..:: Al-Quran:::..

Bila belum siap melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam... kerana diammu itu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya.

-al-'Asyiq


قُلْ سِيْرُوا فِى الَأَرْضِ فَانْظُرُوْا كَيْفَ بَدَأَ الخَلْقَ



" Tanda Kita kasih Kepada al-Qur'an Ialah Dengan Kita Membacanya, Beramal Dengannya, Memahami Tuntutan, Menjunjung Suruhan dan Meninggalkan Larangan-Nya.."

"...Sesungguhnya Allah Tidak Melihat Kepada Jasad dan Tidak Juga Kepada Rupa Paras Kamu, Tetapi Allah Taala Memandang Kepada Hati Kamu.." - Hadis Rasulullah SAW.

::..Baca dan Cintai al-Quran & Buku Demi RedhaNya Supaya Tergolong Dalam Orang-Orang Yang Berfikir..::

`::: HaDis :::


click to create your glitter text

Rasulullah SAW bersabda: " Barangsiapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan memberi kemudahan baginya menuju syurga.."

~ Mutiara kata al Hikmah ~

" Allah menurunkan rahmat ilmu melalui lapar dan berpuasa. Sebaliknya kejahilan terjadi akibat perut yang sentiasa kenyang."

Sunday, August 7, 2011

Bila Hati Sedang Berbicara


Fajar kadzib telah pun berlalu ditolak lembut oleh Fajar Shodiq yang tiba waktunya subuh. Langit masih lagi menggelap pekat melidungi wajah-wajah insan yang berjalan menuju ke rumah ALLAH dari penglihatan manusia di saat berakhirnya waktu bersahur. Gelap! Ia masih gelap dan ia begitu baik dari menjadi penutup perhatian orang-orang yang melihat. Kadang-kadang gelap adalah suatu keadaan yang terbaik ketika kita berada di dalam jalan yakin supaya tidak dilihat manusia! Masa sungguh pantas tidak terkejar seperti terkejarnya seorang hamba akan pahala-pahala yang dicurahkan buat hamba-hamba Allah yang ikhlas beramal di bulan Ramadhan yang barakah ini. Ramadhan Karem! Moga-moga saya masih tidak terlambat mengucapkan penghormatan mulia bulan yang dimuliakan ALLAH buat insan-insan yang berlapar pahala dan berdahaga rahmat serta berlutut keampunan. semoga segala amal ibadat hamba-hamba Dia yang soleh dan mukmin tidak jatuh ke dalam agenda penipuan Iblis ke dalam hati-hati hamba yang benar sebagai pencinta ALLAH Taala dan Rasulullah SAW serta penagih rahmatNya.

Kadang-kadang kita mudah ditipu oleh syaitan Laknatullahi Taala ‘alaih kerana tergelinciran hati dalam mengetatkannya, namun kesabitan hati manusia itulah yang menguatkan keyakinan terhadap pandangan Allah. Apabila betul-betul tsabit terhadap matlamat dan wawasan atas kesyahidan atau penyaksian Allah lah segala-galanya di atas segala sesuatu perbuatan dan amalan, maka InsyaAllah! Berjalanlah kamu bersama Allah Taala tanpa ragu dan buatlah dengan gembira lalu tersenyum dalam mengingatiNya! dan tidak ingin lagi berbuat kebaikan pada pandangan mata manusia yang bersifat segalanya sementara! Kerana, matlamat dan tujuan melangkahnya kaki itu, kerana ALLAH, ALLAH dan ALLAH, demi mendapat redhaNya!

Sebaiknya, apabila berjalan jangan menoleh ke kiri dan ke kanan, ke belakang! Namun berjalanlah dengan memandang tempat di mana kamu melangkah dan berpijak. Menunjukkan tawadhu'nya sebuah hati, kerana "berjalan tunduk bukan erti kau kalah" (Nasyid Kump. Rabbani) Kerana tempat kamu melangkah itu adalah TANAH menggambarkan sebuah hati yang mengingati MATI. Nah! Tanah itulah tempat kembalinya kita, kita akan kembali menjadi tanah. Sejauh mana kita melangkah kerana kesombongan, setinggi mana dongakkan wajah kita ke langit kerana keangkuhan, kita tidak akan ke mana-mana, seangkuh mana gerak langkah gagah kita itu, sebongkak mana tutur bicara kita merendahkan manusia, kelak nanti kita akan lebih rendah dari cacing lalu menjadi makanan cacing dan ulat di alam sana. Bukan kita menduga nasib hamba kerana itu semua di dalam perhatian dan kiraan Allah Taala tetapi hal keadaan sedemikian jelas-jelas adalah suatu pengingkaran terhadap ajaran ALLAH SWT yang telah tercatat di dalam Kitab Suci al-Quran, yang mana banyak menceritakan perihal kenagkuhan-keangkuhan manusia. Moga-moga kita terkeluar dari golongan tersebut. Berdoalah!

Dan yang penting kita jangan kita mengata kepada orang lain insan lain, saya tidak mengata kepada anda, malah ini adalah teguran buat diri saya! kerana diri kita juga kita tidak akan tahu sejauh mana di dalam diri kita, Ingat! Jangan kita menyangka kita sedang beroleh keikhlasan yang seutuhnya, jika berkeadaan sedemikian kita sedang berada dalam tipuan Iblis laknatullah! Tetapi biarlah Allah yang mengira. Iblis sentiasa memainkan peranan meraih hati manusia supaya berasa ujub dengan kebaikan diri, mungkin berasa mulia di sisi orang-orang sekeliling! Jangan dan jangan! Renungkanlah.

Jangan sesekali merasa mulia. Namun bergaullah dengan orang-orang yang berada dalam kemuliaan yang terjamin dengan seperti Majlis-majlis ilmu, majlis dzikir, selawat dan sebagainya. Mulianya Baginda sebagai Rasulullah SAW oleh kerana itu Baginda insan tauladan dan Quwah Hasanah. Baginda seorang yang mulia. Ia jelas dan tertulis sebagaimana di dalam al-Quran dan hadist. Dan lihatlah ke dalam diri kita. Apa yang ada? Allah lah yang menilai, bukan kita, bukan kamu dan bukan saya, juga BUKAN mereka, jadi janganlah berharap pujian rakan, sahabat dan teman dalam kita melangkah ke jalan kebaikan. Jangan dan jangan. Bulatkan tekad kentalkan hasrat “Segalanya Demi Redha dan HidayahNya”

P/s: ….sahabat-sahabatku, maafkan daku, diri ini penuh dosa sehingga rasa begitu tidak mampu berhadapan dengan kalian.. Kata-kata ini buat saudara-saudara seISLAM yang diharapakan, namun ianya khas buat diri sendiri yang banyak berbuat kesalahan. Salam Rindu~

Monday, July 25, 2011

Cinta Mereka~Dia, Aku & Kamu

Assalamua’alaikum warahmatullah wabarakatuh.

Sengaja saya ingin berkongsi idea dan pendapat tentang pengalaman saya menjalani kisah cinta orang!

Saya baru saja selesai menjalani satu perjalanan mengenai cinta dan perjuangan seorang penuntut dalam menuntut ilmu dan sebagai seorang yang berdiri teguh sebagai hamba Tuhan yang sentiasa berada di atas garisan syarak. Seusainya saya berada di garisan penamat, saya menutup buku itu, saya berfikir sejenak, hampir kebanyakkan cerita mengisahkan tentang kepahitan di awalnya dan akhirnya mengisahkan kebahagiaan! Terkadang saya begitu cemburu dengan cerita-cerita begitu *(menurut penulis dari Indonesia cemburu itu normal dan perkara biasa –‘akas nya atau lawannya/antonimnya ~ iri hati – itu tidak elok dan salah satu penyakit hati) cemburu dengan jalan cerita dan perakhiran yang baik semuanya. Makna kata di sini, saya berasa tidak enak apabila terlalu banyak membaca novel cinta, setelah diamati barulah saya sedar akan diri ini tidak berapa menggemari kisah cinta orang, namun boleh juga sekali sekala membacanya sekadar penghibur setelah kepenatan membaca bacaan berat. Kerana bagi saya nilai bacaan itu bergantung kepada perkataan dan kalimah yang diungkapkan samada mengandungi kata-kata hikmah atau pun berupa ‘Spiritual’ kepada pembaca. Juga novel berunsurkan ‘Idealogi’ dan ‘Pemikiran’ menjadikan kita berfikir semakin ligat! Saya terpaksa akui kadang-kadang kurang elok jika banyak membaca berkenaan hanya cinta tambahan pula cinta itu mengenai cinta A.D.A.M dan H.A.W.A! namun jangan kira saya berpendapat sebegini menganggap saya seorang yang menjauhi apa yang dinamakan C.I.N.T.A, tidak sama sekali, saya sendiri digelar ‘Hantu Puitis’ oleh seseorang. Saya gemar membaca tentangnya, terutama buku karangan Ibn Jazimiyyah r.a, dan sebagainya (mungkin kerana saya hanya sukakan teori dalam hal-hal cinta)

Bagi saya, ucapan kata yang terbit dari lisan seseorang berdasarkan apa yang sering dibacanya dan sering diungkapkan mereka. Jika mereka suka bercakap soal cinta maka, dia sedang mengalaminya, dan apabila bercakap soal mati, maka dia sedang banyak mengingati dan membaca tentang kematian, namun “Segalanya ILMU”! ia sukar didapati. Saya mengambil teladan kata-kata Syeikh Abdul Qadir Jailani, Rahimahullahu Taala 'anhu “…apa yang ada dalam hati kamu, itulah apa yang telah kamu isi, kerana tidak akan ada perkara selain apa yang kamu isi….” Saya terkesan dan sedar akan hakikat ucapan kalam ini. saya gambarkan di sini, di dalam sebuah balang tidak akan terisinya air jus jika kamu mengisinya dengan air kosong, maka jika kamu mengisi teko dengan air tea, maka jangan diharap ia akan mengeluarkan air kopi susu bila menuangnya (kiasan saya kurang tepat)

Walaubagaimana pun, saya tidak berpendapat menyekat minat dalam menjelajahi alam penceritaan cinta di dalam mana-mana novel, asalkan ia berbentuk pengajaran dan tarbiah diri serta demi menguatkan jiwa-jiwa dalam mengenal erti kehidupan ini. kerana perkara cinta tidak pernah jauh dari kehidupan anda semua, mungkin termasuk diri saya yang masih jahil tentang ini. mungkin cinta yang saya maksudkan tidak punya di dalam kitab-kitab yang saya cintai, namun dengan izin-Nya biarlah cinta itu masih belum menyapa bayu sepi hati ini (jiwang pulak rasanya ~ )

Namun cinta itu sendiri luas pengertiannya, saya tidak pernah menafikan cinta, ianya hadir bukan dipinta! Saya tidak perlu menerangkan pengertian cinta kerana sahabat-sahabat yang membaca tulisan ini lebih arif dan maa’ruf akan makna tersirat dan tersurat apa itu cinta. Saya hanya bisa melontarkan erti cinta seperti apa yang diperkatakan di dalam kitab, saya telah menemui satu hadith Nabi kita Muhammad Shallallahu’alaihi wasallam, iaitu cinta kepada Rasulullah SAW, yang mana Saidina ‘Umar Radhiallahu’anhu berkata kepada Rasulullah SAW, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya engkau lebih aku cintai daripada segalanya, kecuali terhadap diriku sendiri,” lalu Baginda berkata, “Wahai ‘Umar, tidak hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri,” ‘Umar berkata, “Demi dzat yang mengutuskanmu, engkau aku lebih cintai dari diriku sendiri,” – Riwayat Bukhari, Ahmad & Muslim) – Subhanallah! Begitu hebat cinta saidina ‘Umar kepada Baginda SAW.

Seperti juga cinta seseorang kepada Ibadat kerana telah mendapat kemanisan iman (Halawatul Iman) bukan mudah mencapai tahap itu, namun jika Allah menghendaki itulah kurniaan Allah kepada mu, dan dengan ketekadan kita juga Allah SWT mengasihi akan rayuan mu itu, moga-moga beroleh rahmat-Nya, walaupun ianya tidak mudah, jangan disangka kesusahan itu terus melenyapkan keinginan hamba-hamba yang kasih dan cintanya kepada Allah Jalla wa’ala! Seperti di dalam firman Allah SWT di dalam surah Yusuf, yang bermaksud,

Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa Yang perempuan-perempuan itu ajak Aku kepadaNya. dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin Aku akan cenderung kepada mereka, dan Aku menjadi dari orang-orang Yang tidak mengamalkan ilmunya".

Jika hamba yang tidak mencapai tahap halawatul Iman atau kemanisan iman sudah tentu Nabi Yusuf menerima ajakan maksiat yang menggodanya itu.

Saya teringat kata-kata guru saya semasa di sebuah Pondok, “Apabila kamu menitipkan sebanyak mana cinta pada dunia, maka sebanyak itulah nilai cinta kepada Tuhan yang Esa telah lenyap…” dan guru menambah “Apabila kamu lebih gemar mengutamakan urusan dunia mu lebih dari urusan Akhirat-mu maka, kamu ingatlah..itu adalah adalah menandakan kamu telah terpaut kepada C.I.N.T.A D.U.N.I.A” maka AWASLAH wahai diriku selaku orang yang dekat dengan nasihat ini suatu masa dahulu. Aku takut serta bimbang!

Dan ada juga teringat-ingat akan sebuah syair arab, dan saya rasa ianya benar. Benar sekali! Ianya berbunyi “Apabila kamu telah merasa nikmat akan mempelajari sesuatu ilmu, kamu tidak akan gemar akan barang pada tangan-tangan orang” saya sangat percaya dan saya telah melaluinya! Allahu Akbar!

Moga kita semua berada dalam kecintaan yang seharusnya, namun manusia tetap manusia, kerana ia fitrah bagi seorang insan tetapi manusia bisa memilih tahap dan kedudukannya di sisi Allah nilai cinta di tingkatan mana dan aras berapa, terserah pada diri sendiri dan ketaqwaan kita akan tingginya angan-angan besarnya harapan dan melangitnya impian ingin berdekatan atau berjauhan, bermusuh atau berkasih-kasihan dengan TUHAN, dengan iringan DOA dan pengharapan yang sebesar-besarnya kepada-Nya Dia Pemilik Segala Sesuatu! Subhanallah!

P/s: Semester lalu, Dr. Wan Yusuf sempat berkata dalam Program anjuran PERISYA, “kamu sepatutnya mencinta ilmu, dan apabila kamu telah mencintai ilmu kamu akan mencintai ‘Ahli Ilmu’ itu sendiri. Renung-renungkanlah! (kata2 ini juga adalah perkataan Imam Syafi’e Rahimahullah Taala ‘anhu, dalam salah satu kitabnya)

Kadang-kadang membaca novel cinta menjadikan pembaca seorang yang berangan-angan! Alangkah saya tidak suka akan perkara itu. Moga ada manfaat dan nilainya di sisi Allah. Kata-kata saya ini mengundang pelbagai kegunaan, yang baik dijadikan pengajaran yang buruk lontarlah ia sederas-derasnya ke lautan dalam! Salam Rindu! Salam Di ambang Ramadhan al-Mubarak!

Sunday, July 24, 2011

Terbang Tinggi

"...Pencarian Ilmu tidak akan berhenti, sehingga nyawa terakhir..."
"Tuntutlah Ilmu dari Buaian hingga Liang Lahad" - Rasulullah SAW
<!--[if gte mso 9]> Normal 0 false false false EN-MY X-NONE X-NONE


…::: Terbang Tinggi :::….

Kau perlahan-lahan melangkahkan kaki

Cuba mendaki sejauhnya langit yang tinggi

Seperti mereka yang telah merasa

Terbang apa pengertiannya

Hidupnya bagaikan insan yang asing

Si musafir berkelana di bumi yang lain

Tiada bermegah tidak terlalu lemah

Sebaik perkara yang sederhana

Kau tak akan hidup dengan pujian manausia

Atau mati dengan cacian mereka

Pengertian hidup bukan apa yang kau sangka

Jangan kesal jangan sesal

Dengan siapa sebenarnya kita

Dan terbang tinggi di langit yang luas

Terima diri mu seadanya

Jangan caci pada si dia yang hina

Jangan benci pada yang tak mengertinya

Kasihanilah dia yang tak menghayatinya

Jangan takut kiranya kau berbeza

Perbezaannya kita ilmu dan sikah

Mungkin kelak kau akan mengertianya

Pengertian hidup bukan apa yang kau sangka


- Yasin


Video ini dituju Khas mereka yang ku sayang dan cinta Fillah, (,") Cinatilah I.L.M.U

Saturday, July 23, 2011

SIAPA FATIMAH AZ ZAHRA


Asslamua'alaikum. Sejurus selepas selesainya saya menjelajahi pengembaraan sebuah buku yang bagi saya ia sedikit sebanyak terkesan pada hati dan jiwa saya. "Munajat Cinta" -Karangan kegemaran saya Taufiqurrahman Al-Azizi. Saya tidak begitu menggemari novel cinta cinta pada dasarnya, namun dari hari ke hari semakin banyak terbitan Novel Cinta dan Novel Idealogi lebih-lebih lagi penulisnya seperti Taufiquurahman al-Azizi dan Habiburrahman El-Sheyrazi, dua tokoh penulis Indonesia yang saya gemari. Jujur saya katakan kedua-dua penulis ini banyak mendalami ilmu agama lebih-lebih lagi ilmu 'tasawwuf', jika dilihat dari gaya penulisan dan kata-kata hikmah yang diungkapkan! sangat luar biasa bagi saya. Dan saya amat gembira akan kejayaan kedua penulis ini. Lalu menjadikan saya seorang yang menggemari novel. pada kali ini Novel "Munajat Cinta" banyak menceritakan perihal hak dan kesakmaan lelaki dan perempuan atau muslimin dan muslimat. Dan menceritakan dengan hebatnya pengaruh Saidatina Fatimah Az-Zahra, sehingga bisa menitiskan air mata. Di sini saya titipkan sedikit info tentang latar belakang dan kisah Beliau di sini berdasarkan melalui blog sahabat-sahabat.

Al-Kisah..... :)

Riwayat yang masyhur menyebutkan bahwa Fatimah Zahra AS, hanya sempat mengenyam kehidupan yang singkat. Beliau wafat pada usia yang sangat belia, 18 tahun. Meski singkat, kehidupan beliau banyak mengandung pelajaran berharga. Kehidupan putri Rasul ini, laksana permata indah yang memancarkan cahaya. Pada kesempatan ini, kami ingin mengajak Anda untuk melihat sekelumit dari kepribadian beliau yang agung, untuk dijadikan pedoman, khususnya bagi kaum perempuan.Baca selanjutnya

Tak diragukan lagi, sebagian besar problem dan masalah yang dihadapi umat manusia adalah karena kelalaiannya akan hakikat wujud kemanusiaannya, sehingga dia terjebak dalam tipuan dunia. Sebaliknya, manusia bisa mendekatkan diri kepada Tuhan saat dia mengenal dirinya dan mengetahui tugas yang harus ia lakukan dan pertanggungjawabkan kepada Allah, Sang Pencipta alam kehidupan.

Fatimah Zahra AS, adalah seorang figur yang unggul dalam keutamaan ini. Dalam doanya, beliau sering berucap, “Ya Allah, kecilkanlah jiwaku di mataku dan tampakkanlah keagungan-Mu kepadaku. Ya Allah, sibukkanlah aku dengan tugas yang aku pikul saat Engkau menciptakanku, dan jangan Engkau sibukkan aku dengan hal-hal yang lain.”

Keikhlasan dalam beramal adalah jembatan menuju keselamatan dan keberuntungan. Manusia yang memiliki jiwa keikhlasan akan terbebas dari seluruh belenggu hawa nafsu dan akan sampai ke tahap penghambaan murni. Keikhlasan akan memberikan keindahan, kebaikan, dan kejujuran kepada seseorang. Contoh terbaik dalam hal ini dapat ditemukan pada pribadi agung Fatimah Zahra AS. Seseorang pernah bertanya kepada Imam Mahdi AS, “Siapakah di antara putri-putri Nabi yang lebih utama dan memiliki kedudukan yang lebih tinggi?” Beliau menjawab, “Fatimah.” Dia bertanya lagi, “Bagaimana Anda menyebut Fatimah sebagai yang lebih utama padahal beliau hanya hidup singkat dan tidak lama bersama Nabi?” Beliau menjawab, “Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan ini kepada Fatimah karena keikhlasan dan ketulusan hatinya.”

Sayyidah Fatimah dalam munajatnya sering mengungkapkan kata-kata demikian, “Ya Allah, aku bersumpah dengan ilmu ghaib yang Engkau miliki dan kemampuan penciptaan-Mu. Berilah aku keikhlasan. Aku ingin aku tetap tunduk dan menghamba kepada-Mu di kala senang dan susah. Saat kemiskinan mengusikku atau kekayaan datang kepadaku, aku tetap berharap kepada-Mu. Hanya dari-Mu aku memohon kenikmatan tak berujung dan kelapangan pandangan yang tak berakhir dengan kegelapan. Ya Allah, hiasilah aku dengan iman dan masukkanlah aku ke dalam golongan mereka yang mendapatkan petunjuk.”

Kecintaan Fatimah AS kepada Tuhan disebut oleh Rasulullah sebagai buah dari keimanannya yang tulus. Beliau bersabda, “Keimanan kepada Allah telah merasuk ke kalbu Fatimah sedemikian dalam, sehingga membuatnya tenggelam dalam ibadah dan melupakan segalanya.”

Manusia yang mengenal Tuhannya akan menghiasi perilaku dan tutur katanya dengan akhlak yang terpuji. Asma’, salah seorang wanita yang dekat dengan Sayyidah Fatimah AS mengatakan, “Aku tidak pernah melihat seorangpun wanita yang lebih santun dari Fatimah. Fatimah belajar kesantunan dari Dzat yang Mahabenar. Hanya orang yang terdidik dengan tuntunan Ilahi-lah yang bisa memiliki perilaku dan kesantunan yang suci. Ketika Allah swt melalui firman-Nya memerintahkan umat untuk tidak memanggil Rasul dengan namanya, Fatimah lantas memanggil ayahnya dengan sebutan Rasulullah. Kepadanya Nabi bersabda, “Fatimah, ayat suci ini tidak mencakup dirimu.” Dalam kehidupan rumah tangganya, putri Nabi ini selalu menjaga etika dan akhlak. Kehidupan Ali dan Fatimah yang saling menjaga kesantunan ini layak menjadi teladan bagi semua.

Kasih sayang dan kelemah-lembutan Fatimah AS diakui oleh semua orang yang hidup sezaman dengannya. Dalam sejarah disebutkan bahwa kaum fakir miskin dan mereka yang memiliki hajat, akan datang ke rumah Fatimah ketika semua jalan yang bisa diharapkan membantu mengatasi persoalan mereka telah tertutup. Fatimah tidak pernah menolak permintaan mereka, padahal kehidupannya sendiri serba berkekurangan.

Poin penting lain yang dapat dipelajari dari kehidupan dan kepribadian penghulu wanita sejagat ini adalah sikap tanggap dan peduli yang ditunjukkan beliau terhadap masalah rumah tangga, pendidikan dan masalah sosial. Banyak yang berprasangka bahwa keimanan dan penghambaan yang tulus kepada Allah akan menghalangi orang untuk berkecimpung dalam urusan dunia. Kehidupan Sayyidah Fatimah Zahra AS mengajarkan kepada semua orang akan hal yang berbeda dengan anggapan itu. Dunia di mata beliau adalah tempat kehidupan, meski demikian hal itu tidak berarti harus dikesampingkan. Beliau menegaskan bahwa dunia laksana anak tangga untuk menuju ke puncak kesempurnaan, dengan syarat hati tidak tertawan oleh tipuannya. Fatimah AS berkata, “Ya Allah, perbaikilah duniaku bergantungnya kehidupanku. Perbaikilah kondisi akhiratku, karena ke sanalah aku akan kembali. Panjangkanlah umurku selagi aku masih bisa berharap kebaikan dan berkah dari dunia ini…”

Detik-detik akhir kehidupannya telah tiba. Duka dan derita terasa amat berat untuk dipikul oleh putri tercinta Nabi ini. Meski demikian, dengan lemah lembut Fatimah bersimpuh di hadapan Sang Maha Pencipta mengadukan keadaannya. Asma berkata, “Saya menyaksikan saat itu Fatimah AS mengangkat tangannya dan berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dengan perantara kemuliaan Nabi dan kecintaannya kepadaku. Aku memohon kepada-Mu dengan nama Ali dan kesedihannya atas kepergianku. Aku memohon kepada-Mu dengan perantara Hasan dan Husein serta derita mereka yang aku rasakan. Aku memohon kepada-Mu atas nama putri-putriku dan kesedihan mereka. Aku memohon, kasihilah umat ayahku yang berdosa. Ampunilah dosa-dosa mereka. Masukkanlah mereka ke dalam surga-Mu. Sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pengasih dari semua pengasih.”

Sebelum ajal datang menjemputnya, Fatimah Zahra AS menghadap kiblat setelah sebelumnya berwudhu. Beliau mengangkat tangan dan berdoa, “Ya Allah, jadikanlah kematian bagai kekasih yang aku nantikan. Ya Allah, curahkanlah rahmat dan inayah-Mu kepadaku. Tempatkanlah ruhku di tengah arwah orang-orang yang suci dan jasadku di sisi jasad-jasad mulia. Ya Allah, masukkanlah amalanku ke dalam amalan-amalan yang Engkau terima.”

Tanggal 3 Jumadi Tsani tahun 11 Hijriyyah, Fatimah Zahra putri kesayangan Nabi menutup mata untuk selamanya. Beliau wafat meninggalkan pelajaran-pelajaran yang berharga bagi kemanusiaan. Hari ini, kami mengucapkan belasungkawa kepada para pecinta keluarga suci Rasul.

Rasul pernah menyifati putrinya, Fatimah AS dengan sabdanya, “Allah telah memenuhi hati dan seluruh anggota tubuh Fatimah dengan keimanan dan keyakinan.” Kepada putrinya itu, beliau pernah bersabda, “Fatimah, Allah telah memilihmu dan menghiasimu dengan makrifat dan pengetahuan. Dia juga telah membersihkanmu dan memuliakanmu di atas wanita seluruh jagat.“

Kecintaan Rasulullah SAW kepada Fatimah Zahra AS merupakan satu hal khusus yang layak untuk dipelajari dari kehidupan beliau. Di saat bangsa Arab menganggap anak perempuan sebagai pembawa sial dan kehinaan, Rasul memuliakan dan menghormati putrinya sedemikian besar. Selain itu, Rasulullah SAW biasa memuji seseorang yang memiliki keutamaan. Dengan kata lain, pujian Rasul kepada Fatimah adalah karena beliau menyaksikan kemuliaan pada diri putrinya itu. Nabi SAW tahu akan apa yang bakal terjadi sepeninggalnya kelak. Karena itu, sejak dini beliau telah mengenalkan kemuliaan dan keagungan Fatimah kepada umatnya, supaya kelak mereka tidak bisa beralasan tidak mengenal keutamaan penghulu wanita sejagat itu.

Suatu hari, seorang sahabat bertanya kepada Rasul, “Mengapa Anda tidak memperlakukan anak-anak Anda yang lain seperti Fatimah?” Rasul menjawab, “Engkau tidak mengenal Fatimah. Aku mencium bau surga pada diri Fatimah. Engkau tidak tahu bahwa keredhaan Allah ada pada keredhaan Fatimah dan kemurkaan Allah ada pada kemurkaan Fatimah.”

Kesempurnaan manusia tidak mengenal jenis jantina. Kesempurnaan itu adalah sebuah anugerah yang diberikan Allah kepada hamba-Nya untuk dapat mengenal dirinya lebih dalam. Fatimah adalah contoh nyata dari sebuah kesempurnaan. Dengan mengikuti dan meneladaninya, kesuksesan dan kebahagiaan hakiki yang menghantarkan kepada kesempurnaan akan bisa digapai. Fatimah adalah wanita yang banyak menimba ilmu, makrifat dan hikmah hakiki. Keluasan ilmunya tampak sekali dalam khotbah yang beliau sampaikan di masjid Nabi, di hadapan para sahabat.

Dalam khotbah itu, Fatimah AS menjelaskan bahwa satu-satunya jalan untuk menyelamatkan diri dan masyarakat adalah dengan memegang teguh agama dan patuh kepada perintah Allah. Beliau yang mengetahui psikologi masyarakatnya menerangkan berbagai kekurangan yang ada di tengah mereka. Dalam khotbah itu, Fatimah AS membawakan berbagai ayat suci Al-Qur’an dan menjelaskan tafsirannya. Peristiwa yang terjadi di masa lalu, sejarah umat-umat terdahulu yang layak dijadikan pelajaran dan bahan peringatan, diungkapkannya. Dalam khotbah tersebut Fatimah sebagai seorang hamba yang saleh dan arif yang hakiki, menjelaskan kecintaannya kepada Sang Maha Pencipta.

Fatimah Zahra AS, adalah wanita yang mengenal betul kondisi di tengah masyarakat. Beliau sadar akan adanya makar dan tipu daya musuh-musuh Islam. Hal itulah yang kemudian beliau ungkapkan dalam khotbahnya. Singkatnya, Fatimah AS sebagai seorang yang mengetahui seluk beluk politik dan sadar akan kondisi di zamannya, menerangkan kepada semua orang bahwa Islam adalah agama terakhir Tuhan dan syariat yang paling sempurna. Beliau juga menjelaskan bahwa satu-satunya jalan keselamatan adalah dengan mengikuti jejak Ahlul Bait AS.

Berikut ini adalah sekelumit dari khotbah Sayyidah Fatimah Zahra AS di masjid Nabi. “Rasulullah diutus saat seluruh bangsa terpecah-pecah. Mereka menyembah berhala. Meski mengenal Tuhan, mereka mengingkarinya. Dengan perantara Muhammad, Allah menyingkap tabir syirik dan kekafiran. Dia membersihkan kotoran dari hati, dan Dia berikan cahaya di mata. Muhammad dengan cahaya petunjuk bangkit di tengah umat untuk menyelamatkan mereka dari kesesatan dan mengeluarkan mereka dari kegelapan ke cahaya benderang. Dia menggiring umat ke arah agama yang kuat dan mengajak mereka kepada kebenaran.

http://haidarrein.wordpress.com/2007/08/07/mengenal-pribadi-fatimah-az-zahra/

Fatimah az-Zahra adalah puteri bungsu yang mulia Rasulullah S.A.W, Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muthalib bin Hasyim.

Siti Fatimah az-Zahra dilahirkan pada hari Jumaat 20 Jamadil Akhir yaitu tahun kelima sebelum Nabi s.a.w. menjadi Rasul. Ketika itu kaum Quraisy sedang memperbaiki dan membangun kembali Kaabah disebabkan banyak kerusakan pada bangunan tersebut.

Fatimah Az Zahra putri kesayangan Nabi s.a.w. mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya), Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah) dan yang paling sering disebutkan adalah Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak).

Dia juga digelari Al-Batuul, yaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab,hasab dan nasab.

Fatimah lebih muda dari Zainab, isteri Abil Ash bin Rabi' dan Ruqayyah, isteri Uthman bin Affan. Juga dia lebih muda dari Ummu Kalsum.

Siti Fatimah az-Zahra menyaksikan sendiri betapa halangan dan rintangan yang telah dihadapi ayahandanya dalam memperjuangkan Islam. Pernah ketika Nabi s.a.w. dihina, dimaki hamun, malah diletakkan najis binatang ketika Nabi s.a.w. sedang sujud, menyembah Allah s.w.t., dengan tangisan kesedihan Fatimah Az Zahra membersihkan tubuh Nabi s.a.w. dari kotoran yang taburkan oleh kaum Quraisy.

Kepada Salman Al-Farisi, Rasulullah S.A.W pernah bercerita tentang kearifan yang dicapai oleh Fatimah. Baginda bersabda, "Wahai Salman, ketahuilah bahawa Allah SWT telah memenuhi kalbu dan seluruh jiwa raga puteriku dengan keimanan." Al-Hassan menuturkan; "Ibuku adalah dia yang memenuhi malamnya dengan doa dan munajat hanya kerana umat Muhammad."

Sebagai pendamping hidup Imam Ali r.a, Fatimah juga tampil sebagai isteri yang ideal dan suri rumah yang penuh tanggungjawab. Bahkan beliau turut menggerakkan beberapa protes sosial terhadap status-quo yang merampas kekhalifahan Ali r.a dan pencerobohan ke atas tanahnya.

Demikian besar peribadi Fatimah sehingga insan sehebat Imam Ali r.a merasa tenang dan damai di sisinya. "Demi Tuhan, hingga akhir hayatnya, tidak pernah aku merasa kecil hati dengan perilakunya atau memaksanya. Begitu juga tidak pernah dia merasa marah terhadapku atau tidak mentaatiku. Saat aku melihat Fatimah," kata Imam Ali, "hilanglah duka dari seluruh jiwaku."

Fatimah Az Zahra..
Kini wanita itu yang akan memperindah hari-hariku.. :)

http://www.haryobayu.web.id/?aksi=detail_blog&nomor=263


P/s: "...Ajaklah diriku bersama mu menuju bahagia Akhirat..wahai sahabat seperjuangan... kerana "Segalanya Ilmu"