dari semua urusan nya.

tetap senantiasa menjulang ke derajat yang tinggi. dalam mencapainya bangun beribadah di waktu malam.

Berkata Ibrahim bin adham Radhiyallahu anhu : dalam hati di tutupi oleh tiga sifat. gembira, sedih, dan senang. Jika engkau gembira dengan yang ada maka engkau adalah orang tamak, orang tamak terhalang dari kebaikan. jika engkau bersedih terhadap harta yang hilang maka engkau adalah orang yang tidak puas dengan apa yang ada, orang yang tidak pernah Puas tersiksa. Jika engka senang dengan Pujian maka engkau adalah orang yang Ujub, sifat Ujub membuat amal menjadi sia-sia.


KENALI NAFSU MU

Berkata para Ulama'
Nafsu jika di hadapkan dengan Nafsu maka itu sama Hal nya dengan Api di hadapkan dengan Api
sesungguhnya kemarahan seseorang jika dihadapkan dengan kemarahan nya sendiri itu hanya akan menambah Api dan kebinasa'an , Caci di balas dengan caci, Laknat di balas laknat, benci di balas benci, dengki di balas dengki itu akan mengakibatkan kepada putusnya persaudaraan, kebinasaan dan kemurka'an Allah yang maha besar.
Allah subhanahu wa ta'ala berfirman :
خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ
Jadilah engkau pema’af dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf serta berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh.
Para Ulama menafsirkan Ayat ini : engkau memberi orang yang tidak mau memberimu, memaafkan orang yang mendzalimimu, menyambung hubungan orang yang memutuskan hubungan dengan mu, berbuat baik kepada orang yang jahat kepadamu, Inilah akhlak Orang-orang yang jujur, Akhlak para Wali, yang Arif, semuga Allah jadikan kita bagian dari mereka, dan memberi Taufik kepada Kita sebagaimana Allah anugerahi taufik kepada mereka.

Sejatinya bagi setiap Muslim dan muslimah Berakhlak dengan Akhlak yang mulia dan sifat-sifat yang terpuji, Akhlak nya para Ulama yang Jujur dan solih, dan berpaling dari akhlak nya orang-orang Fasik, orang-orang Kafir mereka Bukan Panutan kita, Bukan cara metode yang kita ikuti dalam Akhlak dan perbuatan nya 
Barangsiapa yang berusaha secara bersungguh-sungguh berperangai dengan Akhlak-akhlak ini Maka ia mendapat bagian yang besar dari Tuhan pencipta, menang dalam perlomba'an, Masuk syurga berteman dengan sayyidina Muhammaddan para sahabat-sahabat nya sebaik-baik nya teman.


SEJATINYA MUKMIN

Dalam sebuah Hadist di sebutkan :
من خاف الله أخاف الله منه كل شىء ومن لم يخف الله أخافه الله من
 كل شىء
Barangsiapa yang takut kepada Allah niscaya Allah takutkan segala sesuatu kepadanya. barangsiapa yang tidak takut kepada Allah maka Allah takutkan ia kepada segala sesuatu.
Berkata para Ulama' :Sejatinya bagi setiap Muslim mempunyai rasa takut Karena Allah, bertakwa kepadanya. berharap kepadanya dengan pengharapan yang di sertai oleh baik persangka'an kepadanya.
seorang mukmin Rasa takut dan harapan nya kepada Allah ibaratkan dua sayap burung. selagi ia hidup di dunia maka kedua sayapnya harus seimbang. Oleh karena nya Takut kepada Allah tidak bermaksiat kepadanya, bertaqwa serta bermuroqabah dengan nya di samping itu ia harus mengharap Rahmat Allah, mengharap Ampunan dan keridha'an nya. jangan sampai sisi harapan ampunan Allah lebih mendominasi seraya berkata " Allah maha pengampun dan maha belas kasih" Sementara ia tetap melakukan perbuatan Maksiat.
Adapun orang yang Ahli lalai dan orang yang ahli mempercampuradukkan ketaatan dengan kemaksiatan maka sisi takut nya harus lebih kuat atau lebih mendominasi daripada sisi pengaharapan nya atas ampunan Allah. sehingga ia takut kepada Allah dan berwaspada atas perbuatan maksiat nya
dan bagi insan ketika mendekati kewafatan nya jika ia merasa dekat dengan kematian dan dekat dengan ajal nya. maka hendaklah rasa pengharapan Ampunan Allah lebih kuat di atas rasa takut nya. Sehingga ia mengharap Rahmat Allah percaya atas kemuliaan nya. mengharap Ampunan dan keridhaa nya. jangan Mati melainkan ia telah berbaik sangka kepada Allah.
Perbaikilah sangkaan mu kepada Allah yang maha agung niscaya kau jumpai Kabar gembira.




Friday, August 8, 2014

ZIKIR ITU CINTA

FADILAH - FADILAH DZIKIR 

Sungguh, manakala pengamalan
zikir telah meresap di dalam hati seorang
hamba Allah, maka buah zikir itu akan tampak
tanda-tandanya dalam setiap perbuatan dan
perkataannya.

Lidah orang ahli zikir tidak
mempercakapkan kecuali nama-Nya. Tubuh
mereka tidak bergerak kecuali untuk
menjalankan perintah-Nya, dan pikiran mereka
tidak berkembang menjadi tindakan kecuali
untuk-Nya. Kehidupan batin mereka bersih dari
kotoran. Kata-katanya bebas dari kebohongan,
kekejian, hasutan dan fitnah. Pikirannya
bening, bersinar dan memancarkan kebenaran
karena mendapat petunjuk dari Tuhan.

Pendeknya, lidah mereka mengutarakan apa
yang dikandung hati, dan hati mereka milik
rahasia batin, dan rahasia batin adalah milik
Allah.

Zikir yang dilakukan secara teratur akan
menuntun pelakunya senantiasa mampu
mengendalikan hati dan pikirannya, dapat
menjernihkan pikiran dan kesadaraanya untuk
memahami akan keberadaan dirinya.

Memang, melakukan zikir yang khusu’ dengan
penuh perasaan dan berkosentrasi pada Allah
tidaklah mudah. Tetapi dengan melakaknnya
secara teratur dan kesinambungan, tentu dapat
melatih pikiran seseorang untuk tertuju kepada
satu zikir titik tujuan yaitu Allah SWT. Karena
sesungguhnya ber mujahadah melalui dzikir
akan membikin hati dan pikiran seseorang tidak
menyimpang ingatan selain ingat pada Allah
semata. Itulah sebabnya, para sufi sangat
menyakini akan fadilah fadilah zikir, yang tak
terhingga banyaknya.

Diantaranya ialah :

Tidak akan disempitkan kehidupannya dan bisa
menjauhkan sifat kufur, memperbarui iman,
menjadi bukti kecintaan pada Allah,
mendekatkan diripadaNya , menjadi benteng
iman, menjauhkan sifat sifat kemunafikan,
membersihkan hati dari kecintaan terhadap
dunia, membukakan keajaiban hati, menjadi
pelupur duka dan lara serta menambah
khusyu’. Disamping itu masih banyak lagi
manfaat dzikir, seperti dijamin bahwa iman
dalam hati orang yang kekal dzikirnya menjadi
bercahaya, ia mudah menerima Nur (cahaya
Allah) dimudahkan dari segala kesukaran,
mudah menerima kebaikan dimana ia berada,
dimurahkan dan diberkahi rezekinya oleh Allah,
dikabulkan do’a-do’anya, dan Allah akan
meluluskan segala hajatnya.



Saturday, July 5, 2014

BERSYUKUR MENAMBAH NIKMAT

Dalam sebuah riwayat disebutkan, Allah SWT menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s.: “Kasihanilah hamba-hamba-Ku yang mendapatkan cobaan dan keselamatan.”
“Bagaimana halnya dengan orang yang selamat?”
“Karena, setidaknya mereka bersyukur terhadap keselamatan yang telah Kuberikan padanya,” jawab Allah.

Allah SWT juga berfirman, “Jika kalian bersyukur, maka Aku (Allah) akan memberikan tambahan kenikmatan pada kalian.” (QS Ibrahim: 7)