..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Friday, February 24, 2012

Pudarnya Rasa Cinta



Ya Allah
Aku begitu rindukan dia
Dengannya aku bahagia bersama
Tanpanya aku seperti kehilangan
Tiada hidup ceria
Dengannya aku berada dalam cinta
Kekal utuh bersama cintaNya
Pemilik dia dan pemilik cinta
Aku bisa berubah durja tanpa isi darinya
Akal dan hati kian susut
Tanpanya di sisi
Aku bisu
Aku tuli
Tiada perkhabaran indah buatku
Tiada pengajaran bermakna darinya
Tanpanya bersama sentiasa
Bisa mengundang kedukaan melimpah
Kerana dengannya ku bahagia

Allah Ya Rahim
Segalanya milikMu
Masa dan waktu kian berlalu
Jauh meninggalkan yang menjauh
Namun bukan aku pinta
Aku sering mengejarmu
Malah kau semakin menjauh
Aku derita begini
Malah setiap detik masa
Terlalu kencang berlari
Begitu pantas
Meninggalkan hamba sepi sendiri
Tanpa dibayangi cinta itu lagi
Ku tak punya kudrat
Menyaingimu bersamaku
Kelak aku kebosanan
Tiada waktu
Demi untuk kita
bersamaMu
bersamanya
Aku, Buku dan Cinta!

Al-Quran al Karim
Kau peneman setia batinku
Aku ingin menutur lisanku tentangmu
Di dalamnya punya seindah-indah kata
penawar hati-hati yang kelam dan cinta
Buku, kau teman akrabku
Pembuka pemikiran bagi orang-orang yang berakal
Jangan menjauhi saat masa ku tipis
Jangan melupai saat masa ku sempit
Ambillah waktu bermainku
Ambillah ruang lenaku
Ambillah masa lapangku
Demi untuk bersama
Supaya kebersamaan hanya milik kita
Tanpa ada jurang
Tanpa ada dinding
Kita mendekat dan berdampingan erat
Kegusaran kian menghuni
Kiamat akan terjadi
Saat tiada menyebut kalimah
Lailahailallah,
Ilmu! Itulah Iman dan yakin

Aku, buku dan cinta
Bersama selamanya al-Quran
Nurun ‘ala Nur
Mukjizat Suci peninggalan
Itulah Harta paling berharga

“Cahaya Rindu”
24-2-2012 Jumaat
UniSZA, Gong Badak.


Majlis Ilmu ~ Jom Talaqqi!


Surau terasa sunyi dan tenang. Sebentar saja lagi akan berkumandangnya azan asar, namun tidak ramai pelajar yang datang ke surau Thoriq pada waktu ini mungkin kerana kelas masih sedang berlangsung, dan sebahagian yang lain sedang menghabiskan sisa-sisa kerja yang masih belum selesai dan tugasan-tugasan yang masih belum boleh dihentikan buat seketika di maktabah, di bilik-bilik asrama dan di rumah sewa masing-masing dan di mana-mana sahaja. Itulah UniSZA. Waktu-waktu begini biasanya tidak ramai yang berkunjung kerana pada kebiasaannya kelas akan tamat jam 5 petang dan seterusnya bagi yang kelas sesi petang. Dan selepas jam 5, surau ini akan kembali dipenuhi oleh pelajar-pelajar yang berbagai bidang ilmu untuk menunaikan kewajiban sebagai seorang muslim secara berjemaah di sini setelah kelas tamat. Alhamdulilllah… Allah masih memelihara kita semua.

Selesai solat, tiba-tiba…
“kak.. Jom kita gi ke kuliah maghrib ustaz Azhar malam ni!”, kata sahabat kecilku.

“Kat mana? Bila? Jam berapa?”

“6.30 jap lagi, kita naik kereta, kawan saya drive!”

“InsyaAllah..insyaAllah..pasti dan sudah tentu kak nak gi! Jom-jom!”.

“kakak kembar berdua, saya dan 3 orang kawan saya”.

“ok2, kemah2, syukran cik Jannah..syukran ajak kami!” senyuman melebar dilakarkan.

Pet!pet! kedengaran hon berkali-kali ditekan, 3 orang sahabat telah ada dalam kereta menghadiahkan senyuman kepada kami.

“kami dah lama sampai la dik..”

“ok, naik kak…sila-sila.. maaf kami terlewat sikit”

“tak pe…”


Kereta meluncur laju menuju ke destinasi dengan memuatkan kami berenam sebagai bakal tetamu kuliah maghrib ustaz Azhar Idrus di Madrasah Pulau Ketam. Setibanya di sana, sudah kedengaran azan maghrib dan Alhamdulillah surah yang dibacakan Imam pada rakaat pertama begitu panjang sehingga memberi kesempatan kepada ramai jemaah yang hadir mendapat rakaat pertama termasuk kami berenam.

Bila berada di dalam madrasah itu, Subhanallah, begitu ramai jemaah muslimin dan muslimat, muslimat sahaja sudah begitu ramai yang ditempatkan di tingkat atas, muslimin pula usah dicerita, memang begitu ramai dan memenuhi seluruh ruang madrasah yang memang telah sedia ada luas dan besar. Ramainya peminat ustaz Azhar. Mereka-mereka pencinta Ilmu. Alhamdulillah.



Ya Allah, aku begitu bersyukur dapat solat di sini. Dan setelah solat selesai, tibalah majlis ilmu bermula, dengan menggunakan kitab “miftah al-Jannah atau Anak Kunci Syurga, karangan Syeikh sambungan kepada Bab Solat – ‘Ii’tidal.


Aku melihat jemaah-jemaah sekeliling, ternyata begitu ramai, aku terpegun dan diam seketika kerana kuliah maghrib yang sesingkat itu mendapat tamu yang begitu ramai sehingga ia benar-benar memenuhi ruang madrasah di tingkat atas itu. Aku sangat-sangat bersyukur kerana Allah SWT telah meletakkan aku dan adikku berada di dalam majlis ilmu ini, bukan sahaja jemaah yang berumur dan di kalangan pakcik-pakcik dan mak cik-mak cik, akan tetapi sebahagian besar mereka yang dahagakan dan cintakan Ilmu itu di kalangan muda-mudi dan anak-anak muda belia remaja dan yang sama waktu dengannya. Bahkan kanak-kanak kecil, sedikit sudah agak meningkat dewasa juga ada dan semua lapisan masyarakat juga telah turut serta. Mereka masih begitu minat untuk mendengar ilmu. Aku tersenyum dan gembira untuk perkara ini.


“Molek la kalu gini gak..Allah …syukur Alhamdulillah, mudah-mudahan mereka-mereka ini akan selalu dekat denganMu dan sentiasa ingin berada lebih dekat denganMu.. dan aku juga ingin berada bersama mereka yang cintakanMu” bisik hati sebak dengan anugerah yang tidak terkira ini.




Setelah selesai menunaikan solat Isya’ dan solat ba’diyyah Isya’, jemaah bersurai. Lantas aku terkenangkan suasana di tempatku, Kelantan, keadaan di sini (Terengganu) hampir sama dengan tempatku di klate jika dalam bab majlis ilmu, aku jadi sebak dan rindu untuk berada di dalam majlis ilmu yang seterusnya.


Dengan menghidupkan majlis ilmu yang seumpama ini, akan mendatangkan banyak manfaat dan kebaikan daripadanya kerana jiwa dan rohani kita akan hidup dan terisi bukan sahaja dapat mengisi masa lapang sesiapa sahaja tetapi membentuk jiwa dan akhlak menjadi mulia dan terpelihara dengan Peliharaan Allah. itulah dia pengertian sebenar tamadun. Ketinggian ilmu dan akhlak. Sedikit ku rangkakan, ummat Islam yang berada di kampung-kampung dan di pondok-pondok usang itulah yang lebih bertamadun dan terpelajar serta maju ke hadapan daripada umat yang hidup di pinggir Bandar yang mana hidupnya penuh dengan kerendahan akhlak, kurangnya Ilmu dan jiwa yang kosong, mereka itulah yang mundur ke belakang sebenarnya. Semakin terkebelakang. Tidak bermanfaat untuk Islam malah menjadi kemuncup yang sentiasa menyulitkan ummat yang lain meneruskan kehidupan sebagai hamba Allah SWT. Allah Akbar!


P/s: Jom kita semua sama-sama berada dan mencari majlis Ilmu.







Wednesday, February 15, 2012

Tika Rasa Itu


Tika Rasa Itu 

Tidak pernah aku rasa berkurangnya rasa
Seperti perlahan menyentuh hati sedalamnya
Digenggam erat
Tidak mungkin sesekali terlepas
Semakin utuh tika dirempuh badai
Semakin erat tika dihempas ombak
Tiada yang bisa mengurang
Melainkan Dia menambah dari makin hebat
Semakin ingin dilupakan
Malah makin terukir indah
Terlakar tenang sebuah lukisan hati
Hanya bisa diterjemahkan
Oleh sang hati tika rasa cinta
Itulah sebuah kerinduan akan
Sebuah Cinta
Moga dengan itulah Cinta Rabb yang Hakiki!

“Cahaya Rindu”


Selamat Tinggal Wahai Cinta



Selamat Tinggal Wahai Cinta...

Senyum terukir pahit
Menghiasi dunia yang kian sepi
Deras berjalan menuju satu destinasi
Langkah dituntas menuju hasrat
Gagahkan kudrat demi yang Satu
Satu pengharapan
Moga terus teguh dan cekal
Misi ilmu tidak semudah berkata dalam tawa
Tidak semanis dalam senyuman
Kerna ia terlalu sukar
Ranjaunya pahit sempit menyesakkan
Bisa terjunam ke lembah yang kelam
Namun ku enggan berpenghuni sesat
Dengan tekad dan semangat
Moga bisa menembusi rasa lemah
Ilmu,
Gapailah serta amal!
Itulah seindahnya perhiasan sebanyaknya himpunan yang lain
Kerna ia sukar untuk dititipkan
Hidup bukan seperti yang disangka
Sukar melebihi mengangkat bukau dan ganang ke sahara
Namun
Itulah ranjau kepahitan
Bila merasa ia bangkitlah seteguhnya
Agar menjadi manusia
Mendapat rahmat Tuhan
Harapan yang satu
Hanya kepadaNya
Ku turuti segala
Dan
Kini aku
Adalah seorang Ummu Hajar
Langkah Musafir Ilmu
Tiada lagi Cinta

“Cahaya Rindu”


Thursday, January 5, 2012

Berbahagialah



Tiada kalam indah untuk diungkapkan
Tiada manis kata untuk dihamburkan
Tiada hebat bicara untuk dituturkan
Hanya tulisan sepi mengungkap seribu makna
Ianya tersirat, sukar
Terbelenggu
Diikat dengan akar tunjang
Digembur tidak berberai
Derita bertandang tidak selamanya
Kesakitan yang terasa hanya semnentara
Kerna ubatnya juga Cinta
Derita atas cinta
Bisa merubah cinta atas derita
Aku bukan pencetus kata ini
Telah diungkapkan suatu masa yang lalu
Telah Menjadi sejarah!

Nukilan Suci,
“IslamicLover”
17 Disember 2011