Aku Hamba Berdosa

Saturday, December 22, 2012

Hati


Ya Allah Ya Rahim…




Lihatlah aku ini..
Aku kotor di atas hamparan suci-Mu
Menadah merayu ampunan
Tiada kesucian yang sempurna
Melainkan kesucianMu Tuhan yang Maha Suci

Ya Rahim ya Wadud
Jangan biarkan aku mendahului
Dari keikhlasan dalam setiap langkahku
Jangan biarkan hati mendahului langkahku
Tanpa hadrinya DiriMu dalam hatiku
Tidak aku mahu hatiku sepi
Tanpa rasa rindu buatMu
Tidak aku mahu hatiku kosong
Tanpa rasa indahnya
memikirkanMu…..

“Cahaya Rindu”
22 Disember 2012
Pulau Redang.



No comments:

Post a Comment