Aku, Buku & Cinta ... Aku mencintai Ilmu, tetapi tidak pantas bagi ku pada mencapai gelaran Pencinta Ilmu, namun tetap jua ku ingin menunututnya demi Redha-Nya Tuhan yang memiliki pada tiap-tiap sesuatu..supaya mendapat keberkatan Kerana Aku hanya berhajat kepada-Nya.. Jom Bermusafir Bersama saya! ~ Al Faqiratu illallah Taala Al Kabir
Aku Hamba Berdosa
▼
Tuesday, April 6, 2010
Aku Buku Dan Cinta
Aku..
seorang hamba Tuhan,
lemah dalam meniti kehidupan
sentiasa dihimpit kegusaran..
kealpaan..kelalaian..kelekaan..
getirnya saat itu..
resahnya tak bertepi,
menjadi gusar dibelenggu dosa
saat hati ini sedar..kerna jalan cahaya-Mu
aku bagaikan Insan yang paling bersyukur
kerna sesungguhnya tiada perkara yang Indah
melainkan mendapat rahmat-Nya
mendapat jalan ke pintu kebahagiaan..
yang nyata..
Buku..
bagaikan tiada yang menemani hari-hari ku..
sahabatku adalah ia..
temanku adalah ia..
kekasihku adalah ia..
kerna..ia tempat ku berkongsi duka..
ia tempatku mencari ilham..
ia memberi seribu makna kepadaku..
saat kehilangannya terasa sepi
tanpanya..aku resah,
kasihkannya..bahagia..
cintakannya..mampu membawaku jauh..
dari dunia yang kelam..
dari segala dosa manusia..
Cinta...
adalah anugerah teragung dari-Nya
nilai kecintaan Rasul kekasih-Nya adalah tertinggi..
ketulusan hati mencintai..mengatasi keperitan..
cinta anugerah dari Tuhan..
Tuhan yang Maha Pengasih..
namun..
jangan mencintai sementara
cintailah kepada yang kekal
tetap utuh tanpa goyah
mencintai-Nya membawa Nikmat,
menghampiri kita kepada-Nya
sebenar-benar tempat kembali
..................................
aku buku dan cinta..
membawa ku ke alam bahagia
jelas terpancar
diraut wajah..
hanya pada-Mu aku berserah..
"nukilan suci"
islamiclover
No comments:
Post a Comment