..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Tuesday, June 21, 2011

Dia Tetap Di Hati


Redup malam menambah ketenangan

Kabus menutupi awan nan pekat

Guruh berdentum memancar cahaya

Tanda hadirnya rahmat membasahi bumi yang gersang

Bumi kontang dek kurangnya air mengalir

Keruhnya tasik bagai tiada hidupan di dalamnya

Ibarat hidup tanpa suburnya Iman

Begitulah hati seorang yang insan

Menghadiahi pandangan sepi

tanpa berada di dalamnya

menghayati diri rasa berTuhan

Dibaja tidak malah tidak disiram

Tidak akan wujud kehidupan tanpa titisan yang menyalur pernafasan

Tidak akan kuat tanpa berpanas di bawah sinaran

Itulah hakikat manusia

Kini ia sepi

Menelan kepahitan dalam tangisan

Menahan kerinduan dalam kesepian

Menjalani hari yang kian tua

Sejurus hidup makin hampir

Pada sebuah saat yang pasti

Hanya dia yang sentiasa sedar

Hakikat iman bukan hanya tulisan

Bukan jua pada lontaran kata

Ia dibuktikan dengan perbuatan

Menyerlahkan lisan dan catatan mu bukan dusta

Jangan biarkan surau itu sepi

Perjuangan mu tidak akan kuat tanpa baja termahal

Harga bukan ukuran

Nilai yang dipandang

tekad mu melangit

semangat mu kental

tapi sayang

Cuma pada lidah

Yang tidak pernah henti

Kerana tidak bertulang

Mudah melafazkan cinta

Sedang semuanya dusta

Mungkin diri ku jua

Mohon tetapkan oleh-Nya

Segala cinta

Yang diburu

Tidak kerana manusia apatah lagi nama

Dengan izin-Nya

Dia tetap di hati

Selamanya.

InsyaAllah.

p/s: Dibuat khas untuk Surau Saodah dan sekitar Surau-surau yang terbina di UniSZA. Peringatan dan iktibar kepada semua sahabat-sahabat dan adik-adik terutama diriku yang dhoif ini. Moga cinta kita hanyalah kepada apa yang sepatutnya. Aminnnn ya Rabb.

Monday, June 13, 2011

Aku Musafir

Wahai sahabat !

Mengertilah.. Itu pintaku

Aku mencintai apa yang dicintai Imam as Syafie

Aku mencintai apa yang dicintai Imam Al Ghazzali

Aku mencintai mereka kerana apa yang mereka cintai

Hati ku merasa kelam terhadap ketiadaan apa yang ingin ku miliki

apa yang ku idamkan bersamanya

Aku sunyi tanpa teman setia

AKu perlukan pendamping bersama

bagi menemani saat aku melangkah

Kerana

Aku seorang musafir!

Yang ditakrifertikan dalam ilmu fiqh iaitu orang yang melakukan perjalanan untuk tujuan selain maksiat

Walaupun hidup ku kekurangan dampingan teman-teman

Kekurangan hilai tawa kegembiraan

Berseorangan sentiasa dalam perjalanan

Namun hakikatnya aku telah dapat melebihi apa yang mereka telah pun mereka perolehi

Aku tidak gentar keseorangan berada di perjalanan

Aku ada Penjaga yang Setia

Penjaga yang terbaik dariNya

Tanpa rasa ragu

Tidak dapat ku nukilkan di sini,

Di atas coretan kertas dan pena

Melainkan tercoretnya kata ini hanya di atas hamparan cinta di hati

dengan pena kesyahduan di jiwa

Kerana di sana ternukil jelas dan tergambar hebat akan kemilikan sebenar pemilik cinta Agung

Tanpa perlu diterjemahkan ke dalam bahasa pena

Tidak dapat dinukilkan dalam bentuk tulisan

Hanya mampu mengungkap ia di atas permukaan lubuk cinta yang penuh rahsia

Kerana ianya bukan untuk dinukilkan

Bukan untuk dicoretkan sebagai warkah dan coretan rahsia seorang manusia

Akan makna sebuah cinta yang mengasyikkan dan sebagai sebuah kebahagiaan yang berpanjangan bersama sahabat setia ku

Al Quran, buku dan cinta!

Mereka ada bersama ku setiap detik dan waktu

Menjadikan aku sentiasa menjadi orang yang belajar

Belajar tentang sesuatu

Al Quran, ia sumber

Buku, ia berharga

Cinta, ia bermakna

Cinta hakiki dariNya

Ia senantiasa dalam hati ku

Resah jika berjauhan

Rindu menyelubungi diri

Ia bijaksana

Ia mampu memberi apa yang aku inginkan

Ia memenuhi kata cinta ku

Ia menyambut kata sayang ku

Ia menerima ucapan rindu ku

Sungguh!

Ia memahami perasaan ku

Ia memberi ku kebaikan

Aku hanya membacanya

Aku hanya menelitinya

Aku hanya memahaminya

Aku hanya memerhatinya

Dengan izin-Nya

Mereka memberi ku sesuatu yang berharga

Sungguh hebat kuasa Pencipta

Segalanya adalah dariNya

Pemilik cinta & bahagia

Aku tidak pernah sunyi

Apatah lagi bosan, apa itu sunyi dan apa itu bosan

Itu diibaratkan betapa hidup tidak akan pernah sunyi dengan Mereka

Bahkan aku kekurangan masa untuk mengenali erti kata bosan dan sunyi

Kerana aku ditemani sahabat karib ku

Jangan cemburu dengan kelebihan teman ku

Jangan bersedih dengan kepunyaan ku

Kerana kamu juga memiliki teman ku itu

Seperti kemilikan ku

Kamu seperti ku

Selongkarlah ia

Singkapkan rahsia di dalamnya

Dengan Ilmu!

Engkau mampu

Semampu ku yang lemah

Dengan izin-Nya

Aku ingin selalu bersamanya

Panjangkanlah masa ku bersamanya

Jangan Engkau singkatkan waktu ku bersamanya

Dia menghijabkan aku dengan maksiat kemungkaran Allah

Ia mendekatkan Aku dengan Pencipta Ku

Aku ingin berada di situ

Di mana adanya aku turut berada

Suatu temapt yang disediakan bagi orang yang berkasihan

Orang yang berasa aman dan kesyahduan bersama kecintaan

Aku perlukan petunjuk dariNya

Menghala langkah menuju destinasi sasaran

Ke arah jalan yang berkilauan cahayanya

Aku Inginkan akal yang sihat

Supaya mampu ku menimbang setiap hikmah

Disekeliling ku

Bertafakkur dengan setiap pergerakan manusia

Meneliti setiap apa yang dipersembahkan insan

Kerana semuanya dari Allah pemilik kekuasaan yang Agong menciptakan aku tanpa rasa beban dan lemah

Dari setitis mani milik kedua orang yang aku cintai dan sayangi

Merekalah tunjang cinta

Yang diciptakan Pencipta akar tunjangnya pepohon cinta

Yang mereka tanam dan semai

Lalu aku tercipta menjadi bunga

Bunga yang akan layu apabila tiba saatnya tiba

Dan gugur ia jatuh ke bumi

Menamatkan dan menghentikan langkah ku di muka bumi Allah ini

Sebagai MUSAFIR!

- Aku Musafir ilmu dan Cinta

p/s: Sekadar menjadi hiburan semoga ada nilai d cc Allah Taala


P

Alangkah Baiknya Seandainya Duhulu Aku Jadi Tanah


Assalamu'alaikum Warahmatullai Wabarakatuh!

Bismillah ar Rahman ar Rahim, selawat serta salam khas buat Baginda SAW, al Quran dan as-Sunnahnya, harta kita peninggalan yang paling berharga. Bacalah Quran dengan sebanyak-banyaknya. Bersihkan hati mu dengan ayat suci al Quran nescaya kita semua akan selamat dari memiliki hati yang kotor.

Manusia banyak gembira dari berduka semasa di dunia. Ya! Manusia lebih gemar merasa bahagia, gembira, senang dan lapang. Manusia itu merujuk langsung kepada diri ku yang hina disisi Allah ini. Manusia tidak sedar hakikat sebenar hidup, apa itu hidup? Aku tidak pandai untuk menerangkan pengertian hidup menggunakan dalam kalam sendiri tetapi aku perlu menyatakan di sini dalam kalam para bijak pandai dan hukama’ yang telah pun merasa terbang tinggi, mereka telah menjadi manusia mulia, mereka seperti kita, tetapi apa yang membezakan kita dengan mereka adalah akal, mereka menggunakan akal dengan sebaiknya, sebaik-baik kegunaan akal adalah mencari illmu dan menyelesaikan masalah umat, untuk agama Allah SWT. Kita bukan dikurniakan akal yang lembab, kita pada hakikatnya sama seperti para ulama’, bijak pandai dan yang sama waktu dengannya, namun, pada hakikatnya akal manusia pada zaman yang hampir telah sampai ke penghujungnya telah dikotori dan dicemari dengan nafsu dunia, habuk serta kotoran nafsu serta ghairah akan godaan musuh-musuh umat Islam yang gemilang ini. Mereka telah pun dirasapi dengan fahaman cinta dunia yang menggila serta memandang dunia dengan hati, yang sepatutnya manusia seharusnya begini “Peganglah dunia dengan tangan jangan pegang dengan hati” dunia perlu kerana dunia adalah jalan menuju Akhirat, namun jangan terlalu mengejar jalannya sebelum sempat mencapai destinasi, dibimbangi jalan yang dilalui mempunyai lopak dan lubang-lubang besar yang memungkinkan kita jatuh terhembas ke dalam jurang yang amat dalam. Minta dijauhkan Tuhan.

Hakikatnya dunia hanya beberapa minit. Cuba kita bayangkan, selama hari-hari kehidupan kita semenjak baligh, berapa banyakkah kita berjasa untuk Islam? Apakah kebanggaan yang kita tonjolkan demi agama Islam kita? Jawapannya hanya pada diri sendiri, tidak perlu diwawarkan, jika ada Alhamdulillah, namun jika tidak ada, adakan ia! Kita masih belum terlambat selagi nyawa masih dipinjamkan Allah, selagi Allah Taala sudi meminjamkan nyawa dan roh milik-Nya dalam diri kita, gunakanlah! Hidup hanya sekali- hidup di sana hanya untuk menerima nikmatNya, bukan untuk menerima niqmah!

Hidup manusia semakin hari semakin lupa akan hakikat sebenar penghidupan di alam ini. Kita bukan minta untuk sempurna, tetapi kita hidup dengan bersandarkan pancaran cinta Tuhan, Tuhan sangat Penyayang! Selagi Tuhan mengenangkan kita sebagai hamba, maka selagi itulah manusia sempat untuk memohon rahmatNya. Allah tidak kedekut, bahkan manusia yang bersifat kedekut, kedekut kerana sering melupakanNya. Manusia leka,banyak mengenangkan nikmat, banyak memperolehi kegembiraan lalu menjadi lalai, menjadi tenggelam di dalam keasyikan serta kesyahduan hidup yang tiada susah. Jangan!! Jangan terlalu menghayati dunia dengan kegembiraan, sebaliknya hadapilah dunia dengan kepayahan! Kepayahan menggambarkan kejayaan. Masih ku ingat kata-kata ustazahku sewaktu dulu “perkara kebaikan sering kita susah menjalankannya serta perit, namun perkara maksiat sangat senang dan mudah serta seronok” mana pilihan kita, jawapan yang tepat jika mengikut nafsu, nafsu inginkan keseronokkan (nafsu amarah) pada nafsu mutmainnah (beriringi bersama iman yang teguh serta tulen terhadap pergantungan pada Tuhan) merelakan dirinya hidup dalam kesusahan di dunia. Di hina di dunia sementara sahaja. Namun hina di Akhirat sangatlah lama. Aku tidak tahan menahan diri ku terhadap api neraka Tuhan itu! Minta kita semua dijauhkan. Amin. Aku pernah terbaca kisah Syeikh Abdul Kadir al-Jailani, beliau tidak menggunakan semua nikmat hebat yang Allah kurniakan sebaliknya hanya menggunakannya sedang-sedang sahaja (sederhana) kerana manusia yang banyak mendapat nikmat senang bimbang akan kufur, sedangkan nikmat susah ramai akan syukur, sedikit yang kufur.

Aku melihat manusia, berjalan, meneruskan kehidupan masing-masing. Menjalankan tugas masing-masing sebagai pekerja, guru, ibu bapa, pelajar, menteri, perdana menteri, pendakwah, peguam, hakim dan sebagainya. Mereka punya tugas, mereka sibuk! Terlalu sibuk. Alangkah beruntungnya mereka yang berjalan itu berjalan bersama Allah, jiwanya wujud akan di dalam hati akan kewujudan Allah lebih dekat dengan apa yang mereka sangka. Bertambah malang lagi mereka berjalan dengan jiwa kosong, tidak menghayati detik-detik nafas yang menghembus, tidak meneliti ruang tujuan kakinya melangkah, kerana fikirkan keuntungan yang bakal diperolehi setiap bulan, setiap selesainya sesebuah projek mega, memikirkan keberuntungan berdamping dengan para atasan untuk menjulang nama, kerana gahnya nama akan besarlah rezeki dan terserlahlah kemasyhuran yang diimpikan selama ini, kerana bukan mudah untuk menjadi orang terkenal. Itulah orang-orang yang rugi!

Tersebutlah di dalam al Quran, mafhumnya “ sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan di dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan kejadian langit dan bumi, seraya berkata, “ya Tuhan kami tidaklah Engkau jadikan ini sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka,” – surah Ali-Imran: 90-91. Jauhnya manusia melebarkan sayap dan meluaskan pandangan, ke serata dunia, namun apakah ia membawa keberuntungan pada kita, selaku hamba yang mendambakan rahmatNya di Akhirat kelak. Ayuhlah teman, sahabat, saudara ku semua, lebarkan sayap mu untuk agama, sekali pun engkau di awan sana, ayuh rakan taulan, pandanglah dunia mu dengan pandangan mata hati kurniaan Tuhan, sekali pun pandanganmu pada perhiasan dunia, wahai orang yang disayangi semua, angkatlah agamamu ke serata dunia, sekali pun duniamu penuh dengan kehinaan, hina dengan mulia akan terpisah, mereka tidak akan bersatu, manusia juga begitu. Manusia hina akan bersama mereka yang hina, manusia yang mulia akan bersama yang mulia, namun sialah diri ku mengakui sebagai manusia mulia! Jejaklah seluruh alam mengintai kekuasaan Tuhan, baru kita sedar betapa kerdilnya manusia, betapa kecilnya pembesar-pembesar yang zalim, supaya kita tidak mudah melihat mereka dengan pandangan lemah, tetapi melihat mereka dengan pandangan gagah kerana kita punya Tuhan, yang maha Gagah!

Sedarlah kita semua, nasihat ke empat Luqman al-Hakim adalah kembalilah kepada Allah, kerana apa kita telah pergi jauh dari Allah, maka setelah Malaikat meragut nyawa kita, barulah hadir kesedaran dan penyesalan dalam diri! Sungguh malang panyesalan kamu itu, kerana ianya sudah terlambat, di saat jasad kamu akan ditanam, roh kamu tersungkur ke bumi memohon ampun dan menyesal, lalu kamu akan berkata, “Alangkah Baiknya Seandainya Duhulu Aku Jadi Tanah”

Sebelum nyawa kita diragut ganas oleh Malaikat Maut, marilah kita semua menghina diri mengharap petunjuk, rahmat, jalan mulia oleh-Nya. Hinakanlah diri kita di depan Tuhan, sememangnya kita hina, hina dengan berdamping dengan maksiat dan suka dengan kelazatan dunia yang keji. Belajarlah untuk jadi manusia sempurna walau selama-lamanya manusia tidak akan sempurna, namun hakikatnya kesempurnaan hanya kurniaan Allah dan Dialah yang Maha sempurna tiada selainNya. Kembalilah kepadaNya, dan tempat kembalinya kita hanyalah kepada-Nya. Allahu Akbar!

Nukilan Suci,

~Cahaya Rindu

p/s: Segala ilham yang disampaikan adalah segalanya dari Tuhan, yang baik ambilllah, dan yang tidak baik jadikan sempadan, selamat beramal (diri ku). Tegurlah aku sekiranya aku tersasar dari landasanNya. Syukran!