Aku Hamba Berdosa

Sunday, June 29, 2014

DOA DAN ULURAN TANGAN SANG SUFI

Imam Al-Hasan Al-Bashri menuturkan, “Suatu ketika aku melihat seorang kakek yang beragama Majusi. Tangannya melambai-lambai, meminta tolong. Aku pun segera menghampirinya, ‘Apa engkau baik-baik saja?’ Sambil kulurkan tanganku.

‘Aku merasakan sakit yang sangat. Mungkin, aku tidak kuat lagi. Perjalanan masih jauh, sedang aku tak punya bekal lagi. Tapi, di kuburan sepi dan aku pasti tak punya teman di sana.’

‘Kenapa tidak kau raih tanganku?’

‘Wahai Syeikh! Kamu tidak punya urusan, karena kunci ada di tangan Zat Yang Maha Pembuka dan akal ada di sini,’ sambil menunjuk pada dadanya. Lalu, dia pingsan.

‘Maka aku berdoa, ‘Ya Allah, jika memang kebahagiaan tertulis dalam takdir-Mu. Wujudkanlah itu sekarang juga.’

Setelah aku selesai berdoa, tiba-tiba lelaki itu membuka matanya dan berkata, 
‘Wahai Syeikh! Sesungguhnya Zat Yang Maha Pembuka telah mengirimkan kunci-Nya. Ulurkan tanganmu dan aku bersaksi tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya.’ Lalu, kakek itu meninggal seketika.’” 

--Ibnu Al-Jauzi, Al-Mawa’izh wa Al-Majalis

Mahu saja aku bersama ‘dia’ di dalam kepayahan yang dia hadapi.. Namun, aku tidak mampu untuk turut sama-sama berjuang bersamanya. Namun, satu perkara yang ‘dia’ mungkin tidak tahu tentang usaha aku untuknya.. aku tidak pernah lupa untuk meminta kepada Allah supaya memudahkan urusannya, membuka kepadanya jalan keluar seluas-luasnya, dan berharap kepada Allah supaya orang-orang sekeliling memahami kehendak hati dan jiwanya.. Aku juga tidak tenteram dengan kepayahan yang dirasakan itu… Allahu.. Keadaan ku jua perit seperti hatinya.. kerana aku melihat dari kejauhan tetapi aku menyelami jua keperitannya itu.. Semoga saja kau tahu wahai insan kesayangan Tuhan!

No comments:

Post a Comment